Jumaat, 3 Jun 2011

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


lonesome thing: Ikan Bakar Penang @ <b>Batu Uban</b> near polis marin habour

Posted: 06 May 2011 08:16 PM PDT

Entry ni mengenai makan-makan di Penang.
Kedai ikan bakar ni terletak di sebelah kiri selepas jambatan pulau pinang..kalau nak pergi kena drive slow semasa dah dekat nak turun jambatan ke Bayan Lepas sebab takut terlepas kedai ni..belok sebelah kiri dan terus parking je..Kedai ni dikenali sebagai kedai ikan bakar bersila sebab pelanggan boleh pilh samada nak makan gunakan meja mcm biasa atau duduk bersila ditempat yang disediakan(utk bersila kenaLah buka kasut).
Kedai yang pertama tu bagi aku paling sedap.Yang mana banyak nyah (awww) yang bekerja.Sebelum ni pernah makan kat kedai ikan bakar Idrus tapi rasa nya kurang ummppphh.
Kedai dibuka petang hingga larut malam.
Ada jugak playground kecik kt sini jadi bagi yang bekeluarga tu anak-anak boleh main dan taklah kacau sangat ibu ayah tengah makan.
Aku pergi dengan adikku,berdua tapi order banyak gila..baru RM70.00.Itupun sampai order nasi semangguk.Cuma kami tak amik ikan jenahak atau siakap..dh jemu jadi try ikan pari pulak.Sebab tak larat nak habiskan siap boleh tapau sotong goreng dan ikan pari bawa balik rumah.
Bagi yang dah biasa makan ikan ikan bakar di Umbai Melaka..tentu rasa tak berapa best sgt kt sini.Sebab ikan dan makanan laut yang diletakkan diatas ais untuk pelanggan pilih tu taklah banyak pilihan seperti disana.Kupang pun tak ada.Tapi bagi aku,rasa ikan bakar kat sini better than kat Kuala Perlis.
Pernah sekali makan sini,4 orang dewasa,2 kanak-kanak harganya RM170.00 sahaja.





Sambal kicap dan soso

Keseluruhan menu yang kami oerder:

Nasi putih-semangkuk,boleh mkn 4 org
Sotong goreng tepung
Ikan pari bakar-2 keping dan besar-besar
Sup tulang
Lala sweet sour
Kerang rebus
Kangkung goreng belacan
Air tembikai 1 jug

Udang tak order sebab dah jemu.Harga dalam RM70.00.Boleh makan 4 orang.Cuma gambar sotong goreng tepung tak ambil sebab ia agak lambat sampai.Jd tengah makan tu dh malas nak amik.
Bagi orang penang.ikan bakar yang top bukan di sini tetapi di Teluk Tempoyak..tapi sebab tahap kemalasan aku yang melampau,aku malas nak drive ke sana dengan jalan yang agak mencabar.so bagi aku kat sini pun sedap..dan berbaloi.Layanan pekerja nya pun memuaskan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


TANAH LOT UNTUK <b>DI</b> JUAL (<b>TASEK GELUGOR</b>, SEBERANG PERAI

Posted: 08 Feb 2011 12:00 AM PST

HOUSE TO LET/RENT IN MUAR, JOHOR (1 JUNE 2011)

HOUSE TO LET :

1) TAMAN PERMAI, MUAR

-house to let/rent
-available 1 June 2011
-3 bedrooms +2 bathrooms
-renovated
-semi-D single storey house
-very closed to the city, schools, Econsaves etc
-rent : RM480 per month (negotiable)

Interested?
Please call: Puan Rahmah 06-9511809

2) JALAN KHALIDI, MUAR

-house/rooms to let/rent
-available : 1 June 2011
-2 houses
-2 bedrooms + 1 bathrooms
-partial furnished
-walking distance to the city :
Wetex-The Store, Jubli Intan, Jabatan Pendidikan Muar, Bridge, shoplots, Maybank, Ambank, Bank Islam, Tabung Haji, etc.

-rent : RM450 per month (negotiable)

Interested?
Please call: Puan Rahmah 06-9511809

MY PROPERTIES FOR SALE ... updated 29 MAY 2011


1)
Rumah teres setingkat untuk di jual di Taman Aman, Lunas, Kedah
(FOR SALE- AVAILABLE)-renovated & extended
-4 bedrooms +3 bathrooms
-RM100 K (negotiable)
-Please call, En. Nordin /Pn. Zaiton 013-4885017

2)

DOUBLE STOREY HOUSE (CORNER) FOR SALE -PUTRA HEIGHTS (30MAY2011)

House for SALE at Putra Heights, Subang Jaya, Selangor

Features:


- Double storey teres
- Freehold
- 22x75sq.ft
- Corner-lot with extra land of 27 feet
- Renovated /extended kitchen
- Wardrobe at masterbedroom
- 5 bedrooms and 3 bathrooms
- plastered ceiling
- 2 mins to PLUS Hiway
- Fix fitting airconds (3 sets-bedrooms)
- Price: RM 750,000 (negotiable)

Interested ?

PLEASE CALL , PUAN RAHILAH 013-630 6770
OR, HANIM 013-480 3797
(NO AGENTS, PLEASE)

3) Pangsapuri Pauh Damai, Permatang Pauh, Prai, Penang (SOLD TO PN.MILA/EN.ANUAR - MAY2011)

- grill and almost fully furnished;
- rented by uitm students (never vacant, tq Allah);
-Average rental = RM500-600 per month;
- have commercial value as a homestay ie. rm100 per day;
-walking distance to shoplots, politeknik, McD, UiTM etc;
-very close to Megamall, Jaya Jusco, Hiway exits etc;
-guarded area 24 hours, playgrounds, taska, surau, mini markets, etc;
-Level 2; 3 bedrooms; 2 bathrooms
-Selling Price:
RM95,000 (neg.)-include all the furnitures and existing renters-transferred too.
(bought by end of 2004)

4)
Zamrud Apartment, Taman Pasir Permata, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
(FOR SALE - AVAILABLE)

-1100sqft;
-nice scenery from level 14.
-grill;
-3 bedrooms + 2 bathrooms;
-minor renovations;
-specific carpark;
-24hours guarded n gated;
-Balcony facing KL;
-closed to Midvalley and Pearl International Hotel;
-Price offered : RM269,000 (Nego.)
Good for investment.

Close to amenities - banks, supermarkets, eating places, schools,shops. Close to OUG Plaza and Pearl Intl. Hotel.

# 4km to Mid Valley Megamall
# 4km to KTM Station (Mid Valley Megamall)
# 5.5 km to Putra LRT Station Interchange (KL Sentral)
# Fronting highway/public transport stand
#Balcony with fantastic view of entire KL city, with view of KL Tower and KLCC.

State > City: Kuala Lumpur
Address # or Unit: Zamrud Apartment
Street Name: 5th Mile, Old Klang Road
Postal Code: 58200
Bedrooms (if appl.): 3
Bathrooms (if appl.): 2
Price: 269,000.00 (Nego)



5)
Casa Prima Apartment, Seberang Jaya
(Sorry -KIV)

-865 sq feet; strategic location
-grilled,
-ceiling fans in all rooms
-3 bedrooms + 2 bathrooms
-have balcony
-Have your own covered-carpark/s at level 5

-very closed/walking distance to back gate UiTM Pulau Pinang
-Sbrg. Jaya Public Pool
-closed to 2 playgrounds
-very closed to exit North-South Highway
-next to shoplots, dobi, cybercafe, minimarts, foodcourts
-walking distance to Carrefour Prai, etc
-3 lifts ... very convenient;
-Only at level 2 , out of 31 level.
-apartment private pools AND surau
-guarded and gated environment
-and lots more facilities nearby d area.
-Price: RM 169, 000 (Neg.)

**************************************
Interested?
Please email (hanimuitmpp@gmail.com)
Call me at 013-480 3797
**************************************
Thank u.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


N37 <b>Batu Maung</b>: JEMPUTAN KE PROGRAM FORUM PERDANA DAN KARNIVAL IBU <b>...</b>

Posted: 11 May 2011 05:03 AM PDT

My Photo



Alamat Pusat Khidmat (1) :
No.17-2, Tingkat 2, Lintang Batu Maung 1, Taman Iping, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tel : 04-6261968 Fax : 04-6265496
Pembantu Tadbir Pusat Khidmat: Cik Latifah
Pembantu Khas Kawasan : Encik Ahmad Azrizal Bin Tahir


Alamat Pusat Khidmat (2) :
No. 310 Jalan Baru, Kampung Naran, 11960 Pulau Pinang.
Pembantu Tadbir : Encik Chua Kheng Ee

Alamat Pejabat Exco : Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Tingkat 53, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang.
Pembantu Khas : Cik Rodziah Binti Kassim
Pembantu Khas : Encik Zulkifli Bin Mohamed
Pembantu Khas : Encik Mohd Hashim
Pembantu Khas : Encik Azrol

Y.B Tuan Haji Abdul Malik Kassim.Juga sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) Pengerusi Hal Ehwal Agama & Perdagangan Dalam Negeri serta Hal Ehwal Pengguna.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

N37 <b>Batu Maung</b>: Pemberian Sumbangan Penghargaan Warga Emas KADUN <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2011 09:09 AM PDT

My Photo



Alamat Pusat Khidmat (1) :
No.17-2, Tingkat 2, Lintang Batu Maung 1, Taman Iping, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tel : 04-6261968 Fax : 04-6265496
Pembantu Tadbir Pusat Khidmat: Cik Latifah
Pembantu Khas Kawasan : Encik Ahmad Azrizal Bin Tahir


Alamat Pusat Khidmat (2) :
No. 310 Jalan Baru, Kampung Naran, 11960 Pulau Pinang.
Pembantu Tadbir : Encik Chua Kheng Ee

Alamat Pejabat Exco : Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Tingkat 53, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang.
Pembantu Khas : Cik Rodziah Binti Kassim
Pembantu Khas : Encik Zulkifli Bin Mohamed
Pembantu Khas : Encik Mohd Hashim
Pembantu Khas : Encik Azrol

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


PISAU.NET: <b>Jelutong</b>: Roboh Kedai,Pakatan Tumbang?

Posted: 05 May 2011 01:06 AM PDT


Regim DAP merobohkan kedai anak melayu di Jelutong hanya kerana pemiliknya tidak menyertai pakatan,tindakan ini ternyata membangkitkan kemarahan rakyat.:klik sini

Berikut adalah email tuntutan ganti rugi apabila kedai yang dirobohkan oleh regim DAP tidak diberi bantuan dan pampasan langsung:

REVOLUSI MERAH TUMBANG SEBELUM PARAH

Kami menuntut kerajaan negeri pulau pinang pimpinan pakatan rakyat yg diterajui DAP membayar pampasan ke atas perobohan kedai motorsikal di Jelutong yang diroboh pada 11 januari 2011 tanpa sebarang notis mahupun pemberitahuan terlebih dahulu.Paling menyedihkan kedai motorsikal itu tidak mengganggu sistem parit dan laluan kepada org ramai seperti yg didakwa oleh MPPP.Jika benar,mengapa sehingga kini tidak dibuktikan?

Motif sebenar perobohan kedai itu dibuat adalah kerana pemiliknya Mohd Yacoob enggan menyertai Parti keadilan rakyat cabang jelutong.Lebih mengejutkan ialah pendedahan yacoob,beliau telah dihampiri oleh sorang individu yag mempunyai kuasa dalam parti itu dan seterusnya memujuk beliau mengajak rakan2 menyertai pkr,jika berjaya yacoob akan dilantik sebagai timbalan ketua amk cabang jelutong.Perlu ingat ,org kuat keadilan jelutong pernah berkata "buat apa saya nak ajak yacoob masuk pkr,dia bukan org berpengaruh''.Benarkah pkr hanya disertai org berpengaruh saja??rakyat biasa mcm mana plak??nak cakap pun taknak fikir dulu.

Mengapa dan apa punca sebenar hingga Yacoob diajak sehingga 3 kali untuk menyertai pkr?

Untuk pengetahuan semua,pemilik kedai motorsikal itu mempunyai ramai rakan yang berjaya dalam pelbagai perniagaan,begitu juga dgn namanya yg tidak asing di Jelutong.Anggota/ahli Pkr bertambah marah apabila Yacoob tidak mengajak mereka datang ke majlis jamuan aidilfitri yg lalu.Kontroversi sebenar ialah kedai beliau diroboh 2kali.Yg pertama ialah pada 11januari 2011,yg kedua pula apabila TANDAS UNTUK GUAN ENG,EXCO&AHLI MAJLIS dibina diatas tapak kedai beliau.

Sekali lagi pemimpin PAKATAN Rakyat merasakan diri dan kedudukan mereka tergugat,Ada perancangan khusus dibuat oleh Yacoob dan Pertubuhan Ikatan Kebajikan Melayu(PIKIM) serta beberapa ngo lain untuk menjatuhkan kerajaan negeri pakatan rakyat.

Siapa sebenar Yacoob??Beliau merupakan satu-satunya pemilik tunggal bumiputera di Pulau Pinang yang menjalankan perniagaan tuntutan insuran kemalangan motorsikal,ini bukan kedai motor biasa,sekali pandang;ramai tahu ianya kedai eksklusif di Jelutong,beliau juga merupakan kontraktor muda dalam pengubahsuaian rumah,pengeluar minyak pelincir motorsikal jenama tersendiri.Beliau memperoleh keuntunggan sehingga 5angka tiap bulan.

Harap kita telah faham kedudukan sebenar beliau.Kedai yg dibina hasil usaha gigih anak muda ini diroboh menyebabkan salah satu penyumbang ekonomi bumiputera di kawasan itu terjejas.8 orang pekerjanya juga hilang punca pencarian.RM 150,000 itu jumlah kerugian yang ramai tahu tapi ada sesetengah orang mengganggarkan jumlahnya melebihi angka itu.Dibina hampir 2tahun yang lepas,mengapa baru diroboh.

SEBABNYA:enggan sertai PKR kedai diroboh.sungguh tidak beperikemanusian.satu lagi tindakan kerajaan negeri untuk menghapuskan ekonomi org melayu.USIA BUKAN PENGHALANG...REVOLUSI MERAH TUMBANG SEBELUM PARAH adalah amaran tegas dan jelas kepada kerajaan negeri pulau pinang agar membayar pampasan dalam masa 7 hari atau bersiap sedia untuk kami mengerakan seluruh usaha dan tenaga kerja menjatuhkan kerajaan negeri pada 13 mei 2011


Awas,pada mana mana pihak yang tidak menyokong atau pun menyertai pakatan,kedai atau pun perniagaan anda akan menjadi sasaran juak haprak mengunakan kuasa untuk menindas.

Haprak anjing pakatan baru saja merasa dapat kuasa,begitulah cara mereka tunjuk kuasa,kuasa rakyat yang mengankat mereka,tetapi mereka lupa kuasa rakyat yang boleh menjatuhkan mereka.

Kerajaan berkebajikan?

Pisau kata " salah satu tuntutan NGO semasa demo baru baru ini"

Related Posts : Pulau Pinang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


<b>BAYAN LEPAS</b>: Kebanjiran pekerja asing <b>di</b> pekan <b>Bayan Lepas</b>

Posted: 10 Jan 2011 08:53 PM PST





Kilang perindustrian yang berpusat di Bayan Lepas memerlukan ramai tenaga buruh, justeru pihak kilang terpaksa mengimpot ramai pekerja asing bagi menampung kekosongan yang ada.Akibat daripada itu ,pihak kilang memerlukan rumah untuk di sewa untuk pekerja pekerjanya.Memandangkan pilihan kawasan penempatan yang paling terdekat, adalah di Bayan Lepas.
Di kawasan Bayan Lepas saja terdapat taman perumahan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Kampung,hutan,bukit dan sungai yang ada pun sudah lenyap dek pembangunan yang pesat.Kampung Masjid,Kampung Perlis,Kampung Bukit dan kampung kampung yang lain, semua nya dah jadi kawasan kecil atau tiada langsung, semua nya dijadikan taman taman perumahan.Tiada lagi kicauan burung pada waktu pagi dan kanak kanak tidak dapat mandi di air terjun kerana semuanya telah ditelan oleh pembangunan, itulah peredaran zaman.
Dulu pekerja asing ramai di kawasan perumahan Bayan Lepas yang telah disewa oleh majikan.Peniaga perniaga di Bayan Lepas bagaikan mendapat durian runtuh dari hasil hasil jualan ,baik kedai makan ataupun runcit.Tapi sekarang semuanya sudah berubah kerana tiada lagi pekerja asing yang tinggal di sini.Sejak ada persatuan penduduk tiap tiap taman perumahan, maka tidak membenarkan pekerja asing menyewa lagi di kawasan tersebut.Dengan alasan masalah sosial,adat dan budaya mereka tidak dapat diterima oleh penduduk taman.Memang tidak dinafikan bahawa cara kehidupan mereka berlainan daripada kita,tapi bukan semuanya busuk.
Keputusan yang dibuat oleh persatuan penduduk terlalu drastik hingga tidak melihat dari sudut ekonomi Bayan Lepas.Bayangkan bahawa mereka berpindah dan menetap di kawasan Relau(dipanggil flet 88).Dulu kawasan ini tidak maju langsung bagaikan tempat kawasan 'jin tendang 'tapi sekarang lihat betapa majunya kedai kedai perniagaan ,baik cina mahupun melayu.Misalnya,kalau seorang pekerja asing belanja satu hari rm 4 maka,kalau seribu orang tentunya rm 4000...dan seterusnya....Betapa untungnya peniaga peniaga disana..
Nak diharapkan penduduk tempatan ,hampeh!!!Mereka masing masing ada kenderaan,yang saya tau(termasuk saya) pergi pasar raya Sunshine,Giant,Tesco dan tempat tempat yang jauh dari Bayan Lepas semata mata untuk membeli barang barang keperluan.Sekarang pekan Bayan Lepas dah jadi serupa pekan highway,tempat lalulalang kenderaan kenderaan dari Balik Pulau ke Tanjung dan sebaliknya.Ramai perniaga di Bayan Lepas ada yang gulung tikar atau pekedai nasi mengimpas lauk,takut lalat hinggap atau pun sekadar...., memerangkap debu debu kenderaan..tapi ada juga yang boleh tahan maju nya itupun terpaksa berhempas pulas memberi perkhimatan terbaik untuk merebut pelanggan yang sikit.
Berbalik kepada persatuan penduduk perumahan Bayan lepas,keputusan yang dibuat boleh dibincang lagi dengan majikan mereka, jangan di halau terus pekerja asing ke tempat lain,kalau halau balik terus ke negara mereka tidak mengapa....ni halau ke tempat lain....,Misal nya ,minta majikan mereka tubuhkan satu jawatankuasa di kawasan perumahan bagi mengawal aktiviti mereka yang tidak bermoral..,atau adakan kelas Fardu Ain seminggu sekali bagi mereka yang beragama islam dan berbagai bagai cara bagi mengatasi masalah ini..
Semoga kita sama sama majukan Bayan Lepas...Amin

Nota:Nak tunjuk tahap kekuatan kuasa,kot kot boleh sampai peringkat Gaban...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Selamat Jalan <b>Tanjung Tokong</b> | SYAHRIL A. KADIR

Posted: 27 Jan 2011 05:02 PM PST

aku terlalu sedih sekarang ini…tapi kesedihan itu tidaklah sampai mengalirkan airmata

macam mana nak cakap eh…rasanya perkataan lebih sesuai untuk aku ungkapkan ialah TERKILAN

kira-kira 30 tahun lalu, aku tinggal di sebuah kampung di Pulau Pinang yang bernama Tanjong Tokong

semuanya bermula apabila arwah abah tamat tempoh perkhidmatan sebagai Pegawai Waran Dua dengan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpengkalan di Sandakan, Sabah

arwah abah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung emak di Tanjung Tokong, kebetulan arwah atok dan nenek hanya tinggal berdua

lalu bermulalah kehidupan kami sebagai anak kampung, maklumlah selama ini dunia kami hanya berlegar di sekitar kem tentera

Tanjung Tokong ni sejarahnya dibuka oleh oleh moyang aku yang bernama Tok Guru Haji Hassan Fussanah, masa tu luasnya hanya 72.8 square meter je

bila British datang, diaorang namakan kampung ni Tanjong Tokong sebab ada tokong Cina di hujung tanjung

aku masih ingat lagi, dulu setiap pagi arwah abah akan bawa aku ke kedai kopi di kepala simpang yang dikenali sebagai Kedai Ajid

sebenarnya ia adalah kedai kopi Cina tetapi pembancuh airnya adalah seorang pakcik Melayu bernama Ajid, so sampai kesudah orang panggil kedai kopi itu Kedai Ajid

selepas menghirup kopi, telur setengah masak dan sekeping roti bakar disapu kaya, aku akan ikut pula mak membeli ikan di pasar

masih terngiang-ngiang lagu D.J Dave dan Hail Amir yang sering berkumandang dekat pasar itu, masa tu dua penyanyi ni kira macam Faizal Tahir ngan Anuar Zain lah kan, famous gila!

kebetulan pula kampung kami ni boleh terkenal kerana melahirkan ramai artis seperti penyanyi 60-an bernama RockyDin, penyanyi 80-an Razis Ismail dan pelakon Spanar Jaya, Radhi Khalid

malah aku difahamkan isteri Hail Amir pun orang situ

walaupun kampung kami nama Tanjung Tokong, tetapi majoriti penduduknya adalah orang Melayu, orang India dan Cina pun ramai juga, maknanya kampung kami dah jadi 1Malaysia ni dah lama dah

memang indah dan meriah kalau nak diingat balik pasal Tanjung Tokong ni

malangnya itu dulu…kini Tanjung Tokong semakin hilang ditelan proses pembangunan yang menggila

rumah kampung yang tinggal boleh dibilang dengan jari saja…itupun tak lama lagi semuanya akan rebah kebumi kerana UDA (pemilik tanah) mahu membangunkan kawasan itu

yang paling sedih, semalam aku terbaca di dalam akhbar yang UDA akan menjadikan Tanjung Tokong sebagai 'kampung warisan'

itu bahasa cantik…kalau bahasa kasarnya lebih kurang macam muzium ler, buat tatapan pelancong, aduh sedihnyaaaaa

mengikut rancangan, UDA akan mengasingkan tanah seluas 0.8 hektar di kawasan berkenaan untuk dibangunkan rumah warisan, galeri serta rumah kedai

penduduk pula akan ditawarkan untuk membeli rumah pangsa yang UDA bina

ermm…entahlah, ada seorang kawan aku di sana memuji tindakan UDA ni

" bro, inilah kisahnya kalau menumpang tanah orang tapi at least depa 'offer' rumah untuk dibeli, takdelah selamanya dok menumpang tanah orang macam tu saja

" lagipun bro, kampung Tanjung Tokong ni dah uzur sangat, kiri kanan dah penuh hotel dan kawasan perumahan mewah, orang Melayu pulak masih duduk kat rumah papan yang  buruk lagi, nanti bila pelancong tengok mana kita nak sorok muka…bagi aku banyak baik daripada buruk mengenai projek pembangunan semula kampung kita ni," katanya masa kami berfacebook malam tadi

mungkin apa yang dia kata betul juga, sampai bila kita asyik nak bersentimental…

apapun mahu tak mahu kampung Tanjung Tokong tak lama lagi hanya akan tinggal kenangan sajalah jawabnya

yang pasti aku masih layan lagu D.J Dave dan Hail Amir walaupun Anuar Zain dan Faizal Tahir telah mengambil 'peranan' mereka ketika ini…argh kenangan…

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Pemuda Bersama Memajukan Sukan Motorcross <b>Di Nibong Tebal</b>

Posted: 31 May 2011 08:45 AM PDT

Baru-baru ini, Ketua Pemuda bersama sebahagian AJK PPUBNT bersama-sama membantu didalam menjayakan penganjuran Kejohanan Motocross yang telah diadakan di Litar Motocross Tasek (DUN Sungai Bakap). Ini adalah antara komitmen pemuda UMNO untuk mendekati seberapa ramai golongan muda melalui pelbagai pendekatan contohnya seperti penganjuran Pertandingan Motocross ini.

Penyertaan hampir 100 orang peserta membuktikan bahawa masyarakat di sekitar lembah Tasek meminati sukan ini dimana agak ramai golongan semuda 9 tahun sehingga 48 tahun meminati sukan yang dianggap kurang popular ini.

InsyaAllah, PPUBNT dari masa ke semasa akan cuba untuk terus mendekati golongan muda dengan pelbagai kaedah bagi memastikan rakyat sentiasa sedar bahawa Pemuda UMNO amat dekat dihati mereka.





Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


PASTI KAWASAN TASEK <b>GELUGOR</b>: TRAGEDI TANAH RUNTUH <b>DI</b> HULU LANGAT

Posted: 22 May 2011 06:36 PM PDT

22hb MEI : Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat. Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.

Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

Pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya. - SUMBER BERNAMA

PASTI KAWASAN TASEK GELUGOR mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan mendoakan semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan yang soleh..Al-Fatihah..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.