Khamis, 18 Oktober 2012

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b> Putar Belit Jual Tanah - UMNO Online

Posted: 05 Oct 2012 12:16 AM PDT

Kategori Berita Lain

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Putar Belit Jual Tanah Di Taman Manggis

GEORGE TOWN, 5 Okt – Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kecewa dengan kerajaan negeri yang didakwa tidak ikhlas dalam penjualan tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis di sini apabila mensyaratkan bayaran penuh lebih RM22 juta bagi tanah itu perlu dibayar dalam tempoh 30 hari.

Ketua Pemudanya Oh Tong Keong berkata BN negeri telah menerima surat daripada pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam yang mensyaratkan jika bayaran penuh tidak dijelaskan dalam tempoh itu, urusan pemberimilikan tanah tidak dapat dijalankan.

Turut dinyatakan dalam surat itu tanah di Taman Manggis hanya untuk pembinaan rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengikut kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, katanya.

Syarat yang dikemukakan oleh pejabat ketua menteri amat tidak munasabah kerana ini melibatkan pembelian tanah yang memerlukan perbincangan untuk terma dan syarat serta perjanjian jual beli, katanya di sini hari ini.

"Kami rasa sedih dan kecewa dengan syarat yang ditetapkan dan diberi hanya 30 hari untuk selesaikan baki bayaran iaitu RM22,183,227. Ini bukan cara yang betul.

"Kenapa (sebelum ini) kerajaan negeri boleh menjual tanah itu kepada syarikat swasta dan memberi mereka tempoh lima tahun untuk menjelaskan baki bayaran dan BN hanya diberi 30 hari?," tegasnya.

Pada Rabu lepas, BN negeri telah membayar "wang kesungguhan" RM224,073 atau satu peratus daripada harga penuh RM22,407,300 dalam bentuk tunai kepada kerajaan negeri sebagai tanda ikhlas untuk membeli tanah itu.

Oh berkata Pemuda BN turut ragu dengan kenyataan Lim sebelum ini yang menyatakan tanah di Taman Manggis tidak sesuai untuk pembangunan PPR kerana saiznya yang kecil.

"Tetapi dalam surat itu jelas menyatakan penjualan tanah itu tertakluk kepada syarat hanya untuk pembinaan PPR. Ini jelas mencerminkan ketidakikhlasan kerajaan negeri untuk menjual tanah pada BN," katanya.

Oh berkata peguam yang ditugaskan untuk proses pembelian tanah itu telah menghantar surat rasmi kepada pejabat ketua menteri pagi ini bagi memulakan proses perjanjian jual beli kerana pihaknya langsung tidak diberikan peluang untuk berbincang terma dan syarat jual beli.

Berita Bertarikh Pada 3:16 PM

JumieSamsudin.Com: <b>Pulau Pinang Negeri</b> Pertama Yang Tidak <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 05:00 PM PDT

Petikan daripada Malaysian Digest, nak share dengan u olls semua.

 
  
Wednesday, 17 October 2012 11:35
This was announced by Penang Islamic Religious Department director Datuk Sazali Hussein, who said the move can help curb the problem of unmarried women.
"For those who wish to practice polygamy, they only need to get approval from the syariah court to waive the need to present the first wife's approval to take on another wife.
"However, they need to provide solid reasons before it can be considered.
"Maybe if the reason given is solid and can bring benefits, the judge will grant the request," he was quoted as saying in Utusan Malaysia today.
Sazali was asked to comment on a suggestion by a reader in the newspaper's Forum column. The reader, identified as Syed Abdullah Syed Osman Jamalulail from Ampangan, Seremban, had suggested that polygamy conditions be eased to help women of an advanced age who are still unmarried.
Syed Abdullah had suggested that the authorities loosen the condition which stipulates that men who wish to marry women over 30-years-old need to obtain the consent of their first wife.
He had also suggested that another condition which should be relaxed was the requirement for the man to produce his salary slip or confirmation of wages from employers, as per normal procedure.
He believed that it was sufficient that the prospective newlyweds come to a mutual agreement on their union.

I read this artikel daripada wall FB Mama Regina.

Alasan yang digunakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk melakukan perkara baru ini adalah untuk mengurangkan jumlah wanita yang tidak berkahwin. (tiba-tiba melenggor lema h longlai rebah ke bibir sofa...alahai alasannn.....)

Pada pendapat akak, alasan ini langsung tidak munasabah. Kenapa nak longgarkan peraturan untuk memudahkan lelaki kahwin lebih daripada 1 sedangkan masalah utama mengapa perempuan zaman sekarang ramai yang tak kawen bukan hanya kerana jumlah lelaki lebih kurang daripada wanita, tetapi.................LELAKI ZAMAN SEKARANG DAH BANYAK TIDAK LAYAK UNTUK BERKAHWIN.

Tapi persoalaannya,  adakah ini caranya untuk menangani masalah jumlah perempuan yang tak kahwin?

Dulu bila tengok drama TV bersama Kak Edeh (my mother),  selalu depa akan buat drama lawak pasai macam mana suami akan curi-curi amik cop jari isteri untuk dapat kelulusan depa kawen lebih.  And i asked my mother masa tu  "Mak,  pasai pa lelaki nak kawen kena dapat kebenaran bini pertama?"

Mak I olls jawab "Mendapat kebenaran isteri pertama untuk kahwin lagi satu,  bukan hukum wajib dalam Islam.  Tapi undang-undang kat Malaysia buat macam tu untuk melindungi wanita juga.  Macam mana kalau lelaki tu tipu kat GF dia kata dia bujang lagi?  Kesian kan?"

So lebih kurang macam tu la yang i faham dan ingat apa yang mak I  cakap.  And I sangat setuju.  Bukan i ni sexist ataupun feminist ka apa.

Now,  I olls dah kahwin.  Ini pendapat i olls tentang perkara ini.  Pendapat ini berbentuk personal,  kalau terkena pada mana-mana pihak,  itu memang tidak dapat dielakkan dan akak mintak maaf.

Hidup bermadu bukannya senang.  Para isteri Rasulullah pun sama-sama cemburu.  Itu berkahwin dengan Rasulullah yang hatinya telah dicuci dengan air zam zam.

Apa yang digambarkan oleh orang yang hidup berpoligami dalam media cetak dan media massa semuanya dah diedit oleh producer,  director dan editor.  HAKIKAT???  Hanya depa yang bermadu sahaja yang tau u olls.

I olls dah kawen,  suami I olls tengok perempuan gemok ketwok tepi jalan pun akak sentap seketika.  "HANG TENGOK POMPUAN GEMOK TADI KAN?"   (pastu En.  Khafi akan gelak santai).

Macam mana pulak perasaan u olls apabila u olls tau,  malam ini suami u olls sedang bersama dengan isteri pertama atau kedua (mungkin u olls isteri number 3).  Okay,  u nak kata....u tak kisah?  Okay takpa.  U can be defensive. U boleh tipu I. Tapi kalau u tipu diri sendiri,  I tak tanggung.

Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh wanita yang ingin bermadu.  Silap haribulan,  isteri semua kena sama-sama tanggung beban untuk maintainkan ekonomi keluarga.  Satu pengorbanan yang dijanjikan payung emas di syurga.  Takpa..........................................kalau u olls sanggup.  Pilihan di tangan U.

A friend of mine pernah cakap.  Dia seorang professor.  Dia dikurniakan rumah tangga yang bahagia.  Sekarang ni dia dah mencecah usia nak pencen.  Dia pernah share dengan I "Jumizah,  u tau tak?  Kawan i semua yang dah pencen pesan kat I.  Man............u kalau dah pencen nanti.  Jangan 'tambah cawangan',"  pesan kawan-kawan beliau.  Pastu dia gelak.

Katanya,  kawan-kawan dia semua habis hidup porak peranda lepas berpencen.  Dengan isteri baru,  dengan anak kecil.  Duit dan harta tergadai.  Hubungan dengan keluarga pertama pun dah tak berapa nak elok.  Yelah....time pencen ni kita nak relakskan otak dan bersama-sama harungi masa emas kita bersama orang (isteri) yang selama ini susah bersama kita untuk capai kejayaan ini.

"I rasa satu je Jumizah.  I lelaki,  i faham.  Lelaki bila sampai umur 40 an.  Kami ada satu perasaan yang ingin menguasai sesuatu ataupun rasa macam nak tengok sama ada dia ni masih ada 'kuasa'.  Inilah midlife crisis yang paling utama.  So,  kami akan rasa ingin ada pangkat,  kuasa,  duit,  atau apa-apa sahaja.  One of the way untuk tunjuk yang kita masih 'berkuasa' is bila kita boleh kahwin lagi satu.  Seperti kita boleh buktikan yang,  kita masih ada 'kuasa',"  jelas kawan I.

So,  berbalik pada topik asal kita.  Sekarang ni,  kita sebagai wanita apa yang harus kita buat?  Haruskah kita beremosi dan membuat rapat umum depan pejabat Perdana Menteri untuk hantar memorandum bagai (bagus juga idea ni...hahaha) kepada PM Najib untuk bantah perkara ini.

Ataupun,  kita kena pergiatkan kelas untuk memberi bimbingan kepada para wanita untuk melayan suami setaraf GRO (Sangat jijik usaha itu.  Semuanya semata-mata untuk serve jantan.  Kita?).

Tak kisah kita ni isteri pertama ataupun bakal isteri.................SO APA PERSEDIAAN KITA?

Sebagai isteri pertama.................apa nak jadi pada hidup kita lepas suami kita berkahwin lain? Apa nak jadi kat kita apabila duit bulan-bulan kita dapat (the only thing kita dapat from suami selama ini) akan dibahagi kepada dua?  Apa nak jadi kepada kita selepas ini apabila tiba-tiba suami macam duk nak duduk rumah bini nombor dua?  Apa nak jadi kalau tiba-tiba rumah kita duduk,  suami kita bawak bini nombor dua dia duduk sekali?  Apa nak jadi kalau tiba-tiba suami kata "U ni suka cari pasal nak gaduh dengan isteri kedua................I CERAI U TALAK 1,"  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa kan?

And sebagai bakal isteri..........perlukah u olls kawen dengan suami orang?  Perlukah u olls menjadi desperate untuk menumpang kasih?  U olls tau ka selama ini bakal suami u ni adalah suami orang beranak 3?  U olls tau ka berapa hutang yang ditanggung oleh suami dan isteri pertamanya?  U olls terpikir tak mungkin hutang piutang itu semua akan jadi sebahagian daripada bebanan hidup u?  U olls tau tak yang bila u dah jadi isteri orang,  tiba-tiba life u terbatas,  u nak sambung belajar pun u nak kena pikir and rancang sama-sama dengan suami? Macam mana pula kalau u nak discus benda benda macam ni dengan suami yang ada dua isteri? U olls rasa kasih sayang dari Allah hanya boleh sampai daripada seorang suami sahaja?  Macam mana pula kalau u olls amik anak angkat?  Ataupun,  u olls rasa u olls tak cukup happy ka untuk jadi wanita single,  bekerjaya,  berduit dan mampu pusing dunia!!!!

Fikirkanlah,  biak pi la lelaki nak buat apa pun.  Yang penting,  kita persiapkan diri sendiri dulu.

Akhir kata,  terimalah gambar sepupu I dengan pose KEKWAT sambil berkata "Who run the world? GIRLS!!"

Love u olls semua,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan.

Tiada ulasan:

Catat Komen