09 di kepala batas - Google Blog Search |
KURSUS EKSPLORASI HAJI <b>DI</b> SMS <b>KEPALA BATAS</b> <b>...</b> Posted: 16 May 2012 07:36 PM PDT KEPALA BATAS – Seramai lebih 300 orang pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 telah mengikuti kursus eksplorasi haji yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMSKB dengan kerjasama Pihak Tabung Haji. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pengalaman secara terus kepada para pelajar bagaimana untuk mengerjakan ibadah haji. Ini juga merupakan sinambungan daripada topik haji yang telah mereka pelajari di dalam bilik darjah. Setelah selesai mendengar taklimat dan ceramah yang disampaikan oleh En. Aswad iaitu pegawai dari Tabung Haji, para pelajar yang telah siap berpakaian ihram meneruskan praktikal berwukuf, melontar, tawaf dan saei di kawasan sekolah. Hasil temuramah beberapa pelajar yang menyertai eksplorasi ini,, mereka sangat gembira dan merasa bertuah kerana selain belajar secara teori, mereka dapat melakukannya secara praktikal yang bagi mereka sangat membantu dalam memahami ibadah haji. Aktiviti eksplorasi ini juga akan menjadi aktiviti tahunan bagi para pelajar tingkatan 4 dan 5 pada tahun- tahun yang akan datang. |
You are subscribed to email updates from di kepala batas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen