09 di seberang jaya - Google Blog Search |
mi1: Ribuan banjiri ceramah 'BERSIH 3.0' <b>di</b> P Pinang Posted: 09 Jul 2011 12:00 AM PDT Tidak kurang 5,000 orang hadir memberi sambut hangat kepada dua wira BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di tapak Ekspo Seberang Jaya malam semalam. Ramai yang melabelkan perhimpunan itu sebagai BERSIH 3.0.
Jurugambar sibuk merakamkan gambar mereka manakala wartawan dan orang ramai yang hadir semua menanti kedua-dua mereka menceritakan pengalaman pada 9 Julai lalu. Namun, pihak penganjur secara lembut meminta jurugambar dan orang ramai supaya bertenang agar kedua-dua pemimpin itu tidak tercedera lagi. Pada ucapan ringkasnya, Anwar yang jelas kelihatan lesu dan kurang bertenaga daripada biasa, dipercayai akibat kesakitan yang dialaminya akibat diserang gas pemedih mata di KL Sentral menganggap tindakan pihak berkuasa pada Sabtu lalu sebagai satu jenayah. "Najib kamu boleh pukul, dera tapi tidak boleh tahan hati rakyat. Hati yang luka itu akan bangkit," katanya.
Jelasnya, beliau berpegang teguh kepada nasihat Hadi yang tidak keberatan untuk turun sekali lagi bersama rakyat menentang kezaliman kerajaan Umno-BN. Dakwaan mengatakan kaum Cina tidak menyertai perhimpunan itu adalah meleset menurut beliau berikutan respon daripada kaum itu amat mengalakkan terutama di kalangan generasi muda. Hadirin di Seberang Jaya ini yang majoritinya orang Melayu diberitahu bagaimana perdana menteri selepas mendalangi apa yang terjadi pada Sabtu lalu tergamak mendakwa beliau menipu tentang kecederaannya. "Saya terpaksa pakai paut leher - ini arahan doktor selepas merawat dan melihat seteruk mana kecederaan di leher dan tulang belakang saya... bukan saya yang mintanya," katanya.
Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di seberang jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen