I think there were also some issues with the new car park built at Victoria Street in George Town. Seriously, though, we should not be wasting millions on car parks. That money would be better spent on public transport infrastructure especially with a global energy crisis looming.
Penang Hill ground station will lose its charm if the surrounding area is turned into a giant bazaar.
Aside from all that and the usual question of whether it was Pakatan or BN to blame, it looks as if the PDC of today is unable to oversee the construction of a proper car-park, let alone an entire township.
No wonder 103 acres of Bayan Mutiara land had to be sold off/privatised to a private developer. A far cry from the PDC of the early years which managed to build entire townships (though even the public/green spaces were still inadequate).
LAPORAN AWAL PROJEK TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DI STESEN BAWAH BUKIT BENDERA OLEH PENGURUS BESAR PDC KEPADA KETUA MENTERI PULAU PINANG DAN PENGERUSI PENANG DEVELOPMENT CORPORATION(PDC) LIM GUAN ENG PADA 6 SEPTEMBER 2011.
YAB LIM GUAN ENG TIDAK DIMINTA BERIKAN KELULUSAN KERANA PROJEK STESEN BAWAH BUKIT BENDERA(PENANG HILL) TELAHPUN DILULUSKAN LEBIH AWAL DI BAWAH KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI PADA 2007.
LATAR BELAKANG PROJEK
Projek di atas adalah merupakan projek untuk meningkatkan kemudahan di Stesen Bawah Bukit Bendera yang merangkumi penyediaan kemudahan tempat letak kereta bertingkat dan juga hentian bas pelancongan.
Kemudahan-kemudahan yang perlu disediakan di tapak adalah atas kehendak serta kelulusan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pulau Pinang di bawah Kementerian Pelancongan. Peruntukan bagi projek ini diluluskan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di bawah RMK9. Jumlah siling peruntukan yang diluluskan adalah berjumlah RM5.0 juta.
Projek ini pada asalnya diserahkan kepada pihak JKR dan MPPP untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun, mesyuarat Post EXCO Pelancongan pada September 2007 di bawah kerajaan negeri dulu, telah meminta untuk PDC bertindak sebagai agensi pelaksana.
Itulah sebabnya kerajaan negeri PR yang baru dan YAB Ketua Menteri tidak dimaklumkan tentang kemajuan atau diminta memberikan kelulusan untuk projek ini kerana "pelanggan" adalah Kementerian Pelancongan.
PDC telah melantik PDC Consultancy Sdn Bhd bagi penyediaan rekabentuk dan pelaksanaan projek. Di dalam merekebentuk, sejumlah 6 hentian bas dan 112 tempat letak kereta dapat disediakan di atas lot yang seluas 0.62 ekar.
Pelan merancang telah diluluskan pada 21 Mei 2009. Pihak PDC telah memohon untuk mendapatkan kebenaran khas untuk memulakan lewat pembinaan dan telah memperolehinya pada 3 September 2009.
Satu tender terbuka telah dipanggil pada 23 Mac 2009 dan Lembaga Perolehan Persekutuan peringkat negeri Pulau Pinang pada 24 Jun 2009 telah meluluskan projek ini ditawarkan kepada DTE Construction Sdn Bhd pada harga RM3,958,988.26 dengan tempoh binaan selama 14 bulan.
Tarikh memulakan kerja adalah pada 10 Ogos 2009 dan tarikh siap pada 9 Oktober 2010, walaupun tarikh siap sebenar adalah pada 30 Mac 2011.
Dalam proses pembinaan, pihak konsultan telah membuat beberapa perubahan ke atas rekabentuk akibat dari masalah tapak yang telah menjadi lebih kecil akibat 'encroachment' rumah berdekatan. PDC terpaksa berbuat demikian supaya tidak mengganggu penduduk tempatan dan menambilkira permintaan pihak Kementerian agar memperuntukkan 6 hentian bas. Justeru itu, pelan pindaan kepada pelan bangunan yang diluluskan dikemukakan pada 12 November 2010 dan ianya masih belum diluluskan.
Pihak PDC sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas projek tempat letak kereta bertingkat Bukit Bendera tidak akan berkompromi dari aspek keselamatan pengguna. Justeru itu atas dakwaan bahawa bangunan yang dibina tidak selamat, satu badan penyiasatan bebas iaitu pihak IKRAM dengan kepakaran geoteknikal telah dilantik untuk menyiasat secara menyeluruh keadaan struktur yang dibina. Kerja-kerja penyiasatan telah mengambil masa selama 30 hari dan pada 24 Ogos 2011, satu laporan lengkap telah dikemukakan kepada PDC.
Hasil daripada penyiasatan IKRAM telah mengenalpasti beberapa perkara struktur bangunan yang perlu dipantau dan sekiranya perlu diambil langkah memperbaiki. Langkah yang akan diambil adalah:
(i) IKRAM akan memasang 'settlement markers' pada 22 bilangan tiang dan akan memantau 'settlements' secara berkala setiap tiga (3) bulan untuk tempoh tiga (3) tahun. Dalam tempoh ini, bangunan dapat beroperasi sepenuhnya. Sekiranya hasil pemantauan 'settlements' adalah baik, maka langkah mengukuhkan asas bangunan dapat dikurangkan atau tidak diperlukan sama sekali.
(ii) Sekiranya hasil pemantauan 'settlements' menunjukkan terdapat bacaan yang tidak memberangsangkan, langkah seterusnya adalah berkemungkinan memberhentikan operasi bangunan sementara waktu dan melaksanakan 'foundation underpinning' yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta dan mengambil masa enam (6) bulan dan juga membuat pembaikan terhadap sebarang kerosakan pada bangunan.
Dalam menangani isu rekabentuk yang tidak memenuhi kehendak piawaian serta mutu rekabentuk yang rendah, pihak PDC akui terdapat kelemahan di dalam rekabentuk yang tidak seharusnya berlaku. Dan ini akan menjejaskan keselesaaan pengguna. Pihak PDC telah sebaik mungkin memperbaiki kelemahan rekabentuk khususnya mengurangkan kecuraman 'ramp' agar lebih landai dan boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan.
Beberapa pemeriksaan tapak bersama pihak MPPP telah dilakukan dan tindakan untuk menyelesaikan masalah ini masih diusahakan. Pemeriksaan terakhir adalah pada hari ini (5 September 2011) bersama MPPP di mana beberapa cadangan penambahbaikan akan dilakukan. Kerja-kerja ini akan terus ditingkatkan sehingga pihak MPPP berpuashati untuk membenarkan OC dikeluarkan.
Kami akur dengan arahan YAB Lim Guan Eng bahawa PDC mestilah patuhi arahan yang dikeluarkan oleh MPPP dan tidak akan dapat sebarang layanan khas hanya kerana PDC adalah agensi kerajaan negeri ataupun projek ini adalah projek Kementerian Pelancongan. Atas arahan YAB Lim, kami telah adakan lawatan bersama dengan Setiausaha MPPP Ang Aing Thye pada semalam 5 September 2011. Hasil perbincangan diharap dapat dihantarkan suatu laporan muktamad kepada YAB dalam seminggu dua lagi.
Masalah-masalah yang berlaku ke atas projek ini telah menjejaskan tarikh pembukaan tempat letak kereta Bukit Bendera yang amat diperlukan. PDC ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan akan secepat mungkin menyelesaikan masalah ini, namun aspek keselamatan dan keselesaan pengguna akan tetap diutamakan.
Dato Rosli Jaafar
Pengurus Besar PDC