Selasa, 18 September 2012

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


SUATU CATATAN PERJALANAN: SEPETANG <b>DI BATU FERRINGHI</b>

Posted: 18 Sep 2012 06:42 AM PDT


Melayu
Karya Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan


Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.


Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

ALHAMDULILLAH

Kalau direnung sedalam-dalamnya maksud puisi di atas karya agung sasterawan negara kita, pasti banyak yang kita boleh ambil sebagai panduan , motivasi dan apa jua dalam kelangsungan hidup kita seharian di dunia yang fana ini.

Rata2 ramai jugak yang tersinggung akan sindiran yang cuba disampaikan oleh Usman Awang melalui karyanya ini. Namun itulah kenyataannya walaupun pahit perlu kita telan kerana yang pahit itukan sebagai penawar atau ubat dan tidak semestinya menjadi racun manakala yang manis itulah yang seringkali buat kita alpa .

Namun bagi yang sedia menerima kenyataan bahawa itulah hakikat yang kita hadapi masa kini, pasti timbul kesedaran dalam hati .Mungkin kita yang dah berusia tidak dapat berbuat apa2 untuk membetulkan keadaan, namun pasti semangat untuk berubah itu boleh kita tanam dalam diri anak2 kita serta jugak anak2 bangsa kita agar suatu hari nanti apa yang cuba disampaikan oleh Usman Awang dalam rangkap terakhir terlaksana seperti :


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Terkenang dulu saat2 ketika aku mahu memperbaiki taraf hidup ku ketika itu.
Yang mentertawakan aku sendiri jugak adalah bangsa ku sendiri.
Yang cuba menjatuhkan aku sendiri juga adalah bangsa ku juga.
Yang memperlekehkan aku sendiri juga adalah bangsa ku juga.
Yang cuba menjahanamkan aku sendiri juga tak lain tak bukan bangsa ku sendiri.

Hingga kekadang ketika itu aku berfikir , siapa sebenarnya musuh dan saingan ku .

Mujur Allah tak pernah menutup pintu hati ku untuk berputus asa dan terus melupakan kekecewaan itu dan melangkah dan terus melangkah walaupun langkah ku tidak sehebat mana jika mahu diukur , namun aku sangat bersyukur kerana bukan kuantiti yang aku cari, tapi keberkatan yang menjadi matlamat ku kerana akhir perjalanan ku pasti berakhir di titian Siratul Mustaqim kelak sebelum singgah samada di syurga atau sebaliknya .


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."
(Al-Qasas: 77)
Syukur kehadrat Allah kerana aku bisa lagi menikmati desiran bayu Mu di sini hasil dari rezeki dan nikmat yang Kau kurniakan .

Alhamdulillah.


Tiada ulasan:

Catat Komen