Isnin, 12 September 2011

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Edar 10000 Bendera, 200 Hamper <b>Di Permatang Pauh</b>

Posted: 09 Sep 2011 03:11 AM PDT

BUKIT MERTAJAM – Sebanyak 10,000 bendera dan 200 hamper akan diedarkan kepada golongan miskin di sekitar kawasan Parlimen Permatang Pauh bermula hari ini.

Program bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2011 itu dilakukan menerusi Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat Pulau Pinang yang dilancarkan hari ini.

Ketua Pengarah Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman berkata, program itu bertujuan mendidik golongan muda di sini menghayati erti kemerdekaan dan menghargai usaha nenek moyang yang berjuang untuk kemerdekaan negara.

"Konvoi ini juga akan menyampaikan sumbangan Aidilfitri untuk golongan miskin serta mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu di sini hari ini.

Sebanyak 15 kenderaan terlibat dalam konvoi berkenaan dan akan menjelajah kawasan kampung di Penanti, Seberang Jaya serta Permatang Pauh.

Konvoi akan turut mengedarkan risalah menjemput orang ramai menghadiri majlis sambutan Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri di padang SMK Guar Perahu pada Ahad ini yang akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.  – mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Komen