Sabtu, 31 Mei 2014

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Cerita RSN Rayer Si Mulut Longkang Dewan Undangan <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 28 May 2014 06:30 PM PDT

DEWAN Undangan Negeri Pulau Pinang mencatat sejarah minggu lalu. Untuk pertama kali ada penceroboh. Sekumpulan yang mendakwa mewakili Pemuda Umno telah menyerbu masuk ke Dewan yang mulia itu untuk cari seorang YB. Seperti yang dilaporkan media, polis telah menahan 12 orang berikutan insiden berkenaan, tetapi setelah diambil keterangan kesemuanya dibebaskan dengan jaminan polis. Masih teka-teki: apakah tindakan seterusnya?

Sehari selepas mencatat sejarah di Negeri Nasi Kandar, sekumpulan kira-kira 50 orang anggota Pemuda Umno Wilayah Persekutuan telah membuat kekecohan di ibu pejabat DAP Kuala Lumpur. Mereka mengugut akan membakar ibu pejabat berkenaan.

Setiausaha Agung parti terbesar Melayu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan tindakan protes di ibu pejabat parti lawan itu adalah tidak beretika. Katanya, seperti dipetik media: "Tindakan tegas akan diambil. Bagi saya siapa juga yang mengadakan protes, negara ini mempunyai undang-undang, biar polis uruskan."

Semuanya gara-gara Dun DAP Seri Delima R.S.N Rayer yang mengeluarkan kata-kata "Umno celaka" ketika Dewan bersidang. Ada yang tersinggung dengan apa yang diluahkan YB berkenaan.

Kata-kata itu ternyata mengundang padah. Untuk beberapa hari punggung YB panas angkara mulutnya. Dia menerima cacian, maki-hamun bertaraf kelas A, dan ugutan melalui SMS, juga menerusi kain rentang. Takut nyawanya terancam beliau membuat laporan polis.

Walaupun didesak dan diugut, wakil rakyat berkelulusan undang-undang itu berkeras tidak akan memohon maaf. Katanya apa yang diucapkan adalah perkataan biasa, dan dia tidak bermaksud menghina Umno.

Beliau menjelaskan 'celaka' adalah istilah biasa bahasa Inggeris 'damn it'. Tetapi bercakap dalam Dewan yang mulia beliau tidak boleh menggunakan bahasa Inggeris, sebab peraturan Dewan mesti menggunakan bahasa Melayu. Terjemahan Melayu untuk istilah Inggeris itu ialah 'celaka'.

Kalau itu alasannya, saya mencadangkan YB yang tidak begitu faham dengan istilah-istilah Melayu supaya membawa kamus ketika bersidang. Apa kata bawa Kamus Dewan yang tebal dan seberat lebih dua kilogram itu? Cari istilah yang sopan dan sesuai dengan perbincangan dalam Dewan. Jangan guna bahasa kasar.

Tetapi pada hemat saya bahasa kasar telah menjadi pilihan sesetengah Ahli Yang Berhormat kita. Seperti yang dinyatakan oleh Rayer beliau pernah dipanggil dengan berbagai istilah ketika berdebat dalam Dun.

Ada wakil rakyat – kerana sakit hati, tidak dapat menahan perasaan – telah menggelar Rayer 'anak haram', 'haram jadah' dan sebagainya. Katanya itu lebih teruk dari istilah 'celaka' yang menjadi isu panas sekarang.

Orang yang prihatin dapat memerhatikan betapa parahnya sesetengah YB kita. Tidak sahaja dalam Dun, berdebat dalam Parlimen pun mereka selalu terlepas cakap. Mungkin juga sengaja, bukan terlepas.

'Celaka', 'anak haram', 'haram jadah', 'bedebah', 'monyet', 'beruk tua', malah ada macam-macam kata-kata mencarut lagi lucah dijeritkan ketika bersidang. Agaknya sesetengah wakil rakyat – Dun atau Parlimen – memang tidak tahu istilah-istilah sopan lagi beradab.

Mereka sudah terbiasa dengan budaya kotor. Kalau ada istilah sopan pun mereka lebih gemar dengan istilah dan perkataan kurang ajar. Mereka tidak berasa malu dan bersalah, sebaliknya macam bangga kerana berani mengeluarkan kata-kata kasar seperti itu.

Kalau murid sekolah dengar kata-kata seperti itu, mereka tidak percaya ia datang daripada orang-orang bergelar 'Yang Berhormat'. Macam mana orang yang dihormati boleh mengotorkan Dewan yang mulia dengan kata-kata bertaraf longkang?

Tidak cukup dengan kata-kata, setengah anggota Dewan kita mempamerkan perlakuan yang tidak senonoh. Mereka menumbuk meja, menjerit, menggunakan bahasa isyarat lucah. Teguran dan amaran Speaker langsung tidak diendahkan.

Masa sudah tiba untuk rakyat, khasnya pengundi, menilai semula wakil-wakil mereka baik di Dun mahu pun Parlimen. Ada tiga empat tahun lagi untuk melihat tingkah-laku mereka. Mana-mana yang mulut longkang, tidak kira parti, patut sekali dinyahkan pada pilihan raya akan datang. Nama pun wakil rakyat, bukan wakil samseng!

Pengkongsian semula dari Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved