Selasa, 8 Mei 2012

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Kelemahan pentadbiran urusan agama Kerajaan <b>Negeri Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 06:58 PM PDT

|

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri mengakui telah melakukan kesilapan dengan mencadangkan nama Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) walaupun sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) pernah berjanji akan menamakan Pesuruhjaya Pas Negeri itu, Datuk Mohd Salleh Man.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Abdul Malik sebagai YDP MAINPP ketika itu dibuat disebabkan tidak mahu berhadapan dengan 'kesukaran' dalam pelantikan jawatan itu seperti yang pernah terjadi sebelum ini apabila cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Mohd Salleh tidak diterima.

"Kita mengakui kesilapan kita dengan menghantar nama Abdul Malik berikutan beliau menjawat jawatan Exco Agama dalam Kerajaan Negeri," kata beliau yang juga Naib Presiden PKR.

"Kita lakukan sebab pertimbangan kita ketika itu dan mengambil kira pengalaman pahit yang kita pernah lalui sebelum ini ketika zaman Datuk Shabudin Yahya memegang jawatan YDP.

"Walaupun pada peringkat mula kita telah mempunyai nama calon YDP sendiri namun usaha selama dua tahun untuk menggantikan calon YDP pilihan kita tidak kesampaian," katanya pada sidang media di sini semalam.


Turut hadir Mohd Salleh dan Abdul Malik.

Pada sidang media berkenaan Mansor menjelaskan terdapat kekeliruan berbangkit apabila watikah pelantikan daripada Istana Negera telah melantik Abdul Malik sebagai YDP MAINPP sedangkan Kerajaan Negeri telah mengutuskan surat rayuan pada 20 Januari lalu bagi mencadangkan Mohd Salleh dilantik sebagai YDP MAINPP.

Mansor berkata, Kerajaan Negeri telah membuat rayuan dan memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mendapatkan perkenan melantik YDP yang baru itu, namun sehingga kini hasrat Kerajaan Negeri itu belum tercapai apabila pihak istana tidak dapat menerima kunjungan itu disebabkan kesibukan Tuanku Abdul Halim dengan urusan-urusan yang lebih mendesak.

Dalam pada itu, Mansor berkata, sementara menantikan rayuan yang dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong itu, Mohd Salleh akan mempengerusikan semua mesyuarat MAINPP.

Sinar

Related Posts : POLITIK, TERKINI


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 9:58 AM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen