Isnin, 10 Mac 2014

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> nafi timbang haram khutbah Jumaat <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2014 01:42 PM PST

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam menafikan dakwaan dalam laman blog kononnya ia sedang mempertimbang secara serius untuk mengharamkan khutbah Jumaat.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai berbaur fitnah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berharap polis dapat mengesan serta memberkas pihak yang membuat dakwaan itu.

"Kalau orang tu dah gila, jangan sama-sama sahut perkara yang dibangkitkan oleh orang gila, negara komunis pun tidak buat seperti itu…kalau nak haramkan khutbah samalah macam kita haramkan solat Jumaat, macam nak tutup masjid.

"Orang itu (individu yang menulis blog) harus dikenakan tindakan, polis perlu siasat dan bawanya ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini.

Pada 17 Feb lepas, laman blog yang dinamakan 'Negara Pakatan Rakyat' mengeluarkan kenyataan terdapat beberapa pemimpin pakatan tidak gemar dengan kandungan khutbah Jumaat yang didakwa mengandungi mesej berbaur ekstremis dan diskriminasi.

Abdul Malik sebelum itu telah mengadakan pertemuan singkat dengan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Balik Pulau di sini.

Antara yang hadir pada pertemuan itu ialah Pengerusinya Mohd Rizuad Mohd Azudin dan Ketua Penerangannya Mohd Pazli Ismail.

Mohd Pazli berkata pertemuan singkat itu bertujuan mendapatkan penjelasan serta kerjasama daripada kerajaan negeri berhubung dakwaan blog berkenaan.

Sementara itu dalam sidang media berasingan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci terhadap pemilik blog 'Negara Pakatan Rakyat' yang mengeluarkan kenyataan sehingga boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rak-yat. — Bernama

09 di kepala batas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


Catatan Sahabat Kecil: Kisah Nafees <b>di</b> Hospital <b>Kepala Batas</b>

Posted: 15 Feb 2014 09:58 PM PST

Assalamualaikum...

Sebelum aku berceloteh dengan panjang lebar biarlah aku tarik nafas sikit dulu....fuuuuhhhhh...
Dah lebih 2 bulan blog ni bersarang rupanya..apa nak jadi la dengan  blogger ni kan..maleh sungguh gamaknya...heheh
Maafkan aku duhai blog...duhai pembaca semua ( ada ke yang baca?), tak berkesempatan kerana orang baru yang di tunggu2 dah pon lahir menjenguk dunia tanggal 18 November 2013 yang lalu..Alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNYA...
Maka ini lah babynya...

Kronologi kelahiran Nafees

17 November 2013 malam..aku mengadu kat En.hasben sakit pinggang yang amat sangat, walaupon beberapa bulan kebelakangan ni memang sakit pinggang dek kerana dah tak tertanggung lagi berat bayi yang semakin hari semakin membesar..En. Hasben kata bersabar cuba tukar2 posisi baring..Alhamdulillah terlelap jua aku akhirnya...

18 November 2013
9 pagi - Membuat routine check up baby di Klinik Kepala Batas..seperti biasa menunggu hampir lebih kurang 40 minit baru dapat jumpa nurse yang bertugas..(biasalah kan klinik kerajaan..heheh)..
Derang tanye ade sakit pape ke memandangkan due kelahiran nafees sebenarnye 26 November, dah dekat dah tu..aku pon habaq la just sakit belakang..sakit biasa la tu kan pada ibu2 yang mengandung...Pagi time p klinik tu seyes xde sakit langsung pon...Alhamdulillah..tapi....jeng jeng jeng...

Waktu lunch - Singgah sat kat warong di Bertam Perdana beli lunch..pergghhh ada tempoyak...aku pon cedok 2-3 sudu ke dalam nasi aku...sampai je di rumah, terus bedal tempoyak dulu..rassa puas hati sebab akhirnya dapat gak makan tempoyak...En.Hasben masa ni dah p opis dah, tinggal lah aku dengan Irfan..

2.30 petang..Perut start memulas..aku pasti dah ni bukan kerna makan tempoyaknye pasal, bukan sebab nak yak ...sakit yang datang 15 minit..pastu datang balik sakitnya..aku terus angkat wuduk, sembahyang zohor..tak larat nak sembahyang seperti biasa, terpaksa sembahyang duduk sambil menahan sakit...
2.57 petang- misscall dari mak..tak sempat nak angkat..(mak dapat rasa agaknya yang anaknya dalam kesakitan...ko panjangkanlah umur ibuku ya Allah...amin)

3.15 petang- call En.Hasben cakap dah tak tahan sangat sakitnya..
3.30 petang- tiba di Wad Bersalin Hospital Kepala Batas...cek2 dah 3 cm bukak..MasyaAllah..masa ni sakit dia semakin kerap berulang..10 minit die mai...

5.00 petang - kali ni aku tak mampu nak berjalan2 sekitar wad untuk mempercepatkan proses kelahiran, sakit yang amat sangat..aku cuma duduk di tepi katil sambil memegang kuat kerusi menahan kesakitan, mulut tak henti2 berzikir, berselawat dan sebagainya..En.Hasben dapat temankan sekejap sebelum dia disuruh untuk menghantar irfan pulang sebab En.Hasben dapat temankan aku sampai ke bilik bersalin nanti, kang kalau irfan ada kang, takut dia buat bising pulak nanti...
Terdetik nak membaca Surah Yasin..selesai je baca, nurse tanya aku ok ke x..aku pon cakap lah..dah tak tahan lagi dah ni...huhuhu...dah la masa tu nurse tu sorang je yang ada kat wad tu, yang lain aku xtau p mana..die pon cepat2 suh aku baring, pindah ke katil bersalin..makcik cleaner datang mai tolong aku time tu..
Yang lawaknya, time derang nak tolak aku ke bilik bersalin tu, time tula baru nak on lampu, nak prepare everything..( punya la nak cerita kat sini, takda orang pon kat hospital ni..lagipon sebenarnya kalau ada kes2 yang kritikal memang derang akan terus hantar ke Hospital Seberang Prai..sebab kat HKB ni takda doktor pakar pon...jadi nak di jadikan cerita, aku je la sorang dalam bilik bersalin tu, bilik2 bersalin yg lain semuanya kosong, gelap gelita..huhuhu..

Pukul 6 petang aku sampai kat bilik bersalin tu, terus dah rasa nak teran dah..nurse siap mintak tolong makcik cleaner tu suh p panggil nurse lain suh temankan dia...hahaha..aku time tu dah rasa nak teran habis dah..En.hasben tak sampai lagi time ni, kaki aku dah menggigil menahan sakit, budak kat dalam perot ni dah tak sabar2 nak jenguk dunia...bila nurse suh teran je, aku terus gunakan semua kudrat yang ada...

Muhammad Nafees Isham Mohd Nadzri
beberapa minit selepas di lahirkan..( mata sepet tui..heheh)

Alhamdulillah genap 6.10 petang, Nafees di lahirkan..berat 2.91 kg, 53 cm

habis je kes kelahiran Nafees, sambil die tolak katil aku, die tutup bilik bersalin tu, off lampu....hahaha

Tu lah dia Hospital Kepala Batas....terima kasih kat nurse yang tolong sambut bayi aku...terima kasih kat makcik cleaner jugak yang bantu nurse tu..terima kasih kat HKB...aku bersyukur kerana servis yang di berikan sangat baik...
Terima kasih buat En.hasben sebab sempat walaupon terkejar2 datang melihat kelahiran putera nya yang kedua....terima kasih buat mak dan ayah...terima kasih  jua pada yang mendoakan..terima kasih semua...

Nafees selepas 14 jam di lahirkan

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Acara kesembilan HIKMAH <b>di Bayan Lepas</b>, Pulau Pinang 22 Feb <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2014 10:49 PM PST

Sejak pertengahan 2013 ada pihak ingin membawa acara HIKMAH ke Pulau Pinang. Melihat kalendar tahun itu di mana 2-3 acara sudah dirancang, tarikh sekitar penghujung Oktober atau awal November pun dicadangkan. Namun atas sebab yang tak pasti apa, pihak tersebut menundakan rancangan tanpa menetapkan tempoh. Tidak lama kemudian muncul pihak lain dari Pulau Pinang mahu membawa acara lalu iapun menjadi kenyataan.
Pulau Pinang sebagai tempat ke-9 HIKMAH agak unik kerana situasi orang Melayu sana yang kelihatan menuju menjadi seperti nasib orang Melayu di Singapura. Di negara pulau itu mereka menjadi minoriti yang dikuasai bangsa asing berketurunan pendatang dan bukan Islam. Pulau Pinang juga sudah begitu, cuma belum terlalu teruk lagi kerana orang Melayunya masih ramai, cuma ada perpecahan yang menyebabkan kepentingan mereka susah hendak diperjuangkan dengan lebih berkesan.
Sebetulnya pihak kami sendiri ada menyimpan hasrat untuk mengadakan acara di wilayah yang dikenali sebagai Pulau Mutiara ini sejak acara ke-3 HIKMAH berlangsung di Lumut, Perak 27 Januari 2013. Ini kerana pulau itu dilihat sebagai satu tempat jejak bertapak penjajah Inggeris yang sangat penting. Kami percaya dari situlah Perjanjian Pangkor 1874 dirancang sehingga Perak mula dicengkam diikuti beberapa negeri Melayu lain. Maka itu kedatangan kami ke Pulau Pinang sangatlah tepat. Disokong semangat membara anak-anak sana yang sanggup mengenepikan perbezaan ideologi politik dan pegangan fikrah, saya melihat ia menampilkan organisasi dan keterlibatan pihak tempatan terbaik sejak HIKMAH diasaskan 12 Oktober 2012. Untuk makluman ini adalah artikel yang ke 121 di blogspot ini.

Persediaan untuk acara...

1. 3 acara HIKMAH akan datang dan Maulidur Rasul

2. Aura HIKMAH mula membara di Pulau Pinang...

3. Aku naik saksi tiada yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah rasulNya
Mutiara HIKMAH sebagai jambatan ke Aceh dan penyatuan Alam Melayu?

Apa yang berlaku sepanjang acara...

1. HIKMAH IX - Semangat membara orang Pulau Pinang

2. HIKMAH IX - Sokongan atasan dalam melestarikan satu perjuangan

3. HIKMAH IX - Menangani ancaman terhadap umat Islam melalui ukhuwah yang kuat

Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...

1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban
2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates,  firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan "Islamic Finance" di Capital TV, UNIFI
3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos,  wartawan dan aktivis media bebas
4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah  – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel "Berpetualang ke Aceh"
5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam -  Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

Antara yang dapat dikongsikan dengan butiran di blogspot...

1. Kertas kerja HIKMAH IX - Wang Fiat dan Keruntuhan Ekonomi Orang Melayu

2. Kertas kerja HIKMAH IX - Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu Video sekitar HIKMAH IX - Dari selawat ke 'rompakan' perbankan dan wang kertas

Acara susulan yang ada kena-mengena...

1. Ukhwah Pendekar Malaiu di Balik Pulau

Acara juga boleh diikuti melalui video klip...

1. Video sekitar HIKMAH IX - Dari selawat ke 'rompakan' perbankan dan wang kertas

2. Video sekitar HIKMAH IX - Wasiat raja-raja Melayu dan ancaman terhadap umat Islam


09 di tanjung bungah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2014 01:04 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Oct 2013 01:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Oct 2013 01:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pulau Pinang : Part 4 - Mandi Laut Dan Makan2 <b>di Tanjung Bungah</b>

Posted: 22 Sep 2013 11:51 PM PDT

Hari ni pertambahan seorang lagi dalam group.. Baru sampai di Georgetown Bus Station tengah malam tadi... "Bun" - sekadar nama famous.. sila eja dalam bahasa melayu.. Di sebabkan bun ada kerje pada hari jumaat.. terpaksa bertolak lewat sket dengan bas.. tapi tak apalah terlepas aktivit Bukit Bendera jer.. sebab banyak aktiviti lagi selepas ni..
7 September - Time matahari baru nak naik.. kami geng lelaki..  tutup pintu apartment perlahan2 tak nak kasi orang perempuan tahu.. aku, bam, hadri, shaz ngan Fareez.. take a walk kat tepi pantai sambil buat sesi photography ala2 model gitu hahahaa.. actually kat depan Leisure Cove Resort ni tak di galakan sangat untuk mandi sebab dekat dengan rumah nelayan.. bak kata pak guard banyak obor-obor.. 

Sesi  Model  Bergambar di Pantai Tanjung Bungah
So dalam pukul 08:45 pagi.. lepas breakfast sandwich yang disediakan oleh kaum  ibu2  wanita.. kami semua  berlari dengan laju  bergerak dengan kereta ke kawasan pantai yang lebih mempersona untuk bermandi - manda.. destinasi pantai yang di pilih adalah di hadapan Hard Rock Hotel.. biasa lah kalau hotel mahal mesti lah pantai dia lawa kan huhuu..
Pantai kat area sini tak ada lah cantik mana.. tapi setakat nak mandi tu.. boleh laa.. air pun macam teh susu tawar.. tapi yang best nyer ombak dia yang besar.. seronok jugak layan ombak kat sini.. sekali kene  pukul tolak dengan ombak sampai ke pantai semula.. kami mandi2 dan rehat2 dekat sejam lebih..
Time nak balik ada masalah sket.. sebab tak ada tempat nak tukar pakaian.. maklumlah kami bukan guest kat hotel2 sekitar ni.. tapi somehow semua pandai pulak buat muka kering tanpa rasa bersalah.. masuk guna washroom sebuah hotel ni bersebelahan Hard Rock Hotel..  semua selamat tak kantoi hehehee.. harap lepas ni kerajaan negeri dapat buat bilik salin pakainan di pantai demi keselesaan pengunjung macam kami ni.. :D

Jom Mandi Laut.......!!!!!!!!!!!!
Kat sini lah Aizat and Aizu muncul.. diorang baru sampai Pulau Pinang.. bertolak dengan kereta Myvi Aizu dari KL subuh tadi.. on the way balik ke Leisure Cove Resort kami berhenti singgah alas perut di tepi Pantai Miami.. ada gerai rojak terbaik sebab cara makcik ni buat rojak tak kedekut nak letak bahan.. laksa penang.. dan cendol pulut beliau yang cukup memukau..
Dalam pukul 01:50 petang.. kami semua bertolak dari Leisure Cove Resort menuju sebuah destinasi baru untuk makan tengah hari.. memang salah satu aktiviti kami pada trip Pulau Pinang kali ni ialah makan dan makan dan seterusnya makan  sebab ada saka kot tu yg nak makan jer hahahaa..  dan nak di ingatkan di sini rojak, laksa dan cendol pulut tadi hanya sekadar alas perut..  quote kata-kata shazmin lagi hehehee..
Kota Lama - Fort Cornwaallis - Georgetown

Maka menu seterusnya Mee Sotong Penang dan Penang Coconut Shake Ori.. menjadi target kami.. lokasi food court bersebelahan Fort Cornwallis.. Di atas cadangan suhana, asma dan ikin.. sebab pengalaman diorang yang lepas mengatakan.. kalau makan mee sotong ni mesti teringat2 sampai seminggu sedap dia..  aku teringat pedas dia jer hahahaha..

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Sep 2013 01:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Sep 2013 01:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Aug 2013 01:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jul 2013 01:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BICARA PERJUANGAN: SETPOL ADUN <b>TANJUNG BUNGAH</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2013 07:03 PM PDT

Pertama kali terpandang gambar di atas, jika anda adalah lelaki tulin, anda mungkin akan terpesona dengan keayuan wajahnya.. Tetapi tahukah anda bahawa beliau adalah seorang transgender.... Apa itu TRANSGENDER...? Secara ringkasnya apa yang admin faham, transgender itu boleh jadi homoseksual, lesbian, biseksual dan sebagainya.....SIAPAKAH TRANSGENDER DI ATAS....? 

GEORGE TOWN : Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang baru dilantik berharap pelantikan beliau dalam memegang jawatan itu dapat membuka jalan kepada layanan sama rata dalam komuniti transgender.

Hezreen Shaik Daud, 33, yang merupakan seorang transgender mengakui berdebar tetapi teruja pada masa yang sama apabila beliau memulakan tugas secara rasmi pada Isnin.

"Saya amat berterima kasih kepada YB kerana menawarkan kerja ini kepada saya dan saya bersedia untuk berhadapan dengan cabaran.

"Ia adalah sukar bagi kami untuk diambil bekerja di syarikat-syarikat maka saya berharap dengan pelantikan saya ini, kami dapat menunjukkan bahawa kami berupaya dalam melakukan tugas sebagaimana yang lain," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Hezreen, yang pernah bertugas sebagai pegawai projek dengan Persatuan Pembangunan Kesihatan Masyarakat Pulau Pinang berkata, sesetengah syarikat enggan mengambilnya bekerja kerana mereka bimbang beliau tidak mampu untuk berada di tempat kerja yang mempunyai pekerja lelaki.

"Saya hanya meminta supaya diberikan saya peluang dan saya akan melakukan yang terbaik di tempat kerja.

"Kami memerlukan penerimaan kerana kami juga manusia. Kami mahu dilayan sama rata seperti yang lain.

"YB menawarkan saya kerja ini pada awal tahun dan sekali lagi pada bulan lepas. Beliau memperjelaskan kepada saya mengenai skop kerja dan tugas sebagai setiausaha politik membuatkan saya memahami dengan lebih jelas," kata Hezreen yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Hokkien.

Bekas pelajar Sekolah Tinggi Heng Ee itu berkata, beliau telah bekerja dengan Teh untuk beberapa projek sejak beliau berada dalam persatuan itu.

Beliau merupakan pemegang Diloma dalam Teknologi Maklumat dari Informatics College. 

So.... don't judge the books by its cover....he! he! he!....

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2013 01:00 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2013 01:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jun 2013 01:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jun 2013 01:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 17 May 2013 01:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2013 01:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Apr 2013 01:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO Online - Kerajaan DAP P. Pinang Arah Roboh Sekolah <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2010 05:38 PM PDT

GEORGE TOWN 20 Julai – Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan Kementerian Pertahanan merobohkan bangunan bertingkat sekolah tentera udara yang sedang dibina di Tanjung Bungah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng mendakwa, notis mengenainya telah dikeluarkan kerana kementerian itu menjalankan projek Sekolah Iktisas Tentera Udara (SITU) tanpa mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Pada Disember tahun lalu, beberapa penduduk membuat aduan mengenai kerja memasang cerucuk besi di kawasan itu dan majlis perbandaran telah mengeluarkan notis amaran.

"Kemudian Mac lalu, majlis perbandaran sekali lagi menerima aduan bahawa kerja memasang cerucuk besi itu masih diteruskan termasuk pada cuti umum dan menghantar semula surat ke kementerian itu, memberitahu mereka mengenai keperluan untuk memohon kebenaran pembinaan.

"Kes itu turut dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri (Datuk Faiza Zulkifli)," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Kata Guan Eng, Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail sudah memaklumkan kepada kementerian itu termasuk Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah pada 31 Mac lalu bahawa tindakan akan diambil jika pembinaan itu tidak dihentikan.

Beliau berkata majlis perbandaran telah menghantar notis kepada kementerian itu pada 6 Jun lalu mengikut seksyen 70 (1) Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 supaya pembinaan itu dirobohkan dalam tempoh 30 hari.

Pemeriksaan mendapati kerja pembinaan itu sudah mencecah empat tingkat. Ketinggian bangunan itu tidak diketahui memandangkan pelan tidak dihantar kepada majlis perbandaran.

Guan Eng menyalahkan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Nik Yunus kerana gagal berbuat sesuatu walaupun berulang kali dimaklumkan mengenai masalah itu.

"Memandangkan Nik Ali tidak melakukan tugasnya iaitu memantau projek itu, kami terpaksa menghubungi kementerian kerana ia melibatkan tanah persekutuan," katanya. – MStar/MediaUMNO

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jan 2013 01:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Review Flamingo Hotel by the Beach, <b>Tanjung Bungah</b> Penang | KL <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2012 11:26 AM PST

Percutian ke Pulau Pinang kali ini membawa kami ke Flamingo Hotel by the Beach yang terletak di Tanjung Bungah. Kedudukan hotel ini yang terletak di tepi pantai membuatkan percutian kali ini lebih santai sambil menikmati keindahan pantai di Pulau Pinang. Selain lokasinya di tepi pantai, Flamingo Hotel juga terletak berdekatan dengan Batu Ferringhi iaitu lebih kurang 7km atau 15 minit perjalanan dengan kereta. Selain itu, antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar atau berdekatan dengan Hotel Flamingo Penang ialah Toy Museum (300m), Gurney Drive (6km), Pasar Chowrasta (9km), Nasi Kandar Line Clear (9km), Nasi Kandar Beratur (10km), Georgetown Heritage Sites (10km), Fort Cornwallis dan Padang Kota Lama (10km), Komtar (10km), Chew Jetty (11km), Bukit Bendera (13km) dan Penang Butterfly Farm (14km).

Setibanya kami di sana, urusan check-in berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kami telah menempah bilik deluxe seaview yang mempunyai pemandangan cantik Selat Melaka.

Lobi Hotel Flamingo Penang

Pemandangan indah Selat Melaka yang dapat dilihat melalui bilik deluxe seaview kami.
Deluxe Seaview Flamingo Hotel

Bilik deluxe seaview ini dilengkapkan dengan katil twin, internet WIFI dan televisyen LCD. Biliknya juga adalah agak luas mengikut standard kami. Bilik deluxe ini telah dihias dengan menggunakan konsep moden. Katilnya juga agak besar dan selesa. Biliknya juga tidak menggunakan carpet, sebaliknya menggunakan tiles. Walaupon mungkin sedikit sejuk lantainya tetapi dapat menghindar bau karpet yang busuk.

Bedroom Hotel Flamingo

LCD TV Flamingo Hotel Penang

Bilik deluxe seaview ini turut disertakan dengan sarapan untuk 2 orang dewasa. Disebabkan musim cuti sekolah, restoran waktu sarapan pagi agak padat dengan ramai orang menyebabkan ada makanan yang telah habis dan lambat untuk diisi semula. Anda mungkin perlu menunggu untuk mendapatkan meja sekiranya anda turun lewat untuk sarapan.

Selain itu, Hotel Flamingo turut dilengkapkan dengan sebuah kolam renang yang besar.

Hotel Flamingo

Kolam Renang Flamingo Hotel Pulau Pinang

Swimming pool at Hotel Flamingo Penang

Hotel Flamingo Outdoor

Sekiranya anda tidak berminat dengan kolam renang anda boleh berjalan-jalan di pantai yang terletak bersebelahan dengan hotel. Pantainya bersih dan cantik. Selain itu turut disediakan kerusi rehat untuk pengunjung hotel berehat sambil menikmati pemandangan pantai.

Beach at Flamingo Hotel Penang

Pantai Hotel Flamingo Penang

Di lobi hotel turut disediakan lounge untuk pengunjung hotel berehat sambil menikmati makanan ringan dan minuman.

Lounge Hotel Flamingo

Kemudahan parking turut disediakan untuk tetamu hotel.

Flamingo Hotel By The Beach Penang

Harga bilik deluxe seaview adalah RM328++ pada musim cuti sekolah. Untuk harga terkini anda boleh semak di laman web Flamingo Hotel atau laman web tempahan hotel seperti Agoda dan Booking.com. Harga biliknya nampak macam agak mahal tetapi realitinya itulah harga hotel di Pulau Pinang semasa cuti sekolah. Sekiranya anda inginkan harga yang murah, anda perlu bercuti di luar peak season.

Keseluruhannya hotel ini sesuai sekiranya anda inginkan bilik yang luas dan berdekatan dengan pantai. Harganya juga lebih murah jika dibandingkan dengan hotel di Batu Ferringhi. Lokasinya juga strategik kerana terletak di tengah-tengah antara Batu Ferringhi dan Georgetown. Sekiranya anda ingin ke pasar malam Batu Ferringhi anda cuma perlu memandu kereta ke sana yang mungkin mengambil masa 15 minit sekiranya jalan tidak sesak. Banyak kemudahan tempat letak kereta disediakan di sana. Bagi yang ingin mencari makanan di luar, anda memerlukan kereta kerana tidak banyak kedai makanan yang berada dalam walking distance dari hotel. Walaubagaimanapon, sekiranya anda datang menggunakan kereta, anda boleh memandu ke bandar Georgetown lebih kurang 15 minit untuk menikmati nasi kandar dan sup yang boleh didapati dengan mudah di Pulau Pinang.

 
Flamingo Hotel by the Beach
Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia

Telephone 604 8927 111

Koordinat GPS: U 5.466549 T 100.288555

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About

Terima kasih kerana membaca blog ini. KL Urbanite merupakan blog peribadi dan disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti review makanan, destinasi pelancongan menarik, tips dan pelbagai berita terkini mengenai pelancaran produk di Malaysia.

Invite kami untuk membuat liputan tentang restoran anda, hotel anda, destinasi pelancongan dan produk anda. Anda boleh menghubungi saya melalui email atau laman sosial di bawah. Bagi yang tidak mahu terlepas entri terbaru kami anda boleh mengikuti atau Like kami di laman facebook KL Urbanite.

Masjid Terapung,<b>Tanjung Bungah</b>,Pulau Pinang | Detik Detik Indah <b>...</b>

Posted: 13 May 2013 09:00 PM PDT

Masjid Terapung Tanjung Bungah telah dirasmikan oleh bekas
Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007.

Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan 
menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan 
sebagai tempat persinggahan di kalangan pelancong 
bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda.
Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut 
sejauh kira-kira 300 meter dari pantai cukup unik dan indah dipandang 
Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu
 dan dibina di atas lot 254, 265, 266, 308 dan 643 Mukim 18, 
di tepi pantai Tanjung Bunga
dilengkapi ruang sembahyang utama, 
ruang sembahyang wanita, 
tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita 
serta bilik menguruskan jenazah.

Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi
dengan menara azan setinggi tujuh tingkat
yang dihiasi dengan ukiran kayu jati
 dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.

Peristiwa tsunami yang melanda negeri 
di utara Semenanjung pada 26 Disember 2004,
 membuktikan masjid ini kukuh 
apabila pembinaannya tidak sedikit pun terjejas 
walaupun banyak rumah di kawasan 
sekitarnya ranap sama sekali.

<b>TANJUNG BUNGAH</b> - AzmanShah

Posted: 21 Jan 2013 04:50 AM PST

Masjid Terapung – <b>Tanjong Bungah</b> | DrPlaces

Posted: 25 May 2013 08:28 PM PDT

Tanjung Bungah atau Tanjong Bunga terletak di pinggir bandar Pulau Pinang,  di bahagian utara Pulau Pinang. Ia merupakan salah satu kawasan pinggir bandar dalam perjalanan ke Batu Ferringhi. Terdapat banyak hotel yang yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding hotel-hotel yang terdapat di Batu Ferringhi.

Salah satu tarikan pelancong di Tanjung Bungah adalah Masjid Terapung, yang dibina dengan kos sebanyak 15 juta ringgit Malaysia dan siap pada tahun 2005. Disamping itu, Muzium Mainan Pulau Pinang merupakan tarikan pelancong yang lain, dimana disini terdapat banyak alat permainan dipamerkan kepada para pengunjung.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini kawasan itu telah menyaksikan pembangunan yang pesat, dengan pembinaan pangsapuri dan kondominium. Tanjung Bungah telah menjadi tempat kegemaran bagi warga asing untuk menetap di kerana kedudukannya yang dekat dengan kemudahan pendidikan di Sekolah Antarabangsa Dalat dan tempat-tempat rekreasi, dan juga kerana kedudukannya yang dekat dengan  Batu Ferringhi dan Gurney Drive.

Tanjung Bungah adalah sebuah lembah sejauh 1.5 km dan 4 km panjang diapit oleh bukit-bukau di sebelah barat, selatan dan timur, dan laut di utara. Bukit yang menghala ke timur dikenali sebagai Pearl Hill atau Mount Erskine setinggi 194 meter, manakala bukit yang menghala ke selatan menuju ke Bukit Bendera.

Lokasi GPS

5.47N 100.27E

Attractions

BICARA PERJUANGAN: SETPOL ADUN <b>TANJUNG BUNGAH</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2013 07:03 PM PDT

Pertama kali terpandang gambar di atas, jika anda adalah lelaki tulin, anda mungkin akan terpesona dengan keayuan wajahnya.. Tetapi tahukah anda bahawa beliau adalah seorang transgender.... Apa itu TRANSGENDER...? Secara ringkasnya apa yang admin faham, transgender itu boleh jadi homoseksual, lesbian, biseksual dan sebagainya.....SIAPAKAH TRANSGENDER DI ATAS....? 

GEORGE TOWN : Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang baru dilantik berharap pelantikan beliau dalam memegang jawatan itu dapat membuka jalan kepada layanan sama rata dalam komuniti transgender.

Hezreen Shaik Daud, 33, yang merupakan seorang transgender mengakui berdebar tetapi teruja pada masa yang sama apabila beliau memulakan tugas secara rasmi pada Isnin.

"Saya amat berterima kasih kepada YB kerana menawarkan kerja ini kepada saya dan saya bersedia untuk berhadapan dengan cabaran.

"Ia adalah sukar bagi kami untuk diambil bekerja di syarikat-syarikat maka saya berharap dengan pelantikan saya ini, kami dapat menunjukkan bahawa kami berupaya dalam melakukan tugas sebagaimana yang lain," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Hezreen, yang pernah bertugas sebagai pegawai projek dengan Persatuan Pembangunan Kesihatan Masyarakat Pulau Pinang berkata, sesetengah syarikat enggan mengambilnya bekerja kerana mereka bimbang beliau tidak mampu untuk berada di tempat kerja yang mempunyai pekerja lelaki.

"Saya hanya meminta supaya diberikan saya peluang dan saya akan melakukan yang terbaik di tempat kerja.

"Kami memerlukan penerimaan kerana kami juga manusia. Kami mahu dilayan sama rata seperti yang lain.

"YB menawarkan saya kerja ini pada awal tahun dan sekali lagi pada bulan lepas. Beliau memperjelaskan kepada saya mengenai skop kerja dan tugas sebagai setiausaha politik membuatkan saya memahami dengan lebih jelas," kata Hezreen yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Hokkien.

Bekas pelajar Sekolah Tinggi Heng Ee itu berkata, beliau telah bekerja dengan Teh untuk beberapa projek sejak beliau berada dalam persatuan itu.

Beliau merupakan pemegang Diloma dalam Teknologi Maklumat dari Informatics College. 

So.... don't judge the books by its cover....he! he! he!....

09 di Gelugor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Gelugor - Google Blog Search


Mandat PR mampu kekalkan 465 <b>di</b> Bkt <b>Gelugor</b>, kata Guan Eng <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2013 01:42 AM PST

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri bersedia untuk memperbaharui atau melanjutkan tempoh tanah pajakan dari 40 tahun kepada 99 tahun seperti dimohon oleh 465 penduduk berwajib Bukit Gelugor sekiranya Pakatan Rakyat terus diberi mandat memerintah Kerajaan Negeri hingga tahun 2052.
"Kita akan melulusan permohonan untuk melanjutkan (tempoh tanah pajakan) hingga ke-99 tahun, tetapi, syaratnya mesti membayar perbezaan premium (tanah pajakan 40 tahun kepada 99 tahun selepas permohonan diluluskan).
"Sekiranya kita (Pakatan Rakyat) terus memerintah sehingga (tahun) 2052, ini tiada masalah kerana kita (Kerajaan Negeri) akan melanjutkan (tempoh pajakan tanah) secara automatik.
"Tetapi, kalau kita bukan lagi menjadi Kerajaan Negeri ini, saya tak tahu lah kerana Kerajaan (Negeri) BN tiada dasar sedemikian," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.
Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan berkata demikian sebagai reaksi pada kebimbangan yang diluahkan oleh Naib Presiden Persatuan Penduduk Bukit Gelugor, M. Ganesh di media arus perdana baru-baru ini.
"Kalau luput (status pajakan tanah asal), kita akan (memberi) diskaun 90 peratus, penduduk perlu bayar 10 peratus (premium)...kita akan melulusan permohonan untuk melanjutkan (tempoh tanah pajakan) hingga ke-99 tahun.
"Sehingga kini, kita (Kerajaan Negeri) masih belum menerima apa-apa permohonan.
"Sekiranya ada permohonan, saya akan mencadangkan kepada (mesyuarat) Exco supaya kita (Kerajaan Negeri) akan mengenakan premium 10 peratus kepada yang luput sahaja," ujar beliau.
Difahamkan, pelaksanaan premium diskaun 90 peratus telahpun dilaksanakan di kampung warisan, kampung baru serta ladang-ladang sebelum ini.
Terdahulu, Ganesh dilaporkan bertanya mengenai rancangan Kerajaan Negeri untuk melanjutkan tempoh tanah pajakan yang dikenal pasti hampir tamat tempoh.
Beliau mendakwa Guan Eng pada tahun 2008 dilaporkan pernah mengumumkan pemilik tanah pajakan kediaman di negeri ini boleh memohon daripada Kerajaan Negeri untuk menukar status tanah mereka pada pegangan bebas (free hold).
Dalam perkemangan sama, Ganesh berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dalam Mesyuarat ke-66 Majlis Tanah Negara pada 1 Disember 2010 turut dilaporkan berkata, semua Kerajaan Negeri boleh meluluskan permohonan untuk memperaharui atau melanjutkan status tanah pajakan tidak melebihi 99 tahun, melainkan untuk tujuan kepentingan awam.
Bagaimanapun, Guan Eng berkata, Pusat melalui Majlis Tanah Negara belum mengeluarkan sebarang ketetapan rasmi seperti yang dinyatakan oleh Muhyiddin.
"Tanah kekal (free hold), kita (Kerajaan Negeri) memang ada hasrat, tetapi, Kerajaan Pusat tidak benarkan kerana menurut mereka, perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Tanah Negara dan belum ada keputusan rasmi," jelas Guan Eng lagi.

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2014 01:06 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2014 01:27 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

cmlinguaneng Bapak RASIS!! peniaga Melayu <b>di</b> aniaya <b>di Bagan</b> <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 09:59 PM PST


Sebelum Ini Gua Eng mengelar secara terbuka Ketua Pembangkang Pulau Pinang  si Nenek Tua yang rasis. setelah mendapat penjelasan YB Jahara berkenaan hal demikian PBR mendapati  bapak segala rasis sebenar adalah Lim Gua Eng.

masalah bermula apabila YB Jahara mempertahankan hak penjaja Melayu di pantai Bersih. kita mempersoalkan mengenai keadilan untuk semua bukan sesetengah. mengapa Gua Eng bertindak berat sebelah hanya mengambil tindakan terhadap  penjaja melayu? adakah mempersoalkan tindakan berat se dan tidak mengambil tindakan untuk semua?? adakah helah babi disebalik batu??  kerajaan DAP ini sebenarnya rasis.

kitu bercakap mengenai peniaga Melayu yang telah berniaga di hadapan rumah mereka lebih dari 20 tahun! apa nasib mereka lepas ini. berbanding pula peniaga Cina yang membuka restoran dengan struktur kekal yang berniaga di atas rizab pantai dan ada kedai-kedai restoran ini menambak kedai mereka hingga ke laut?

jawapan bertulis YB Chow Kon Yew kepada YB Jahara yang sebenarnya tidak menjawab persoalan yang utarakan.

apa yang dikesalkan adalah mengapa DAP membuat perbezaan layanan terhadap perniaga melayu? mengapa restoran cina hanya dikompaun setahun sekali? berapa sangatlah pendapat penjaja Melayu ni mungkin 100 ke 200 cukup-cukup untuk keperluan sendiri.  Kita lihat pula pengusaha restoran pula pendapatan mungkin lebih dari 1000 sehari! why double standard??

adakah mempersoalan hak sesuatu komuniti dianggap rasis? lu pi kir sendiri beb!!

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved