Selasa, 27 Mei 2014

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Ceroboh DUN <b>Pulau Pinang</b> hina sistem demokrasi negara <b>...</b>

Posted: 21 May 2014 07:44 PM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan liar oleh sekumpulan perusuh yang mencerobohi DUN Pulau Pinang pada pukul 2 petang 21 Mei 2014. Tindakan perusuhan oleh mereka yang mendakwa dari Pemuda Umno telah menghina kemuliaan dan kedaulatan sistem berparlimen di negara kita.

DUNSaya mendesak agar Ketua Polis Negeri agar mengambil tindakan yang tegas untuk menyiasat insiden pencerobohan ke DUN dengan terbuka serta profesional. Polis perlu bertindak dengan serius kerana perbuatan perusuh-perusuh telah berulang kali mengadakan tindakan ganas di pelbagai tempat termasuk di Pusat Khidmat Masyarakat Adun Machang Bubuk pada awal tahun ini.

DUN Pulau Pinang telah menyediakan ruang yang cukup luas kepada orang ramai untuk menyuarakan pandangan serta menghantar memorandum. Tiada halangan untuk orang ramai untuk memerhati perbahasan serta urusan mesyuarat di DUN. Berbanding dengan Parlimen Malaysia, orang ramai telah dihalang untuk mengadakan sidang media serta ditangkap oleh polis sekiranya protes di perkarangan Parlimen.

Namun begitu, perbuatan keganasan oleh perusuh tersebut yang langsung tidak mengikut saluran serta ruang yang disediakan telah menghina sistem demokrasi di negara kita.

Lee Khai Loon
Adun Machang Bubuk

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61667

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved