Jumaat, 10 Februari 2012

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


PPOC [NORTHERN]: Mini TT <b>di Bagan Ajam</b> - 02012012

Posted: 02 Jan 2012 12:14 PM PST

Asalamualaikum untuk semua...

Kembali lagi dan kali ini dengan acara yg boleh dikatakan sebagai penutup tahun dan pembuka bagi tahun yg baru.... Sambutan, sememangnya ada peningkatan.. Di sertai oleh sahabat-sahabat dari sekitar utara.. Dari kangar hingga ke ipoh, malah crew northern yg bekerja di kl pun dapat turut serta.. Cantekkk.. hahahaha.. Syabas untuk semua..
Alhamdulilah saudara President, Billy pun turut serta dan beliau sempat meluahkan pendapat, pandangan dan yg paling penting mandat untuk PPOC NORTHERN..
Cerita banyak tak guna, kita layan je la gambar-gambar ni.. hahaha..


Tahniah pada ajk kecil yg dilantik dan mari kita sama-sama memantapkan lagi PPOC NORTHERN.. Moga ini semua menjadi permulaan yg baik untuk kita semua..
p/s: Ada gambar lagi yg belum sempat diupload.. Akan bersambung.. Tungggguuuu..

Subhanallah...NGO anjurkan gerakkan menutup aurat <b>di</b> Pulau Pinang

Posted: 09 Feb 2012 04:11 PM PST

GEORGETOWN: Sepuluh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan kariah masjid di Pulau Pinang akan menganjurkan Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR) bagi menggalakkan umat Islam menutup aurat serta menangani gejala maksiat yang kerap berlaku pada Hari Valentine.

Antara NGO dan kariah masjid yang mengambil bahagian ialah Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia, IKRAM Pulau Pinang, NISA' Pulau Pinang, Kelab Remaja Lestari, Ikatan Persaudaraan Muslimah Pulau Pinang (SALIMAH), Aktivis Pengupayaan Insan (API), Komuniti Suara Kehidupan dan Kariah Masjid At Taqwa Bertam.

Majlis pelancaran akan berlangsung di Masjid At Taqwa, Bertam dan akan dihadiri oleh barisan kepemimpinan NGO Islam yang bergerak aktif di sekitar wilayah utara tanah air.Setiausaha Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia, Asti Toba, berkata GEMAR yang digerakkan pada 2009 bertujuan menyedarkan umat Islam mengenai keperluan menjaga aurat dan membantah sambutan Hari Valentine di kalangan golongan muda Islam.

Kira-kira 200 aktivis Islam akan turun ke Pantai Jerejak berdekatan Queensbay Mall, Bayan Baru dan Hentian Rehat Pantai Bersih di Bagan Ajam, Butterworth, esok dan Ahad ini, manakala kemuncak acaranya adalah pada Selasa ini.

"Antara acara yang dilangsungkan oleh aktivis Islam akan mengedarkan tudung percuma kepada masyarakat Islam dan mengedarkan risalah supaya menutup aurat," katanya di sini, semalam.

Asti berkata, GEMAR adalah platform terbaik untuk ahli NGO, pelajar universiti dan segelintir individu Melayu-Islam di negara ini yang prihatin dengan masalah gejala maksiat yang kerap dikaitkan dengan Hari Valentine. 
Katanya, golongan itu akan menggunakan peluang untuk mendekati umat Islam sambil menyampaikan mesej dakwah kepada pengunjung kedua-dua tempat tumpuan muda mudi itu.

"Tinjauan kami mendapati Pantai Jerejak dan Hentian Rehat Pantai Bersih sering menjadi tumpuan umat Islam terutama remaja untuk menghabiskan waktu, dan pemandangan lelaki dan perempuan berdua-duaan adalah biasa di kawasan itu," katanya.

| LIKE LA KALAU SUKA ENTRI NI |

Tiada ulasan:

Catat Komen