09 di jelutong - Google Blog Search |
Honda Malaysia buka gudang baru <b>di</b> Bukit <b>Jelutong</b>, Shah Alam <b>...</b> Posted: 10 May 2011 06:43 AM PDT Bertempat di Shah Alam kelmarin (9 Mei 2011), Honda Malaysia telah mengadakan majlis rasmi upacara pecah tanah pembinaan gudang baru di tapak pembinaan bangunan itu. Gudang baru itu dibina dilokasi Kawasan Perindustrian Bukit Jelutong, Shah Alam, akan membolehkan Honda Malaysia memberikan perkhidmatan dan layanan kepada pelanggan di Malaysia dengan lebih cekap. Sebanyak RM50 juta telah dilaburkan bagi pembinaannya, di mana ianya dijangka siap dan beroperasi pada suku kedua 2012. Bercakap di majlis tersebut, Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Mr. Yoichiro Ueno berkata, pelanggan di Malaysia telah memberikan banyak sokongan kepada Honda, dan pembukaan gudang baru itu adalah selari dengan pertumbuhan pasaran Honda di Malaysia. Sejak tiga tahun lepas, peningkatan jualan dicatatkan sehingga 12,000 unit, dengan peningkatan 1.4 peratus dalam perkongsian pasaran. Pembukaan gudang baru di lokasi strategik adalah reaksi biasa di mana pihak kami sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan tahap kecekapan dalam usaha memberikan layanan terbaik kepada pelanggan, ujarnya. Tambah Mr. Ueno lagi, lokasi gudang baru itu dipilih kerana lokasinya yang berada di kawasan tengah dan strategik, dan kemudahan akses ke kebanyakan lebuhraya utama di Lembah Klang. Salah satu kriteria utama ialah tempoh maksimum 30 minit jarak menggunakan trak ke semua lebuhraya utama di Lembah Klang. Dengan cara itu, Honda Malaysia boleh memendekkan tempoh proses penghantaran alat ganti kepada semua pengedarnya. Ketika ini, lebih 60 peratus penghantaran dilakukan di kawasan Lembah Klang. Gudang berkeluasan 28,000 kaki persegi itu akan dibina dalam tiga fasa, dibina di atas tanah dengan keluasan 12.4 ekar di Bukit Jelutong. Gudang itu akan menjadi stor simpanan komponen alat ganti untuk pasaran selepas jualan untuk kereta Honda di Malaysia. Tajuk post berkaitan : Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di jelutong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |