09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search |
SUATU CATATAN PERJALANAN: SEPETANG <b>DI BATU FERRINGHI</b> Posted: 18 Sep 2012 06:42 AM PDT Melayu Karya Usman Awang Melayu itu orang yang bijaksana Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Dalam sejarahnya Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri. Berkelahi cara Melayu Watak Melayu menolak permusuhan Maruah dan agama dihina jangan Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Selagi yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Jangan takut melanggar pantang Jangan segan menentang larangan Jangan malu mengucapkan keyakinan Jadilah bangsa yang bijaksana Kalau direnung sedalam-dalamnya maksud puisi di atas karya agung sasterawan negara kita, pasti banyak yang kita boleh ambil sebagai panduan , motivasi dan apa jua dalam kelangsungan hidup kita seharian di dunia yang fana ini. Rata2 ramai jugak yang tersinggung akan sindiran yang cuba disampaikan oleh Usman Awang melalui karyanya ini. Namun itulah kenyataannya walaupun pahit perlu kita telan kerana yang pahit itukan sebagai penawar atau ubat dan tidak semestinya menjadi racun manakala yang manis itulah yang seringkali buat kita alpa . Namun bagi yang sedia menerima kenyataan bahawa itulah hakikat yang kita hadapi masa kini, pasti timbul kesedaran dalam hati .Mungkin kita yang dah berusia tidak dapat berbuat apa2 untuk membetulkan keadaan, namun pasti semangat untuk berubah itu boleh kita tanam dalam diri anak2 kita serta jugak anak2 bangsa kita agar suatu hari nanti apa yang cuba disampaikan oleh Usman Awang dalam rangkap terakhir terlaksana seperti : Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka Terkenang dulu saat2 ketika aku mahu memperbaiki taraf hidup ku ketika itu. Yang mentertawakan aku sendiri jugak adalah bangsa ku sendiri. Yang cuba menjatuhkan aku sendiri juga adalah bangsa ku juga. Yang memperlekehkan aku sendiri juga adalah bangsa ku juga. Yang cuba menjahanamkan aku sendiri juga tak lain tak bukan bangsa ku sendiri. Hingga kekadang ketika itu aku berfikir , siapa sebenarnya musuh dan saingan ku . Mujur Allah tak pernah menutup pintu hati ku untuk berputus asa dan terus melupakan kekecewaan itu dan melangkah dan terus melangkah walaupun langkah ku tidak sehebat mana jika mahu diukur , namun aku sangat bersyukur kerana bukan kuantiti yang aku cari, tapi keberkatan yang menjadi matlamat ku kerana akhir perjalanan ku pasti berakhir di titian Siratul Mustaqim kelak sebelum singgah samada di syurga atau sebaliknya . "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (Al-Qasas: 77) Syukur kehadrat Allah kerana aku bisa lagi menikmati desiran bayu Mu di sini hasil dari rezeki dan nikmat yang Kau kurniakan . Alhamdulillah. |
You are subscribed to email updates from di Batu Ferringhi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen