Jumaat, 14 September 2012

09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


JKM cari waris 2 bayi ditinggalkan <b>di</b> Hospital <b>Seberang Jaya</b>

Posted: 12 Sep 2012 06:25 AM PDT

BUKIT MERTAJAM,RABU, 12 September, 2012: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Tengah (SPT) mencari waris dua bayi lelaki, masing-masing berusia dua dan tiga bulan yang ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Pegawai JKM, SPT Noor Lela Saad, berkata bayi pertama yang didaftarkan sebagai Ahmad Firdaus berusia dua bulan ditinggalkan oleh ibunya yang dikenali sebagai Dewi Mustika dipercayai warga Indonesia dan beralamat Pangsapuri Limau Manis, Bukit Tengah dekat sini di HSJ pada 1 Ogos lalu.

"Menurut pihak hospital, ibu bayi berkenaan meninggalkannya sehari selepas dilahirkan dan Ahmad Firdaus juga dilahirkan pramatang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Noor Lela berkata, bayi kedua berusia tiga bulan dan masih belum didaftarkan namanya itu masih dirawat di HSJ berikutan menghadapi masalah kesihatan.

Katanya, bayi lelaki itu dilahirkan di Klinik Kesihatan Jelapang, Perak dan ditinggalkan oleh ibu angkatnya yang dikenali sebagai Ani juga warga Indonesia di HSJ, 4 Ogos lalu.

Beliau meminta ibu kandung atau waris kedua-dua bayi berkenaan supaya tampil mengambil anak mereka dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keluarga bayi berkenaan boleh menghubungi Pegawai Pelindungan JKM, SPT Wan Rohaiza Wan Ahmad di talian 04-5382524. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Komen