
Pada 1 sehingga 2 Oktober lalu, Kongres 60 tahun PAS telah diadakan di Dewan Millineum, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kawasan yang sangat 'hadhari' itu bertukar menjadi sesak dengan kepala berserkup ketayap putih dan bermuka bengis sambil memandang orang lain yang tidak berketayap putih dengan penuh cuak dan kebencian keterlaluan.
Sebahagian daripada para pemimpin kecil tinggal di Hotel Seri Malaysia, Bertam yang terletak tidak jauh dari Dewan Millenium. Pemimpin besar pula tinggal di hotel yang lebih mewah iaitu Hotel Sunway, Seberang Jaya. Kenderaan-kenderaan yang digunakan tidak kurang mewahnya berbanding kenderaan-kenderaan pemimpin UMNO. Tinggal lagi, tidak seorang pun yang berani menayangkan Hummer atau kereta berharga lebih RM800,000 walaupun diketahui, ramai daripada mereka memilikinya.
Anehnya, di sebalik pertunjukan kemewahan dan kesenangan itu, para pemimpin PAS yang berhujah di pentas bermikrofon masih tidak segan silu untuk menceritakan tentang perjuangan Islam yang kononnya mereka istiqomah tentangnya. Mereka masih lagi cuba untuk menipu para pengikut PAS yang kurang berotak dan berakal untuk menceritakan tentang apa yang bakal mereka lakukan demi Islam, walaupun hakikatnya semua itu retorik semata-mata dan tidak lebih daripada doktrin pembohongan serta pembodohan ahli-ahli PAS yang lain.
Belum cukup dengan kemunafikan tersebut, muncul satu lagi kemunafikan yang sekarang sedang berleluasa diamalkan dalam PAS. Kalau kepada ahli-ahli PAS diceritakan kononnya segala pergantungan dan perlindungan diminta daripada Allah Taala, tetapi amalan terbaru para pemimpin PAS ialah, datang mereka ke sesuatu majlis mestilah dengan ditemani oleh body-guard.
Ketika Idris Ahmad dan Tuan Ibrahim Tuan Man ditemui di lobi Hotel Seri Malaysia, beberapa orang lelaki yang bermata tajam dan berbadan sasa memerhatikan pergerakan keluar masuk hotel tersebut. Malah kelihatan teragak-agak apabila ada yang tidak kelihatan seperti orang PAS tetapi menghulurkan salam kepada Idris Ahmad dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang duduk di kerusi sebelahnya.
Dengan empat orang bodyguard, tiada sesiapa pun yang dibenarkan menaiki lif kecuali tuan mereka sahaja. Hebat betul para pemimpin PAS sekarang yang tidak segan silu lagi mempamerkan bahawa mereka sudah mampu menggajikan bodyguard yang tentu sekali bukan dari Unit Amal memandangkan tahap profesionalisme yang ditunjukkan mengatasi anggota-anggota Unit Amal yang tidak ubah seperti samseng kampung diberi rokok.
Zuhud dan berserah sepenuhnya kepada Allah Taala hanya menjadi cerita dalam kempen-kempen dan ceramah semata-mata. Ianya tidak lagi diamalkan. Begitu juga dengan para penyokong PAS yang sangat galak mempamerkan kehebatan kenderaan-kenderaan mereka.
Namun di celah-celah kehebatan tersebut masih ramai penyokong-penyokong PAS yang masih percaya bahawa perjuangan parti mereka adalah mencari keredhaan Allah Taala. Mereka masih percaya dengan mengambil bahagian dalam parti tersebut, mereka akan mendapat keredhaan Allah Taala.
Maka, kelihatanlah van-van Hiace dan Liteace, kereta-kereta Proton Saga yang lebih banyak buruk dari baru, selain bas-bas rombongan yang disewa khas di sekitar Kepala Batas, sekaligus mewujudkan kesesakan luar biasa di sepanjang jalan menuju ke Tol Bertam.
Paling menyedihkan apabila melihat ibu bapa membawa anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa, tetapi disarungkan dengan baju serta t-shirt dengan logo 60 Tahun PAS ke kongres tersebut. Untungnya, cuaca agak baik dan hujan lebat tidak turun. Kalau tidak, pastinya yang dicari keredhaan tetapi yang diperolehi adalah anak-anak yang diserang demam dan selesema.
Tidak dinafikan, daripada apa yang dilihat di Dewan Millineum dan kawasan sekitarnya terutama sekali di pekan Kepala Batas, kebodohan terlampau para pengikut yang muka sahaja tua tetapi akal singkat, menjadi sebahagian daripada legasi kebodohan Melayu yang akan terus diperkatakan sepanjang zaman dan oleh anak cucu pada kemudian hari.
Yang paling pasti, penganjur Kongres tersebut tentu sekali telah berjaya mengutip puluhan kalau tidak pun ratusan ribu ringgit hasil derma para hadirin yang mencari pahala dan jalan pintas untuk ke syurga!