Jumaat, 9 Mei 2014

09 di Butterworth - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Butterworth - Google Blog Search


bayi dibuang <b>di</b> dalam pam tandas klinik kesihatan <b>butterworth</b>

Posted: 07 May 2014 03:08 AM PDT


Laman Facebook Daily Traffic Report dalam kemaskini hari ini memaparkan penemuan mayat seorang bayi di dalam pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth.
Betapa kejamnya individu yang tergamak melakukan perkara begini.
Jika dikira dan dihitung hukuman setimpal yang ada di dunia ini pasti tidak ada hukuman lain yang terlintas di minda kita selain hukuman mati sama seperti apa yang dilakukan kepada bayi tidak berdosa itu.
Bagaimanapun, itu adalah pemikiran marah kita sebagai manusia, namun perbuatan kejam begini hendak diselesaikan dengan peruntukan undang-undang yang ada di negara kita.
Harapnya pihak berkuasa akan menyiasat dan mendakwa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan dan mendapat balasan yang setimpal.
Menurut laman itu lagi, bayi itu dikatakan sudah pun mati beberapa hari lalu.
Dalam ruangan komen yang diterima daripada status berkenaan menunjukkan rasa marah para pembaca ruangan Facebook itu yang begitu marah dengan dengan perbuatan itu.
Bayi yang dilihat cukup sifat itu sudah pun meninggal dunia dengan warna kulitnya yang sudah bertukar kebiruan kerana kesejukan ekoran badannya direndam di dalam air dalam jangka masa lama, lapor Mynewshub.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^

Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

09 di Batu maung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


gambar lelaki gantung diri kerana kekasih <b>di batu maung</b>

Posted: 26 Feb 2014 08:18 PM PST

GAMBAR LELAKI GANTUNG DIRI SELEPAS BERGADUH DENGAN KEKASIH DI BATU MAUNG | Seorang lelaki ditemui mati di kawasan siar kaki berdekatan dengan Kilang Jabil, Batu Maung, Pulau Pinang. 
Gambar yang diperolehi dari Facebook Daily Traffic Report itu bagaimana pun tidak disertakan dengan laporan penuh mengenai kejadian itu.
Namun, menurut sumber tidak rasmi, lelaki berkenaan didakwa bergaduh dengan kekasihnya. Gagal mencapai elemen pendamaian, lalu lelaki berkenaan bertindak membunuh diri dengan mengantungkan dirinya di sebatang pokok di siar kaki.
Kekasihnya cuba membantu dan menyelamatkan lelaki tersebut. Malangnya sudah terlambat, lelaki berkenaan meninggal di tempat kejadian.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bayan lepas</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2014 03:35 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kematian tahanan dalam lokap <b>di Bayan Baru</b> akibat asma | maibaca

Posted: 05 Mar 2014 03:08 AM PST

GEORGE TOWN — Kematian seorang tahanan dalam Lokap
Berpusat Balai Polis Bayan Baru di sini Sabtu lepas adalah kerana penyakit asma,
dan bukannya disebabkan anggota polis sebagaimana didakwa pihak tertentu, kata
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Beliau berkata punca kematian tahanan itu juga telah disahkan oleh doktor
yang menjalankan bedah siasat terhadap mayat lelaki terbabit di Hospital Pulau
Pinang.

Datuk Abdul Rahim Hanafi
"Tiada sebarang kecederaan lain di badan tahanan itu malah keluarganya juga
menerima kejadian berkenaan kerana mengetahui lelaki itu mempunyai penyakit.
"Jadi hari ini saya nak nafikan tuduhan yang dilempar oleh pihak tertentu
yang mendakwa polis menyebabkan kematian tahanan itu. Kami juga tidak menerima
sebarang aduan daripada keluarga tahanan atau laporan polis bagi menyiasat
(polis sebabkan kematian tahanan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan
Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin memuat naik status di laman
twitternya berbunyi "Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan tetapi bila
polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah".

Dalam kejadian Sabtu lepas, seorang tahanan reman ditemui mati di Lokap
Berpusat Balai Polis Bayan Baru di sini selepas mengadu kurang sihat. Lelaki
berusia 50 tahun itu ditahan pada 24 Feb kerana kesalahan dadah.
Abdul Rahim berkata segala urusan berkaitan lokap dan tata cara pengendalian
tahanan terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan-peraturan
lokap yang perlu dipatuhi.
Setiap sel dalam lokap berkenaan turut dilengkapi CCTV dan hasil rakaman
tidak menunjukkan mangsa dipukul oleh mana-mana anggota polis atau tahanan lain
sebelum ditemui mati, katanya.
Mengenai program seorang wakil rakyat ingin melawat lokap kejadian itu,
Abdul Rahim berkata mana-mana pihak yang mahu melakukan lawatan dan pemeriksaan
dalam sel lokap perlu mendapatkan perintah mahkamah kerana tiada peruntukan
undang-undang yang membenarkan orang awam melawat atau membuat pemeriksaan di
dalam lokap

09 di nibong tebal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Blackout, Tendang Meja, Maki Hamun - Huru Hara <b>Di</b> Pemilihan <b>...</b>

Posted: 05 May 2014 07:38 PM PDT

Perghhhhh..

Ada blackout tue. Simbolik ke apa?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Tahun depan SPR dan PKR boleh bergabung bersatu berpadu buat majlis menyambut ulangtahun penipuan bersama2. Lepas neh SPR boleh buat demo plak. Balas demo blackout yang kerap kali dianjurkan oleh PKR untuk mengutuk penipuan SPR dalam PRU ke 13 yang lalu. Dulu blackout SPR. Kali neh blackout PKR pula.

KAH KAH KAH


Apa yang berlaku di Nibong Tebal juga tak lari dari penipuan oleh pihak2 tertentu. Yang bestnya. Tengah kelam kabut huru hara bagai boleh pula blackout selama 3 minit.

KAH KAH KAH

Kelakar sialllll.

Lepas tue yang buat citer neh bertambah2 kelakar bila mana pihak yang mencetuskan huru hara hilang selepas blackout 3 minit. Propaganda ke apa neh? Saja buat2 blackout untuk selamatkan tengkuk sendiri selepas gagal kawal keadaan kot. 

Baca dulu ;
Proses pemilihan PKR cabang Nibong Tebal bertukar kecoh apabila keputusan pengundian dibatalkan gara-gara terlebih undi.

Semuanya bermula kira-kira jam 6 petang apabila pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) ingin membuat pengiraan undi di dalam bilik khas, di dewan JKKK Simpang Tiga, Nibong Tebal.

Bagaimanapun, tindakan itu dibantah anggota parti sehingga mencetuskan perang mulut.

Pertikaian tersebut kemudiannya berlarutan sehingga jam 10 malam apabila keputusan pengiraan diumumkan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tambun, Law Choo Kiang, mendapati senarai daftar pengundi dan jumlah kertas undi yang diperolehi tidak sama.

Difahamkan, jumlah kertas undi yang diterima adalah 838 berbanding senarai daftar undi sebanyak 671.

Calon ketua cabang, Datuk Mansor Othman, berang apabila permintaannya supaya JPP membuat pengiraan undi semula ditolak, menyebabkan berlaku rusuhan kecil di dalam dewan.

Kemarahan Mansor menyebabkan lebih 50 pengikutnya yang berada di dalam dewan bertindak menendang meja dan kerusi serta memaki JPP dan pengikut calon ketua cabang lain.

Mansor kemudiannya ditenangkan anggota PKR sehingga menyebabkan Law mengambil langkah drastik dengan terus menghubungi pengerusi JPP,Datuk Johari Abdul untuk mengawal keadaan.

Law yang juga Speaker DUN kemudiannya memaklumkan kepada ketua pengawas keputusan yang diperolehi daripada Johari.

Sejurus ketua pengawas memaklumkan pembatalan keputusan, dewan berkenaan tiba-tiba terputus bekalan elektrik selama tiga minit sehingga menyebabkan suasana menjadi kacau bilau.

Bagaimanapun, Law didapati menghilangkan diri selepas bekalan elektrik pulih seperti biasa sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada ahli parti itu.

Cabang Nibong Tebal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara S Sanjeeviramah, Mansor dan penyandangnya, Maktar Shapee. -Awani-

Persoalan yang tak berjawab kat sini ialah ;

1. Ye, kita tahu ada kertas undi yang lebih, tapi siapa yang menang jawatan tue?

2. Bukan kah dari situ kita boleh semak siapa pangkah siapa dan siapa yang membuat onar?

3. Yang layak mengundi ada 671 namun kertas undi ada 838

4. Cara nak kesan penipuan senang aje. Mula2 ko asingkan jumlah undi yang diterima bagi setiap calon.

5. Then dapat jumlah undi lepas tue tolak jumlah yang layak mengundi = 838 - 671 = 167 jumlah pengundi hantu.

Cuba check 167 neh pangkah apa. Kalau 167 neh semua pangkah orang yang sama, maka dia neh la yang upah pengundi hantu. Ataupun, boleh jadi ada seseorang yang mengupah seseorang untuk berlakon menjadi pengundi hantu kat sesetengah calon supaya calon tersebut terpalit kontroversi sehingga ditarikbalik kelayakkannya untuk bertanding. Kadang2 si pemangsa juga pandai berlakon jadi mangsa. 

KAH KAH KAH

Yang amat dikesalkan ialah aksi tendang kerusi dan meja tak ada sangat. Yang aksi maki2 pun takde. Rakaman blackout tiba2 pun takde. Kenapa takde? Aku nak gelak neh oiiiii. Lainkali rakam ah yang part2 penting..

KAH KAH KAH

Lihat video ;


IKLAN TEXT DISINI

09 di bagan ajam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2014 01:47 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2014 01:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2014 01:43 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Feb 2014 01:36 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2014 01:48 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Dec 2013 01:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Dec 2013 01:08 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Nov 2013 01:03 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Oct 2013 01:49 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Oct 2013 01:35 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lelaki berperwatakan wanita ditemui mati <b>di</b> rumah sewa <b>di Bagan</b> <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2013 03:38 AM PDT

ANGGOTA polis mengangkat mayat Athiswaran yang dibunuh di rumah sewanya di Butterworth, Pulau Pinang semalam.

BUTTERWORTH 13 Okt. - Seorang lelaki berperwatakan wanita ditemui mati berlumuran darah dengan beberapa kesan kelar di leher dan badan di rumah sewanya di di Blok A, Taman Pantai Bersih, Bagan Ajam
awal pagi ini.

Mayat S. Athiswaran, 31, ditemui pada pukul 9 pagi oleh jirannya di dalam sebuah bilik rumah sewa yang didiaminya sejak dua tahun lalu.

Jiran yang tinggal bersebelahan rumah sewa mangsa merasa hairan apabila mendapati pintu utamanya terbuka dan apabila ditolak dia terkejut selepas ternampak mayat mangsa yang berlumuran darah sebelum menghubungi polis.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, polis yang tiba tidak lama kemudian menemui mayat mangsa dalam keadaan kaki dan tangan diikat manakala badannya ditutup dengan plastik dalam sebuah bilik.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati terdapat beberapa luka dan kesan kelar di leher dan perut mangsa.

Katanya, berdasarkan keterangan jiran mangsa, mereka terdengar bunyi kecoh dan pergaduhan di rumah lelaki itu lewat malam tadi.

"Mangsa menyewa rumah itu seorang diri dan kita tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu dilakukan lebih daripada seorang suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sumber Utusan dan Kosmo 13 Okt 2013

Pertandingan Memancing 2013 <b>di</b> Pantai Bersih <b>Bagan Ajam</b>

Posted: 01 Mar 2013 11:38 PM PST



30 Bersama Komuniti 1Malaysia ingin memaklumkan bahawa Pertandingan Memancing 2013 yang akan berlangsung di Pantai Bersih Bagan Ajam, Butterworh R&R Pulau Pinang pada 24 Mac 2013  terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
"Pertandingan ini terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak kami akan memaklumkan tarikh baru pertandingan ini apabila tiba waktunya.
Perkara ini ditegaskan oleh jurucakap penganjur, Abang Shah dalam perbualan telefon dengan Joran Pancing hari ini.

KISAH SERAM -Toyol <b>DI Bagan Ajam</b>, Seberang Perai Utara <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2013 10:25 AM PDT

Bagan Ajam, Seberang Perai Utara - Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang.

Dakwa mereka, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian aneh dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang disedari hilang.

Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka.

Seorang penduduk, En.Abd.Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang.

"Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300"

"Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal" katanya.

Peniaga kedai makan, Pn.Norzuliatun Nordin, 35, mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari.

"Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar"

"Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50" katanya.

Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya.

Kehilangan Wang Berlaku Sehingga Lima Kali

Bagi En.Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu.

"Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil pelbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap.

"Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri," katanya.

Penduduk Mengeluh Kerana Ikhtiar Gagal

Dalam pada itu, hasil temuramah kami ke atas penduduk tiga kampung berkenaan, kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku.

Pn.Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang wang simpanan mereka daripada dicuri toyol.

"Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku dan diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang"

"Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika diletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang," katanya. 

sumber: http://kedah2u.com.my/angker/toyol-curi-duit-bagan-ajam-seberang-perai.html

 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved