09 di nibong tebal - Google Blog Search |
WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: PARLIMEN <b>NIBONG TEBAL</b> <b>...</b> Posted: 28 Sep 2012 02:06 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS AKU rasa ramalan aku hasil dari risikan teman2 mengesahkan bahawa Penyelaras SAMM, Chegu Bard bakal diletakkan sebagai calon di Parlimen Nibong Tebal, P.Pinang. Ini satu berita baik kerana sudah lama kita mengharapkan anak muda ini berada di dalam Parlimen. Chegu Bard pun bukan asing di Nibong Tebal kerana keluarga atau waris beliau ramai di sana iaitu di sebelah isterinya, bahkan beliau pernah aktif di Nibong Tebal sehingga pernah ditangkap. Khabarnya, penyokong-penyokong beliau sudah lama membuat kerja di kawasan tersebut dan baru-baru ini Himpunan SAMM Kebangsaan pun telah diadakan di situ dengan program jamuan hari raya. Bagaimana pula dengan kawasan beliau di Rembau? Dengar khabarnya sebagai persediaan untuk beliau bertanding di Nibong Tebal, beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya selaku Ketua Cabang Rembau. Itu belum dapat aku pastikan kesahihannya. Tapi semua maklum, kerusi Parlimen Rembau yang ditandingi oleh Chegu Bard pada PRU yang lalu hanya sekadar dipinjamkan sementara oleh PAS kerana ingin menunaikan hajat Chegu Bard ketika itu yang mahu berdepan dengan KJ, Ketua Pemuda Umno. Keputusan akhirnya menunjukkan Chegu Bard tewas dalam satu keputusan yang kontroversi di mana dikatakan KJ sudah tewas sebelum datangnya bantuan undi pos. Di Nibong Tebal, difahamkan kehadiran Chegu Bard disambut baik oleh masyarakat di sana. Walaupun dikatakan terdapat usaha-usaha tertentu untuk membawa Timbalan Ketua Menteri P.Pinang untuk bertanding di kerusi tersebut, tetapi ramai yang berpendapat kerusi tersebut wajar diserahkan kepada Chegu Bard kerana beliau lah yang banyak membantu KEADILAN Nibong Tebal menggerakkan jentera di situ setelah Wakil Rakyat dari KEADILAN, YB Tan Tee Beng melompat keluar dari parti. Apa pun, jika benar beliau akan dicalonkan di situ kita mendoakan agar beliau berjaya melangkah kaki ke Parlimen samada selaku MP Kerajaan mahu pun MP Pembangkang. |
You are subscribed to email updates from di nibong tebal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen