09 di Batu kawan - Google Blog Search |
- Berita Harian | Podium <b>di</b> Qatar sandaran Fitri 'tawan' <b>Batu Kawan</b>
- Kes saman fitnah penyelaras BN <b>Batu Kawan</b> selesai <b>di</b> luar <b>...</b>
- Kes saman fitnah Penyelaras BN <b>Batu Kawan</b> selesai <b>di</b> luar <b>...</b>
Berita Harian | Podium <b>di</b> Qatar sandaran Fitri 'tawan' <b>Batu Kawan</b> Posted: 26 Nov 2012 11:41 AM PST Kuala Lumpur: Gelaran juara pada pusingan terakhir Piala Impian Asia (ADC) yang berakhir di Qatar, Sabtu lalu menjadi pembakar semangat buat pelumba muda terbaik Cub Prix 2012, Mohd Fitri Ashraf Razali untuk menghadapi perlumbaan terakhir kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan 1 dan 2 Disember ini. Ketika kelompok besar pelumba di hadapan melepasi selekoh terakhir untuk menuju ke garisan penamat, pelumba 18 tahun itu dapat meloloskan diri dan akhirnya berjaya memecut bersendirian ke garisan penamat buat meraih gelaran juara.
Bakar semangat Namun hasrat Fitri meneruskan aksi sama pada Perlumbaan 2 tidak kesampaian apabila sekadar tamat di tempat keenam. Perlumbaan malam berkenaan sebaliknya dimenangi pelumba Australia, Joshua Hook dengan masa 18'00.916s manakala Iswandi kedua, 18'01.130s dan pelumba Jepun, Hiroki Ono ketiga, 18'01.150s. "Perlumbaan minggu ini sangat sengit namun saya puas," kata Fitri yang mengakui penyertaan dalam saingan ADC yang dijalankan serentak dengan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS membawa lonjakan besar dalam kerjaya perlumbaan dirinya. Penuh dengan pengalaman menggembirakan sepanjang minggu ini, Fitri berharap ia akan berterusan dalam Kejuaraan Cub Prix di Batu Kawan minggu ini. |
Kes saman fitnah penyelaras BN <b>Batu Kawan</b> selesai <b>di</b> luar <b>...</b> Posted: 26 Nov 2012 03:35 PM PST Posted on November 27, 2012, Tuesday GEORGE TOWN: Kes saman fitnah oleh Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Kawan A. Mohan terhadap dua pembantu peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy, iaitu M.Satees dan M.Amal Dass diselesaikan di luar mahkamah. Hakim Mahkamah Tinggi GV. Varghese semalam merekodkan penyelesaian itu selepas Mohan, Satees dan Amal Dass bersetuju berbuat demikian (bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah). Dalam terma penyelesaian yang diedarkan oleh defendan, Satees dan Amal Dass mengaku telah mengeluarkan kenyataan mengenai Mohan di dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 3 Sept 2011 di Pusat Khidmat Ramasamy di Taman Supreme, di sini. Bagaimanapun, kedua-dua defendan menyatakan tidak pernah berniat untuk memperkecilkan atau memfitnah Mohan dalam apa jua cara, dan mereka memohon maaf sekiranya telah membuat plaintif tersinggung. Mohan diwakili peguam bela Baljit Singh dan V.Amareson manakala Satees dan Amal Dass diwakili peguam S.Murali. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Kes saman fitnah Penyelaras BN <b>Batu Kawan</b> selesai <b>di</b> luar <b>...</b> Posted: 25 Nov 2012 10:01 PM PST GEORGETOWN, 26 Nov : Kes saman fitnah oleh Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Kawan, A Mohan terhadap dua pembantu peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, iaitu M Satees dan M Amal Dass diselesaikan di luar mahkamah. Hakim Mahkamah Tinggi, GV Varghese hari ini merekodkan penyelesaian itu selepas Mohan, Satees dan Amal Dass bersetuju berbuat demikian (bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah). Dalam terma penyelesaian yang diedarkan oleh defendan, Satees dan Amal Dass mengaku mengeluarkan kenyataan mengenai Mohan di dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 3 September 2011 di Pusat Khidmat Ramasamy di Taman Supreme, di sini. Bagaimanapun, kedua-dua defendan menyatakan tidak pernah berniat untuk memperkecilkan atau memfitnah Mohan dalam apa juga cara, dan mereka memohon maaf sekiranya membuat plaintif tersinggung. Mohan diwakili peguam bela Baljit Singh dan V Amareson manakala Satees dan Amal Dass diwakili peguam S Murali. – BERNAMA Category: Bahasa Malaysia News |
You are subscribed to email updates from di Batu kawan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen