Isnin, 19 Mei 2014

09 di Batu uban - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu uban - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2014 09:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2014 09:38 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu uban</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Sep 2013 09:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Selamatkan sejarah <b>Batu Uban</b> - Utusan Online

Posted: 08 Jan 2012 12:45 PM PST

Selamatkan sejarah Batu Uban

OLEH DR. A MURAD MERICAN
PENULIS ialah Profesor di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, Perak.


Pemandangan dari atas perkampungan orang Melayu di Kampung Melayu Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.


Kampung Batu Uban bukan sama dengan Kampung Buah Pala, atau Kampung Baru di Kuala Lumpur. Batu Uban adalah penempatan Melayu yang terawal di Pulau Pinang. Malah ia juga adalah pekan dan pelabuhan terawal di pulau itu.

Saya telah perhatikan perkembangan di Batu Uban tanpa kudrat menentukan dan merobahnya. Tidak guna kita merintih apa yang telah berlaku. Ini bukan nostalgia.

Seharusnya, Kampung Batu Uban dijadikan kampung istimewa di Pulau Pinang. Di situlah masjid yang terawal dibina. Di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak 1730an lagi, dan ia berlaku sehingga tahun 1740an.

Batu Uban adalah pusat aktiviti wilayah Gelugor dan kawasan sekitarnya. Ramai keturunan peneroka awal Batu Uban menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi kawasan Tanjung - pekan Melayu di Lebuh Acheh dan Armenian khususnya. Ini mula berlaku pada lewat 1700. Batu Uban mempunyai jalinan dengan pelabuhan Batu Bara, yang kini sebuah daerah di pesisir pantai timur Sumatera - di wilayah Sumatera Utara, lebih kurang tiga jam perjalanan ke arah selatan dari Medan. Malah, saya dimaklumkan satu masa dulu Batu Uban dikenali sebagai Batu Bara.

Batu Uban adalah sebuah pusat metropolitan yang menghubungkan Pulau Pinang/Kedah dengan Sumatera, India dan Hadhramaut. Malah, Batu Uban bukan hanya membuka ruangnya kepada Selat Melaka, tetapi juga kepada Lautan Hindi. Jalinan Batu Uban dengan Selat Melaka dan Lautan Hindi jelas dilihat dengan kedatangan orang Minangkabau dan Melayu yang berlayar dari Batu Bara, kaum-kaum dari India, dan Arab sama ada terus dari Hadhramaut, melalui India, atau melalui Aceh. Di situlah juga mula terbentuknya identiti Jawi Pekan di Pulau Pinang, mendahului lain-lain tempat di Nusantara. Batu Uban pada satu masa dulu bukan kampung, tetapi sebuah pekan dengan segala rencam dan ragamnya.

Apakah ini sukar sangat untuk kita faham? Ini bukan soal menolak pembangunan. Ini soal kegagalan pihak berkewajipan dan pihak berkuasa mengiktiraf, melindungi dan mewartakan sesuatu kawasan itu. Mengapa kelulusan diberi kepada pemaju? Apakah warisan dan sejarah perlu tewas oleh kaum-kaum kapitalis? Siapakah yang membenarkan itu? Apakah pihak-pihak warisan dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang buta sejarah?

Mengapa dibenar kawasan sekecil itu diroboh lalu mengubah wajah asal? Apakah tidak ada alternatif lain? Mengapakah kita terlalu taksub dengan konsep dan falsafah pembangunan yang kolot? Apakah pembangunan semestinya menghapuskan sejarah dan warisan?

Dalam hal ini, dan bukan saja dalam konteks Batu Uban, kita mesti mengkaji semula konsep dan falsafah pembangunan. Malah istilah 'pembangunan' itu kurang tepat kerana ia menumpu kepada aspek fizikal dan pertumbuhan ekonomi, walaupun dalam retoriknya kita mengeluarkan istilah seperti 'mapan' dan 'tambah nilai.' Apa ertinya jika atas nama pembangunan, identiti kita dihapuskan? Konsep dan falsafah pembangunan kini memihak kepada apa yang boleh diukur dan dilihat. Kita tidak melihat sejarah dan warisan seperti mana yang sepatutnya kerana kayu pengukuran kita berlandaskan kepada kepentingan-kepentingan jangka pendek.

Jika kita isytiharkan kita ingin maju seperti lain-lain negara , lihat saja bagaimana mereka kekalkan sejarah dan warisan. Tidak perlu pergi jauh. Lihat sekitar negara Asia Tenggara, atau India, atau Jepun. Apakah maksud 'Chennai,' 'Mumbai' dan 'Kolkata' dalam kamus dan kesedaran sejarah di India?

Kita akur bahawa Pulau Pinang mempunyai densiti penduduk yang tinggi, dan tanah amat berharga. Akan tetapi, apakah harga itu sama dengan nilai sejarah? Dengan robohnya Batu Uban, walaupun mungkin tinggal sebuah masjid, telaga dan tanah perkuburan hampir 300 tahun itu, maka akan robohlah sejarah penempatan Melayu di Pulau Pinang.

Pihak-pihak berwajib, dan empunya tanah sepatutnya memikirkan bagaimana memperkasakan sejarah dan warisan Melayu di tempat itu, bukan sebaliknya. Papan tanda di hadapan masjid Batu Uban kini memang tidak mencukupi.

Dan jika dikatakan bahawa penduduk-penduduk di kawasan itu tidak berminat tinggal di situ, apakah mereka diberi pandangan, bimbingan dan nasihat yang sewajarnya.

Apa yang perlu dilakukan adalah sebuah kawasan/laman peringatan, bersama dengan papan tanda yang lebih jelas di tengah-tengah kawasan perkampungan itu bagi memperingati para peneroka Melayu awal pulau itu, dan jalinan Batu Uban dengan rantau kepulauan Melayu dan Lautan Hindi.

Juga, mereka yang berwajib, termasuk yang empunya tanah, memperbaiki kampung itu sebagai kampung awal tradisi sambil mengwajahkan jaringan dengan rantau yang lebih luas. Batu Uban bukan kampung kolot. Di situlah pada awal lagi bertapaknya Islam di Pulau Pinang.

Seharusnya usaha dilakukan mengekalkan nama Batu Uban sebagai sebahagian daripada nama Gelugor, juga dikatakan berasal dari Batu Bara. Dengan lenyapnya Batu Uban, maka akan lenyaplah juga sejarah dan identiti warisan sebelum kedatangan Inggeris.

Saya harap jangkaan saya salah. Masih ada ruang dan masa untuk menyelamatkan Batu Uban. Tidak perlu bersedih dan merintih. Tidak ada belang yang dapat ditinggalkan seperti apabila matinya harimau. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah secara kolektif, pihak-pihak yang berwajib dan berkuasa memberhentikan projek tapak pembinaan kini dan apa-apa lagi yang telah diluluskan untuk kawasan itu pada masa depan.

Pada asalnya, mengapa projek-projek pembinaan telah diluluskan sejak sekian lama? Ini hanya menunjukkan kealpaan tentang sejarah; sikap dan kesedaran yang menolak memori kolektif sesebuah tempat. Hal ini tidak pula kelihatan di kawasan-kawasan di Georgetown, khususnya di tapak warisan UNESCO.

Sekali lagi, saya nyatakan pihak yang memiliki tanah di Batu Uban hendaklah tidak buta sejarah. Pada masa sama, sejarah tidak kenal undang-undang. Tahun-tahun yang penting berkaitan dengan Batu Uban adalah 1734 dan 1749. Apakah kita mahu detik-detik itu lenyap dari lipatan sejarah Pulau Pinang dan Kedah akibat dari kedaifan dan kebebalan sejarah kita sendiri?

Warta Masjid Jamek <b>Batu Uban</b> jadi bangunan bersejarah <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 12:38 AM PST

KERAJAAN Negeri wajar mewartakan Masjid Jamek Batu Uban yang dididikan pada tahun 1786 dan kini berusia kira-kira 227 tahun sebagai satu lagi produk warisan pelancongan bersekali dengan bangunan-bangunan bersejarah lain di George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Dr. T. Jayabalan (gambar) berkata, langkah mewartakan bangunan bersejarah itu akan mengayakan lagi produk pelancongan di negeri berkenaan.
"Kita minta Pulau Pinang memasukkan itu (Masjid Jamek Batu Uban) sebagai bangunan warisan pelancongan kerana masjid itu berusia lebih 200 tahun," ujar Jayabalan semasa sesi perbahasan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.  
Difahamkan, Profesor Dr. Ahmad Murad Merican daripada Universiti Petronas dekat Perak pernah menyatakan  bahawa Batu Uban adalah pelabuhan yang pertama dibuka sebelum George Town. 
Dengan restu baginda Sultan Kedah Tuanku Muhamad Jiwa, Datuk Nakhoda Nan Intan membuka pulau ini 50 tahun sebelum kedatangan Kapten Francis Light pada tahun 1786.
Masjid Jamik Batu Uban yang didirikan seawal tahun 1786 lagi serta masih boleh disaksikan sampai sekarang membuktikan bahawa bangunan bersejarah itu wajar dinilai sebagai produk pelancongan Kerajaan Negeri yang bernilai.
Kedudukannya di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dekat Bayan lepas dan George Town menjadikan kedudukan Masjid Jamik Batu Uban berada pada lokasi strategik untuk dikunjungi pelancong.
Direkodkan, seramai 464,455 pelancong asing direkod masuk pada tahun 2008, 614,039 orang pada tahun 2012. 
Ini, menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 5.74 peratus dari tahun 2008 hingga tahun 2012.
"Masjid Jamek Batu Uban ini di kedudukan strategik kerana berada di antara lapangan terbang dan George Town," ujar Jayabalan.
Dijangkakan, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sendiri akan memberi ulasan lanjut mengenai cadangan Jayabalan itu memandangkan Ketua Menteri itu mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Warisan. 

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Poster &#39;Hudud 2020&#39; guna logo kerajaan <b>negeri Pulau Pinang</b> <b>...</b>

Posted: 16 May 2014 12:05 AM PDT

GEORGE TOWN, 16 MEI – Poster bertulis 'Hudud for all in 2020' (Hudud untuk semua pada tahun 2020) tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri Pulau Pinang, malah poster tersebut menyalahgunakan logo kerajaan negeri.

Slogan tersebut dilihat untuk kali pertama sewaktu hari penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor Isnin lalu, dicetak pada sepanduk yang dibawa oleh penyokong-penyokong calon bebas Mohamed Nabi Bux.

Bercakap kepada media, EXCO kerajaan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata tindakan menyalahgunakan logo kerajaan negeri oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini adalah menyalahi undang-undang.

"Poster tersebut tiada kaitan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan laporan polis akan dibuat. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menurunkan kesemua poster ini," katanya dilaporkan Bernama.

Setakat petang semalam puluhan poster tersebut yang digantung sekitar kawasan Gelugor dan Paya Terubong telah diturunkan petugas-petugas DAP.

Propaganda hudud tersebut menjadi modal kempen utama calon bebas, Nabi Bux yang tempoh hari mengaku merupakan seorang ahli PAS; namun PAS membuktikan sebaliknya.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar nama Mohamed Nabi Bux tidak terkandung dalam sistem keahlian PAS.

"Dakwa sebagai ahli PAS adalah pembohongan semata-mata dan melalui carian yang dilakukan, kita mendapati beliau merupakan ahli Umno," ujarnya.

PRK Bukit Gelugor mempertemukan anak ketiga tokoh DAP mendiang Karpal Singh, Ramkarpal dengan dua orang calon bebas dan seorang calon dari Parti Cinta Malaysia,  Huan Cheng Guan. Dalam PRU ke-13, Huan tewas di Parlimen Batu Kawan apabila menerima sekadar 1,801 undi dan hilang wang deposit.

Hari mengundi PRK Bukit Gelugor dijadual pada 25 mei ini. – Roketkini.com

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu Ferringhi</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2014 07:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bakteria e-coli ditemui dalam Sungai <b>Batu Ferringhi</b> | Portal Islam <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2014 10:50 PM PST

sungai batu ferringhi
GEORGE TOWN, 4 Feb – Ujian sampel air di Sungai Batu Ferringhi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam mendapati ia mempunyai elemen bakteria e-coli (Escherichia coli).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk tindakan lanjut.

"Kami juga meminta Jabatan Kesihatan membuat pemeriksaan terhadap tangkapan hasil laut di sekitar perairan kawasan Batu Ferringhi sama ada mempunyai elemen bakteria e-coli atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan sebahagian air laut di Pantai Batu Ferringhi di sini, yang merupakan kawasan tumpuan pelancong, bertukar hitam dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan selain berdepan masalah hakisan pantai yang serius.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika ditanya mengenai perkara itu, berkata: "Kami menyerahkannya kepada MPPP untuk makluman balas. Apa yang difahamkan daripada Patahiyah (Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail), ia sebenarnya oleh IWK (Indah Water Konsortium Sdn Bhd). Saya tidak mahu menambah apa lagi.

"Biarlah MPPP yang memberi makluman balas. Ini isu IWK. MPPP akan keluarkan kenyataan mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan BEST (Bridge Express Shuttle Transit) Bertam-Komtar, di sini hari ini.

Perkhidmatan bas percuma BEST dari Kiosk Bertam ke Komtar bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar ini.

Lim berkata perkhidmatan BEST Komtar yang diperkenalkan pada 3 Dis 2012 telah memberi manfaat kepada penjawat awam yang bertugas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Perkhidmatan pertama itu menggunakan dua bas Plusliner Syarikat Konsortium Nasional Berhad dengan jadual perjalanan dari Sunway Carnival, Seberang Jaya dekat sini ke Komtar pada 6.50 pagi dan dari Komtar ke Sunway Carnival pada 5.20 petang. – BERNAMA

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2014 11:43 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2014 11:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2014 11:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PUDIN TTG: <b>Bukit Jambul</b> : Kayuhan Singkat <b>Di</b> Pagi Terik

Posted: 27 Feb 2014 02:00 PM PST

Tarikh :    Februari 2014
Mula   : 9.30 pagi  
Elev   :  ± 130 meter 
Lokasi :  Batu 8, Jalan Junun, Pendang, Kedah DA
Coordinate: N5 56.764 E100 28.314

Bukit Jambul terletak lebih kurang 8 km dari pekan Pendang, Kedah. Jika melalui Lebuhraya PLUS (dari Alor Setar ke Kuala Lumpur), ia jelas kelihatan pada km70. Bukit setinggi 160 meter sahaja dengan berbentuk bulat membujur. Terdapat beberapa buah buah bukit lagi yang berdekatan seperti Bukit Pinang (130 meter) Bukit Langkap yang kurang dari 90 meter.

Sudah lama aku bercadang untuk mendaki bukit ini. Apabila melihat ladang getah berhampiran mula diterangi untuk projek perumahan (Syarikat Perumahan Negara), maka aku perlu melakukan sesuatu sebelum lanskapnya bakal berubah.

Aku memulakan kayuhan berhampiran MRSM Pendang (N5 56.798 E100 28.698) pada jam 9.30 pagi. Mengikuti jalan kuari tanah yang sangat berdebu dan terus mendaki bukit ini melalui teres  sediada. Kelihatan dan kedengaran jentera berat sedang menolak dan memotong pokok getah. Paginya yang agak terik kerana matahari sudah agak tinggi membuat aku cepat dahaga dan agak keletihan sambil terkial-kial menolak dilaluan yang longgar dan berdebu,  sesekali aku menuruni untuk merasai nikmat DH disini dengan berwaspada sekali dan akhirnya aku berjaya sampai ke puncak. Berhenti seketika menikmati panorama. Sambil memerhati aku mengkaji laluan. Diatas aku terlihat ladang kelapa sawit lantas aku menuruni melalui ladang ini untuk melihat sehingga mana ladang ini bermula. Rupanya ia adalah ladang yang pernah aku masuki dan lalui suatu ketika dahulu (KLIK) bersama AdiHariman.

bukit jambul

Laluan hari ini yang berwarna biru dan laluan warna kuning adalah laluan yang ku jelajah tempohari

MRSM Pendang nun di bawah sana

Berwaspada menuruni di laluan berdebu lagi longgar

Ada ladang kelapa sawit disini

menuruni jalan ladang

cabaran melangkah parit sempadan

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 11:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Aug 2013 11:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jul 2013 11:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2013 11:40 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 11:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2013 11:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Sep 2012 12:59 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Inspirasi Emas - Rumah terbuka Public Gold

Posted: 16 Sep 2012 05:01 AM PDT

Pada 8 & 9 September yang lepas, Public Gold hampir di seluruh cawangan di Malaysia ada buat Rumah Terbuka khas untuk semua customer, dealer2 dan juga famili2/ kawan2. So saya ada sempat menjemput dealer2 saya dan rakan2 juga customer untuk hadir majlis tersebut.

Ada yang reply msg kata x boleh hadir, ada yang reply msg kata boleh hadir dan ada yang senyap terus pon ada. hehe so taktau la masih wujud ke x nombor phone diorg2 yg senyap tu :)

Untuk makluman, bagi di negeri Pulau Pinang, tak dibuat di Bukit Jambul, di Bishop pon tak juga..tapi kali ni di Public Safe, Relau, (berhadapan dengan PISA)

Public Gold Bukit Jambul berpindah tempat

Apa?? ada yang masih tak tau?? Public Gold di Bukit Jambul sebenarnya telah pindah ke Public Safe, Relau

So kalau ada yang pi kat bukit jambul tu mungkin terkejut la tengok Public Gold dah tutup sebab berpindah tempat bukan sebab 'bankrap' hehe

Apa yang menariknya, lepas ni seminar tidak lagi dibuat kat Bishop, sebab ramai kata kat bishop tu agak jauh sikit..so kalini semua seminar akan dibuat di Public Safe tingkat 3. Pernah tengok tak camna rupa Public Safe ni?

Public Safe

Untuk maklumat lanjut tentang Public Safe ni sebenarnya anda smua boleh cek kat website  Public Safe http://www.publicsafe.com.my

Saya sendiri pon dah tempah peti simpanan kat sini, ada yang tanya saya, boleh tak nak simpan emas company lain? nak simpan silver boleh tak? sebenarnya, nak simpan apa pon boleh. tak kisah pon.. janji bukan bahan terlarang.

So saya harap lepas ni takda la orang takut2 nak simpan emas ok :) sebab apa?? sebab dah ada peti simpanan khas untuk anda sewa. Murah je.. maklumat lanjut boleh cek kat web saya bagi tadi ok

Rumah Terbuka

Buat julung kalinya, Public Gold buat rumah terbuka khas untuk kita semua pada 8&9 September yang lepas.

Alhamdulillah ramai juga yang datang ke majlis tersebut. Makan free je..rugi sapa tak mai..hehe

Tapi saya betul2 respek la diorg ni sanggup datang walaupun hujan lebat sangat hari tu.

ni ha muka2 dealer, customer dan kawan2 saya yang datang pada hari tu.

Dealer-dealer, customer dan rakan2 yang hadir, yang dukung anak tu la orang yang kenalkan saya dengan dunia emas. Tq :)

Pasangan suami isteri yang bersemangat kental..penuh dengan idea diorg ni.. :)

Sempat bergambar dengan Dato' Louis Ng, founder emas Public Gold. Cayala Dato' sporting gila.. :) en Syukor jutawanemas pon turut hadir majlis memeriahkan majlis tersebut. tapi kan tak sangka pulak ada reporter yang turut hadir pada masa tu. taktau pon kata dia tu reporter hehe..

kira ok la kan, pi makan FREE ja, tapi boleh masuk paper..tapi taktau la paper ni cerita pasai apa kan..hahaha

Dealer Kawin

Saya juga nak ucapkan tahniah kat Dealer saya ni, en Ismail Hakimi, yang berkahwin hari ni 16 September 2012. Tahniah sekali lagi dan semoga bahgia hingga ke akhir hayat :)

sama cantik sama padan :) Congrats!!

Dealer Baru

Ok la, sebenarnya saya nak update sikit, Dealer terbaru inspirasi emas, orang MELAKA

jom kita berkenalan dengan Dealer baru ni.

Nama : Azahar Nordin

Status : Dealer (PG026600)

No Tel : 016-3121685 / 017-6791685 / 019-6606022

Kawasan : Seluruh Melaka / Tampin

email : tadbiremas@gmail.com

Jadi kepada mereka yang nak beli emas di negeri Melaka atau Tampin, boleh la contact si abg hensem kita ni En Azahar. InsyaAllah dia sedia bantu anda smua :)

Sekian saja dulu, Assalamualaikum..

Amir Firdaus Bin Abdul Aziz

Master Dealer (PG000330)

012-5853035

inspirasiemas@gmail.com

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2013 11:17 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Bukit jambul</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2012 11:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KEMBAR HILANG <b>DI</b> MALAM HARI ~ AKRINE SENAWANG [ AS <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 10:54 PM PST

CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah semalam.
POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.
Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.
"Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.
"Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis. 
"Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.
"Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis," cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.
Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.
Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.
Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.
"Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," ujarnya.
Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.
"Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.
Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR

09 di balik pulau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di balik pulau - Google Blog Search


Gambar perempuan melayu ditemui bogel <b>di Balik Pulau</b> | mazudi

Posted: 18 May 2014 06:34 PM PDT

Seorang wanita kurang siuman ditemui berbogel di Jalan Pondok Upeh, Balik Pulau pagi semalam. Polis dengan bantuan orang awam telah menangkap dan dibawa ke Hospital Jalan Perak untuk rawatan.

20140519-093118.jpg

20140519-093143.jpg

20140519-093203.jpg

20140519-093224.jpg

Selamat Ptg Ydh Dato Wira, Dato T.KP, Tuan, Puan. LAPORAN KES WANITA BOGEL.

Balik Pulau Rpt: 1314/14

Keterangan kes.
Pada 18.5.14 jam l/kurang 8.45 pagi anggota pejabat pertanyaan terima panggilan telefon dari orang awam mengatakan 1 perempuan melayu disyaki kurang siuman dalam keadaan berbogel di tepi jalan Pondok Upeh Balik Pulau.

Tindakan.
1? KPB Balik Pulau bersama 2 anggota dan 1 wpc ke tempat kejadian dan telah tahan wanita tersebut dengan di bantu oleh orang awam.
2? Wanita berkenaan telah dihantar ke Hospital Jln Perak untuk rawatan.
Tiada maklumat diri yang lengkap semasa ditahan.
Sekian untuk makluman Ydh Dato Wira, Dato T.KP, Tuan, Puan.

09 di seberang jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di seberang jaya - Google Blog Search


Gambar Ngeri Kemalangan Maut <b>Di Seberang Jaya</b>. Lori Hempap <b>...</b>

Posted: 16 May 2014 06:19 AM PDT


Gambar- gambar ini admin perolehi melalui aplikasi whatsapp yang dihantarkan seorang sahabat. 

Diberitakan kemalangan melibatkan sebuah lori dan motorsikal itu turut menyebabkan kehilangan nyawa. Insiden berlaku berhampiran bulatan Seberang Jaya dan menghala ke arah pasaraya Tesco Extra.
Namun begitu, sehingga artikel ini ditulis maklumat lanjut masih gagal untuk diperolehi.
Berikut adalah sebahagian gambar lain insiden tersebut;


 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved