Ok, Kita sambung lagi cerita cuti-cuti Malaysia saya di Pulau Pinang.. Pada hari keesokannya, kami berdua menuju ke Tropical Fruit Farm. Perjalanan sangat jauh dan sememangnya terasa kepenatan. Isteri saya pun terasa nak muntah.. Alhamdulillah, sampai disana segala kepenatan hilang. Melihat buah-buahan yang segar serta pelbagai memang menarik perhatian..
Saya ambil buah-buahan campur RM5.00 dan air kelapa..


Segar betul buah-buahan dia.. Jambu batu dia manis betul. Jarang saya dapat rasa buah yang betul-betul sedap, segar dan manis.. Air kelapa dia pun fresh. Saya nak habiskan pun termengah-mengah. Isteri saya lak tak minat air kelapa, terpaksalah saya habiskan..

suasana sekeliling tempat makan tersebut..



sempat berposing lak tu..


'ok ok.. jual2.. beli lagi 1000 saham ok..'





ni tempat jual buah.


Selepas puas menikmati buah-buahan tadi, masa pun dah menunjukkan waktu asar. Jadi kami berdua terus menuju ke Masjid Terapung Tanjung Bungah. Ketika sampai disana, air tengah surut dan cuma ada seorang dua di dalam masjid tersebut. Selepas menunaikan solat Asar, sempat lah saya mengambil gambar masjid terapung dan di sekitar kawasan masjid..


pintu masuk utama ke masjid.


bebudak ni main apa ntah..




selepas menunaikan solat Asar, saya dan isteri terus balik ke hotel untuk rehat sebentar. Malam tersebut kami berdua pergi pekena Mee Udang Penang!! heheeh.. nanti saya ceritakan dalam entri berikutnya.. 
DuniaKami.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang masalah, kehilangan atau kerugian didalam penggunaan segala informasi dari DuniaKami.com. Segala informasi di dalam DuniaKami.com adalah bersifat peribadi kecuali dinyatakan sumber asal informasi tersebut. Jika anda perlukan tips cari jodoh serta bagaimana nak kaya cepat, jumpalah pakar yang sesuai. Jika demam, pergi klinik. :)

Cik Abang
Related posts:
- Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah
- Cuti-cuti Malaysia di Pulau Pinang
- Nasi Briyani di Tasik Limbongan Bistro
- Jalan-Jalan Cari Pasal di Terengganu
- Feri Pulau Pinang
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Tiada ulasan:
Catat Komen