Ahad, 9 September 2012

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


Pusat Judi Kuda Bercambah <b>Di Tasek Gelugor</b> !! Apa Sebabnya - MMI

Posted: 20 Jul 2012 03:18 AM PDT

Lambakan pusat-pusat judi kuda dilihat semakin membimbangkan.Sedar bahawa manusia khususnya mereka yang beragama Islam akan sentiasa disesatkan oleh syaitan maka menjadi satu tanggungjawab yang besar kepada sesiapa saja khususnya yang beragama Islam untuk sama-sama memastikan orang Melayu Islam tidak terus disesatkan.
MMI fokuskan artikel kali ini kepada apa yang sedang berlaku di Tasek Gelugor walaupun dikawasan-kawasan lain turut mengalami masalah yang sama.
Bayangkanlah semenjak berpuluh tahun yang lalu Tasek Gelugor merupakan satu kawasan yang majoriti penduduknya adalah mereka yang berbangsa Melayu.Maka kerana itulah suasana di Tasek Gelugor agak berbeza dengan kawasan-kawasan lain kerana masyarakatnya yang mementingkan kesepaduan dan amalan sihat seperti mana yang diterapkan dalam ajaran Islam dapat hidup penuh harmoni.
Untuk melihat premis-premis perjudian beroperasi secara terbuka merupakan satu perkara yang mustahil walaupun pada ketika itu terdapat juga mereka-mereka yang terlibat dalam perjudian namun ianya dilakukan secara tersembunyi kerana tahu masyarakat Tasek Gelugor menolak amalan perjudian mahupun yang sewaktu dengannya.
Namun kini semuanya sudah berubah.Apakah kerana kesan kepada kemajuan yang sedang Malaysia usahakan ? Atau ianya berlaku kerana proses tranformasi yang sedang pihak kerajaan laksanakan ?
Ianya dilihat mula bertapak semenjak 2008 yang lalu.Tatkala seluruh rakyat Tasek Gelugor terkejut dan sedih dengan keputusan pilihan raya 2008 yang menyaksikan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Haprak maka di saat itulah bermulanya apa yang MMI gelarkan sebagai pencerobohan terancang yang sebenarnya didokong oleh kerajaan pimpinan DAPigs dan Pakatan Haprak sehingga ke hari ini.
Gambar diatas adalah bukti bahawa premis perjudian kuda beroperasi secara terbuka di Tasek Gelugor.Apakah pusat operasi judi kuda ini di buka secara haram ? Melalui pemantauan MMI sendiri sehingga kini terdapat lebih daripada 3 pusat perjudian kuda ini yang telah dikenal pasti beroperasi di Tasek Gelugor.
Sehingga artikel ini ditulis tidak ada langsung tindakan mahupun serbuan oleh pihak berkuasa terhadap premis-premis ini bahkan ianya beroperasi seolah-olah dihalalkan oleh pihak-pihak tertentu.
Siapa agaknya yang menghalalkan pusat perjudian ini ? 
Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mempunyai pihak berkuasa tempatan @ MPSP seharusnya tindakan telah pun diambil.
MPSP lah yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran lesen tersebut dan di mana pemantauan daripada pihak berkuasa ?
Jika dulunya MPSP begitu hebat dalam soal pemantauan dan gerak kerja menurunkan bendera-bendera parti politik mengapa dalam soal ini seolah-olah buta,pekak dan bisu ? Klik Sini ,  Sini dan Sini
Paling memalukan adalah Ahli Majlis MPSP yang dilantik.Apakah yang mereka lakukan sehingga kini ? Mengapa dalam soal premis judi kuda ini tidak ada langsung tindakan yang diambil ?
Ini merupakan satu lagi bukti sikap double standard ataupun pak turut ahli-ahli majlis MPSP yang takut kepada Guan Eng Ketua Menteri paling celaka.
MMI bawakan gambar mereka-mereka yang sepatutnya kedepan dalam isu ini malah mereka ini terdiri daripada orang-orang Melayu dan beragama Islam.Ada dikalangan mereka ini yang MMI cukup kenali malah semuanya berdiri atas kapasiti juak-juak penjilat Pakatan Haprak.
Jika melihat kepada gambar-gambar yang beranak panah itu cukup jelas menunjukkan mereka berbangsa Melayu serta beragama Islam.Malah beralamat di daerah Seberang Perai Utara dimana Tasek Gelugor merupakan salah satu kawasan dalam daerah tersebut.
Paling dekat sekali dengan Tasek Gelugor adalah Ahli Majlis bernama Ahmad Tarmizi Abdullah yang tinggal di kampung Pongsu Seribu.
Beliau merupakan antara penyokong perjuangan Pas walaupun lantikan beliau sebagai Ahli Majlis MPSP di buat atas kapasiti NGO.Namun dalam soal premis perjudian ini apa tindakan yang beliau dan rakan-rakan lakukan ? 
Apa mungkin mereka-mereka ini menerima bayaran tertentu sebagai suapan untuk diam dan menghalalkan premis-premis ini untuk terus beroperasi ?
Tidak cukup dengan itu MMI bawakan pula senarai anggota jawatankuasa mengikut tugas masing-masing seperti di atas.Melihat kepada pengagihan tugas saja sudah cukup untuk membuktikan bahawa Ahli Majlis MPSP yang dilantik sebenarnya tidak manjalankan tugas mereka dengan baik.
Persoalan yang perlu di jawab oleh puak-puak ini khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam,adakah anda telah melaksanakan tanggungjawab dengan meletakkan amanah sebagai keutamaan ?
Rumusannya adalah Ahli Majlis MPSP selama ini hanya memekak telinga,membutakan mata dan tutup mulut diam seribu bahasa khususnya dalam soal kewujudan premis-premis judi kuda yang semakin berleluasa.
Hanya kerana jawatan dan takutkan Khalifah Umar Abdul Aziz @ Guan Eng amanah yang sepatutnya dilaksanakan diabaikan.
Pastinya semua masih ingat sewaktu negeri Pulau Pinang dibawah kerajaan Barisan Nasional tidak pernah wujud premis-premis  perjudian kuda secara terbuka seperti mana yang dapat diihat hari ini di Tasek Gelugor.
Ini baru pegang kerajaan negeri,belum lagi negara ! Bayangkanlah apa akan berlaku sekiranya Pakatan Haprak memerintah negara ?
Dalam masa yang sama dikhabarkan pihak polis juga seolah-olah tidak melakukan apa-apa berkenaan isu premis judi kuda ini.Apa dah jadi ni ??
Pssstt dengar cakap-cakap kata pusat-pusat judi ni ada bayar sebagai perlindungan ? Betul ke ?

HURAIRA AL-HADY: PAS <b>DI TASEK GELUGOR</b> TERDUDUK <b>...</b>

Posted: 22 May 2012 12:30 AM PDT





Ceramah Agama oleh penceramah terkenal dari Perak ini iaitu Ustaz Kazim Elias pada malam minggu yang lalu telah berjaya menarik minat hampir 7000 rakyat tasek gelugor.  Memang hebat sambutan ceramah Ustaz Kazim Elias ini di SK Ara Rendang yang dianjurkan PIBG SMK Pokok Sena . 
Turut hadir ke majlis ini ialah Adun Prmtg Berangan , YB Ustaz Shabudin Yahya ketua umno bahagian tasek gelugor serta tetamu istimewa Mufti P.Pinang SS Datuk Seri Hj Hassan Ahmad . 
tahniah kepada UMNO bahagian tasek gelugor kerana berjaya mengadakan majlis ceramah tersebut dan membongkar parti pas supaya rakyat di beri maklumat yang benar. 

Biar PM tentukan kedudukan saya <b>di Tasek Gelugor</b> <b>...</b>

Posted: 23 May 2012 11:56 PM PDT

- Ahli Parlimen Tasik Gelugor Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan siapa yang layak bertanding di kerusi itu. Katanya beliau menghormati hasrat bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar untuk kembali bertanding di kerusi berkenaan, namun keputusan akhir adalah hak Perdana Menteri.

 "Biarlah Perdana Menteri yang pilih 'winnable candidate'...Mohd Shariff ada hak untuk sampaikan perasaannya...saya tak rasa apa-apa, saya fikir dia (Mohd Shariff) ada hak untuk sampaikan rasa hatinya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Noh Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Mohd Shariff bahawa beliau mahu bertanding semula di kerusi tersebut, selepas memberi laluan kepada Nor Mohamed pada pilihan raya lepas.

 Ditanya mengenai kesediaannya mempertahankan kerusi itu, Nor Mohamed berkata: "Saya tidak ada apa-apa komen." Semalam, Mohd Shariff, 65, dilapor berkata beliau melepaskan kerusi Tasik Gelugor kepada Nor Mohamed atas permintaan perdana menteri ketika itu, dan kini telah bersedia untuk kembali berkhidmat kepada masyarakat di kawasan tersebut. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Komen