Ahad, 7 Ogos 2011

09 di Butterworth - Google Blog Search

09 di Butterworth - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Demonstrasi <b>di Butterworth</b> menunjukkan <b>...</b>

Posted: 09 May 2011 05:44 PM PDT


Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol, malah bermain dengan api menerusi pembohongan bahawa DAP ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian, semuanya untuk meraih sokongan kaum Melayu tidak kira apa kosnya.


Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di kawasan parlimen saya, Bagan (Butterworth) semalam menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol yang harganya kurang daripada RM2.5juta. Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO ini menyebar kata-kata bohong secara terang-terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya.

Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak UMNO untuk bermain api dengan menyebarkan pembohongan melalui surat khabarnya Utusan Malaysia semata- mata ingin meraih sokongan kaum Melayu walau apa cara sekalipun. Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeras-kerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian.

Kegagalan menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia daripada meneruskan kempen pembohongannya, kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian. DAP amat khuatir bahawa kempen benci yang dilancarkan terhadap orang beragama Kristian oleh Utusan Malaysia ini tidak akan berhenti setakat serangan lisan sahaja. Kerajaan BN perlu menanggung sepenuhnya tanggungjawab terhadap sebarang akibat yang tidak diingini yang berlaku pada komuniti Kristian di Malaysia berikutan dengan kempen bohong dan benci oleh Utusan ini.

DAP telah mengulangi pendirian parti kami yang menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. DAP menentang sebarang cubaan untuk membentuk negara teokratis yang berdasarkan mana-mana agama. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimanamana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah juga termaktub dalam perlembagaan parti DAP.

DAP merasa kesal bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyeru semua pihak supaya bertenang dan berjanji akan menyiasat dakwaan yang berkenaan tanpa menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Utusan Malaysia sekiranya didapati ianya mencetak berita palsu. Jelas sekali, kerajaan BN bukan sahaja gagal untuk menghalang Utusan Malaysia daripada terus membuat serangan tidak berasas, malah telah memberikan galakan kepada Utusan dengan berjanji untuk mengambil tidakan terhadap paderi Kristian dan DAP jika terbukti beritanya benar. Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia sekiranya akhbar berkenaan dibuktikan menyiarkan berita palsu?

Double- standard seperti ini daripada barisan pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO yang dibenarkan untuk menyebarkan pembohongan bahaya dan melancarkan kempen benci terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka.

Dalam demonstrasi terhadap saya semalam, UMNO memang berhak untuk menentang pembinaan jalan alternatif tanpa tol yang dibuka semalam di Jalan Bagan 29-Jalan Siram yang memakan kos kurang daripada anggaran awal iaitu RM5 juta. Melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang melaksanakan sistem tender terbuka, kos pembinaan telah berjaya dikurangkan kepada RM3.3 juta. Kontraktor yang mengendalikan projek tersebut merupakan kontraktor Melayu yang telah berjaya mengurangkan kos jauh lebih rendah iaitu RM800,000 menjadikan kos akhir hanya RM2.5 juta. Semua ini telah dilakukan melalui pengawasan rapi daripada EXCO Kerajaan Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng.

Ini adalah kes yang klasik di mana kos projek di bawah pengawasan Kerajaan Negeri dapat dikurangkan sehingga lebih rendah dari kos yang ditender, sesuatu yang tidak akan berlaku di negeri BN. Lebih-lebih lagi, kontraktor yang berjaya melakukan kerja dengan baik adalah kontraktor Melayu, sekali lagi membuktikan bahawa bukan sahaja kontraktor Melayu boleh bersaing di bawah sistem tender tebuka tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga turut memberi majoriti projek kita kepada kontraktor Melayu.

Sangat menyedihkan apabila UMNO sanggup menentang jalan alternatif percuma tetapi tidak pula mengadakan demonstrasi menentang jalan yang dikenakan tol. Ini adalah perbezaan penting ketara di antara BN dan PR. BN hendak membuat jalan bertol untuk mengaut duit daripada rakyat tanpa menyediakan jalan alternatif percuma lain. PR pula menyediakan jalan alternatif tanpa tol.

BN dan UMNO mempunyai hak untuk membantah dan menentang kerajaan PR Pulau Pinang di atas pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan (Butterwrorth). Ini ternyata terdapat perbezaan prinsip dan Polisi Bangunan Kebangsaan antara BN dan PR.

Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melancarkan suatu kempen berdasarkan pembohongan dan UMNO tidak berhak untuk membantah sesuatu perkara yang tidak benar. Kalau tidak, sampai bilakah semua ini akan berakhir? Jika negara kita dibina atas pembohongan, maka ianya semestinya akan binasa.

Rakyat Malaysia tanpa kita kaum dan agama harus berdiri bersama- sama menentang UMNO dan Utusan Malaysia yang sengaja bermain api dan bersedia untuk membakar 1 Malaysia dengan agenda perkauman 1Melayu/ 1Bumi, 1Cina oleh MCA ataupun 1India oleh MIC.

Dipetik daripada blog Lim Guan Eng

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Rakyat kecewa jalan sesak menuju tapak pelupusan sampah Ampang <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2011 09:50 AM PDT

PERMATANG PAUH – Laluan di sepanjang pintu masuk ke Ampang Jajar, sesak semalam, selepas ia dibanjiri hampir 100 lori dengan muatan sampah untuk ke tapak pelupusan berkenaan.

Situasi itu turut menyebabkan laluan kedua-dua arah dari Mak Mandin ke Permatang Pauh dan Permatang Pauh ke Mak Mandin sesak hampir dua kilometer sejak awal pagi berikutan lori sampah yang keluar masuk ke sana.

Difahamkan, ia berlaku selepas laluan laut yang sebelum ini digunakan untuk mengangkut sampah dari Batu Maung ke tapak pelupusan Pulau Burong, dekat Seberang Perai Selatan (SPS) ditutup bagi memberi laluan kepada kerja memasang cerucuk Jambatan Kedua Pulau Pinang dilakukan.

Justeru, sampah dari kawasan pulau terpaksa dibawa ke Ampang Jajar untuk dimampatkan sebelum dihantar ke Pulau Burung untuk dilupuskan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi kelam-kabut apabila lori dari pulau terpaksa menunggu lama sebelum mereka dapat membuang sampah yang dibawa, hingga ada antara mereka yang menunggu lebih lapan jam sebelum dapat pulang ke kawasan masing-masing.

Seorang pemandu lori, Awang Bakar Ibrahim, 60, ketika ditemui berkata, dia tiba ke Ampang Jajar sekitar jam 12 tengah malam semalam selepas selesai mengangkut sampah dari Teluk Kumbar bagi trip pertama sebelum berpatah balik ke Pulau Pinang kita-kira jam 3 pagi untuk trip yang kedua.

Begitu pun, menurutnya, dia yang tiba untuk trip kedua jam 5 pagi terkandas di Ampang Jajar berikutan kesesakan yang berlaku di sana.

"Bayangkan dari jam 5 pagi kami menunggu di sini hingga tengah hari kami masih belum dapat pulang ke rumah.


"Kami terkilan kerana lori Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diberi keutamaan  untuk keluar masuk di sini, sementara lori dari pulau perlu menunggu berjam-jam. Masalah timbul apabila lori dari pulau dan seberang tiba pada masa sama," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemandu, Noordin Hashim, 48, berkata, pelbagai masalah timbul yang menjadi punca kelewatan mereka untuk membuat pusingan trip, salah satunya tong tidak cukup untuk menampung sampah yang dibawa lori dari pulau dan seberang.

"Kebiasaannya, di pulau kami boleh menghabiskan trip pertama kira-kira jam 5 pagi. Dan, kembali semula di Batu Maung pada jam 9.30 pagi untuk trip kedua. Dalam tempoh 15 minit, kira-kira jam 9.45 pagi semua kerja sudah selesai dan kami boleh pulang ke rumah.

"Berbeza dengan di Ampang Jajar, sudahla kami perlu keluar awal, hingga tengah hari masih belum dapat pulang. Malam nanti perlu keluar semula untuk bekerja, ia sudah membazir masa dan tenaga kami," katanya.

Justeru, dia berharap supaya pihak pengurusan dapat memantau keadaan itu untuk memastikan kelancaran proses pembuangan sampah di situ setiap hari.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas dan Alam Sekitar, Chow Koon Yeow yang turun padang meninjau permasalahan itu meminta pihak syarikat yang mengendalikan tapak pelupusan itu, Eurasia Express Sdn Bhd supaya menyelesaikan masalah itu dengan segera bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Beliau dalam pada itu turut mengarahkan supaya sebahagian sampah yang dibawa dari kawasan pulau itu dihantar terus ke tapak pelupusan di Sungai Burong, sementara sebahagian lagi ke Ampang Jajar, mengikut jadual ditetapkan mulai hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya bersifat sementara dan semua sampah akan dibawa semula ke Ampang Jajar selepas pihak pengurusan menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi.

"Saya yakin keadaan akan pulih seperti sediakala selepas semua masalah teknikal diselesaikan.

"Bagi mengurangkan bebanan kontraktor, pihak Eurasia berjanji akan menanggung sebahagian kos berkaitan, termasuk tol dan minyak," katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eurasia, Kenny Yeoh meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan segalanya akan selesai selewat-lewatnya tujuh hari selepas fasa pertama kerja menaik taraf itu siap.

Menurutnya, Ampang Jajar belum bersedia menerima sampah yang dibawa dari seluruh kawasan dalam negeri ini berikutan kerja menaik taraf beberapa struktur di situ masih belum siap.

"Kita sedang dalam proses untuk menaik taraf tempat ini melalui tiga fasa. Oleh kerana laluan di Batu Maung ditutup mulai hari ini (semalam), semua sampah dari pulau terpaksa dibawa ke sini meskipun kita sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima sampah yang jumlahnya berkali ganda dari sebelumnya hinggakan berlaku kesesakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tasek gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Anak Seberang: Ummi Menghentam Anwar Al-Juburi <b>di Tasek Gelugor</b> !

Posted: 05 Jul 2011 12:00 AM PDT


Selepas Ummi hafilda datang ke Nibong Tebal pada bulan lepas, kali ni beliau meneruskan roadshownya untuk menceritakan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Kehadiran orang Tasek Gelugor pada majlis Pentas Pemuda di Perkarangan Dewan Perda Permatang Tok Jaya agak memberangsangkan dimana dianggarkan 1000 orang hadirr bagi mendengar pendedahan siapa sebenarnya Anwar Al Juburi ini yang disampaikan oelh Ummi Hafilda.

Orang Tasek Gelugor semalam yang mai mesti terkejut dengan pelbagai gelaran dan pendedahan tentang Anwar oleh Umi Hafilda . Dari kisah Azizan kena balun 17 kali oleh Anwar , surat kepada Tun M sehingga lah kepada skandal Shamsidar dengan Anwar . Berani sungguh Umi membuat tuduhan terhadap Anwar termasuk lah keluarga abangnya Azmin - Shamsidar .

Umi jawab mudah saja... dalam dunia ini hanya 2 orang sahaja Anwar tidak berani ambik tindakan atau saman iaitu Umi Hafilda dan Datuk Nalakaruppan . Kerana mereka ini mempunyai bukti dan tahu tembelang siapa sebenarnya Anwar Raja Drama ini .


Teruskan Cikgu Hasbul selaku Ketua PPUBTG bagi meneruskan misi menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat agar tidak tertipu dengan agenda jahat pakatan haram!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jun 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

two plus one and more: Jom pergi Muzium Toy!!!

Posted: 18 Jun 2011 05:23 PM PDT


Yang pertama, saya tak sure ada jer perkataan 'toy' dalam bahasa malaysia. Tak per, yang saya nak cerita mengenai Muzium Toy yang terbesar di dunia. Jangan tak sangka, ia bukan terletak di New York, bukan di London, tapi di Pulau Pinang!!! yeay!!!

Bagi peminat watak-watak animasi, ini merupakan lokasi yang wajib anda pergi. Terletak di Tanjung Bungah, bersebelahan dengan Hotel Copthorne, muzium toy tersebut mempamerkan sejumlah 10,0000 pelbagai jenis watak kartun. Dari daoraemon hingga ke shrek. Patung jack sparow pun ada.

Tiket masuk ialah RM10 bagi orang dewasa, kanak-kanak RM6.  Saya rasa ini adalah muzium hak milik individu. Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9 pg hingga 8 malam.

Nak maklumat lanjut boleh hubungi Mr Loh di talian 012-4602096. Ni alamat penuh dia.
Penang Toy Museum,
Jalan Tanjung Bungah,
11200 Tanjung Bungah
Penang

Kami bagai nak gila amik gambar dengan hampir semua watak yang glamour2 tu. heheheheh

antara koleksi yang unik

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di nibong tebal</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2011 03:13 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Walkabout BN P.Pinang <b>di</b> pasar awam <b>Nibong Tebal</b> ~ MyPenangOnline

Posted: 10 Jul 2011 09:18 PM PDT

Dato Zainal Abidin Osman bersama kepimpinan BN PP mengedarkan beg 

BN semasa Walkabout di pasar kering Nibong Tebal 

pemimpin BN PP menjamu selera di sebuah gerai pasar Nibong Tebal 

Mesyuarat BN Nibong Tebal dipengerusikan oleh Datuk Teng Hock Nan 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


MP wants outright ban on <b>Balik Pulau</b> projects | Free Malaysia Today

Posted: 19 Jul 2011 08:35 PM PDT

The Penang government has approved various projects to develop Balik Pulau but MP Yismadi Yusoff wants all development to be stopped, pending a review.

GEORGE TOWN: Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff wants all development in his constituency stopped, citing environmental and socio-economic problems.

But the state government has turned a deaf ear to his pleas. Penang state executive councillor Chow Kon Yeow said the state is unable to meet his requests.

Chow, who is the Penang DAP chairman, said that the state can only stop the projects if the developers had contravened the approval guidelines issued by the Penang Municipal Council (MPPP) here.

Yusmadi, who is a PKR supreme council member, had earlier called on the state to stop the projects pending a total review by MPPP due to widespread concerns over the environmental and socio-economic impact to his constituents.

Yusmadi clarified there is no dispute between him and the DAP-led state government.

"It is just about an MP speaking out on behalf of his constituents. I am just carrying out my duties as an elected representative."

Yusmadi said he wants an outright ban on projects, adding that it is only proper to stop the projects pending a review.

The state government must also come out with a ruling that all projects can only be approved if the local authorities obtain input from the elected representatives .

He that said in Penang, the 13 parliamentarians must be consulted first before any projects get underway

Social justice

Yusmadi said there is a contention that some form of social justice must prevail whenever development projects are approved.

"We cannot simply ignore the pleas of the affected residents."

"Just look at the outcry from the Taman Desa Ria residents in Sungai Ara who were up in arms over a hillslope development project near their homes, fearing that landslides may occur there," he said.

In Balik Pulau, the constituents' concerns are two-fold.

One is about the impact on the environment as two-thirds of the constituency lies in hilly areas, and it is home to much greenery and the famous durian plantations besides the fishing villages.

Secondly, if the development takes place, the traditional villages will be lost and the residents will become squatters.

Former Balik Pulau MP Dr Hilmi Yahya said the constituency is experiencing rapid development.

"In our time (Barisan Nasional), the development was balanced and sustainable. We wanted to maintain Balik Pulau's greenery. We do not want it to become another concrete jungle like Bayan Baru," said Hilmi, a former deputy chief minister.

Hilmi, who is now the Teluk Bahang assemblyman, said the current government is simply approving too many projects.

He alleged that not one has low or medium-cost housing units.

"Most of the housing projects are beyond the reach of the local residents; a terrace house is going for RM500,000 and some bungalows go beyond RM1 million, Hilmi said.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.