Rabu, 8 Januari 2014

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


<b>Pulau Pinang Negeri</b> Dengan Kos Hidup Paling Tinggi? – Haris <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2014 07:27 PM PST

harisSEBUAH portal berita popular negara ini, melalui laporan khasnya menyatakan bahawa Pulau Pinang (merujuk kepada bahagian pulau) merupakan bandar raya paling tinggi kos hidup berbanding dengan bandar raya lain di negara ini termasuk Kuala Lumpur. Pernyataan ini pada saya tidak menggambarkan situasi keseluruhan Pulau Pinang serta bandar raya lainnya.

Benar, kos hidup semakin meningkat di Pulau Pinang, sebagaimana juga berlaku di semua bandar raya di negara ini – Lembah Klang, Johor Bahru, Ipoh dan lain-lainnya. Kita semua maklum bahawa Malaysia kini mengalami proses urbanisasi (perbandaran) yang sangat pesat dengan 71% penduduk Malaysia (berdasarkan bancian 2010) merupakan warga kota berbanding hanya 34.2% pada tahun 1980. Malah, Pulau Pinang telah mencecah 90.8% kadar urbanisasi, hanya ketinggalan sedikit berbanding Selangor yang mencatat 91.4% pada tahun 2010.

Statistik yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ini menunjukkan bahawa dalam 30 tahun terakhir ini Malaysia mengalami proses perbandaran yang sangat pesat. Namun, seperti yang kita semua maklum banyak harapan warga kota ini gagal dipenuhi oleh kerajaan sedia ada – penjelasan mengapa parti pemerintah Kerajaan Persekutuan kalah teruk hampir di kesemua kota di negara ini termasuk hilang dua negeri paling 'urbanized' di negara ini.

Bandaraya utama negara ini mengalami kegagalan infrastruktur yang nyata, apa gunanya mempunyai rangkaian lebuh raya yang canggih dan bertingkat jika masih gagal untuk menggerakkan warga kota dengan cekap? 30 tahun terakhir ini juga menunjukkan kemerosotan kualiti pengangkutan awam di negara ini apabila perkhidmatan ini semakin dipusatkan kepada Putrajaya.

Pulau Pinang berbanding Bandaraya lain?

Ya, penjelasan di atas tidak menjadikan Pulau Pinang lebih baik daripada bandaraya lain tetapi sekadar memberikan gambaran besar situasi kota-kota utama negara ini. Terdapat dua faktor utama yang menjadikan kehidupan kota semakin menjerut di negara ini. Pertamanya adalah kos kediaman. Memiliki rumah menjadi isu yang sangat besar di negara ini, khasnya di kota-kota di mana harga hartanah sangat mahal – apatah lagi di sebuah pulau.

Kos rumah melambung tinggi bukan kerana permintaan sebenar tetapi unsur spekulatif yang menjadikan hartanah termasuk rumah kediaman sebagai perlaburan. Malangnya Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang benar-benar berkesan untuk mengawal perkara ini, termasuk daripada pembeli bukan warga Malaysia.

Bukan lagi rahsia bahawa banyak hartanah sederhana dan mewah di bandar raya negara ini termasuk di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang dimiliki oleh warga asing – bukan salah tetapi jika tiada kawalan, pastinya kos untuk memiliki rumah dalam kalangan warga kota akan semakin tinggi.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mencadangkan agar levi 3% harga penjualan ke atas semua transaksi hartanah oleh warganegara atau syarikat asing mulai 1 Februari 2014 dilaksanakan. Tindakan ini bagi mengawal amalan pembelian hartanah oleh warga asing.

Dalam tempoh lima tahun terakhir ini oleh kerana kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) mencatat rekod tertinggi dalam sejarah negeri; harga hartanah turut meningkat, termasuk rumah kediaman.

Kerajaan Negeri yang peka akan situasi ini pada Jun 2013 yang lalu telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Pemilihan Perumahan (Selection Process Enhances Committees (SPECS) dengan tujuan memastikan pemberian dan pengagihan rumah dibuat secara adil dan telus serta kepada golongan tidak berada yang perlukannya dengan diaudit bersama oleh sebuah syarikat perakaunan.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia sebuah syarikat perakaunan akan dilantik untuk tujuan sedemikian.

Kerajaan Negeri juga melalui Belanjawan Negeri yang dibentangkan baru-baru ini telah mencadangkan pindaan Dasar Penjualan Rumah Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah di negeri ini bagi permohonan penjualan dan pindah milik. Dasar rumah kerajaan tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun daripada tarikh surat perjanjian jual beli akan dikekalkan tetapi bagi rumah yang dibina oleh pihak swasta tempoh had larangan dijual akan dilanjutkan daripada 5 tahun sekarang kepada tempoh 10 tahun, sama seperti rumah kerajaan.

Malah, bagi memastikan penjualan dalam tempoh 10 tahun adalah kepada golongan yang perlukannya maka ia hanya boleh dijual kepada pembeli tersenarai (listed buyer) yang disahkan oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri sebagai layak memiliki Rumah Kos Sederhana Rendah atau Rumah Kos Rendah. Dengan kata lain penjualan tidak boleh dijalankan dalam pasaran terbuka tetapi hanya dengan pembeli tersenarai.

Harga jualan semula tidak akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri tetapi adalah berasaskan prinsip 'willing buyer – willing seller' dan boleh melebihi harga jualan asal antara kedua-dua penjual dan pembeli tersenarai. Langkah ini diharap akan mengurangkan unsur spekulatif dalam sektor perumahan.

Malah, buat pertama kalinya dalam sejarah, sebuah kerajaan negeri menyediakan dana khas berjumlah RM500 juta bagi membiayai pembinaan 20,000 unit perumahan mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang. Dana ini akan ditambah dari semasa ke semasa.

Ya, kita masih memerlukan masa untuk semua inisiatif ini berjalan dan menunjukkan hasilnya.

Pengangkutan dan kos sara hidup

Faktor kedua yang sering menghantui warga kota adalah kos dan kecekapan lalu lintas di bandar. Berbanding dengan bandar raya lain, jumlah tol di Pulau Pinang relatifnya masih rendah dan warga kota di negeri ini menikmati kadar istimewa bagi menggunakan Jambatan Pulau Pinang. Malah, di dalam kawasan pulau, tidak terdapat satu tol pun. Namun, adalah tidak benar untuk menafikan fakta bahawa pengangkutan awam di negeri ini masih jauh daripada memuaskan.

Kebanyakan warga Pulau Pinang bergantung kepada kenderaan persendirian – motosikal dan kereta – untuk bergerak dan hanya 4% warga kota ini yang menggunakan pengangkutan awam, angka yang terlalu jauh daripada sasaran iaitu 40%.

Malangnya, hampir keseluruhan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidak banyak yang dapat dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri. Pemusatan perkhidmatan ini telah menjadikan pengangkutan awam di semua kota negara ini amat tidak cekap.

Pengangkutan awam mempunyai hubungan signifikan dengan kos hidup masyarakat kota kerana hampir 25% hingga 40% daripada gaji bulanan kebanyakan isi rumah diperuntukkan untuk membayar ansuran bulanan kenderaan. Dengan menjadikan kenderaan persendirian sebagai sekadar pilihan bukan kewajiban sebagaimana kini, setiap isi rumah secara kasarnya mempunyai antara RM 400 hingga RM1000 untuk digunakan pada keperluan lain – pendidikan dan kesihatan umpamanya.

Oleh yang demikian kerajaan negeri memandang serius kepentingan pengangkutan awam yang cekap. Maka pada 25 Mac 2013, kerajaan negeri telah melancarkan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri akan mengkaji melaksanakan satu sistem jaringan TRAM dan sistem jaringan Light Rail Transit (LRT) atau Transit Aliran Ringan sepertimana yang telah dicadangkan dalam PIP. Kerajaan Negeri telah menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan meminta janji mantan Perdana Menteri dan YAB Perdana Menteri sejak 2007 untuk membina dan membiayai sistem monorel ditunaikan.

Sekiranya janji ini adalah janji kosong maka Kerajaan Negeri meminta Kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa pengendalian demi membolehkan Kerajaan Negeri menjalankan operasi dengan kuasa sepenuhnya kepada sistem pengangkutan "tram" bersama dengan pihak swasta.

Jelas, sebagai sebuah kota yang diiktiraf oleh ECA International sebagai kota paling sesuai didiami atau the most liveable city di Malaysia pada tahun 2012 dan ke-8 di Asia (Kuala Lumpur di tangga 10 pada tahun yang sama), Pulau Pinang sudah tentu akan terus berusaha untuk menjadikan kota ini bukan sahaja mesra pelabur tetapi yang lebih penting mesra orang ramai. – Roketkini.com

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Dec 2013 09:15 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Dec 2013 09:18 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Oct 2013 09:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Selamatkan sejarah <b>Batu Uban</b> - Utusan Online

Posted: 08 Jan 2012 12:45 PM PST

Selamatkan sejarah Batu Uban

OLEH DR. A MURAD MERICAN
PENULIS ialah Profesor di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, Perak.


Pemandangan dari atas perkampungan orang Melayu di Kampung Melayu Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.


Kampung Batu Uban bukan sama dengan Kampung Buah Pala, atau Kampung Baru di Kuala Lumpur. Batu Uban adalah penempatan Melayu yang terawal di Pulau Pinang. Malah ia juga adalah pekan dan pelabuhan terawal di pulau itu.

Saya telah perhatikan perkembangan di Batu Uban tanpa kudrat menentukan dan merobahnya. Tidak guna kita merintih apa yang telah berlaku. Ini bukan nostalgia.

Seharusnya, Kampung Batu Uban dijadikan kampung istimewa di Pulau Pinang. Di situlah masjid yang terawal dibina. Di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak 1730an lagi, dan ia berlaku sehingga tahun 1740an.

Batu Uban adalah pusat aktiviti wilayah Gelugor dan kawasan sekitarnya. Ramai keturunan peneroka awal Batu Uban menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi kawasan Tanjung - pekan Melayu di Lebuh Acheh dan Armenian khususnya. Ini mula berlaku pada lewat 1700. Batu Uban mempunyai jalinan dengan pelabuhan Batu Bara, yang kini sebuah daerah di pesisir pantai timur Sumatera - di wilayah Sumatera Utara, lebih kurang tiga jam perjalanan ke arah selatan dari Medan. Malah, saya dimaklumkan satu masa dulu Batu Uban dikenali sebagai Batu Bara.

Batu Uban adalah sebuah pusat metropolitan yang menghubungkan Pulau Pinang/Kedah dengan Sumatera, India dan Hadhramaut. Malah, Batu Uban bukan hanya membuka ruangnya kepada Selat Melaka, tetapi juga kepada Lautan Hindi. Jalinan Batu Uban dengan Selat Melaka dan Lautan Hindi jelas dilihat dengan kedatangan orang Minangkabau dan Melayu yang berlayar dari Batu Bara, kaum-kaum dari India, dan Arab sama ada terus dari Hadhramaut, melalui India, atau melalui Aceh. Di situlah juga mula terbentuknya identiti Jawi Pekan di Pulau Pinang, mendahului lain-lain tempat di Nusantara. Batu Uban pada satu masa dulu bukan kampung, tetapi sebuah pekan dengan segala rencam dan ragamnya.

Apakah ini sukar sangat untuk kita faham? Ini bukan soal menolak pembangunan. Ini soal kegagalan pihak berkewajipan dan pihak berkuasa mengiktiraf, melindungi dan mewartakan sesuatu kawasan itu. Mengapa kelulusan diberi kepada pemaju? Apakah warisan dan sejarah perlu tewas oleh kaum-kaum kapitalis? Siapakah yang membenarkan itu? Apakah pihak-pihak warisan dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang buta sejarah?

Mengapa dibenar kawasan sekecil itu diroboh lalu mengubah wajah asal? Apakah tidak ada alternatif lain? Mengapakah kita terlalu taksub dengan konsep dan falsafah pembangunan yang kolot? Apakah pembangunan semestinya menghapuskan sejarah dan warisan?

Dalam hal ini, dan bukan saja dalam konteks Batu Uban, kita mesti mengkaji semula konsep dan falsafah pembangunan. Malah istilah 'pembangunan' itu kurang tepat kerana ia menumpu kepada aspek fizikal dan pertumbuhan ekonomi, walaupun dalam retoriknya kita mengeluarkan istilah seperti 'mapan' dan 'tambah nilai.' Apa ertinya jika atas nama pembangunan, identiti kita dihapuskan? Konsep dan falsafah pembangunan kini memihak kepada apa yang boleh diukur dan dilihat. Kita tidak melihat sejarah dan warisan seperti mana yang sepatutnya kerana kayu pengukuran kita berlandaskan kepada kepentingan-kepentingan jangka pendek.

Jika kita isytiharkan kita ingin maju seperti lain-lain negara , lihat saja bagaimana mereka kekalkan sejarah dan warisan. Tidak perlu pergi jauh. Lihat sekitar negara Asia Tenggara, atau India, atau Jepun. Apakah maksud 'Chennai,' 'Mumbai' dan 'Kolkata' dalam kamus dan kesedaran sejarah di India?

Kita akur bahawa Pulau Pinang mempunyai densiti penduduk yang tinggi, dan tanah amat berharga. Akan tetapi, apakah harga itu sama dengan nilai sejarah? Dengan robohnya Batu Uban, walaupun mungkin tinggal sebuah masjid, telaga dan tanah perkuburan hampir 300 tahun itu, maka akan robohlah sejarah penempatan Melayu di Pulau Pinang.

Pihak-pihak berwajib, dan empunya tanah sepatutnya memikirkan bagaimana memperkasakan sejarah dan warisan Melayu di tempat itu, bukan sebaliknya. Papan tanda di hadapan masjid Batu Uban kini memang tidak mencukupi.

Dan jika dikatakan bahawa penduduk-penduduk di kawasan itu tidak berminat tinggal di situ, apakah mereka diberi pandangan, bimbingan dan nasihat yang sewajarnya.

Apa yang perlu dilakukan adalah sebuah kawasan/laman peringatan, bersama dengan papan tanda yang lebih jelas di tengah-tengah kawasan perkampungan itu bagi memperingati para peneroka Melayu awal pulau itu, dan jalinan Batu Uban dengan rantau kepulauan Melayu dan Lautan Hindi.

Juga, mereka yang berwajib, termasuk yang empunya tanah, memperbaiki kampung itu sebagai kampung awal tradisi sambil mengwajahkan jaringan dengan rantau yang lebih luas. Batu Uban bukan kampung kolot. Di situlah pada awal lagi bertapaknya Islam di Pulau Pinang.

Seharusnya usaha dilakukan mengekalkan nama Batu Uban sebagai sebahagian daripada nama Gelugor, juga dikatakan berasal dari Batu Bara. Dengan lenyapnya Batu Uban, maka akan lenyaplah juga sejarah dan identiti warisan sebelum kedatangan Inggeris.

Saya harap jangkaan saya salah. Masih ada ruang dan masa untuk menyelamatkan Batu Uban. Tidak perlu bersedih dan merintih. Tidak ada belang yang dapat ditinggalkan seperti apabila matinya harimau. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah secara kolektif, pihak-pihak yang berwajib dan berkuasa memberhentikan projek tapak pembinaan kini dan apa-apa lagi yang telah diluluskan untuk kawasan itu pada masa depan.

Pada asalnya, mengapa projek-projek pembinaan telah diluluskan sejak sekian lama? Ini hanya menunjukkan kealpaan tentang sejarah; sikap dan kesedaran yang menolak memori kolektif sesebuah tempat. Hal ini tidak pula kelihatan di kawasan-kawasan di Georgetown, khususnya di tapak warisan UNESCO.

Sekali lagi, saya nyatakan pihak yang memiliki tanah di Batu Uban hendaklah tidak buta sejarah. Pada masa sama, sejarah tidak kenal undang-undang. Tahun-tahun yang penting berkaitan dengan Batu Uban adalah 1734 dan 1749. Apakah kita mahu detik-detik itu lenyap dari lipatan sejarah Pulau Pinang dan Kedah akibat dari kedaifan dan kebebalan sejarah kita sendiri?

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Dec 2013 09:04 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Warta Masjid Jamek <b>Batu Uban</b> jadi bangunan bersejarah <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 12:38 AM PST

KERAJAAN Negeri wajar mewartakan Masjid Jamek Batu Uban yang dididikan pada tahun 1786 dan kini berusia kira-kira 227 tahun sebagai satu lagi produk warisan pelancongan bersekali dengan bangunan-bangunan bersejarah lain di George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Dr. T. Jayabalan (gambar) berkata, langkah mewartakan bangunan bersejarah itu akan mengayakan lagi produk pelancongan di negeri berkenaan.
"Kita minta Pulau Pinang memasukkan itu (Masjid Jamek Batu Uban) sebagai bangunan warisan pelancongan kerana masjid itu berusia lebih 200 tahun," ujar Jayabalan semasa sesi perbahasan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.  
Difahamkan, Profesor Dr. Ahmad Murad Merican daripada Universiti Petronas dekat Perak pernah menyatakan  bahawa Batu Uban adalah pelabuhan yang pertama dibuka sebelum George Town. 
Dengan restu baginda Sultan Kedah Tuanku Muhamad Jiwa, Datuk Nakhoda Nan Intan membuka pulau ini 50 tahun sebelum kedatangan Kapten Francis Light pada tahun 1786.
Masjid Jamik Batu Uban yang didirikan seawal tahun 1786 lagi serta masih boleh disaksikan sampai sekarang membuktikan bahawa bangunan bersejarah itu wajar dinilai sebagai produk pelancongan Kerajaan Negeri yang bernilai.
Kedudukannya di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dekat Bayan lepas dan George Town menjadikan kedudukan Masjid Jamik Batu Uban berada pada lokasi strategik untuk dikunjungi pelancong.
Direkodkan, seramai 464,455 pelancong asing direkod masuk pada tahun 2008, 614,039 orang pada tahun 2012. 
Ini, menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 5.74 peratus dari tahun 2008 hingga tahun 2012.
"Masjid Jamek Batu Uban ini di kedudukan strategik kerana berada di antara lapangan terbang dan George Town," ujar Jayabalan.
Dijangkakan, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sendiri akan memberi ulasan lanjut mengenai cadangan Jayabalan itu memandangkan Ketua Menteri itu mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Warisan. 

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2013 09:43 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2013 09:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TAHNIAH TKM 1 ! AKUI DAN AKUR DENGAN WARISAN <b>DI</b> TG <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2013 07:27 PM PST

Saya mahu jadi pemimpin Melayu no 1 di P.Pinang – Hj Rashid Hasnon TKM 1 P.Pinang

Hj Rashid Hasnon

"Melayu masih majoriti di Semenanjung dan kita (Pakatan Rakyat) mendapat 53 peratus undi popular. Inilah 'Tsunami Malaysia' yang menyaksikan Melayu dan bangsa-bangsa lain melakukan perubahan.

"Sungguh pun begitu, saya bersama-sama rakan-rakan akan terus mencari jalan supaya tapak sokongan Melayu terhadap Kerajaan Negeri semakin kuat bermula sekarang melalui program-program pendidikan serta ekonomi yang dekat dengan (jalur) Melayu di negeri ini," ujar beliau.

DATUK MOHD RASHID HASNON telah mengenal pasti Kampung Tradisi Tg Tokong dan Batu Uban sebagai tapak warisan Melayu yang unggul di P.Pinang. Kedua kampung tersebut adalah warisan tertua di Pulau Pinang. Ucapan ini beliau lafazkan semasa merasmikan pelancaran majlis Gotong Royong  dan Permainan Rakyat di Tanjong Tokong pada Sabtu 9 hb November di pekaranagan Masjid Tuan Guru di sini di depan 500 orang pengunjung.

 Sebelumnya CM P.Pinang telah mengisytiharkan  Kampung Tradisi Tg Tokong sebagai kampung warisan dalam ucapan penggulungan semasa sidang DUN P.Pinang pada 3 Novemberi 2011.

Susulan daripadanya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Nazri Aziz menyatakan hasrat untuk menjadikan Tg Tokong pusat warisan Melayu dengan menjadikannya pusat daya tarikan pelancong sebagaimana China Town dan Little India. Beliau menyatakan ini dalam perjumpaan Hari Raya Aidil Fithri pada 18 Ogos 2013 di P.Pinang.

Penduduk Tg Tokong penuh harapan bahawa ini bukannya ucapan biasa sekadar halwa telinga. Permintaan untuk mewujudkan zon warisan hidup di Tg Tokong wajiblah dilaksanakan dengan berkesan di tapak yang mempunyai nilai warisan yang sebenar iaitu di Fasa 4 A, Tanjong Tokong.Di tapak ini telah ada warisan institusi, warisan rumah tradisi, warisan sejarah dan budaya. warisan penjaja dan warisan nelayan.

Di sini terletak dua buah warisan institusi iaitu Madrasah Al Taqwa Tanjong Tokong( 1900 diasaskan) dan Kelab Persekutuan Setia Tg Tokong( 1911). Ia harus dimulakan dengan segera dan  sebagai syarat untuk meluluskan pelan pembangunan semula Kampung Tradisi Tanjong Tokong.

Pembangunan sebelumnya di P.Pinang telah meranapkan banyak kampung-kampung Melayu tanpa mempedulikan nilai kewarisanan yang ada di atas tapaknya. Justeru pembangunan semula Tg Tokong wajib mengekalkan bahagian tradisi yang menjadi asas untuk diikut serta dalam pembangunan moden.

Syabas TKM 1 kerana pengakuan yang memberangsangkan .Ini satu permulaan yang baik.Pihak penduduk sedia bekerjasama untuk menjadikannya satu kenyataan.Lebih-lebih lagi apabila George Town menjadi bandar warisan.

Warisan penjajah dan kaum asal imigran telah diberikan penghormatan yang menakjubkan. Sedangkan warisan penduduk asal telah tercicir tanpa pembelaan. inilah masanya untuk memberi penghormatan kepada warisan penduduk asal P.Pinang.

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


90 Keluarga Di Arah Pindah <b>Di Batu Ferringhi</b> | OhDunia Dot My

Posted: 28 Nov 2013 08:53 PM PST


Kira-kira 90 keluarga di Kampung Mutiara, di sini, berada dalam dilema kerana diarah keluar sebelum 5 Disember 2013.

Ia berikutan tanah yang diduduki sejak 1970 itu akan dijual tidak lama lagi. Penduduk, Rojahan Ahmad, 62 berkata, tidur malamnya tidak lena hingga ke hari ini berikutan memikirkan diri dan keluarga terpaksa keluar dari kampung yang diduduki sejak 60 tahun dulu.

Menurutnya, dia dan enam lagi ahli keluarganya hanya membayangkan akan memasang khemah dalam masa terdekat sekiranya tindakan tegas diambil terhadap mereka.

"Saya susah hati sampai sekarang. Saya juga buntu apa tindakan yang perlu diambil kerana rumah yang saya duduk sekarang akan diambil orang lain.

"Kalau boleh, kami mahu tinggal di kampung kami sendiri, tak mahu kampung orang lain," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu bagi Abdul Rahim Hamid, 51 berkata, sebaiknya dia mahu pemaju menyediakan rumah ganti di kawasan sama.

Menurutnya, di sekeliling Batu Ferringhi telah dibina dengan rumah yang bernilai hampir RM1.5 juta dan sudah tentunya tidak mampu dibeli penduduk.

Menurutnya, dia dan penduduk lain tidak kisah apa saja jenis rumah yang akan digantikan sama ada rumah kampung atau pangsa.

"Kami memang tidak sanggup tinggal di luar kerana semua rumah mahal-mahal, kami sudah berasa seronok di sini dan tidak mahu hidup dalam kesempitan.

"Sejak 2007 saya tidak lena tidur memikirkan perkara ini dan sekarang ia seperti menjadi realiti yang pahit untuk kami," katanya.

Sementara itu, bagi keluarga Anjalai Devi, dia sudah selesa duduk dalam komuniti yang majoritinya terdiri dari masyarakat Melayu itu.

"Kalau boleh saya mahu kerajaan bantu kami, janganlah pindahkan kami semua kerana saya memang benar-benar susah hati dengan dua lagi anak saya," katanya.

Kampung Batu Ferringhi dibimbangi terancam

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim berkata, hampir 500 rumah terlibat dan mereka kini dalam situasi membimbangkan.

Menurutnya, penduduk tidak menolak pembangunan di kawasan berkenaan, namun bimbang sekiranya mereka dipaksa keluar dari kampung yang telah didiami lebih dari 40 tahun itu.

"Pihak JKKK sendiri tidak tahu apa jenis pembangunan yang akan dijalankan sekiranya tanah di kampung ini akan dijual kepada pemaju, namun apa yang kami mahukan ialah hak yang sewajarnya.

"Hanya ada dua cara yang wajar untuk menyelesaikan masalah ini iaitu membina rumah ganti rumah kepada penduduk di kawasan yang sama dan pemilik tanah sepatutnya membuat rujukan dengan penduduk terlebih dahulu," katanya.

Beliau yang ditemui pada sidang media di Kampung Mutiara itu memaklumkan Batu Ferringhi yang terkenal sebagai destinasi pelancongan itu mempunyai kira-kira empat kampung.

Ia termasuk Kampung Din Bambo, Kampung Sungai Satu, Kampung Rasa Sayang dan Kampung Mutiara. Namun hanya Kampung Mutiara menjadi kampung yang pertama terlibat dengan pembangunan sejak sekian lama.

Jamaludin berkata, asalnya penduduk kampung berkenaan tinggal di tepi pantai, namun dipindahkan sejak tahun 1973 ke kawasan perkampungan sekarang kerana pembinaan hotel.

Menurutnya, sudah pelbagai cara dilakukan pihaknya untuk membantu penduduk kampung namun masih menemui jalan buntu.

Pas Desak Kerajaan Negeri Ambil Perhatian

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk campur tangan dalam isu penduduk kampung di sini.

Menurutnya, campur tangan tersebut diperlukan bagi membolehkan penduduk kampung mendapat hak yang sewajarnya.

"Kita bukan membantah tapi mahukan penduduk mendapat pampasan yang sewajarnya, jika ada rumah ganti rumah perlu mempunyai keluasan dari 500 hingga 600 kaki persegi.

"Seperti di Kampung Batu Uban, penduduk mendapat rumah berkeluasan 750 kaki persegi," katanya.

Dalam masa yang sama peguam akan turut dilantik bagi membantu penduduk kampung.

"Dokumen lama akan dikumpulkan dan kami berharap masalah ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin memandangkan hanya tinggal beberapa hari saja lagi penduduk akan berpindah," katanya. -- Sumber: SH

Wa Allahu'alam..


Zalora Women Shoes

UNTUK DIJUAL iPhone5 (Original from Apple Store) 16GB Warranty ada 5 bulan lagi. Berminat? Call/SMS/Whatsapp:Arshad, 016-7002170

Ditulis oleh: Admin Pada Friday, November 29, 2013
Perhatian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar blog yang diutarakan melalui laman sosial facebook. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Marina Bay Condominium, <b>Tanjong Tokong</b> - iProperty.com.my

Posted: 06 Jan 2014 07:34 AM PST

Hunza Parade Development Sdn. Bhd., is the developer of this luxurious condominium project. Sited in the most desirable location along the prime Tanjung Tokong beach front near Gurney Drive, Marina Bay is designed for low density development ensuring exclusivity and privacy.

Developed on a 11 acre land, this project of approximately RM140million consists of 449 condominium units, housed in three 20-storey blocks with indoor and outdoor condominium facilities. Each and every unit offers a picturesque view of the sea.

The access to business and leisure, the heart of Georgetown, Gurney Drive, Batu Ferringhi's beaches, offices and public amenities are all within a 15 minutes driving radius.

Many young professionals and expatriates make Marina Bay their homes. For growing families, there is the children playground, play room, study room and good international schools and colleges within the vicinity. Good security and strong property management are other features that Marina Bay offers.

In essence, Marina Bay is an attractive package that offers good capital appreciation and rental yield to owners.

New renovation
New furnishing
2 carparks
Fully renovated

Available immediately

Agent
Robert 0125524555
robertlowprop@gmail.com

If you are selling or letting out your property, just call/sms/email/watsapp/viber me. Thanks.

UPDATED : 7th January 2014

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Dec 2013 11:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Dec 2013 11:06 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2013 11:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Sep 2013 11:31 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SEPETANG <b>DI</b> KOMPLEKS <b>BUKIT JAMBUL</b> DAN BERBUKA <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2013 02:52 AM PDT

ESTRANGE 'a' - merenggangkan; renggang ( tidak rapat atau mesra lagi)
ESTRANGEMENT 'n' - kerenggangan
Hello and Assalammualaikum semua!!! Apa Khabar? Nampaknya lebih kurang seminggu jer lagi seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal yang indah. :) Bagaimana dengan persiapan hari raya anda? Semoga semuanya berjalan lancar dan aman jer okay. 
Pasti ramai dah yang keluar membeli belah dan buat biskut raya bagi menyambut Syawal nanti. Saya pun berkesempatan juga untuk keluar membeli sedikit barang bagi persiapan raya pada hari Sabtu yang lalu bersama suami, mak dan anak saudara di komplek Bukit Jambul/Mydin/Kamdar, Penang
Amboi!! ramainya orang, tak terkata. Sesak dan berhimpit-himpit juga, namun itulah suasana sebenar yang berlaku tak kira di mana-mana saja terutama sekali di pusat-pusat membeli belah bila dekatnya Syawal. Ya la, ramai lagi rakyat Malaysia yang suka membeli- belah di minit-minit akhir.:) Umm.. mungkin inilah nama semangat nak raya sakan kot. Hee Hee
Nampaknya, sejak pasaraya Mydin di buka dalam kompleks Bukit Jambul ni, makin 'happening' sungguh suasana di sini. Kira okaylah kan, bagus juga untuk mereka yang berniaga di situ dan bagi pelanggan pula kita mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih dan membeli. Syokkan!! siap duit ja. :)
Dalam musim raya ini, kedai-kedai/ butik yang menjual bajulah yang penuh dengan orang ramai. Di tingkat 1 saja penuh berderet dengan kedai/butik menjual baju kurung pelbagai jenis khususnya. Rambang mata dan..stressED sungguhlah. LOL. Mana tak nye, semua kedai rasa nak masuk tengok Hee Hee.. Tak dinafikan, baju-baju kurung zaman la sungguh cantik sekali. Terkilan juga sebab, sejak 14 tahun yang lalu saya dah tak boleh memakai baju kurung lengkap sekali dengan kainnya. Maklumlah, sejak dah berkerusi roda ni, kenalah suai padankan baju dan seluar yang sesuai saja. Jenis baju labuh dan kain sarung dah tak relevan dengan keadaan saya yang sepanjang masa terbaring dan duduk atas kerusi roda ja. Walaupun begitu keadaannya, ianya tetap tak mematahkan semangat dan seronok juga sebenarnya dapat membeli baju untuk insan tersayang yang lain. Hee Hee.
Dah penat 'bershopping' akhirnya kami berbuka puasa di restoran white coffee dalam komplek Bukit Jambul ni.
Anak saudara, adik Sufee dah letih dan kelaparan. Suami, membeli 'waffle' kegemaran adik Sufee yang disapu dengan coklat. Sebenarnya, waktu sampai di sini, kami terus ke restoran untuk buat 'reservation' dulu bagi berbuka puasa.  Entah ler, setiap ketika adik Sufee dok mengaak pi restoran untuk makan dan tanya kami, 'kenapa tak pi makan la ni?'. jenuhla nak menjawab yang sekarang ni bulan puasa kat dia. :_
Dah sampai waktu berbuka puasa. Memandangkan kami dah tempah meja awal, jadi makanan dan minuman semua dah sedia terhidang atas meja. Tak macam meja lain yang masih kosong walaupun dah masuk waktu berbuka. Moral of the story, buat tempahan awal dan jangan asyik bershopping ja.
Well, melalui pengalaman yang lalu lah maka kami beringat nih.. Jangan marah haa..!!!

Antara minuman yang kami pesan:-
Chocolate Iced Blended - rm7.30
2 iced water - rm1.60 (each rm0.80)
Sebenarnya menu makanan untuk berbuka puasa di sini cuma ada 4 set jenis makanan saja untuk di pilih. Ini kerana mereka tidak cukup staf pada waktu tersebut. Tetapi di waktu lain, menu makanan masih macam biasa dan dim sum halal pun ada. Bagi pilihan minuman pula tidak terhad, semua yang ada dalam menu boleh di pilih.
Oleh sebab tak banyak pilihan makanan, kami telah memilih keempat-empat set yang ada di situ. :)

Inilah hidangan yang paling sedap sekali antara semua. Sangat lazat tak terkata. Anda perlu mencuba set ini sekiranya anda berkunjung ke sini Okay!! Dengan sotong dan udang yang besar serta kek ikan di masak bersama sambal nyonya style memang ummpphh!! terangkat beb!!!
Ayam yang dimasak bersama sambal tom yam. Mak ambil set ni dan sedap katanya. Ia membangkitkan selera dan memberi rasa kesegaran diawalnya dan tidak mual di akhirnya.
Bukannya tak sedap. Tapi sebab ianya masak kari, jadi rasa nak mugal sikit untuk halwa tekak saya. Hee Hee. Memang kari ni lain dari yang biasa. Ianya masak kari ala nyonya dan yang best tu ada daun pudina segar diletakkan dalam kuahnya, jadi rasa segar sangat bila mengunyah daun tu. Just hope, mereka letak lebih lagi daun pudina yang segar tu. ;)

Apa yang istimewa tentang nasi lemak ni ehh? Tentulah sambal dan ayam goreng berempahnya. :)
Bagi penggemar nasi lemak, bolehlah cuba set ni. 
Di bawah ni pula adalah beberapa keping gambar dari 3 tahun yang lalu diambil sewaktu menjamu selera di sini. Betul, saya dah beberapa kali menjamu selera di sini. :)

Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya ini serta jangan lupa untuk 'follow' blog saya selalu okay!!
Saya TIDAK dibayar oleh mana-mana pihak berkenaan perkara di atas ini.

Pemandangan <b>Bukit Jambul</b> dan Teraseringnya - Rental Mobil <b>di</b> bali

Posted: 09 Jun 2013 05:05 PM PDT

membicarakan obyek wisata di bali memang seakan tidak ada habisnya dari wisata pantai, wisata alam danau, wisata alam bawah laut dan wisata sawah dengan teraseringnya. salah satu obyek wisata pemandan terasering yakni di bukit jambul.berlokasi tak jauh dari Gunung Agung yang merupakan bagian dari wilayah Kabupaten Karangasem, bila ditempuh dari bandara menggunakan jasa sewa mobil di bali  atau rental mobil di bali kira kira 2,5 jam untuk mencapai bukit jambul.

bukit-jambul-sewa-mobil-di-bali-2

Bukit Jambul pertama kali di sebutkan pada saat invasi Belanda ke Indonesia oleh seorang wisatawan yang melihat sebuah bukit tinggi berdiri di sebelah selatan jalan utama yang menghubungkan Kabupaten Klungkung dan Besakih. Di puncak bukit terdapat sebuah pura yang disebut Pura Pucak Sari yang dikelilingi oleh pepohonan besar. Sementara, di bawah kompleks pura terdapat panorama persawahan yang memukau. Ini membuat pepohonan terlihat seperti jambul.

bukit-jambul-sewa-mobil-di-bali bukit-jambul-sewa-mobil-di-bali-1

ketinggian 500 m diatas permukaan laut (dpl) membuat Bukit jambukl mempunyai hawa yang begitu sejuk. Pemandangan alam yang tersaji di sekelilingnya begitu menakjubkan, sangat indah, dan menawan. Dari atas Bukit Jambul wisatawan akan disajikan pada hamparan perbukitan serta perpaduan sawah yang berumpak-umpak (terasering). Sementara di pemandanganyang lain terlihat eksotisnya laut lepas yang sangat jelas terlihat dari atas bukit. Demikian juga, gugusan pulau Nusa Penida yang tampak begitu jelas dan indah.

Obyek wisata bukit jambul sudah terkenal sejak dahulu, karena bukit jambul merupakan tempat persinggahan ketika berwisata menuju pura Besakih. sehingga ketika akan mengunjungi Pura Besakih dengan melewati Kabupaten Klungkung, maka secara otomatis akan melewati Bukit Jambul.bukit-jambul-sewa-mobil-di-bali-3

Bukit jambul selain menawarkan pemandangan alam yang eksotis dan natural di sini juga banyak terdapat warung dan restoran. sehingga ketika anda berkunjung disini bisa menikmati makanan dan coffe shop sambil melihat pemandangan dari bukit jambul. Tempat parkir yang luas juga tersedia memudahkan bagi pengendara mobil  baik itu mobil pribadi atau sewa mobil di bali untuk berhenti disini.

apabila anda hendak berkunjung ke pura Besakih dan menggunakan jasa sewa mobil di bali atau rental mobil di bali kami. berhenti di wisata bukit jambul ini akan sangat mengasikkan bagi wisatawan,

selama Berlibur.

09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


DAP <b>Nibong Tebal</b> bantah Sistem Parkir Kereta Berbayar <b>di</b> SPS <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2014 02:42 PM PST

BUKIT MERTAJAM: DAP cawangan pekan Nibong Tebal mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memansuhkan Sistem Parkir Kereta Berbayar (SPKB) di Seberang Perai Selatan (SPS) yang bermula Rabu lepas kerana ia menambah beban perbelanjaan penduduk yang mempunyai kereta.

Pengerusinya Teoh Seong Hooi berkata penduduk sudah pasti akan terasa bebannya kerana sebelum ini daerah SPS terutama di Nibong Tebal tidak pernah mengenakan sebarang caj tempat meletak kereta.

"Sebelum ini semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang, DAP pernah menentang sekeras-kerasnnya pelaksanaan SPKB di Nibong Tebal dan mengapa sekarang mereka mahu buat semula sistem itu.

"Lagipun lebih 70 peratus penduduk di Nibong Tebal adalah golongan sederhana," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum mengenai bantahan SPKB kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di sini semalam.

Kerajaan negeri pada tahun lepas mengumumkan melaksanakan sepenuhnya SPKB di Pulau Pinang mulai 1 Jan 2014 dan bagi kawasan SPS, MPSP mengenakan caj 40 sen sejam.

Teoh berkata SPKB bukan sahaja akan membebankan pengguna yang berkereta malah perniagaan para pekedai dan penjaja di kawasan Nibong Tebal juga akan terjejas kerana orang ramai pasti mengelak untuk meletakkan kereta di kawasan berbayar.

"Lagipun daerah SPS bukan menghadapi masalah tempat letak kereta seperti di kawasan pulau di Pulau Pinang, jadi kami harap kerajaan negeri dapat tangguhkan atau terus mansuhkan sahaja kerana ia memang membebankan walaupun cajnya hanya 40 sen sejam," katanya.

Bagi seorang penduduk, Omar Din, 53, berkata walaupun caj yang dikenakan itu kecil tetapi ia turut memberi kesan kepada pengguna kerana akan menambah jumlah perbelanjaan mereka.

"Saya bekerja buruh dan kebanyakan penduduk di Nibong Tebal juga bukanlah bergaji besar, jadi caj itu pasti bebankan kami. Lagipun selama ini kami tidak pernah dikenakan caj kenapa mesti sekarang perlu membayar.

"Mana kerajaan negeri yang prihatin kepada rakyat kalau semua benda hendak dikenakan caj dan bayaran," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved