Isnin, 30 April 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


ANWAR IBRAHIM - KETUA PEMBANGKANG | MY BEST

Posted: 30 Apr 2012 08:14 AM PDT

AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Beliau juga merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


AHLI MAJLIS MPPP: Kg. Melayu <b>Batu Uban</b> bakal lenyap

Posted: 07 Jan 2012 07:45 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang ...

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


Anak Seberang: Kereta ADUN UMNO <b>Di Balik Pulau</b> dipecah <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 06:07 PM PDT

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


Air laut berubah warna - Terbaik.my

Posted: 11 Apr 2012 12:00 AM PDT

ANJUNG – Setiausaha Unit Nelayan Sungai Gelugor, Zaharah S Jaafar memaklumkan nelayan di situ sudah mula menyedari perubahan warna air laut sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, perubahan warna itu didapati ketika kesemua nelayan melakukan kerja menangkap ikan.

"Ada antara anak-anak buah saya yang cerita air laut berubah dan hasil tangkapan juga sangat sedikit.

"Ada antara mereka yang bawa balik ikan dua tiga ekor ikan sahaja," katanya yang mengulas kejadian dihadapi nelayan pihaknya, susulan gempa bumi kuat berlaku di Aceh Indonesia, kelmarin.

Sinar Harian dimaklumkan biasanya air laut berwarna biru kehijauan, tetapi berubah kelabu atau keruh dua tiga sebelum gempa terbabit berlaku.

Tambahan tangkapan di laut terbuka
Terdahulu, Zaharah memaklumkan, sejurus mendapat berita gempa dan terasa gegaran di Gelugor, dia segera menghubungi kesemua nelayan Sungai Gelugor yang berada di tengah laut.

Menurutnya, sehingga jam 6 petang hari kejadian gegaran itu, dia menunggu nelayan berkenaan di jeti, namun kesemuanya ketika itu tidak tahu gempa yang berlaku dan ada amaran tsunami dikeluarkan masa itu.

"Setelah tiba di darat ada yang maklumkan air di laut berkocak lain macam berbanding hari biasa, rupa-rupanya gempa," katanya.

Sementara itu seorang lagi nelayan, Farid Mohd Mustafa, 29, berkata, dia tidak berasakan perubahan yang ketara terhadap hasil tangkapannya.

Menurutnya, namun ketika berada di laut terbuka, hasil tangka-pannya meningkat berbanding sebelum ini.

"Tetapi jika dibandingkan pada tahun 2004 iaitu seminggu sebelum tsunami, kami nelayan memperoleh RM10,000 seminggu hasil dari tangkapan laut.

"Bagi gempa kali ini hasil tidak ketara, namun tidak dinafikan memang ada pertambahan tangkapan di laut terbuka," katanya.

Farid turut memaklumkan kebanyakan nelayan semalam hanya berehat kerana masih dalam keadaan berjaga-jaga.

Lokasi tumpuan lengang
Tinjauan Sinar Harian sejurus selepas amaran tsunami ditarik balik mendapati lokasi tumpuan pengunjung pada jam 12 tengah malam iaitu persiaran Queensbay Mall dan Padang Kota Lama masih agak lengang.

Peniaga dengan kenderaan lori yang biasanya sudah membuka perniagaan mereka pada waktu petang sehingga ke malam, tetapi sebaliknya lokasi berkenaan sunyi sepi.

Salah seorang pengunjung, Khusairi Abdullah berkata, kebanyakan peniaga di luar kawasan Queensbay Mall itu menjadi tumpuan selepas semua pengunjung keluar dari pusat membeli belah berkenaan.

Dia yang juga antara ribuan orang ramai di situ memaklumkan kebanyakan lori-lori gerai di situ diserbu untuk membeli makanan.

"Perniagaan mereka pada masa itu laris dan kemungkinan besar waktu malamnya mereka sudah tutup kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini kerana lokasi perniagaan mereka terletak berhampiran dengan laut," katanya.

Air laut surut, sungai kering
Tinjauan ke kawasan terbabit juga mendapati air laut surut kira-kira sejauh 100 meter, berbanding dengan hari biasa.

Pada malam yang sama kakitangan sebuah hotel memaklumkan sungai yang menghala ke pantai di Batu Ferringhi kering secara tiba-tiba.

Menurut sumber, kebanyakan pengunjung hotel yang mendaftar masuk pada waktu tengah hari pula kemudiannya ramai yang mendaftar keluar gara-gara bimbang akan kejadian.

Susulan kejadian gegaran rumah ketika gempa kelmarin, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Nibong Indah di Sungai Nibong, Tengku Hazman Tengku Hassan mencadangkan supaya latihan kebakaran dilakukan di perumahan tersebut.

Menurutnya, cadangan latihan itu kerana kebanyakan penduduk tidak mengetahui cara yang betul ketika berlakunya kecemasan.

"Kemungkinan besar selepas ini kami akan mengadakan kawad latihan kebakaran bagi membolehkan penduduk tidak cemas dan semuanya dapat diselamatkan.

"Gegaran yang dialami penduduk kelmarin adalah antara kejadian kedua paling kuat selepas tsunami pada 2004. Selepas tsunami juga ada berlaku gegaran iaitu antara tahun 2005 hingga 2012, tetapi ini antara terkuat dan yang paling dirasai," katanya.

Aktiviti harian seperti biasa
Walaupun rata-rata masyarakat di negeri ini masih heboh memperkatakan berhubung isu gempa, gega-ran dan tsunami semalam, namun mereka sudahpun kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Difahamkan, tiada rasa gusar di kalangan mereka melainkan hanya menjauhi kawasan pantai serta buat masa ini lebih peka dengan maklumat daripada laman web, berita televisyen dan juga Facebook.

Sumber : Sinar Harian

Ahad, 29 April 2012

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


Tiga ditahan bantu siasatan kes samun klinik perubatan <b>di Jelutong</b>

Posted: 05 Apr 2012 11:39 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]GEORGETOWN: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam dua kes samun di klinik perubatan di Jetutong semalam, kurang 24 daripada kes-kes itu dilaporkan.

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


Bayi ditemui di belakang rumah <b>di Batu Maung</b>

Posted: 26 Apr 2012 05:28 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]GEORGE TOWN — Polis menemui seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Taman Permatang Indah, Batu Maung dekat sini awal pagi ini.

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Cubaan sabotaj program TPM <b>di</b> Pulau Pinang? - UtaraNews

Posted: 24 Apr 2012 06:56 PM PDT

Umno Bahagian Bayan Baru mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang cuba menggagalkan program lawatan kerja sehari Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pulau Pinang Khamis ini.

Ketua Umno Bayan Baru, Datuk Mohd Ridzwan Bakar berkata setelah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) melarang penganjuran majlis itu di tapak asal bertempat di Taman Iping, Batu Maung, pihaknya menukar lokasi dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya dan polis negeri.

"Pada petang ini (semalam), jentera bahagian saya turun padang bersama-sama syarikat yang dilantik, mendirikan khemah di lokasi baru di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru tetapi malangnya ada beberapa (pegawai) penguatkuasa MPPP datang meninjau kerja pemasangan seolah-olah tidak berpuas hati dengan kami.

"Sudahlah terpaksa bertukar lokasi yang lebih sempit, ini mereka hendak ganggu pula. Kita bukannya nak berceramah politik tetapi hendak bertemu masyarakat," katanya kepada pemberita semalam.

Mohd Ridzwan kemudiannya menempatkan beberapa petugas berkawal di sekitar lokasi berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu menyelar tindakan anggota Exco negeri, Abdul Malik Abul Kassim yang didakwa seakan cuba mensabotaj penganjuran majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia anjuran Barisan Nasional dengan menghalang pihaknya mendirikan khemah di lokasi asal majlis itu, Taman Iping, Batu Maung.

Abdul Rahim mendakwa pada Ahad lepas, Abdul Malik bersama-sama beberapa penguatkuasa MPPP telah melarang pihaknya mendirikan khemah di kawasan itu dengan alasan lokasi itu di bawah kelolaan MPPP dan mereka tidak mendapat kebenaran MPPP untuk mendirikan khemah.

Ekoran insiden itu, Abdul Rahim telah menukar lokasi majlis itu di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru.

Muhyiddin dijadual memulakan lawatan kerja Khamis ini dengan menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kilang di kilang Western Digital di Bayan Lepas pada jam 9.30 pagi.

Kemudian, timbalan perdana menteri dijadual menghadiri makan tengah hari pada kenduri rakyat 1Malaysia bersama lebih 5,000 penduduk kawasan Bayan Baru, persatuan-persatuan nelayan dan peladang di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru. - Bernama

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


MyKhalish.com: Penang 2012 / Day 2 - <b>Tanjung Bungah</b> Beach Hotel

Posted: 17 Feb 2012 06:00 PM PST

Alhamdulillah, pkl 3ptg, kami akhrnya chck in di Tanjung Bungah Beach Hotel. owhh alamak lupa nak srh dedi minta twin bed. skrg nih kalu tdo ats katil queeen ka king ka.... mmg memi leh jd king kong. sbb amok pas kena tendang dgn Amni Khalisha. hhuhuhuu.... 



Tanjung Bungah Beach Hotel nih btl2 berada di jln bsr, dkt dgn traffic light. di sbbkan bilik kami menghadap jln, so mlm2 meriah skit dgn bunyi hon keta ye. hihii..
pas chck in je, trus mandikan Aqil Khalish & Amni Khalisha. memula kami plan nak kuar blk dlm pkl 430ptg & pergi ke Toy Museum. tp akhrnya surrender. penat bangat.....

dedi kt, mlm la br kita ke situ... so dedi kt kita rehat2 dulu... memi dgr...ayat rehat... trus memi kemas2 segala, then masuk bwh gebor. TIDO.. hahaha....

2 beradik yg sakan berkubang. abaikan part cekcii yer...hihii...
sejak blk dr Penang, depa dpt hobi nak mandi sesm... peningg....
dedi mmg xda hobi tdo siang. ishh ishh... rugi betul. kebetulan Aqil Khalish & Amni Khalisha pun dah tdo dlm keta, so mata dorg sgt bolat.... jadi, dedi layan dorg main 'Kedai Makan'. hahahhaa.....
dedi cite.. Aqil Khalish pgg menu & tny dedi nak makan ape. then dedi minta nasi goreng, Aqil Khalish pun tulis kat tgn, menda yg diorder. then Amni Khalisha pun follow.. 
xlm pas tu, Amni Khalisha tkg antar mknan kat dedi. siap ada air botol lgk. bole pilih ikt selera dedi. hihii... memi mmg sgt lena tdo. xsdr ape2, tau2 je dedi kena debik. ahahaha... memi terkejut ms dedi kejut, mebi tgh mimpi ngeri kot. hahha...
Aqil Khalish yg tgh belajar berenang
agenda ptg nih, kasik anak terjun pool. wohooo...memi pun suka. tp kali nih xdpt nak wat byk lap. 2lap je dah sempot... lgpun xda sape nak jg Amni Khalisha. dedi sebok layan Aqil Khalish berenang. 
Amni Khalisha pun sm naik bersorak tepuk2 air... 
habis di pool, kami ke pantai.. tp pic memi xshoot sbb sebok nak mandi laut. huhu... kawasan pool & pantai di  Tanjung Bungah Beach Hotel sgt selesa & bersih. cuaca pd pkl 5ptg pun dah redup, sbb matahari xterbenam dr belah sini. 
Peta lokasi ke Tanjung Bungah Beach Hotel:
So far bg kami  Tanjung Bungah Beach Hotel ni mmg bagus, dan sgt di rekemen.. rate dia pun resonable. Location dia strategik, dkt dgn jalan besar.. tgh2 antara gurney drive n bt feringgi. dan paling best beach mmg dekat sgt, cantik dan bersih. Cuma buffet breakfast agak crowd sket ms kami gi.

Sabtu, 28 April 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


School Of Tots: Nasi Lemak Sotong

Posted: 23 Apr 2012 09:07 AM PDT

Al-kisah pagi tadi saya ke Hospital KKB untuk ujian rutin kesihatan. Usai urusan saya pun singgah untuk sarapan di kedai yang famous dengan mee karinya. Saya order nasi lemak sotong dan teh tarik. Boleh tahan sedap nasi lemaknya. Time membayar saya bagi not RM10. Baki yang dipulangkan RM2.70, maknanya kos sarapan tadi ialah RM7.30...hmmm. Agak terkejut beruk dalam hati. Saya pun congak-congakkan dalam kepala. Agaknya RM1.30 untuk teh tarik. Ini bermakna harga nasi lemak sotong itu RM6.00...Wow !!
Rasa tak puas hati betul. Sebabnya ini sarapan pagi bukannya makan tengahari dan ianya betul2 kejadian bukan cobaan. Saya memang suka berkira dan tak sanggup spend banyak untuk sarapan pagi. Selalunya kalau saya makan kat Keramat tu nasi lemak biasa dan teh tarik baru RM2.50. Kalau terliur sekali sekala pekena nasi lemak sotong dan teh tarik depa charge RM4.50. Jadi bila ditimpa keadaan di KKB ni...ish agak terkilan la pulak. Kalau kat restoran elok mungkin boleh justify la kot sebab kos sewa yang mahal. Tapi ni cuma gerai biasa majlis daerah kat tepi jalan besar.
Sesampai di ofis saya dok tanya dua tiga orang kawan se ofis. You kalau beli nasi lemak sotong biasanya berapa harga? Depa kata dalam lingkungan RM2.80 hingga RM3.80 macam tu. Ni kira harga area KL, bukan area ceruk tok kun. Maka heran bin ajaib jugaklah di hati ini. Baru saya teringat, sebenarnya ini bukan kali pertama kejadian. Beberapa bulan lepas saya pi sarapan macam tu jugak kat kedai yang sama bersama isteri. Isteri order mee kari dan nescafe, saya pulak nasi lemak sotong dan teh tarik. Rasanya kena charge banyak jugak, tak silap saya RM12.50 ke gitu. Tapi masa tu tak lah perasan sangat. Mungkin trademark kedai berkenaan agaknya. Kalau tak suka tak yah pi, betul tak? Alhamdulillah rezki dia, dapat hidup mewah.
Anyway saya nak cerita pulak satu kedai makan di food court Setiawangsa. Masakan makcik ni boleh tahan sedapnya, kata orang ada rasa, bukan jenis hentam kromo aje. Air minuman pun sedap. Yang famous ialah air limau asam bol & teh bunga. Yang saya nak ceritanya harga yang dikenakan memang harga patut. Dah le pinggan besar ala-ala kat hotel gitu. Kebersihan terjaga. Sebagai contohnya saya ambil nasi dengan lauk sambal sotong, paru goreng, sayur pucuk ubi dan minuman air teh bunga. Saya tanya makcik tu, berapa? RM4.50 jawabnya. Alhamdulillah, bagi saya cukup murah kerana kualiti makanan dan minumannya sangat baik. Saya tengok ramai student dari kolej berdekatan makan di situ. Semoga murah rezki makcik ini.
Saya teringat suatu kisah sekira-kiranya begini, pada suatu hari sebelum keluar rumah untuk sesuatu urusan Rasulullah SAW menyuruh Aisyah RA mengagih-agihkan daging seekor kambing yang dihadiahkan oleh seorang sahabat kepada mereka. Sepulangnya ke rumah, Rasulullah bertanya kepada Aisyah, apa yang tinggal untuk kita? Aisyah menjawab, semua telah saya bahagikan kepada jiran2 dan sahabat sekelian. Yang tinggal hanya satu kaki kambing itu sahaja. Maka Rasulullah pun menjelaskan, sebenarnya di Akhirat nanti kita akan miliki seekor kambing yang tiada sebelah kakinya.
Apa barang yang kita sedekahkan? Apa makanan dan minuman yang kita sedekahkan atau jamu orang makan dan minum? Apa hidangan dan juadah yang kita sediakan untuk jamuan saudara2 kita, itulah yang akan menjadi milik kita nanti. Bukannya yang dimasukkan ke dalam mulut untuk dikunyah lumat, kerana hakikatnya itu akan menjadi taik belaka atau pun ditukar menjadi sedikit tenaga yang akan diguna habis semuanya.
Maka sukalah saya menyarankan supaya kita suka belanja kawan2 makan dan minum. Wujudkan agenda untuk menjemput tetamu makan2 di rumah kita. Atau menghantar makanan dan minuman ke surau2 dan masjid bagi di infaqkan kepada para jamaah. Itulah sebenarnya makanan dan minuman yang kekal menjadi milik abadi kita.
Kepada para peniaga makanan dan minuman pula, cuba bayangkan jika di infaqkan 50sen pada setiap harga sepinggan nasi campur yang dibeli oleh pelanggan dengan niat sedekah, alangkan beruntungnya. Itulah pelaburan masa depan. Contohnya harga sepinggan nasi campur dan minuman itu RM5.50 tapi kita cakap harga RM5.00 je, atas niat dalam hati bahawa 50sen lagi tu aku sedekah kepada pelanggan tadi kerana Allah. Ish, ish hebat tu. Kayo kayo. Bukan setakat kayo di dunia. Cuba try tengok. Selamat beramal.
Oh ya teringat pula kisah satu brother penjual air tebu di Pasir Pekan Kelantan. Dia ni mesin tebu dan menjual air tebu di tepi jalan pada bulan Ramadan. Air tebu ni di jual dengan harga RM3 satu pek. Yang uniknya dia juga akan pek kan pek-pek kecil sekira-kira harga 50 sen atau RM1. Setiap pelanggan yang membeli air tebunya akan di hadiahkan satu pek kecil tadi dengan niat sedekah. Alhamdulillah berkat perniagaan Brother ni. Laris perniagaan dia. Untung dunia untung akhirat. Sementelah lagi bersedekah di bulan Ramadan. Peniaga yang sungguh bijak.

09 di Butterworth - Google Blog Search

09 di Butterworth - Google Blog Search


Tempahan Atap Nipah <b>di Butterworth</b> | Jenama

Posted: 25 Apr 2012 06:23 PM PDT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*