Ahad, 1 Jun 2014

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


Ceramah Nurul Izzah <b>di Ceruk Tok Kun</b> 1 Ogos - Kerabu Bersuara

Posted: 30 Jul 2008 04:25 AM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dijangka mendedahkan peristiwa di sebalik cerita terbaru bapanya, Dato' Seri Anwar Ibrahim sempena 'Ceramah Kemerdekaan' di Galeri Perjuang, Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam pada 1 Ogos ini.

Beliau akan berceramah bersama Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisyam dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa bermula jam 9.00 malam.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Bahagian Bukit Mertajam, Aidi Rafizul Idrus, program tersebut merupakan 'roadshow' pertama diadakan dan akan berakhir di Parlimen Lembah Pantai pertengahan bulan Ogos nanti.

"Program pertama bermula di kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim di Ceruk Tok Kun dan akan berakhir di Parlimen Lembah Pantai pertengahan Ogos ini," katanya pada Harakahdaily.

Selain menceritakan beberapa siri fitnah terhadap bapanya, Puteri Reformasi itu juga bakal menerangkan isu semasa yang melanda negera serta keanggkuhan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sepanjang persidangan parlimen.

Sementara itu, Badrul Hisyam pula dijangka meneruskan cabarannya terhadap Ahli Parlimen Rembau yang juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin yang terus mengongkong pemerintahan sekarang ini.

Manakala Dr Mujahid pastinya akan memberi penerangan tentang isu yang hangat diperkatakan iaitu muzakarah antara PAS dan Umno.

"Adakah isu muzakarah ini ditimbulkan oleh Umno untuk meraih simpati rakyat terhadap kekalahan parti mereka, memerangkap PAS atau cuba memecah belahkan perpaduan dalaman parti itu?" tambah Aidi yang juga Setiausaha KeADILan Bahagian Bukit Mertajam. - mns_

Artikel berkaitan

09 di kepala batas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di kepala batas - Google Blog Search


TERKINI : MANGSA TERBARU KERAJAAN DAP..GERAI PENIAGA <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2014 01:52 AM PST

Lagi sejarah hitam bakal tercatat di Pulau Pinang jika Kerajaan DAP ingin meneruskan hasrat mereka merobohkan gerai perniagaan, warung dan stall kecil peniaga-peniaga Melayu yang telah diusahakan sejak 8 tahun yang lepas..
Peniaga-peniaga kecil Melayu yang menjadi mangsa terbaru Kerajaan DAP Pulau Pinang ialah mereka yang berniaga di sepanjang jalan menuju ke Pinang Tunggal Bertam, Kepala Batas. 
EP diberitahu surat notis larangan berniaga dan mengosongkan tapak perniagaan telah dikeluarkan kepada peniaga-penagia tersebut oleh MPSP dan notis tersebut berkuatkuasa serta-merta. Selain itu EP difahamkan peniaga-peniaga disitu juga dikenakan kompaun sebanyak RM150.00 sebagai denda..
Cerita kumpulan peniaga kecil Melayu yang dihalau dari tapak perniagaan mereka bukanlah satu isu yang baru di negeri ini. Perkara ini telah berlaku sejak kerajaan negeri diambil alih oleh DAP pada 2008, nasib peniaga kecil Melayu ini seolah-olah tidak mendapat pembelaan seperti mana yang diberikan kepada peniaga-peniaga kecil bangsa lain.
Inilah nilai harga peniaga-peniaga kecil Melayu di mata kerajaan DAP.. Sewenang-wenangnya menunjukkan kuasa yang mereka ada dengan menafikan peniaga-peniaga ini mencari sumber rezeki yang telah diusahakan sejak berpuluh tahun lamanya..
Yang menariknya peniaga-peniaga Melayu ini tidak dibela secara adil oleh kerajaan DAP untuk meneruskan kehidupan selepas satu-satunya punca pendapatan mereka dinafikan..Kalau kawasan tersebut melibatkan peniaga-peniaga bangsa lain..tahu pula kerajaan negeri menyediakan astaka, tutup jalan atau menyediakan kawasan yang lebih selesa untuk mereka berpindah..
Apakah ini contoh kerajaan negeri yang bertanggungjawab? Mana perginya Slogan CAT??
Bagi EP nasib malang peniaga-peniaga Melayu yang  dihalau dari tempat perniagaan mereka walaupun sudah berniaga berpuluh-puluh tahun lamanya di negeri ini tidak akan berakhir setakat ini melainkan orang Melayu di Pulau Pinang dapat duduk semeja dan sepakat menentang kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan DAP seperti mana yang dibuat oleh peniaga-peniaga bangsa lain di Pulau Pinang.. 

09 di Batu maung - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

09 di Batu maung - Google Blog Search


5 Gambar Lelaki Gantung Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasih <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2014 07:19 AM PST

Seorang lelaki ditemui mati di kawasan siar kaki berdekatan dengan Kilang Jabil, Batu Maung, Pulau Pinang.
Gambar yang diperolehi dari Facebook Daily Traffic Report itu bagaimana pun tidak disertakan dengan laporan penuh mengenai kejadian itu.
Namun, menurut sumber tidak rasmi, lelaki berkenaan didakwa bergaduh dengan kekasihnya. Gagal mencapai elemen pendamaian, lalu lelaki berkenaan bertindak membunuh diri dengan mengantungkan dirinya di sebatang pokok di siar kaki.
Kekasihnya cuba membantu dan menyelamatkan lelaki tersebut. Malangnya sudah terlambat, lelaki berkenaan meninggal di tempat kejadian.



 

BLOG PENANG

Copyright 2010 All Rights Reserved