Khamis, 17 Mei 2012

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 08 May 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 08 May 2012 01:09 AM PDT

URL Sumber Asal :-

MMI: Anwar Bakal Berdepan Umi Hafilda <b>Di</b> Tasek <b>Gelugor</b> ???

Posted: 29 Mar 2012 09:55 PM PDT

Umi Hafilda satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia politik tanahair kita.Kelantangan dan pendedahan yang telah beliau lakukan di seluruh negara membuatkan Anwar Ibrahim semakin tertekan bahkan sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim masih tidak menyaman Umi Hafilda di atas setiap pendedahan dan pembongkaran berkenaan siapa Anwar sebenarnya.
Jika dilihat daripada momentum Anwar hari ini siapa saja yang dilihat menyerang beliau pastinya notis saman akan sampai yang bernilai jutaan ringgit.Namun lain halnya dengan Umi Hafilda,Anwar Ibrahim dilihat seolah-olah takut untuk bersuara malah jauh sekali untuk menyaman.Apakah sebenarnya yang di takuti oleh Anwar Ibrahim untuk menyaman Umi Hafilda ?
Jika dikira cakap-cakap orang lama sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil bermakna pembongkaran oleh Umi Hafilda mengenai Anwar Ibrahim adalah benar.Sejauh mana kebenarannya?
Jom hadir beramai-ramai pada 31 Mac 2012 jam 9.00 malam bertempat di Pokok Sena Tasek Gelugor Pulau Pinang untuk mendengar sendiri pendedahan dan pembongkaran siapa Anwar Ibrahim oleh Umi Hafilda.
Datang sendiri dan dengar sendiri pendedahan tersebut kemudian anda semua nilailah.Paling penting jangan lepaskan peluang ini kerana kebenaran akan ditegakkan pada malam 31 Mac 2012.Mai jangan tak mai.
Anwar Ibrahim nak berdepan Umi Hafilda ?? Nak saman pun tak berani !!
Pssstt Anwar takut dengan Umi Hafilda!!

BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2012 01:45 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Tentang Kami..: Air laut berubah warna

Posted: 12 Apr 2012 08:50 PM PDT


TANJUNG – Setiausaha Unit Nelayan Sungai Gelugor, Zaharah S Jaafar memaklumkan nelayan di situ sudah mula menyedari perubahan warna air laut sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, perubahan warna itu didapati ketika kesemua nelayan melakukan kerja menangkap ikan.

"Ada antara anak-anak buah saya yang cerita air laut berubah dan hasil tangkapan juga sangat sedikit.

"Ada antara mereka yang bawa balik ikan dua tiga ekor ikan sahaja," katanya yang mengulas kejadian dihadapi nelayan pihaknya, susulan gempa bumi kuat berlaku di Aceh Indonesia, kelmarin.

Sinar Harian dimaklumkan biasanya air laut berwarna biru kehijauan, tetapi berubah kelabu atau keruh dua tiga sebelum gempa terbabit berlaku.

Tambahan tangkapan di laut terbuka

Terdahulu, Zaharah memaklumkan, sejurus mendapat berita gempa dan terasa gegaran di Gelugor, dia segera menghubungi kesemua nelayan Sungai Gelugor yang berada di tengah laut.

Menurutnya, sehingga jam 6 petang hari kejadian gegaran itu, dia menunggu nelayan berkenaan di jeti, namun kesemuanya ketika itu tidak tahu gempa yang berlaku dan ada amaran tsunami dikeluarkan masa itu.

"Setelah tiba di darat ada yang maklumkan air di laut berkocak lain macam berbanding hari biasa, rupa-rupanya gempa," katanya.

Sementara itu seorang lagi nelayan, Farid Mohd Mustafa, 29, berkata, dia tidak berasakan perubahan yang ketara terhadap hasil tangkapannya.

Menurutnya, namun ketika berada di laut terbuka, hasil tangka-pannya meningkat berbanding sebelum ini.

"Tetapi jika dibandingkan pada tahun 2004 iaitu seminggu sebelum tsunami, kami nelayan memperoleh RM10,000 seminggu hasil dari tangkapan laut.

"Bagi gempa kali ini hasil tidak ketara, namun tidak dinafikan memang ada pertambahan tangkapan di laut terbuka," katanya.

Farid turut memaklumkan kebanyakan nelayan semalam hanya berehat kerana masih dalam keadaan berjaga-jaga.

Lokasi tumpuan lengang

Tinjauan Sinar Harian sejurus selepas amaran tsunami ditarik balik mendapati lokasi tumpuan pengunjung pada jam 12 tengah malam iaitu persiaran Queensbay Mall dan Padang Kota Lama masih agak lengang.

Peniaga dengan kenderaan lori yang biasanya sudah membuka perniagaan mereka pada waktu petang sehingga ke malam, tetapi sebaliknya lokasi berkenaan sunyi sepi.

Salah seorang pengunjung, Khusairi Abdullah berkata, kebanyakan peniaga di luar kawasan Queensbay Mall itu menjadi tumpuan selepas semua pengunjung keluar dari pusat membeli belah berkenaan.

Dia yang juga antara ribuan orang ramai di situ memaklumkan kebanyakan lori-lori gerai di situ diserbu untuk membeli makanan.

"Perniagaan mereka pada masa itu laris dan kemungkinan besar waktu malamnya mereka sudah tutup kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini kerana lokasi perniagaan mereka terletak berhampiran dengan laut," katanya.

Air laut surut, sungai kering

Tinjauan ke kawasan terbabit juga mendapati air laut surut kira-kira sejauh 100 meter, berbanding dengan hari biasa.

Pada malam yang sama kakitangan sebuah hotel memaklumkan sungai yang menghala ke pantai di Batu Ferringhi kering secara tiba-tiba.

Menurut sumber, kebanyakan pengunjung hotel yang mendaftar masuk pada waktu tengah hari pula kemudiannya ramai yang mendaftar keluar gara-gara bimbang akan kejadian.

Susulan kejadian gegaran rumah ketika gempa kelmarin, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Nibong Indah di Sungai Nibong, Tengku Hazman Tengku Hassan mencadangkan supaya latihan kebakaran dilakukan di perumahan tersebut.

Menurutnya, cadangan latihan itu kerana kebanyakan penduduk tidak mengetahui cara yang betul ketika berlakunya kecemasan.

"Kemungkinan besar selepas ini kami akan mengadakan kawad latihan kebakaran bagi membolehkan penduduk tidak cemas dan semuanya dapat diselamatkan.

"Gegaran yang dialami penduduk kelmarin adalah antara kejadian kedua paling kuat selepas tsunami pada 2004. Selepas tsunami juga ada berlaku gegaran iaitu antara tahun 2005 hingga 2012, tetapi ini antara terkuat dan yang paling dirasai," katanya.

Aktiviti harian seperti biasa

Walaupun rata-rata masyarakat di negeri ini masih heboh memperkatakan berhubung isu gempa, gega-ran dan tsunami semalam, namun mereka sudahpun kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Difahamkan, tiada rasa gusar di kalangan mereka melainkan hanya menjauhi kawasan pantai serta buat masa ini lebih peka dengan maklumat daripada laman web, berita televisyen dan juga Facebook.

sumber : sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Komen