Isnin, 10 September 2012

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


BUJANG SENANG BN: LELAKI DITEMUI MATI <b>DI BALIK PULAU</b>

Posted: 26 Aug 2012 04:51 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Balik Pulau- Seorang lelaki ditemui mati dengan kedua belah tangan terikat dan leher dikelar dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Pinang -- 501Awani (@501Awani). hak milik bujangsenang at Sunday, August 26, 2012 ...

Remaja Perempuan Maut Dirempuh Lori Ais <b>Di Balik Pulau</b> - Hafiz <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 12:50 AM PDT


BAYAN LEPAS: Seorang remaja perempuan yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui rakannya di Bayan Lepas maut akibat tersepit selepas dirempuh sebuah lori ais di Jalan Bayan Lepas/Bukit Belah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, mangsa, Nur Syazana Azemi, 17, dalam perjalanan ke rumahnya di Taman Desa Mutiara, Balik Pulau.

Jurucakap polis berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu motosikal mangsa, sebuah motosikal lain dan lori ais.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku ketika sebuah Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun cuba memotong sebuah kereta lain sebelum hilang kawalan dan melintang di tengah jalan.

Katanya, dua motosikal dari arah sama gagal mengelak lalu merempuh pintu kiri kereta itu sebelum sebuah lori ais dari arah sama merempuh kedua-dua penunggang motosikal menyebabkan seorang terpelanting ke tepi jalan manakala Nur Syazana tersepit antara kereta dan lori.

"Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk dan terperosok di bawah lori dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala penunggang sebuah lagi motosikal parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HBP) untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori dan kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk dan mayat mangsa sudah dituntut keluarganya dan dibawa pulang ke rumahnya untuk urusan pengebumian.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan daripada semua yang terbabit kecuali penunggang motosikal yang parah dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan merbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Pilihan Anda: Isi halau penduduk <b>di Balik Pulau</b> terbongkar dengan <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2012 12:07 AM PDT

|

Di dalam propaganda Lim Guan Eng DAP dan jentera media beliau selama ini memburuk-burukkan parti UMNO dan BN, Setiausaha Agung DAP itu terpaksa juga akur dengan perancangan murni kerajaan BN Malaysia.

Yang terbaru ialah hasrat murni kerajaan BN Malaysia untuk membantu projek Asian Women Leadership University (AWLU). Dan Lim Guan Eng DAP sendiri mengeluarkan kenyataan menyokong penuh hasrat kerajaan BN Malaysia.

Baguslah kerana Guan Eng DAP sedar dengan visi mantap UMNO/BN, lawan beliau yang kerap dituduh dan diburuk-burukkan.

Dalam kenyataan itu, Guan Eng DAP juga berkata bahawa Smith College, partner AWLU, lebih terkenal jika dibandingkan dengan Universiti Sains Malaysia (USM), universiti awam di negeri Pulau Pinang.

Dan DS Khaled Noordin sendiri telah mengesahkan menerima permohonan organisasi antarabangsa untuk membina Insitusi Pengajian Tinggi Swasta di Kampung Genting, Balik Pulau.

Lihat dokumen dan surat dari SUK Penang di dR MiM


PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Berkaitan : POLITIK, TERKINI, ULASAN


Share/Bookmark comments
Posted by Desperado on 5:01 PM. Filed under , , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen