Khamis, 14 Jun 2012

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Wan Azizah: Ingat! Penipuan SPR <b>di Permatang Pauh</b> 2004 bakal <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2012 09:36 PM PDT

(Oleh Masdar Wahid)

WANGSA MAJU 11 Jun: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan setiap jentera pilihan raya Pakatan Rakyat sentiasa berhati-hati dengan penipuan undi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ini kerana katanya, Datuk Seri Najib Razak akan berbuat apa sahaja termasuklah meneruskan amalan memperalat media dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengelakkan kekalahan dalam pilihan raya.

"Pada PRU 2004 di Parlimen Permatang Pauh misalnya, walaupun kiraan undi menunjukkan KEADILAN sudah menang, namun SPR enggan umum manakala media kerajaan keluarkan keputusan konon parti tumbang di kubu kuat sendiri.

"Saya akhirnya diumum menang pada kiraan undi semula sebanyak 590 undi selepas berlakunya penipuan di mana seorang pegawai SPR 'mencuri undi' KEADILAN dan dicampur kepada undi Umno," katanya pada program Demi Rakyat anjuran KEADILAN Wangsa Maju semalam.

Turut serta, Penyelaras KEADILAN Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong; Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang juga penyanyi, Tengku Intan Tengku Abd Hamid atau lebih dikenali Dayangku Intan, pimpinan Pakatan setempat dan lebih 1,000 rakyat pelbagai kaum.

Azizah turut menegaskan, pentingnya anggota parti patuh arahan termasuk ketika situasi genting dan menolak propaganda pihak kecuali maklumat rasmi dari pimpinan dan saluran penerangan parti.

"Konsisten dengan perjuangan dan yakin Allah sentiasa bersama golongan yang benar dalam perjuangan," katanya lagi.

Pada majlis itu, rakyat turut diberi rawatan perubatan percuma dari lima doktor termasuk Dr Tan sendiri.

Kira-kira 50 ibu tunggal menerima bantuan berupa barang keperluan sumbangan dari Cabang itu.

Sementara Dayangku Intan pula menyanyikan dua buah lagu selain turut berucap menyeru rakyat khasnya orang Melayu menolak Umno pada PRU kali ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31410

Tiada ulasan:

Catat Komen