Isnin, 10 September 2012

09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


Anak Seberang: Antara 2 Darjat <b>Di Nibong Tebal</b> @dzainalabidin

Posted: 22 Aug 2012 12:02 AM PDT

2 Banner diatas ialah banner dari pemimpin pakatan rakyat. 
Mereka kelihatan begitu angkuh dan besar kepala bila memerintah negeri Pulau Pinang. 
Pihak Berkuasa Tempatan iaitu majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di bawah telunjuk mereka takkan ambil tindakan punya untuk menurunkan banner tersebut. Cuba kalau orang lain buat.
Apatah lagi lokasi banner tersebut terletak di kawasan sibuk di tengah-tengah Pekan Nibong Tebal.


Bandingkanlah 2 banner ini pula. Yang di sebelah kiri adalah ucapan hari raya dari Dato Zainal Abidin Bin Osman dan isteri manakala sebelah kanan pula dari kepimpinan UMNO Bahagian Nibong Tebal.
UMNO sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Permit kebenaran memasang banner yang berwana hijau dilekatkan tanda sebagai UMNO menghormati setia garis panduan dari PBT.

Lihatlah.. Begitulah angkuh dan juahnya bila pakatan rakyat memerintah.

Bagaimana pula seandainya mereka memerintah Malaysia?
Lagilah banyak undang-undang yang dibuat akan dibakulsampahkan oleh mereka sendiri.

Anak Seberang: Bukti @chegubard Nak &#39;Berskandal&#39; <b>di Nibong Tebal</b>?

Posted: 24 Aug 2012 06:02 PM PDT

Sebelum ini aku pernah menulis satu entry di SINI berkenaan hajat besar si chegubard ini yang bersungguh-sungguh buat kerja nak tunjuk kat Brader Anwar Bin Ibrahim  yang dia memang nak bertanding di kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Kali ni chegubard muncul lagi di bumi Nibong Tebal untuk buat onar, fitnah dan menghasut rakyat Nibong Tebal.
Terdesaknya dia untuk dikenali di Nibong Tebal sehinggakan terpaksa menggunakan platform NGO bodoh iaitu SAMM untuk buat rumah terbuka peringkat kebangsaan.

Ditambah pula untuk daya tarikan maka dia terpaksa usung si katak yang kuciwa dari Sabah iaitu Lajim Ukin untuk bagi ceramah politik.
Dan lebih menggelikan hati, depa terpaksa mewar-warkan untuk memberi 3,000 cenderahati dan persembahan khas sebagai tarikan untuk menarik orang ramai.
Lihatlah begitu desperadenya si Bad ni..
UMNO yang berpuluh-puluh tahun dah buat  jamuan aidilfitri di Nibong Tebal tak pernah la pulak pukui canang nak bagi 'cenderahati' nak tarik 'crowd'!

Nak buat jamuan Aidilfitri tu bagus, tapi tak perlulah nak jadikan ia sebagai medan politik untuk mencetus adu domba dan kebencian sesama umat Islam. Itu celaka namanya..
Naik menyampah aku tengok. Puak pakatan haram jadah ni memang kerjanya 24 jam asyik pikir politik saja tanpa memikirkan sensitiviti kemuliaan bulan Syawal ini. Baghal betul!

Lagi satu aku nak pesan, elok pi berambus la buat kat tempat lain! Padang Taman Seri Acheh tu sempit tempatnya. Taman Seri Acheh tu pun tak sebesar mana. Buat kacau orang taman tu saja.
Aku tau sangat tempat ni. Ataupun ini satu cara nak tunjuk crowd ramai di tempat yang sempit?? Haha
Ubah le tempat kat Padang Awam Jawi yang luas tu, tadak sapa nak kacau.Ada paham!

Kerusi DUN Sungai Acheh yang sebelum ni ditandingi PKR nampaknya pakai nganga sajalah lepas ni terlepas kat hamPAS.
Hj Wan dan Rizal Hamid boleh gigit jari la nak mimpi jadi calon.
PAS nampaknya dah sungguh-sungguh nak bertanding di situ dengan buat pelbagai gerak kerja takkan bagi peluang kepada PKR punya. Berkelahi teruklah hangpa!

Tulisan Blog Lawyer Garang: Tunggu Anwar <b>Di Nibong Tebal</b>....

Posted: 06 Jul 2012 06:00 PM PDT

Anwar Ibrahim selama ini dianggap sebagai tali penghubung antara parti-parti dalam pakatan pembangkang. Tanpa Anwar, DAP dan PAS tidak akan bekerjasama malah tanpa Anwar juga, PKR tidak membawa erti apa-apa.

Ini kerana, PKR wujud kerana Anwar, bukan kerana rakyat dan bukan kerana menuntut keadilan. Ia semata-mata kerana Anwar ingin menjadi Perdana Menteri atau Presiden Republik Malaysia baru dan Pakatan Rakyat pula wujud atas matlamat yang sama tetapi memperjudikan nasib kepada puak chauvinis DAP yang ingin menjajah dan mengCinakan negara ini.

PAS pula adalah pak turut yang selamanya kabur dan kosong yang hidup atas dasar bencikan UMNO dan matlamatnya hanyalah untuk menghapuskan saudara sebangsa dan seagama di dalam UMNO.

Namun, akhir-akhir ini, Anwar nampaknya bukan lagi satu 'faktor' penting dalam Pakatan Rakyat. Ramai yang mula meragui sejauh mana 'Anwar' mampu mempengaruhi undi dalam pilihanraya.

Dalam banyak perkara Anwar dianggap liabiliti atau beban yang menyusahkan PR. Walaupun beliau masih ada pengaruh di kalangan LGBT dan liberal serta golongan yang fanatik terhadapnya secara buta tuli, tetapi memandangkan kumpulan ini hanya mewakili segelintir rakyat Malaysia maka ia tidak membawa apa-apa signifikan kepada pilihanraya.

Pendek kata, kekuatan dan kelemahan PR hari ini bukan bergantung kepada faktor 'Anwar' lagi.

Sejak hujung tahun lepas lagi, Anwar dilihat semakin lemah walaupun di kawasannya sendiri, iaitu Permatang Pauh. Ini dapat dibuktikan dari ceramahnya pada 21 Oktober 2011 di situ yang hanya dihadiri oleh jiran-jiran dan saudara mara berdekatan serta mungkin juga beberapa pengikut tegar yang datang dari jauh. Walhal, Permatang Pauh adalah kubu kuatnya.

Sebagai seorang politikus berpengalaman, Anwar pasti tidak akan membiarkan dirinya kalah dan dimalukan di kubu kuatnya. Logiknya, beliau akan lari ke tempat lain untuk bertanding.

Dari apa yang diperhatikan, nampaknya Anwar akan memilih Nibong Tebal mengikut congakan sokongan berdasarkan kedudukannya di pinggir bandar, merangkumi DUN Sungai Acheh, Sungai Bakap dan Jawi. Dan Sungai Bakap merupakan tempat kelahiran Anwar.

Pada PRU 2008, kerusi Nibong Tebal merekodkan 47,540 pengundi berdaftar dengan pecahan Melayu 43.6%, Cina 40.5% dan India 15.9%. Kerusi ini dimenangi oleh Tan Tee Beng dari PKR yang memperolehi 20,210 undi mengalahkan Ketua UMNO Negeri, Zainal Abidin Osman yang mendapat 17,123 undi.

Bagaimanapun, Tan, pada 1 Mac 2010 telah mengumumkan keluar dari PKR apabila dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Beliau kini menjadi Ahli Parlimen Bebas dan mesra BN.

Dari apa yang dilihat, tidak mustahil UMNO akan meletakkan calon yang sama. Jika benar Anwar akan lari ke Nibong Tebal maka kita bakal menyaksikan pertandingan antara Ketua Pembangkang dengan Ketua UMNO Negeri Pulau Pinang dalam PRU ke-13 nanti

Tiada ulasan:

Catat Komen