Rabu, 4 Jun 2014

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2014 08:01 PM PDT

Jika anda adalah penduduk Negeri Pulau Pinang (Penang) atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di negeri tersebut anda layak untuk memohon Tabung Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Permohonan telah dibuka sekarang sehingga 31st Julai setiap tahun. Jika berminat untuk memohon pinjaman pendidikan ini anda masih ada masa untuk berbuat demikian.

Sebelum mengemukakan permohonan anda sila baca dengan teliti maklumat di bawah sebagai pandua anda. Tabung pinjaman kerajan negeri Pulau Pinang ini terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira kaum dan agama. Jika anda menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran anda ini tentu sekali berita yang boleh membantu anda.

Latar Belakang Dana Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.

Syarat-Syarat Permohonan
a. Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.

b. Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).

c. Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.

d. Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi tidak layak memohon.

e. Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.

f. Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon.

g. Permohonan adalah secara online.

h. Sila lampirkan dokumen-dokumen yang telah DISAHKAN BENAR seperti berikut :
1.  Salinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak/Sijil Kelahiran
2.  Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi
3.  Salinan Sijil Berhenti Sekolah, dan Surat Akaun (Testimonia)
4.  Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
5.  Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
6.  Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
7.  Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
8.  Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)
9.  Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). (salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan)

i.Jumlah pinjaman yang ditawarkan mengikut taraf kursus:
1. Ijazah Sains - RM 6,000 setahun
2. Ijazah Sastera - RM 5,000 setahun
3. Diploma Lanjutan Sains  - RM 5,000 setahun
4. Diploma Lanjutan Sastera - RM 4,000 setahun
5. Diploma - RM 4,000 setahun
6. Sijil - RM 2,000 setahun
 
j. Pinjaman juga diberikan kepada Pelajar Pengajian Jarak Jauh dan Luar Kampus dengan kadar:
Kadar (Setahun) Jangkamasa (Maksimum)
1. Ijazah (Sains) - RM 5,000 (5 tahun)
2. Ijazah (Sastera) - RM 4,000 (4 tahun)
3. Diploma - RM 3,000 (3 tahun)

k. Pinjaman kepada pengajian peringkat Sarjana dan PhD (pengajian dalam negeri sahaja):
Kadar (Setahun) Jangkamasa (Maksimum)
1. Sarjana - RM 6,500 (3 tahun)
2. PHD - RM 8,000 (3 tahun)
 
l. Faedah yang dikenakan 1% (setahun) selama 5 tahun

m. Dua(2) Orang Penjamin Bergaji RM1,000 ke atas diperlukan apabila Surat Perjanjian ditandatangani. Bagi Ibu/Bapa, hanya salah seorang SAHAJA yang layak menjadi Penjamin

n. Permohonan boleh dibuat secara Online di Laman Web berikut :
http://epp.penang.gov.my

1. Tarikh Buka Permohonan: 2 Mei, setiap tahun.
2. Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai, setiap tahun
3. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627.
 
Sila pastikan anda mengisi permohonan pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran. Kemaskini borang adalah 3 HARI dari tarikh pendaftaran dibuat. Sila CETAK borang permohonan yang telah diisi beserta dokumen-dokumen berkenaan yang telah DISAHKAN dan dihantar dalam tempoh 2 MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat berikut:
 
LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT 
NEGERI PULAU PINANG,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
PARAS 29, KOMTAR,
10503 PULAU PINANG

1 ulasan:

Ibu Daswati on 27 April 2016 7:56 PG berkata...

PENGAKUAN TULUS DARI SAYA IBU DASWATI KERJA DI MALAYSIA

Assalamualaikum.wr.wb. Kami ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang Pembantu rumah tangga di MALAYSIA yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun, merantau itu sangat menderita dan di suatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan AKY .dan katanya bisa membantu orang Lewat nomor T0GEL yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di MALAYSIA :akhirnya saya coba untuk menhubungi.AKY SANTADEWA dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor TOGEL 6D 275944 dan nomor yg diberikan AKY meman betul2 terbukti tembus 100% dan saya sangat bersyukur berkat bantuan AKY akhir y saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri munkin saya tidak bisa membalas budi baik AKY sekali lagi makasih yaa AKY dan bagi teman2 yg KESULITAN DALAM KEUANGAN

APAKA ANDA TERMASUK DALAM KATEGORI DI BAWAH INI

1/" Dikejar-kejar hutang

2" Selaluh kalah dalam bermain togel

3" Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4" Anda udah kemana2 tapi tidak menghasilkan

5" Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya tapi tidak ada satupun yang berhasil. Solusi yang tepat jangan anda putus asah..

AKY SANTADEWA.akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB..
angka GHOIB:SINGAPURA
angka GHOIB:HONGKONG
angka GHOIB:MALAYSIA
angka GHOIB:TOTO MAGNUM 4D.6D.8D
angka GHOIB:LAOS
angka GHOIB:SIDNEY
angka GHOIB:CAMBODIA
angka GHOIB:CHINA
angka GHOIB:KOREA
angka GHOIB:TOTO KUDA
angka GHOIB:ARAB SAUDI
angka GHOIB:BRUNEI DARUSSALAM
angka GHOIB:TAIWAN
angka GHOIB:THAILAND

bila butuh bantuan hubungi BELIAU DI N0 HP : 0852-8315-2944 ATAU KLIK http://akisantadewa.blogspot.com
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET DAN NO HP AKY …

Catat Ulasan

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved