Khamis, 16 Jun 2011

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


Breakaway: Minggu 2 Jun : Penang Trip

Posted: 15 Jun 2011 10:45 PM PDT

Yeay another weekend. Hujung minggu lepas aku habiskan dengan trip ke Penang bersama kawan-kawan GGM ku..suatu nama yang senang dipanggil untuk merujuk kepada aktiviti kami ber5...Ecah, Lenny, Kak Muzi, Coline dan aku sendiri. Ecah dan Lenny merupakan kawan baikku semasa di UTM Skudai, manakala Coline adalah kakak kepada Lenny dan Kak Muzi aku kenali semasa kami sama-sama mendaki Gunung Kinabalu back in 2009. Kami berkawan baik sehingga hari ini berdasarkan minat yang sama dan sikap give n take yang tidak berbelah bagi.

Aku sebenarnya sering ke Penang..2-3 bulan sekali aku akan ke Penang melawat kawan-kawan baikku disamping suka sangat menikmati makanan Penang. Kali ini aku pergi bersama Ecah & family kerana beberapa kali sudah rancangan untuk pergi bersama tergendala disebabkan sukar memadankan waktu free masing-masing. Kami sepakat mengambil cuti pada hari Isnin untuk memanjangkan waktu cuti.

Awal pagi Sabtu aku telah bersiap untuk bertolak. Aku harus ke rumah Ecah dulu di Setapak untuk mengambil mereka berempat. Sekitar jam 9pagi, setelah bersarapan beehoon goreng mak Ecah..kami berlima bertolak ke Penang. Agak menyenangkan jika pergi bersama mereka yang biasa memandu...boleh bertukar-tukar driver kerana perjalanan memakan masa selama 4 jam. Enal mengambil giliran memandu dari KL ke Juru. Sementara aku dapatla merasa menjadi penumpang di dalam kereta sendiri...sempat aku melelapkan mata.

Kami berhenti makan tengahari di Juru kerana aku ingin mereka merasa keenakkan ikan bawal goreng panas yang selalu menjadi hentian makan tengahari aku setiap kali ke utara. Cuaca sangat baik...panas dan berangin..memberikan mood yang sangat baik tengahari itu..ditambah pula dengan makanan yang sedap.

Selesai makan, kami bergerak terus memasuki Penang. Pelan asalnya ingin ke rumah Lenny di Batu Uban..tetapi memikirkan Lenny perlu mengambil Kak Muzie di airport kemudiannya..kami menukar pelan untuk terus ke Hotel Berjaya Georgetown di Jalan Burma. Tiba di hotel kami membersihkan diri..solat..dan akhirnya kalah jua dengan tilam gebu hotel. Mungkin kerana kekenyangan dan kepenatan...masing-masing terlelap.

Waktu malamnya, barulah kami semua dapat berjumpa di destinasi makan malam kegemaran kami..Padang Brown. Semua ahli ada...lenny, shahrul, coline, zool, ecah, enal, ibu ecah, kak muzie dan yang paling penting..pertemuan pertama GGM juniors...Irfan dan Eika. Sungguh meriah bagaikan hari raya...masing-masing teruja apabila dapat berkumpul sebegini.

Esoknya, ahad...kami semua bersarapan di Hutton Lane. Signature dish disini adalah roti bakar dengan kari ikan...sangat sedap ditambah pula roti benggali tersebut di bakar di atas arang...menjadikan rasanya sangat asli. Disamping itu terdapat juga menu nasi dalca..dan roti canai.

Selepas sarapan, kami berjalan kaki ke medan Chowrasta yang terletak tidak berapa jauh dari Hutton Lane. Chowrasta adalah tempat menjual segala jenis jeruk dan cenderahati yang sering dibeli oleh pelancong yang datang ke Penang. Niat untuk makan cendol pulut kegemaranku di tepi Chowrasta tersebut terbantut memandangkan gerai tersebut belum lagi dibuka..mungkin kerana masih awal lagi.

Seterusnya kami ke Little India kerana makcik Hamidah ingin membeli rempah ratus..ingin membeli rempah tandoori katanya. Selesai membeli, kami ke Youth Park untuk sesi photoshoot GGM. Kami berlima memang suka bergambar...jadi Lenny mencadangkan photoshoot ini diadakan di kawasan taman ini. Kami semua sepakat memakai baju putih dan jeans bagi menampakkan keseragaman dan mood dalam gambar. Walaupun tidak semua ahli dapat memenuhi konsep pakaian...dapatla juga sekeping dua gambar yang cantik. Sesi photoshoot tersebut tidak berapa menjadi seperti yang aku gambarkan.

Kami semua kemudian bergerak ke Bao Sheng Durian Farm di Balik Pulau untuk kenduri durian. Di kawasan ini memang terdapat banyak gerai menjual durian. Ladang-ladang durian berada di kiri kanan sepanjang jalan ke Balik Pulau. Sedap semua durian yang dihidangkan...tidak ingat pula aku akan gred-gred durian yang dikupas oleh pekerja di situ. Kami hanya makan apa sahaja yang dihidangkan di hadapan kami.

Selepas itu, kami bergerak pula ke Pulau Betong, Balik Pulau untuk menikmati makanan yang agak popular disini iaitu Laksa Janggus. Masing-masing memesan laksa special manakala aku dan Coline memesan Mee Hoon Sup kerana aku telah merasa laksa ini sebelum ini. Pada aku biasa sahaja rasa laksa ini..makcik Hamidah juga sependapat denganku..kerana masing-masing pernah merasa laksa yang lebih sedap dari laksa Janggus ini. Tidak dapat aku menggagak apa yang menyebabkan laksa ini begitu popular.

Malamnya kami tidak keluar makan, sebaliknya Shahrul sahaja yang keluar membeli nasi beriani kapitan..antara menu yang tidak akan ketinggalan setiap kali ke Penang. Semasa makan, masing-masing makan dengan senyap kerana seharian tidak menjamah nasi sambil melayan konsert final AF.

Pagi-pagi isnin kami bersarapan bersama lagi di Taman Tun Sardon. Hajat tekak aku tidak kesampaian lagi apabila gerai apam serabai dan sandwich ketam tutup pula pada hari itu. Kecewa pula kerana tidak dapat memperkenalkan makanan tersebut kepada Ecah dan makcik Hamidah.

Kami berpisah setelah sarapan kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Coline pula agak kurang sihat sejak operation. Kami seterusnya pulang ke hotel untuk check out kemudian singgah di Chowrasta lagi untuk membeli sedikit buah tangan sebelum memandu keluar dari Penang. Aku mengambil giliran memandu sehingga ke Taiping.

Di Taiping kami singgah makan char kuey teow Doli kemudian bersiar-siar di sekitar Taman Tasik Taiping. Sempat kami bergambar di tepi tasik tersebut sambil menghirup udara segar kawasan Bukit Larut. Setengah jam kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke KL. Lebih kurang jam 8.00 malam kami tiba di rumah Ecah di Setapak, KL. Makcik Hamidah mengajak aku singgah..tapi aku menolak dengan baik dengan alasan perlu berkemas pula untuk ke Kuching esoknya. Aku terus memandu pulang dengan perasaan yang lapang kerana telah memanfaatkan hujung minggu bersama kawan-kawan baikku. Yang pastinya kami akan berkumpul lagi pada masa-masa akan datang di lokasi lain pula. Signing off~~~

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


GENERASI PEJUANG BANGSA: Komtar diserang keling <b>Batu Kawan</b> tuntut <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2011 11:40 PM PDT



Dasyat juga la janji bulan & bintang oleh kerajaan DAP semasa berkempen di depan kaum India di Batu Kawan .  Siapa lagi kalau bukan  Prof P Ramasamy  yang mana pernah juga menipu penduduk Kg Buah Pala.


Antara janji DAP yang dikencingkan kepada  kaum India di Batu Kawan ini ialah


1)  Janji pemberian tanah dan rumah kepada 105 keluarga di Ladang Batu Kawan beserta geran


2) membina dewan orang ramai serta padang bola sepak untuk kegunaan penduduk


3) menyediakan tiga tanah kebun untuk aktiviti penternakan dan pertanian serta 1.2 hektar tanah untuk pembinaan sebuah sekolah di Ladang Batu Kawan. kLIK DI SINI 


Memang tak masuk akal betul janji tahap jingga ini kepada penduduk India di Ladang Batu Kawan . Kalau setakat janji ini pun tak boleh tunaikan , macamana la depa dok janji bulan & bintang dalam Buku Jingga. 

PULAU PINANG 15 Jun - Pada pilihan raya umum lalu, penduduk di Ladang Batu Kawan, Seberang Perai Selatan mengundi pembangkang selepas dijanjikan kebajikan serta nasib mereka akan dibela.


Namun, setelah tiga tahun kerajaan DAP Pulau Pinang mentadbir, semua janji manis itu hanya tinggal janji.
Merasakan diri mereka diperdaya demi kepentingan politik peribadi, kira-kira 100 penduduk ladang itu berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini.


Kumpulan itu pada Mei lalu pernah melancarkan mogok lapar berhampiran Stadium Batu Kawan kerana isu sama.


Mereka berkumpul kira-kira 30 minit sambil membawa bendera berwarna hitam sebagai tanda tidak puas hati terhadap wakil rakyat DAP.


Kumpulan penduduk itu mendesak untuk berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyerahkan memorandum menuntut perkara-perkara yang pernah dijanjikan oleh Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.


Pengerusi Kuil Sri Mahamuthu Mariamman, A. Nallakumar yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, mereka mahu berjumpa sendiri dengan Guan Eng kerana sudah tidak mempercayai Ramasamy."Kami mahu berjumpa sendiri Ketua Menteri selaku pemegang amanah rakyat.


"Kami mahu Ketua Menteri selesaikan masalah kami yang telah berlanjutan begitu lama. "Ramasamy telah berjanji untuk berbuat demikian dulu, tapi sampai sekarang tidak diendahkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berjumpa Pembantu Pegawai Komunikasi, Pejabat Ketua Menteri, D. Bhaveneswary untuk menyerahkan memorandum berkenaan. Kumpulan tersebut kemudiannya bersurai selepas diarahkan oleh polis.


Antara isu yang dibangkitkan penduduk adalah cadangan Ramasamy untuk menyerahkan tanah perkuburan berusia lebih 200 tahun seluas enam hektar di ladang itu kepada badan tanah wakaf Hindu bagi tujuan pembangunan.


Turut dibangkitkan adalah janji untuk memberi tanah dan rumah kepada 105 keluarga di Ladang Batu Kawan beserta geran dan membina dewan orang ramai serta padang bola sepak untuk kegunaan penduduk.
Janji lain adalah menyediakan tiga tanah kebun untuk aktiviti penternakan dan pertanian serta 1.2 hektar tanah untuk pembinaan sebuah sekolah di Ladang Batu Kawan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.