Sabtu, 24 Mac 2012

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


Syamsul Haq: Maulidur Rasul - Surau Raudhotul Ulum.

Posted: 21 Mar 2012 01:49 AM PDT

Pada keesokkan harinya- Ahad 25 RabiulAkhir 1433H bersamaan 18 Mac 2012, kami meneruskan agenda bersama Ustaz Don yang telah sebulan disusun oleh seluruh AJK Surau Raudhotul Ulum, Taman Bukit Jambul, Pulau Pinang. Acara berlangsung selepas solat Maghrib yang di mulai dengan laungan madah pujian untuk Rasulullah S.A.W dan disusuli oleh Ceramah Perdana Maulidur Rasul oleh Ustaz Don.
Alhamdulillah...segala puji milik Allah. Usaha mereka mengajak kearah Cinta Rasul mendapat sambutan di luar jangkaan. Para hadirin yang hadir pada malam ini mencecah 5000 orang. Allah Hu Akbar... permulaan yang baik untuk Pulau Pinang. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini terutama pada Imam Surau Raudhotul Ulum- Ustaz Abd Rashid yang telah berusaha memperkenalkan kami kepada masyarakat setempat. Moga Allah memberkati segala usaha kita ke arah memdapat Cinta-Nya.
Ustaz Don yang sentiasa tersenyum menceriakan suasana

Syamsul Haq Al-Haqqani
Sekarang Telah Berdiri
Berkah Para Wali 
Menuju Cinta Abadi

Ya Allah Yang Maha Tinggi
Di Sini Kami Berdiri 
Memikul Amanah Suci
Bimbingan Para Murobbi

Sekarang Telah Bermula
 Era Perubahan Dunia
Mengharap Redho dan Cinta
Pada Allah dan Rasul-Nya
(Petikan diantara Madah Harapan Syamsul Haq)

Ustaz Don dengan gayanya yang tersendiri
Seluruh hadirin yang hadir berdiri bersama-sama kami berselawat untuk memohon rahmat
dan pengampunan dari Allah S.W.T dengan keberkatan Baginda Rasulullah S.A.W.
Tiga sekecil Syamsul Haq tak terlepas beraksi
" Ya Allah...Ya Tuhan kami, hidupkanlah hati-hati kami dengan limpahan Cahaya Rahmat-Mu, basahilah lidah kami dengan memuji-Mu serta berselawat kepada Kekasih-Mu, hidupkan hati kami dalam lautan cinta dan kasih Kepada-Mu dan jadikanlah tanah tumpah kami bercahaya dengan gema takbir memuji-Mu dan Majlis Mahabbah Kekasih-Mu iaitu Nabi kami Muhammad ibni Abdillah S.A.W yang membawa rahmat untuk seluruh alam..." Amin Ya Robbal'alamin.

Tiada ulasan:

Catat Komen