09 di Bayan lepas - Google Blog Search |
Nasi Dalca Bawang, <b>Bayan Lepas</b> | JuadahMalaysia.com Posted: 22 May 2012 12:29 AM PDT Selain nasi kandar, satu lagi menu istimewa yang patut korang cuba jika singgah ke negeri Pulau Pinang tak lain tak bukan adalah Nasi Dalca. Nasinya lebih kurang macam nasi minyak. Dimakan bersama pelbagai jenis lauk dan lauk yang wajib ada sudah semestinya kuah dalca. Kat bawah ni gambar makan-makan saya dua tahun lepas. Masa tu xde blog ni lagi. Daripada terperam lama2 dalam DSLR, jadi baru sekarang saya berpeluang tempekkan di blog buat tatapan hangpa semua. Jangan berlengah…jom ikut saya ke Bayan Lepas…. gerai ni namanya "Nasi Dalca Bawang". dibuka pada waktu petang dan berakhir setelah lauk2nya habis dijual. istimewanya nasi dalca di sini selain rasanya sedap ia juga ditabur dengan bawang goreng yang banyak.rangup pulak tu. maka itu sebabnya ia digelar nasi dalca bawang. Ada banyak lauk-pauk yang dijual di sini. semuanya terpulang pada selera korang nak makan apa.. Ada udang, sotong, daging dan ayam. Yang best, ada ayam goreng rempah yg digoreng kat situ juga (panas..panas..). Tak lupa ada ayam masak merah, daging masak hitam dan daging masak rendang Satu lagi lauk yang wajib ada iaitu kuah dalca. org penang memang favorite dia la bab makan dalca dan gulai2 kari nih. Selain tu ada jelatah, sayur kacang panjang dan sotong masak merah. Semuanya sedap-sedap tau …
Pada pendapat saya masakan kat gerai ni sangat memenuhi selera saya dan teman2. Lauknya pelbagai dan sedap2 pula. Dari segi harga juga berpatutan dgn lauk yang diambil. Kalu ambik sotong ke..udang ke… sah2 la mahal sikit okeh ! Gerainya pun simple dan terletak di tepi jalan. Kalau tengok daripada pandangan kasar, gerai ni pemiliknya orang melayu (bukan mamak). lagipun semua pekerjanya budak2 muda melayu. Waktu petang membawa ke Magrib adalah waktu paling ramai org datang samada nak tapau atau makan di situ. Tak ragu2 saya beri 5 bintang untuk masakannya Macamana nak sampai sini? senang aje… korang cuba kaji peta yang saya ambil dari web Tabung Haji di bawah. Kebetulan gerai ni berdekatan dgn kompleks Tabung Haji Bayan Lepas dan berhadapan dengan sebuah klinik kesihatan. ha…mudah kan ! |
You are subscribed to email updates from di Bayan lepas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen