Selasa, 28 Januari 2014

09 di Butterworth - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


Gambar sadis pekerja maut dihempap kontena <b>di Butterworth</b>

Posted: 17 Dec 2013 09:04 PM PST


BUTTERWORTH - Seorang pekerja kontrak pelabuhan maut akibat dihempap kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini hari ini.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa Shahidi Asyraf Zainal Abidin, 27, maut di tempat kejadian setelah cedera parah pada bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika kontena yang sedang dialihkan menggunakan kren dari sebuah treler ke atas kapal terjatuh dan menghempap mangsa," katanya kepada pemberita di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata siasatan kes itu masih dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.   

Sementara itu, abang ipar mangsa, Mohd Faizul Mansor, 29, berkata Shahidi ada memaklumkan untuk membawa keluarganya bercuti ke pulau Langkawi, Kedah dalam musim cuti sekolah ini.

Katanya, kali terakhir beliau bertemu dengan arwah ketika makan malam tadi. 

"Kami tinggal bersama di rumah ayah saya di Tasek Gelugor, dekat sini. Arwah memang seorang yang baik hati dan amat rajin bekerja sejak kebelakangan ini. Arwah pernah menyatakan hasratnya untuk mencari kerja lain yang tetap demi kesenangan isteri dan anaknya," katanya ketika ditemui di HSJ. - Bernama

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Jangan Berkhayal Mahu Rampas Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b>

Posted: 27 Jan 2014 02:06 AM PST

Akhbar China Press
Perkara: tidak mungkin BN dapat tawan kembali Pulau Pinang?
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 26 Januari 2014 (Ahad)

Tajuk:

Jangan Berkhayal Mahu Rampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Penulis: Jiang Hu

Walaupun waktu PRU akan datang masih jauh lagi, maklumat dari rakyat jelata terutama sekali di negeri Pulau Pinang, mereka bertanggapan jika BN mahu rampas kembali kerajaan Pulau Pinang umpama perpatah Cina pokok jejulang boleh berbunga yang memberi maksud tidak mungkin berlaku.

Kenapa diumpama begitu? Lebih jelas lagi bahawa sikap UMNO Pulau Pinang berlaku kasar dan ganas, sering timbulkan isu isu fanatik yang tidak menghiraukan perasaan kaum lain, yang pertama mereka adakan kempen tunjuk perasaan kerana isu sayur kangkung perdana menteri, hari ini pula melarang jual daging babi secara terbuka.

UMNO dengan terang dan jelas minta masyarakat berbilang kaum menghormati perasaan orang orang Muslim, seballiknya UMNO sendiri tidak hiraukan sensitiviti kaum lain, jawapannya dengan mudah telah terungkai.

Kembali kepada isu, UMNO Pulau Pinang anggap perbuatan mereka itu akan mendapat sokongan orang orang Melayu dan orang orang Muslim, pastinya UMNO telah membuat kesilapan besar. Penulis ada ramai rakan rakan Muslim, penulis tanya pada mereka apa pandangan mereka terhadap tindakan UMNO Pulau Pinang, mereka kata ini semata mata taktik dalam politik, mereka tidak akan hiraukan UMNO, apa yang mereka lebih prihatin ialah isu demokrasi, contohnya bagaimana pihak kerajaan mampu selesaikan isu kenaikan harga barang yang mengundang tekanan hidup rakyat, serta kebocoran kebocoran rasuah yang menghabiskan wang simpanan negara, perkara perkara seperti ini yang mereka lebih mendapat perihatin, jika ada sesiapa yang boleh selesaikan masalah ini, mereka akan sokong orang orang itu.

UMNO Pulau Pinang biadab

Lebih lebih lagi UMNO Pulau Pinang pandai tunjuk biadab, sedangkan kepimpinan UMNO Pusat biarkan sahaja ia berlaku, ini menunjukkan UMNO Pusat berdiam diri membenarkan ia berlaku, pada masa yang sama apabila UMNO memonopoli BN, ahli ahli komponen BN yang lain menjadi lemah, terutama sekali MCA dan Gerakan, yang semakin mempercepatkan lagi masyarakat Cina hilang kepercayaan kepada mereka.

Dengan itu tidak semestinya orang Melayu dan orang Muslim sokong UMNO, sedangkan orang Cina sendiri sangat bencikan MCA dan Gerakan kerana ikut telunjuk UMNO, orang orang Cina sendiri tidak sokong parti Cina, amat susah untuk BN rampas kembali negeri Pulau Pinang.

Note: nama saintifik Pokok jejulang: Aconitum carmichaeli Debx

Terjemahan:
Rohana Chin Abdullah

279 total views, 1 views today

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Pengalaman Menunggang Kuda <b>Di</b> Pantai <b>Batu Ferringhi</b> - Busuk.org

Posted: 20 Jan 2014 10:05 PM PST

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 2,505
Widget Aktif : 3,440
Banner Aktif : 4,722

Domain Dibenarkan: 8,162
Jumlah Artikel : 501,596

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jan 2014 01:21 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Dec 2013 01:24 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Yong Tau Fu femes <b>di Bagan Ajam</b> | CeLoteh MJ

Posted: 04 Dec 2013 05:39 PM PST

Entry tertangguh - bila tengok gambar ni rasa macam alahai sedapnya kalau dapat makan panas-panas ditambah badan MJ dah mula dedar nak demam ni. Yong Tau ni memang pemes kat area Bagan ni tau, dan memang dah lama bertapak sejak MJ dari zaman sekolah lagi dah ada.
Pinggan tu MJ punya, cabai dia buat Yongtaufu ni sedap tau, tak cukup bagi MJ cabai tu mesti akan gagau asben punya..wahahaha.. Dan lepas makan konpem akan nanges-nanges punya.. Jadi tisu wajib kena ada tau..haha Ni pulak pinggan asben, punyalah 'tamak' kami 2 orang ambik penuh semangkuk macam2 ada walhal memang tak habis pun, kami siap tapau belen yang tak habis, rugi pulak kalau nak membazir dan terbuang kan.
MJ tak ingat pulak harga semangkuk rasanya dalam RM7.00++ kot.

Dan kalau ada yang nak terjah tempat ni kalau mai jalan2 di Butterworth, Food Court ni terletak betul2 di belakang Sek Men Keb Dato' Onn (my old school), Bagan Ajam boleh nampak la kedai ni di hujung.
Kalau dari Jetty (Feri Penang) terus je dalam 20minit akan nampak Sekolah di sebelah kiri dan masuk ikut laluan tu.

Dan lepas korang pilih-pilih apa yang nak kena tunggu di meja tau sebab kalau nak berdiri menunggu memang lambat la tapi berbaloi kalau dah makan :)

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved