Khamis, 18 Ogos 2011

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> Tidak Akan Bayar Duit Raya Kepada <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2011 11:29 PM PDT

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Bayar Duit Raya Kepada ADUN-ADUN Tetapi Hanya Bayar Duit Raya Sebanyak ½ Bulan Bonus Untuk Semua Anggota Kerajaan Negeri Dengan Minima RM600 Dan RM 300 Untuk Guru Kafa.

Kerajaan negeri Pulau Pinang hanya akan bayar duit raya sebanyak ½ bulan bonus untuk semua anggota kerajaan negeri dengan minima RM600 dan RM 300 untuk guru Kafa. ADUN-ADUN di Pulau Pinang tidak akan amenerima duit raya itu.

Jumlah yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri untuk duit raya adalah RM3,322,055.68 kepada 3,649 anggota pentadbiran negeri dan 1,416 guru Kafa. Pengiraan adalah sedemikian dan tidak merangkumi ADUN-ADUN.

Jumlah gaji sebulan (bulan Julai) – RM5,614,711.36
Jumlah bilangan kakitangan – 3,649 orang
Bilangan kakitangan yang memperolehi pendapatan RM1,000.00 ke bawah – 899 orang
Jumlah kiraan sumbangan: = (RM5,614,711.36 – RM899.000)/2
= RM2,357,855.68 + (899 orang x RM600.00)
= RM2,357,855.68 + RM539,400.00
= RM2,897,255.68

Guru dan Penyelia KAFA = 1,416 orang x RM300.00
= RM424,800.00

Jumlah keseluruhan sumbangan khas = RM2,897,255.68 + RM424,800.00
= RM3,322,055.68

LIM GUAN ENG

—- Mandarin Translation —–

槟州首席部长林冠英于2011年8月13日在乔治市发表声明:

槟州政府不会发出开斋节花红给州议员,而只会分别发出至少600令吉及300令吉的半个月花红给全体州政府公务员及宗教老师。

槟州政府只会发出至少600令吉的半个月花红给全体州政府公务员,而宗教老师的开斋花红至少300令吉,而不会发出开斋节花红给州议员。

州政府今年发出开斋花红给3649名州级公务员及1416名宗教老师的总开销为332万2055令吉68仙。这笔花红的支出并不包括州议员。

月薪(七月) -561万4711令吉36仙
公务员总人数- 3,649 人
月薪低入1000令吉者 -899 人
总支出: = (RM5,614,711.36 – RM899.000)/2
= RM2,357,855.68 + (899 orang x RM600.00)
= RM2,357,855.68 + RM539,400.00
= RM2,897,255.68

宗教老师及主任 = 1,416 人 x RM300.00
= RM424,800.00

特别补助金总支出 = RM2,897,255.68 + RM424,800.00
= RM3,322,055.68

林冠英

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Batu maung</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jul 2011 12:00 AM PDT

PERMATANG PAUH – Laluan di sepanjang pintu masuk ke Ampang Jajar, sesak semalam, selepas ia dibanjiri hampir 100 lori dengan muatan sampah untuk ke tapak pelupusan berkenaan.

Situasi itu turut menyebabkan laluan kedua-dua arah dari Mak Mandin ke Permatang Pauh dan Permatang Pauh ke Mak Mandin sesak hampir dua kilometer sejak awal pagi berikutan lori sampah yang keluar masuk ke sana.

Difahamkan, ia berlaku selepas laluan laut yang sebelum ini digunakan untuk mengangkut sampah dari Batu Maung ke tapak pelupusan Pulau Burong, dekat Seberang Perai Selatan (SPS) ditutup bagi memberi laluan kepada kerja memasang cerucuk Jambatan Kedua Pulau Pinang dilakukan.

Justeru, sampah dari kawasan pulau terpaksa dibawa ke Ampang Jajar untuk dimampatkan sebelum dihantar ke Pulau Burung untuk dilupuskan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi kelam-kabut apabila lori dari pulau terpaksa menunggu lama sebelum mereka dapat membuang sampah yang dibawa, hingga ada antara mereka yang menunggu lebih lapan jam sebelum dapat pulang ke kawasan masing-masing.

Seorang pemandu lori, Awang Bakar Ibrahim, 60, ketika ditemui berkata, dia tiba ke Ampang Jajar sekitar jam 12 tengah malam semalam selepas selesai mengangkut sampah dari Teluk Kumbar bagi trip pertama sebelum berpatah balik ke Pulau Pinang kita-kira jam 3 pagi untuk trip yang kedua.

Begitu pun, menurutnya, dia yang tiba untuk trip kedua jam 5 pagi terkandas di Ampang Jajar berikutan kesesakan yang berlaku di sana.

"Bayangkan dari jam 5 pagi kami menunggu di sini hingga tengah hari kami masih belum dapat pulang ke rumah.


"Kami terkilan kerana lori Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diberi keutamaan  untuk keluar masuk di sini, sementara lori dari pulau perlu menunggu berjam-jam. Masalah timbul apabila lori dari pulau dan seberang tiba pada masa sama," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemandu, Noordin Hashim, 48, berkata, pelbagai masalah timbul yang menjadi punca kelewatan mereka untuk membuat pusingan trip, salah satunya tong tidak cukup untuk menampung sampah yang dibawa lori dari pulau dan seberang.

"Kebiasaannya, di pulau kami boleh menghabiskan trip pertama kira-kira jam 5 pagi. Dan, kembali semula di Batu Maung pada jam 9.30 pagi untuk trip kedua. Dalam tempoh 15 minit, kira-kira jam 9.45 pagi semua kerja sudah selesai dan kami boleh pulang ke rumah.

"Berbeza dengan di Ampang Jajar, sudahla kami perlu keluar awal, hingga tengah hari masih belum dapat pulang. Malam nanti perlu keluar semula untuk bekerja, ia sudah membazir masa dan tenaga kami," katanya.

Justeru, dia berharap supaya pihak pengurusan dapat memantau keadaan itu untuk memastikan kelancaran proses pembuangan sampah di situ setiap hari.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas dan Alam Sekitar, Chow Koon Yeow yang turun padang meninjau permasalahan itu meminta pihak syarikat yang mengendalikan tapak pelupusan itu, Eurasia Express Sdn Bhd supaya menyelesaikan masalah itu dengan segera bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Beliau dalam pada itu turut mengarahkan supaya sebahagian sampah yang dibawa dari kawasan pulau itu dihantar terus ke tapak pelupusan di Sungai Burong, sementara sebahagian lagi ke Ampang Jajar, mengikut jadual ditetapkan mulai hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya bersifat sementara dan semua sampah akan dibawa semula ke Ampang Jajar selepas pihak pengurusan menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi.

"Saya yakin keadaan akan pulih seperti sediakala selepas semua masalah teknikal diselesaikan.

"Bagi mengurangkan bebanan kontraktor, pihak Eurasia berjanji akan menanggung sebahagian kos berkaitan, termasuk tol dan minyak," katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eurasia, Kenny Yeoh meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan segalanya akan selesai selewat-lewatnya tujuh hari selepas fasa pertama kerja menaik taraf itu siap.

Menurutnya, Ampang Jajar belum bersedia menerima sampah yang dibawa dari seluruh kawasan dalam negeri ini berikutan kerja menaik taraf beberapa struktur di situ masih belum siap.

"Kita sedang dalam proses untuk menaik taraf tempat ini melalui tiga fasa. Oleh kerana laluan di Batu Maung ditutup mulai hari ini (semalam), semua sampah dari pulau terpaksa dibawa ke sini meskipun kita sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima sampah yang jumlahnya berkali ganda dari sebelumnya hinggakan berlaku kesesakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di tanjung tokong - Google Blog Search

09 di tanjung tokong - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2011 01:07 PM PDT

TESCO Stores (M) Sdn Bhd (Tesco) melabur kira-kira RM80 juta untuk membuka pasar raya besar terbarunya, Tesco Tanjung Pinang, di Tanjung Tokong sebagai tambahan kepada dua pasar raya sedia ada di bahagian pulau selepas Tesco Jalan Tengku Kudin dan Tesco Extra, Sungai Dua.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tjeerd Jagen berkata, pembukaan pasar raya itu dijangka dapat menjana pendapatan kepada pengusaha tempatan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk negeri itu serta pada masa sama mampu menarik kira-kira 750,000 pelanggan untuk membeli belah di ketiga-tiga pasar raya berkenaan.


Beliau berkata, di Seberang Prai, Pulau Pinang, Tesco turut mempunyai cawangannya di Tesco Extra, Seberang Jaya dan Tesco Bukit Mertajam.

"Ini adalah rangkaian pasar raya Tesco yang ke-41 di negara ini sejak beroperasi 10 tahun lalu dengan jumlah pelaburan keseluruhan setakat ini berjumlah lebih RM4.5 bilion.


"Pasar raya baru ini mempunyai keluasan lebih 19,000 meter persegi dan lengkap dengan kemudahan medan selera, pusat permainan kanak-kanak, kedai, restoran serta menyediakan lebih 1,200 petak letak kereta," katanya selepas majlis perasmian Tesco Tanjung Pinang yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas, semalam.


Tjeerd berkata, pembukaan cawangan itu turut menawarkan 60,000 produk dengan 95 peratus adalah produk tempatan dan pihaknya juga merancang untuk membuka cawangan terbaru pada masa depan.

Pada majlis itu, Tesco menyumbangkan sebanyak RM5,000 sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Tokong sebagai dana aktiviti sekolah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jun 2011 01:33 PM PDT

Karg&#39;s Blog: MERAIKAN PERKAHWINAN ASHAFIZI <b>DI TANJUNG TOKONG</b>,PULAU <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2011 10:57 PM PDT

Sempena meraikan majlis perkahwinan Ashafizi pada 12.03.2011 (Sabtu) di Tanjung Tokong , Pulau Pinang..Sebahagian ahli keluarga berangkat lebih awal dan menginap di TM Resort Batu Feringgi..Majlis akad nikah telah diadakan sehari lebih awal iaitu pada hari jumaat 11.03.2011..Bagi mengisi kekosongan masa yang terluang, kesempatan diambil untuk jalan-jalan sekitar pulau pinang sambil makan-makan..

Di hadapan kolam renang TM Resort Batu Feringgi yang menjadi tempat penginapan seluruh ahli keluarga sempena meraikan perkahwinan Ashafizi di Pulau Pinang..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jun 2011 01:28 PM PDT

(HANGAT) : 14 Shopping complex baru <b>di</b> Pulau Pinang | Luth Textile <b>...</b>

Posted: 09 Jun 2011 09:20 PM PDT


Jom tengok shopping complex baru yang akan tumbuh di Penang. Wahhhh banyak betul..

Straits Quay (E&O) - Tanjung Tokong

Penang Time Square phase2 (IVORY) - Georgetown

Paragon Mall (HUNZA) - Gurney

The One (IDEAL) - Bayan Baru

Elit Mall (SEAL) - Bayan Baru

Golden Triangle Mall (GIM) - Sungai Ara

Setia Commercial Park - Sungai Ara

Southbay Plaza (MAH SING) - Batu Maung

Maritime Square (IJMLAND) - Jelutong Expressway

All Season Park (BELLEVIEW) - Farlim

Tesco Sri Tanjung Pinang - Tanjung Tokong

The light phase2 (IJMLAND) - Jelutong Expressway

Sumber : email

Komen Luth : Habis la kedai runcit kecik – kecik. Susah la nak cari makan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jan 2011 12:00 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung tokong</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jun 2011 01:33 PM PDT

URL Sumber Asal :- Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jan 2011 12:00 AM PST

Duka tsunami masih terasa

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my



SUARA azan berkumandang dari corong pembesar suara Surau Tanjung Bungah. Selesai bilal menyempurnakan qamat, imam surau itu, Abd. Rahman Lazim, 74, bangkit untuk menyempurnakan solat Zuhur bersama kira-kira 30 jemaah.

Cuaca hari itu baik sekali dan keadaan air laut cukup tenang. Perahu-perahu nelayan yang ditambat kira-kira 20 meter dari situ hanya sesekali teroleng-oleng akibat kocakan kecil air yang menghempas ke pantai.

Namun, selesai bersolat dan semasa berdoa, hati Abd. Rahman atau dikenali penduduk kampung itu dengan nama Tok Ayah berasa tidak sedap apabila melihat percikan air laut mula menyapa ke gigi lantai surau kecil itu.

Tidak seperti hari-hari lain walaupun pada musim tengkujuh, jarang sekali alunan ombak bertukar kuat sehingga mampu mencecah masuk ke dalam surau. Keadaan itu juga menyaksikan ada perubahan pada wajah kariah yang lain.

"Jam di tangan menunjukkan pukul 1.35 petang, dalam hati saya mula terfikir mungkin ia akibat ombak besar kerana mengikut pengalaman lampau kejadian itu berlaku setiap 10 tahun sekali.

"Tetapi peliknya kali ini berbeza sehinggalah seorang penduduk datang memberitahu beberapa kawasan di sekitar Batu Feringghi dipukul ombak besar dan ada yang lemas," ujar Tok Ayah mengingati semula apa yang berlaku pada tengah hari 26 Disember 2004.

Ketika itu katanya, beberapa gelombang ombak mula memukul ke pantai dan ada yang mencecah ke dalam rumah penduduk yang terletak berhampiran pantai.

Kebanyakan penghuni terkejut dan tidak menyangka pukulan ombak sederas itu, namun mereka masih beranggapan ia pukulan ombak biasa walaupun ada beberapa rumah yang sudah dibanjiri air laut.


BEGINILAH keadaan rumah di sepanjang pantai Tanjung Bungah yang musnah akibat dilanda ombak t sunami.


Cerita Tok Ayah lagi, keadaan bertukar kecoh apabila beberapa nelayan yang pulang dari laut kelihatan cemas memberitahu ada gelombang besar sedang menuju ke pantai.

Katanya, penduduk kampung mula cuba menyelamatkan barang-barang berharga di rumah masing-masing bergegas keluar menyelamatkan diri. Ramai yang berkumpul di jalan raya yang terletak kira-kira 50 meter dari situ.

"Kira-kira setengah jam kemudian barulah tersebar berita ombak besar tsunami memukul pantai di Acheh yang menyebabkan beratus ribu orang mati dan kesannya sehingga ke sini," cerita Tok Ayah.

Menggegar dunia

Ombak besar yang terbentuk akibat gempa berukuran 8.9 pada skala Richter itu menggegarkan dunia. Juga dikenali sebagai tsunami, ia melanda beberapa buah negara termasuk Malaysia pada 26 Disember 2004 mencatatkan lebih 200,000 kematian.

Seramai 32 mangsa terkorban di Pulau Pinang manakala 141 cedera. Kebanyakan mangsa sedang berkelah dan memancing di tepi pantai di Batu Ferringghi, Balik Pulau dan Kuala Muda ketika ombak itu melanda kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Menjelang pukul 4 petang, semua penduduk di sekitar pantai Tanjung Bungah dan Tanjung Tokong dibawa ke pusat pemindahan sementara. Sekitar pukul 5.45 petang, gelombang kedua ombak besar menerjah ke pantai,Kali ini, pukulannya lebih kuat. Dari jalan raya, penduduk hanya melihat ombak besar itu memukul dan merebahkan rumah mereka. Ada yang mengalirkan air mata menangisi apa yang berlaku.


ZAINAB tidak dapat menahan kesedihan setiap kali menatap foto-foto tragedi tsunami enam tahun lalu.


Antara perkampungan yang musnah teruk ialah Kampung Tepi Pantai dan Kampung Melayu Tanjung Bungah, kedua-duanya merupakan perkampungan nelayan tradisional berusia kira-kira 60 tahun.

Salah seorang mangsa, Azizan Zakaria, 58, pula memberitahu, dia hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila menerima panggilan daripada rakannya.

Dia yang ketika itu berada di Alor Setar, Kedah menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya terkejut apabila diberitahu rumahnya musnah dipukul ombak tsunami.

"Sebaik sampai di sini kira-kira pukul 5.30 petang, saya terperanjat melihat sekitar Tanjung Bungah yang berubah seperti baru lepas ditimpa bencana. Saya hanya mampu tengok sahaja rumah yang musnah. Hanya dua hari kemudian selepas keadaan tenang barulah saya menjengok ke rumah, tiada apa yang boleh diselamatkan," ujarnya.

Walaupun enam tahun telah berlalu, tetapi dukanya masih dirasai oleh Mat Yusoff Kasa, 63, dan isterinya, Zainab Wan Chik, 53.

Tragedi itu menyebabkan rumah yang mereka diami selama 10 tahun ranap dipukul ombak. Selain kehilangan dokumen-dokumen penting, tiada satu perabot berjaya diselamatkan.

Mat Yusoff memberitahu, jeritan anak lelaki bongsunya yang berkali-kali memanggilnya keluar dari rumah menyelamatkan dirinya daripada ditelan ombak tsunami.


PESISIR pantai Tanjung Bungah ini pernah dilanda ombak tsunami enam tahun lalu.


"Dia (anak) sedang bermain-main di luar dan dia nampak ombak besar menuju ke arah rumah, jika saya lewat seminit mungkin dah jadi arwah," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Zainab yang tidak dapat menahan sebak setiap kali menatap foto-foto kejadian itu berkata, mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang sepanjang dua hari tinggal di pusat pemindahan.

Malah, semua perabot yang ada di rumahnya kini adalah sumbangan orang ramai selepas kejadian itu.

"Rak televisyen ini orang Alor Setar beri, televisyen pun orang yang sumbangkan termasuklah pinggan mangkuk dan rak di dapur.

"Kami berterima kasih kerana sumbangan mencurah-curah dan ramai yang bersimpati dengan nasib kami yang memang daif ketika itu," ujarnya sambil mengesat air mata yang berlinangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2011 01:23 PM PDT


Yang pertama, saya tak sure ada jer perkataan 'toy' dalam bahasa malaysia. Tak per, yang saya nak cerita mengenai Muzium Toy yang terbesar di dunia. Jangan tak sangka, ia bukan terletak di New York, bukan di London, tapi di Pulau Pinang!!! yeay!!!

Bagi peminat watak-watak animasi, ini merupakan lokasi yang wajib anda pergi. Terletak di Tanjung Bungah, bersebelahan dengan Hotel Copthorne, muzium toy tersebut mempamerkan sejumlah 10,0000 pelbagai jenis watak kartun. Dari daoraemon hingga ke shrek. Patung jack sparow pun ada.

Tiket masuk ialah RM10 bagi orang dewasa, kanak-kanak RM6.  Saya rasa ini adalah muzium hak milik individu. Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9 pg hingga 8 malam.

Nak maklumat lanjut boleh hubungi Mr Loh di talian 012-4602096. Ni alamat penuh dia.
Penang Toy Museum,
Jalan Tanjung Bungah,
11200 Tanjung Bungah
Penang

Kami bagai nak gila amik gambar dengan hampir semua watak yang glamour2 tu. heheheheh

antara koleksi yang unik

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG PENANG: 09 <b>di tanjung bungah</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2011 01:52 PM PDT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


PISAU.NET: PAS Tuntut Parlimen <b>Permatang Pauh</b>

Posted: 17 Aug 2011 06:00 PM PDT


Kemarin lepas terawikh singgah kejap di port biasa ,kawan kawan dari PAS ada jugak budak PKR ramai,lepak sembang sambil pekena kopi.Macam macam cerita timbul.Isu murtad,isu larangan azan.Seperti biasa masing masing berhujah dah jadi serupa parlimen kedai kopi.

Yang menarik perhatian Pisau apabila kawan PAS si Az dah mula bercakap mengenai kes Anwar,katanya "Pak Shaikh dah memang tak boleh diselamatkan,Isu liwat dia dengan budak Saiful tu mesti lekat,nak buat macam mana bukti berlambak" . "Cuba hang tengok lepas pilihanraya ,Biasalah bila dah jadi ahli parlimen Pak Shaikh tak ada pula turun tengok tengok rakyat,hangat sat sekadar majlis cap ayam saja ada la,lepas tu turun tapak ekspo pakat pi dengaq cerita ulangan,dah naik muak"

"Man Chot(TKM1) macam biasa dok syok sendiri ,dia tak tau orang makin dok meluat kat dia"
"Kami kat PAS Kawasan dah banyak kali sebut,esok ni Anwar sangkut dalam jail ,kami nak balik kawasan parlimen Permatang Pauh" "Matang pauh ni dulu hat PAS punya,kalau hangpa ingat tahun 78 kawasan ni ahli parlimen dia Ustaz Zabidi,mai saja Anwar dia menang atas tiket Umno sampai la ni lekat dekat bini dia walaupun dia takdak time dok Sg Buloh"

"PAS dah banyak berkorban,la ni kita nak tengok depa mau tak berkorban untuk PAS kalau betui depa ni sayang kat perjuangan pakatan rakyat.Kita nak ambik balik kawasan Penanti dan parlimen matang pauh"

Pisau tanya Az " hang ni biaq betui,takkan PKR sanggup nak lepas macam tu saja kat PAS" kata Az " hanya tak percaya la ni jugak kita pi Seberang Jaya kita pi rumah Hj Omar Hasan,YDP PAS Permatang Pauh" "Penanti pun kita nak balik,parlimen pun kita nak balik,kita dah bagi tapi depa tak tau jaga,selama ni kita saja dok mengalah" " Kalau depa nak juga kawasan tu ,takpa lah kita lawan juga biaq 3 penjuru lawan dengan BN"

Nampaknya ura ura PAS nakkan hak mereka kembali di Permatang Pauh makin kuat,sebelum ini Pisau hanya mendengar khabar angin,memandangkan kawan Pisau ni orang kuat PAS kawasan,memang sah lah cerita dia.

Pisau kata " dengar cerita PAS dah ada calon depa kat permatang pauh"

Related Posts : PAS, Pulau Pinang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di bagan ajam</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2011 12:00 AM PDT

BUTTERWORTH - Lebih 200 penduduk sekitar daerah ini termasuk anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman membantah kenyataan Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang mempertikaikan kewujudan Klinik 1Malaysia.

Bantahan diadakan di hadapan Klinik 1Malaysia Bagan Ajam selama 30 minit selepas solat Asar, kelmarin dan dijalankan secara aman tanpa melibatkan apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Antara NGO terlibat adalah Penawar, Gerakan Belia 4B cawangan Bagan Ajam, Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Awang dan Persatuan Pemuda Pencinta Damai Butterworth.

Mereka bersama penduduk yang turut disertai kanak-kanak bukan sahaja mempamerkan berbagai sepanduk meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu menarik balik kenyataannya malah menuduhnya tidak faham dengan kewujudan sebenar klinik berkenaan.

Penganjur demonstrasi yang juga Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang berkata, mereka berkumpul untuk menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Boon Poh mempersoalkan ketiadaan doktor bertugas di klinik itu selama ini.

"Klinik 1Malaysia diwujudkan sebagai alternatif kepada pesakit untuk menerima rawatan awal sebelum mereka dirujuk ke hospital jika penyakit mereka melarat.

"Sebagainya wakil rakyat, beliau sepatutnya lebih memahami klinik berkenaan dan tidak mempertikaikannya," katanya.

Seorang pesakit, M Parowady, 56, penduduk flat Taman Tun Dr Awang berkata, dia rasa bertuah dengan kewujudan klinik itu di kawasan perumahan selama ini kerana memudahkannya mendapatkan rawatan.

"Kami yang terdiri dari penduduk miskin sudah semestinya memilih klinik ini daripada klinik swasta untuk mengelak bayaran tinggi.

"Tambahan lagi ubat yang dibekalkan sama mutu dengan klinik lain membuatkan kami berasa selamat menggunakannya," katanya.

Pesakit kencing manis, Emilia Saidin, 30, yang menjadikan Klinik 1Malaysia di situ sebagai tempat tetap mencuci kakinya berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco berkenaan seperti merendahkan taraf klinik berkenaan.

"Rawatan yang diberikan di klinik ini sama dengan rawatan di tempat lain dan kedudukannya di lokasi berdekatan perumahan memudahkan kami mendapat perkhidmatan kesihatan.

"Jika nak ke klinik swasta di pekan, kami terpaksa mengeluarkan wang lebih dan merugikan masa serta mengalami masalah pengangkutan terutamanya bagi penduduk miskin seperti saya," katanya.

Menurut Ahli Jawatankuasa Penawar, Hamid Dalilah, 50, tindakan Boon Poh mempertikaikan ketiadaan doktor di klinik itu menunjukkan beliau tidak memahami konsep perkhidmatan kesihatan yang menjadi amalan dalam dunia perubatan selama ini.

Demonstrasi aman itu bagaimanapun berakhir sejurus selepas mereka diarah bersurai oleh anggota polis yang bertugas kerana tidak mempunyai permit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

KG TENAI AIR <b>GELUGOR</b> , GEMENCHEH: LAPORAN JKKK KAMPUNG TENAI AIR <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2011 07:01 AM PDT

01. 05. 2011 : Majlis kenduri kahwin dirumah Saudara Omar bin Othman
                     : Kenduri tahlil arwah dirumah Cikgu Atan bin Shafie ( malam )
02. 05. 2011 : AJK Biro Pendidikan mengadakan gotong-royong di Balai Masjid sebagai persiapan untuk
                      Lawatan Mini Perpustakaan
05. 05. 2011 : Lawatan Pengerusi Perpustakaan Negeri ke tapak bilik Mini Perpustakaan di Balai Masjid
05. 05. 2011 : Sepetang bersama Koperasi Kampung Tenai Air Gelugor Berhad
05. 05. 2011 : Mesyuarat kenduri-kendara dirumah Puan Hamidah Omar
06. 05. 2011 : Kenduri tahlil arwah ke 100 hari dirumah Saudara Zulbahari Paim
08. 05. 2011 : Mesyuarat Permufakatan kampung / membincangkan kedatangan Menteri Besar NS.
11. 05. 2011 : Jam 8 pagi - Taklimat Operasi Membasmi Musuh Tanaman bersama Pejabat Daerah ( Unit
                      Keselamatan ), Pegawai RELA Daerah Tampin dan Pegawai Perhilitan dihadiri seramai 20
                      orang.
11. 05. 2011 : Gotong-royong mengecat Masjid
12. 05. 2011 : Kenduri tahlil arwah dirumah Puan Hamidah Omar
12. 05. 2011 : Majlis bacaan Yassin di Masjid untuk Saudara Ibrahim Haji Ali yang sakit tenat
13. 05. 2011 : Majlis pernikahan anak  Puan Hamidah Omar selepas Zuhur
13. 05. 2011 : Majlis bacaan Yassin dirumah Haji Ali  selepas Mahgrib.
14. 05. 2011 : Majlis pertunangan anak Saudara Shafie Md Zin
15. 05. 2011 : Majlis kenduri kahwin dirumah Puan Hamidah Omar
16. 05. 2011 : Sambutan hari guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua dihadiri sama JKKK Kampung
                      Tenai. Majlis bermula pada jam 11 pagi hingga 1 tengahhari.
17. 05. 2011 : Saudara Ibrahim Haji Ali meninggal dunia kerana kanser hati dan dikebumikan di Tanah
                      Perkuburan Air Gelugor. Jabatan Kesihatan memberikan kerjasama. Tahlil arwah dilakukan
                      3 hari berturut-turut.
18. 05. 2011 : Taklimat penggalak susu getah dan baja subsidi daripada RISDA untuk TSB dibawah Projek
                      Kampung Teknologi
19. 05. 2011 : Mesyuarat jawatankuasa kerja Ceramah Perdana Sempena Sambutan Israk dan Mikraj
19. 05. 2011 : Majlis bacaan yassin dirumah Haji Hashim bin Manggis
25. 05. 2011 : Mesyuarat khas kenduri krndara Persatuan Wanita di Balairaya Tenai
27. 05. 2011 : Berkampung dirumah Haji Ibrahim Maakmor.
28. 05. 2011 : Majlis kenduri kahwin dirumah Haji Ibrahim maakmor. YB ADUN turut hadir bersama isteri.
29. 05. 2011 : Kenduri tahlil arwah dirumah Haji Nordin Manja
29. 05. 2011 : Gotong royong membersih Balairaya oleh Persatuan Belia 4B.
30. 05. 2011 : Program penyemain benih dan baja oleh Jabatan Pertanian Daerah Tampin
31. 05. 2011 : Mesyuarat khas berkaitan lawatan YAB MB yang tidak hadir kerana masa terhad. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.