Selasa, 7 Jun 2011

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


My Malaysia Stockfolio-From RM10,000 to RM100,000: SP Setia and <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2011 08:50 AM PDT

Two property players are in the race for the multi-billion ringgit development of some 40.47ha at Bayan Mutiara on Penang island.

Business Times has learnt that SP Setia Bhd and Ivory Properties Group Bhd are the companies that have responded to Penang state government's tender to develop the Bayan Mutiara land. The tender is part of the state government's efforts to raise funds.

Sources said of the two companies, Ivory Properties had submitted the higher bid, for which the reserve price was reportedly set at RM200 per sq foot.

The state government had asked for a request for proposal (RFP) via the Penang Development Corp to develop an initial 24.8ha, which is located south of the Penang Bridge and overlooking Pulau Jerejak.

The RFP comes with the potential to develop an additional 14ha via a future reclamation after the development of the initial 24.8 ha.

Although the deadline for the RFP of the project was set for December 31 2010, it is learnt that the RFP had been recalled and interested parties were asked to re-submit their bids.

SP Setia is currently the only developer without any development projects along Penang's southern corridor where its rivals are present.

This includes Mah Sing Group Bhd, which is planning a mixed-development property project at Batu Maung. Ivory Properties is present via "The View Twin Towers" development in Batu Uban, while IJM Land Bhd had already embarked on its landmark waterfront development of "The Light" close to the Penang Bridge.

In January this year, the Penang state government announced that SP Setia - via subsidiary Eco Meridean Sdn Bhd - had won a RM300 million project to build and operate the Penang International Convention and Exhibition Centre in Relau on the island.

The project was reportedly meant to create a "Penang People's Park" that includes the country's first subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE), a 2.8ha public park on the rooftop, a refurbished and upgraded Penang International Sports Arena (Pisa), a refurbished and upgraded aquatic centre and a four-star hotel with retail outlets and a spacious parking lot.

It is not known if SP Setia and the state authorities have inked any agreement to firm up this deal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AHLI MAJLIS MPPP: Pelebaran Jalan <b>Batu Uban</b> dipersimpangan Lampu <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2011 11:27 AM PDT

Jalan Masuk ke Jalan Batu Uban bersebelahan Sunny Point

Kerja kerja membina kaki lima diatas longkang

Bahagian Jalan yang akan dilebarkan

Bahagian Jalan yang akan dilebarkan


Disebabkan kesempitan jalan ,Van ini menghalang kenderaan lain dibelakang dari mencelah kedepan.

Halangan besi dibuka di Jalan Batu Uban 4 untuk kemudahan rakyat Kpg Batu Uban bersebelahan Lebuhraya Jelutung Express way

Perubahan berlaku ,Setelah sekian lama menanti oleh penduduk sekitar Jalan Batu Uban akhirnya JKR telah pun memulakan kerja - kerja pelebaran jalan yang menjadi jalan utama penduduk Kpg Batu Uban dan penduduk sekitar di sini.Kalau waktu pagi jalan ini menjadi sesak dan begitu juga waktu petang dari jam 5-7ptg .Masalahnya kesesakan timbul apabila kenderaan yang menuju masuk ke jalan Batu Uban dari jalan Sultan Azlan Shah terhenti sebaik ada kenderaan berhenti untuk membelok masuk  ke jalan Tingkat Batu Uban 1 untuk ke Taman Utara,Sunny Vale Kondominium dan Taman Pulau Emas.Inisiatif memohon pelebaran jalan ini dibuat oleh JKKK Batu Uban dan Ahli Majlis MPPP En Iszuree Ibrahim serta mendapat perhatian Adun Batu Uban YB Raveentharan.Kerjasama JKR amat amat dihargai demi kemudahan rakyat. JKR juga bersetuju membuka halangan besi dipersimpangan jalan Batu Uban 4 bagi memudahkan kenderaan masuk ke kawasan kampung terutamanya sekitar Dewan JKKK Batu Uban terutamanya lori sampah yang memungut dari tong sampah besar ML.Sebelum ini JKKK Batu Uban telah berjaya memohon supaya JKR membuka halangan besi yang menghalang jalan Batu Uban 5 berhadapan Kondominium Ivory Twin Tower pada awal tahun 2010.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


My Malaysia Stockfolio-From RM10,000 to RM100,000: SP Setia and <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2011 08:50 AM PDT

Two property players are in the race for the multi-billion ringgit development of some 40.47ha at Bayan Mutiara on Penang island.

Business Times has learnt that SP Setia Bhd and Ivory Properties Group Bhd are the companies that have responded to Penang state government's tender to develop the Bayan Mutiara land. The tender is part of the state government's efforts to raise funds.

Sources said of the two companies, Ivory Properties had submitted the higher bid, for which the reserve price was reportedly set at RM200 per sq foot.

The state government had asked for a request for proposal (RFP) via the Penang Development Corp to develop an initial 24.8ha, which is located south of the Penang Bridge and overlooking Pulau Jerejak.

The RFP comes with the potential to develop an additional 14ha via a future reclamation after the development of the initial 24.8 ha.

Although the deadline for the RFP of the project was set for December 31 2010, it is learnt that the RFP had been recalled and interested parties were asked to re-submit their bids.

SP Setia is currently the only developer without any development projects along Penang's southern corridor where its rivals are present.

This includes Mah Sing Group Bhd, which is planning a mixed-development property project at Batu Maung. Ivory Properties is present via "The View Twin Towers" development in Batu Uban, while IJM Land Bhd had already embarked on its landmark waterfront development of "The Light" close to the Penang Bridge.

In January this year, the Penang state government announced that SP Setia - via subsidiary Eco Meridean Sdn Bhd - had won a RM300 million project to build and operate the Penang International Convention and Exhibition Centre in Relau on the island.

The project was reportedly meant to create a "Penang People's Park" that includes the country's first subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE), a 2.8ha public park on the rooftop, a refurbished and upgraded Penang International Sports Arena (Pisa), a refurbished and upgraded aquatic centre and a four-star hotel with retail outlets and a spacious parking lot.

It is not known if SP Setia and the state authorities have inked any agreement to firm up this deal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


Sabri Photography: Majlis perkahwinan Ida & Amir <b>di Tanjung Tokong</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2011 12:23 AM PDT

Ini hanya sebahagian daripada gambar menarik pasangan pengantin romantik Ida dan Amir yang bijak bergaya bila lens ditujukan ke arah mereka.  Walaupun hari agak mendung dan hujan sekali sekala lebat tidak mematahkan semangat saya dan abang Ida Saudara Fitri yang juga seorang jurugambar 'menembak' sasaran dengan tepat.

Hasilnya kenduri yang diadakan di dewan salah sebuah flat belakang Island Plaza, Tanjung Tokong berjaya dilaksanakan dengan kunjungan ramai rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara jauh dan dekat.

Yang penting tali silatulrahim terjalin erat bak memaku di papan yang keras. Beberapa lokasi dipilih antaranya Taman Belia dan berdekatan rumah Amir sendiri iaitu berdekatan dengan laut atau lebih mesra dipanggil 'Taman Juta' kerana harganya mencecah RM5-7 juta sebuah yang mana pembinaanya dilaksanakan selepas projek tambakan laut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Amirul Hafiz 27: FAZLI SHAM PENUH GAYA <b>DI BATU KAWAN</b>

Posted: 20 Apr 2011 07:18 AM PDT

Amirul Hafiz 27: FAZLI SHAM PENUH GAYA DI BATU KAWAN

FAZLI SHAM PENUH GAYA DI BATU KAWAN





Pelumba veteran, Ahmad Fazli Sham kembali mempamerkan kehebatannya apabila muncul juara Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pelumba berusia 29 tahun yang beralih arah dari Yamaha Maju Motor Racing ke Pennzoil Fastrac Racing bermula dengan begitu pantas sekaligus mendahului, Mohd Zamri Baba (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) yang bermula dari pole.

Walaupun pada satu ketika Zamri berjaya memotongnya, cukup jelas jentera Fazli jauh lebih pantas, Dengan mudah Fazli kembali berada di hadapan dan mula meninggalkan pencabarnya itu. Sejurus itu, Mohd Affendi Rosli (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) juga mula mencabar Zamri manakala Fazli selesa meninggalkan pencabar-pencabarnya.

Nasib Zamri bertambah malang apabila gagal mengawal jentera Yamahanya dan terjatuh pada pusingan 6. Walaupun dia meneruskan perlumbaan, Zamri sekadar beraksi sehingga pusingan yang ke-11 sahaja. 

Fazli menamatkan perlumbaan 15 lap tersebut dengan catatan masa keseluruhan 14:03.519s- 8.767s di hadapan Affendi. Namun begitu, Affendi terpaksa berpuas hati di tangga kelapan setelah dikenakan penalti 30 saat akibat kesalahan jump-start di awal perlumbaan.

Keputusan itu sekaligus meletakkan Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) berada di kedudukan kedua manakala rakan sepasukannya, Ahmad Fuad Baharudin di tempat yang ketiga. Kedua-dua pelumba ini menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 14:12.286s dan 14:13.400s masing-masing.

Berpuas hati dengan kejayaan pertama musim ini, Fazli yang memenangi kategori Expert pada tahun 2007 dan 2008 berkata, "Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan dan penaja yang banyak membantu kepada kemenangan saya hari ini. Tanpa sokongan mereka, sudah tentu sukar untuk mencapai kejayaan ini."

Tambah Fazli lagi, "Perlumbaan hari ini sangat mencabar memandangkan Zamri sentiasa mengekori saya dengan rapat namun keadaan jentera yang begitu memuaskan pada hari ini banyak memberikan kelebihan. Namun, saya terus mencuba sedaya upaya sehinggalah menyedari kedudukan saya jauh di hadapan pelumba lain, barulah saya sekadar mengekalkan momentum ketika itu sehingga melintasi garisan penamat.

"Tidak dapat saya gambarkan betapa gembiranya saya apatah lagi pasukan kami masih baru namun sudah berjaya mencatat kemenangan seperti ini. Saya harap kami dapat mengekalkan rentak sebegini di pusingan-pusingan akan datang.

Selain Affendi, rakan sepasukannya, Azlan Shah Kamaruzaman turut dikenakan penalti atas kesalahan yang sama. Sementara itu, Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) menarik diri daripada perlumbaan disebabkan mengalami kecederaan pada kakinya.

Kemenangan ini membolehkan Fazli mendahului kedudukan keseluruhan CP130 dengan 33 mata manakala Muhaimin kedua, 31 mata dan Mohd Zaqhwan Zaidi (Pachie Yuzy Honda Racing) ketiga dengan 26 mata.

Pasukan Maju Motor Yamaha Racing yang diketuai oleh Yong Yin Hoe mendahului kedudukan keseluruhan berpasukan dengan mengumpul 47 mata diikuti Pachie Yuzy Honda Racing dengan 46 mata dan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM ketiga, 45 mata. 


Sementara itu, kelebihan beraksi di gelanggang sendiri memberikan kelebihan buat Zaidy Mohd Zaifaizal (Motul Yamaha YY Pang Racing), untuk muncul juara CP115 menewaskan Ahmad Abdul Kadir (APIDO Yamaha Boon Kui Racing) dan Mohd Hafieenaz Mohd Ali (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM).

Zaidy mendahului perlumbaan dari lap pertama dan menamatkan perlumbaan 12 lap itu dengan catatan 11:30.736s manakala pelumba yang berasal dari Sarawak, Ahmad di tempat kedua dengan 11:31.300s manakala Hafieenaz, 11:32.125s. 

"Kemenangan hari ini sangat bermakna kerana ia merupakan kejayaan pertama saya di Batu Kawan sepanjang karier perlumbaan saya. Saya sangat berpuas hati kerana tidak menghampakan keluarga dan rakan-rakan yang datang untuk memberikan sokongan. Perlumbaan hari ini sangat sukar. Ahmad sentiasa memberikan tekanan kepada saya, walaupun cuba untuk menjarakkan diri darinya, saya tetap gagal. Saya hanya cuba mengekalkan momentum saya ketika itu sehingga ke garisan penamat," jelas Zaidy yang berasal dari Batu Feringghi, Pulau Pinang.

Selain kemenangan di Batu kawan, kedudukan ketiga di Kangar bulan lepas kini meletakkan Zaidy mendahului carta keseluruhan  CP115 dengan 41 mata. Dibezakan dengan enam mata, Shahril Izzuwan Mohd Noor (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) yang muncul perlumbaan di tempat keenam hari ini berada di kedudukan kedua dengan 35 mata sementara rakan sepasukan Zaidy, Mohd Adli Salihin menghuni tangga ketiga dengan 31 mata.

Pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM yang diwakili Shahril dan Hafieenaz mendahului kedudukan berpasukan keseluruhan dengan 51 mata diikuti Motul Yamaha YY Pang Racing dengan 50 mata dan APIDO Yamaha Boon Kui Racing, yang mengumpul 39 mata di tangga ketiga.


Sementara itu, Juara Wira 2010, Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) gagal menggunakan kelebihan petak hadapan untuk menjejakkan kaki di podium setelah mengalami perlanggaran dengan pendahulu ketika itu, Mohd Solehin Sukor (Honda Promax X-Dot Honda Racing) selepas tiga pusingan. Kelebihan ini digunakan sepenuhnya Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing) yang berada di kedudukan ketiga ketika itu untuk merealisasikan hasratnya meraih kejuaraan pertamanya.

Namun, kemenangan Zulsyafiz bukanlah mudah memandangkan rakan sepasukan Adib, Nurahmad Fariznazreen sentiasa memberikan cabaran sengit sehingga kedua-dua pelumba mengatasi garisan penamat. Zulsyafiz menamatkan perlumbaan dengan catatan 9:47.318s manakala pencabarnya mencatatkan 9:48.056s. Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan ketiga dengan 9:53.290s.

Gembira dengan kemenangan pertama, Zulsyafiz menjelaskan, "Saya sangat gembira kerana menang perlumbaan hari ini. Pada mulanya saya rasa ia agak mustahil memandangkan Adib dan Solehin begitu pantas. Kemalangan yang menimpa kedua-dua pelumba itu memberikan kelebihan kepada saya untuk berada di hadapan dan terus mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan tamat," kata pelumba berusia 16 tahun itu.

Ketika ini Zulsyafiz sedang mendahului kedudukan keseluruhan dengan 41 mata diikuti Nurahmad, 40 mata dan Izzat di kedudukan ketiga dengan 26 mata.


Dalam Cabaran Honda Wave Junior pula, Mohd Rabilfirli Azmin yang gagal menamatkan perlumbaan di Kangar, bulan lepas muncul juara dengan catatan 10:29.251s menewaskan Mohd Zulfakri Rosli di tempat kedua dengan catatan 10:33.068s manakala Mohd Arif Abd Rahman ketiga dengan 10:33.572s.

Bagaimanapun, Mohd Arif mendahului kedudukan keseluruhan dengan 41 mata, satu mata di hadapan Zulfakri yang berada di kedudukan kedua dengan 40 mata manakala Mohd Fitri Sukor ketiga dengan 26 mata.



Saingan kategori Persendirian menyaksikan Wazir Abd Razak mencatat kemenangan kedua berturut-turut musim ini apabila sekali lagi menewaskan naib juara di Kangar, bulan lepas, Mohd Fhahmin Abd Mutalib.

Wazir melintasi garisan penamat dengan catatan 10:08.324s manakala Fhahmin mencatatkan 10:13.090s. Berada di kedudukan ketiga adalah Zulfaqar Mohd Salleh yang mencatatkan 10:20.714s.

Kemenangan berganda ini meletakkan Wazir di hadapan kedudukan keseluruhan setelah mengumpul 50 mata penuh manakala Fhahmin kedua dengan 40 mata. Zulfaqar di tangga ketiga dengan 16 mata. 

Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 akan berlangsung di Kuala Terengganu pada 13 dan 14 Mei depan.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


MatKilau Penang: <b>Balik Pulau</b>,Rumah Kos Rendah 1juta.DAP Punya Keja.

Posted: 27 May 2011 08:05 AM PDT

Lot Bumi baru di buka untuk jualan. Ni di Balik Pulau. Borang untuk non-bumi kena bayar RM50. Untuk bumi, FOC. Tapi ko orang tahu tidak berapa harga rumah ni? Apa? 20 hinggit? Nak tanam ko dlm kubo pun x lepas. Ni-1M. Tahniah Pas ngan Pkr sbb gadai PP pd Dap. Last2 rumah kos rendah pun x dak. Harga sebuah perjuangan..


Hartanah dikawasan balik Pulau semakin lama melambung harganya ini kerana pihak Kerajaan Negeri yang mengutamakan Kroni dan bersikap hendak menghalau melayu.Ironinya penduduk balik pulau majoritinya adalah melayu.Kenapa Kerajaan Negeri meluluskan Projek berskala kecil dan harga sebuah rumah mencecah jutaan ringgit.Mampukah Melayu balik Pulau membelinya purata pendapatan orang melayu disana ialah 1,500 ringgit sebulan.

Sungguh licik permainan yang diatur,menaikkan hartanah dan tidak membina rumah kos rendah yang mampu dibeli oleh orang melayu.Tujuannya ialah supaya dapat mempertahankan kerusi Parlimen Balik Pulau.Dap sedar akan kebangkitan melayu balik pulau kebanyakkanya telah sedaq akan kekejaman Dap terhadap melayu disana.Kenapa Guan Eng  menjadi bacul dan takut kebangkitan Melayu Balik Pulau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Anak Seberang: Hina Klinik 1 Malaysia. Gambar-Gambar Rakyat <b>Bagan</b> <b>...</b>

Posted: 14 May 2011 02:32 AM PDT

Saksikanlah gambar-gambar yang AS bawa untuk tatapan semua untuk menunjukkan betapa bahawa semua rakyat berbilang kaum sekitar Bagan Ajam telah bangkit beramai-ramai bagi membantah kenyataan berniat jahat ADUN DAP Sungai Puyu terbabit.

Seramai 200 orang penduduk di Bagan Ajam membuat demontrasi aman membantah kenyataan pemimpin DAP di dalam Sidang DUN yang menyatakan penubuhan Klinik 1 Malaysia adalah satu pembaziran .

Penganjur demonstrasi yang juga Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang berkata, mereka berkumpul untuk menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Boon Poh mempersoalkan ketiadaan doktor bertugas di klinik itu selama ini.

"Klinik 1Malaysia diwujudkan sebagai alternatif kepada pesakit untuk menerima rawatan awal sebelum mereka dirujuk ke hospital jika penyakit mereka melarat.

"Sebagainya wakil rakyat, beliau sepatutnya lebih memahami klinik berkenaan dan tidak mempertikaikannya," katanya.

Seorang pesakit, M Parowady, 56, penduduk flat Taman Tun Dr Awang berkata, dia rasa bertuah dengan kewujudan klinik itu di kawasan perumahan selama ini kerana memudahkannya mendapatkan rawatan.

"Kami yang terdiri dari penduduk miskin sudah semestinya memilih klinik ini daripada klinik swasta untuk mengelak bayaran tinggi.

"Tambahan lagi ubat yang dibekalkan sama mutu dengan klinik lain membuatkan kami berasa selamat menggunakannya," katanya.

Pesakit kencing manis, Emilia Saidin, 30, yang menjadikan Klinik 1Malaysia di situ sebagai tempat tetap mencuci kakinya berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco berkenaan seperti merendahkan taraf klinik berkenaan.

"Rawatan yang diberikan di klinik ini sama dengan rawatan di tempat lain dan kedudukannya di lokasi berdekatan perumahan memudahkan kami mendapat perkhidmatan kesihatan.

"Jika nak ke klinik swasta di pekan, kami terpaksa mengeluarkan wang lebih dan merugikan masa serta mengalami masalah pengangkutan terutamanya bagi penduduk miskin seperti saya," katanya.

Menurut Ahli Jawatankuasa Penawar, Hamid Dalilah, 50, tindakan Boon Poh mempertikaikan ketiadaan doktor di klinik itu menunjukkan beliau tidak memahami konsep perkhidmatan kesihatan yang menjadi amalan dalam dunia perubatan selama ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.