Selasa, 12 Julai 2011

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Wirdati&#39;s Empire: Fasa 2 praktikum. Kisah <b>di Batu Kawan</b>.

Posted: 03 Jul 2011 10:06 PM PDT

Hari pertama ke sekolah. Cuti.
Tapi guru besar suruh datang jugak sebab kena lapor diri.
Tulis nama dalam buku kehadiran then balik.
On the way balik, dapat call guru penolong kanan nak jumpa.
So... patah balik.

Alhamdulillah.
Semua nampak ok.
GPK baik. Bertolak ansur dan faham situasi kami selaku guru pelatih.
Malangnya...buku rekod kena hantar hari Jumaat.
Jem!

Lesson plan hari isnin kena buat siap-siap la khamis tu.
Haisy!

Sebab hari ni cuti, pukul 10 balik rumah.
Then order gas sebab nak masak.
Seronok pulak sebab first time beli gas sendiri. Angkat tong gas dari depan rumah sendiri. Haha.
Tong gas kosong memang bawak dari rumah. Petronas punya. Tetiba orang yang datang bawak gas tu turunkan gas tong biru. Cuak sekejap. Settle angkat gas masuk rumah terus kol mak.
"Mak, tadi org beli gas. Tapi ia bagi tong warna lain. Tak pe ke?"
Mak kata tong biru tu kecik sikit so murah sikit. Takpe, nanti gas tong tu dah habis kita beli kat Taiping dapatla tong macam dulu.
Saya tak biasa tengok tong gas selain warna ijau merah tu.
Tu yang cuak sekejap. Haha.

Mak kata "Selamat hidup berumahtangga. Belajar la hidup sendiri."
Hehe. Mak, rumah ni takde tangga lagi.

Plan nak masak tomyam. Hamboi!
Pusing. Pusing. Tak jumpa pulak kedai jual ayam. Kedai cina ada la. Tak yakin so tak beli. Ada stok sardin dalam rak. Hari ni masak sardin dengan kobis goreng je. Makanan hari ni bebas minyak sebab... lupa nak beli.

Rumah macam tongkang pecah lagi. Tak tahu nak kemas macam mana.
2 bulan je pun..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen