Khamis, 8 November 2012

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Nov 2012 01:27 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Oct 2012 07:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KENYATAAN PENUH CERAMAH MAT SABU <b>DI</b> PADANG <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 07:30 PM PDT

Berikut ialah intipati ucapan ceramah Mohamad Sabu @ Mat Sabu yang telah diadakan di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos 2011 tanpa sebarang suntingan dan potongan.
"Bila hari Merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit kepong. Bukit Kepong polis tu polis British. Hat serang Bukit Kepong tu la pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indera, Melayu. Tetapi, semua sejarah itu ditutup. Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong, hat serang balai polis itu penjahat. Polis tu polis British. Sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British.
Tapi dibuat filem yang hero, yang pertahan balai polis, hat serang yang pengganas. Padahal Mat Indera, ketua penyerang balai polis itu. Dan akhirnya dihukum gantung di jel Taiping. Sebab itulah jugak Tok Janggut. Tok Janggut ni lawan British. Tapi sebelum British nak... nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka. Bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan.
Semua sejarah negara kita bohong. Bohonglah. Dulu kita dok mengaji gitu. Depa dok bohong kita. Cikgu pulak kementerian pelajaran bagi modal, jadi bohong lawan bohong la. Jadi, sejarah kemerdekaan kita tidak kena, hadirin sekalian. Sebab tu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan. Lawan British jadi jahat.
Siapa pegawai British? Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman. Itu British. Hat lawan British? Hat tu la yang jadi pengganas. Abu Bakar Bakir, pengganas. Dr. Burhanuddin, pengkhianat. Kemudian, Rashid Maidin, komunis. Semua hat lawan British, jahat. Hat sokong British, hero. Ini pelik bin ajaib. Hat lawan British la pejuang kemerdekaan. Takpalah kita ambil alih Malaysia esok, kita ubah balik sejarah ni".
Renung-renungkan dan lihat bagaimana Mat Sabu mahu mengubah sejarah Malaysia sekiranya Pakatan Pembangkang menang pilihan raya nanti.

BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Sep 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PENANG: 09 <b>di Gelugor</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Sep 2012 03:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Suara Melayu Baru: MAMPUKAH PARLIMEN TASEK <b>GELUGOR</b> <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 12:14 AM PDT

Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun menghampiri penghujung Bulan Syawal. Bermula dari hari raya hingga kini rasanya dah tak terhitung jumlah rumah terbuka yg SMB hadiri. Menariknya, kali ini boleh dikatakn hampir semua rumah terbuka menghidangkn menu sate. Hinggakn ada rumah yg sudah tidak menghidangkn menu wajib seperti ketupat, lemang atau nasi himpit. Mungkin ini merupakan satu trend baru. Rasanya kalau diperiksa tahap kolesterol dalam badan mungkin akan naik dari normal.

1.  Mood Aidilfitri kian berlalu. Perkara yg sebelum ini menjadi teka teki kini kembali menjadi sebutan. Seluruh rakyat Malaysia hanya menantikan pengumuman Perdana Menteri berkenaan tarikh pembubaran parlimen yang dijangka akan dibuat pada bila-bila masa sahaja.

2.  Seperti juga tarikh yg akan dipilih oleh Pm, nama bakal calon yg akan bertanding juga menjadi spekulasi di mana-mana. Dari kedai kopi hingga ke hotel 5 bintang, masing-masing meneka-neka nama yg akan bertanding. Dan pastinya ramai juga yg kini sedang sibuk melobi dan menonjolkan diri untuk dipilih sebagai calon.

3.  Begitu jugalah senarionya yang berlaku di Parlimen Tasrk Gelogor. Sudah ada nama-nama yg disebut untuk bertanding baik di kerusi parlimen mahupun DUN. Semuanya mempunyai peluang yg sama rata hinggalah dimuktamadkan oleh Pengerusi BN.

4.  Perlu diingat, Tasek Gelugor merupakan kubu kuat Umno Bn di Pulau Pinang. Parlimen dan ketiga-tiga Dun nya tidak pernah kalah lg sejak dari mula kerusi ini diwujudkan. Persoalannya, jika dilihat senario politik baik di peringkat nasional mahupun tempatan, mamapukh ia kekal menjadi kubu kuat Umno Bn.

5.  Tan Sri Nor Mohamed Yaacop merupakan penyandang kerusi Parlimen. Di pihak musuh politiknya, sudah banyak kelemahan dan kekurangan kini diungkit-ungkit. Isu rebat road tax, dana feedlot, pembabitan setiausaha politiknya dgn rasuah dan bermacam lagi kini menjadi liabiliti kepada Tan Sri Nor.

6.  Tapi di pihak rakyat, lain pula ceritanya. Jika hendak dibandingkan dengan penyandang kerusi sebelum beliau, memang tak dinafikan, banyak perubahannya. Lihat saja pembangunan yang dibuat di Tasek Gelugor. Sudah byk projek mega yg menapak di TS. Maklumlah, Tan Sri Nor merupakan orang kuat JPM bahagian Unit Perancang Ekonomi.

7.  Akhir-akhir ini, bekas ahli parlimen Tasek Gelugor, Dato' Seri Mohamad Shariff Omar berura-ura mahu semula kerusi parlimen. Menggunakan salutan Perkasa, beliau dilihat cuba menarik semula sokongan rakyat. Janji Tan Sri Nor yg dikatakan hanya mahu duduk sepenggal kini mula diungkit.

8.  DS sbg orng lama pasti mempunyai connection kuat di peringkat pusat. Perlu diingat, PM merupakan bekas bos beliau sewaktu memegang jawatan DO Pekan dahulu manakala beliau pernah kerja sebumbung di Kem Pertanian bersama Tan Sri Muhyiddin.

9.  Itu di peringkat pusat, di pihak rakyat pula, DS Shariff memang disayangi rakyat disebabkn sikap beliau yg mengambil berat dan prihatin dgn org2 kampung. Tapi disebabkb sikap buruk beliau yg tidak suka ada pihak yg menetang cakap atau lebih hebat drpd beliau menyebabkan kepimpinan ketandusan pelapis. Pastinya ramai pemimpin tempatan yg pernah beliau jatuhkn tidak mahu beliau kembali. Apatah lagi dgn kedudukan beliau yg tidak lagi memegang sebarang jawatan di peringkat bahagian akan menyukarkan lagi peluang menjadi calon.

10. Seorang lagi pesaing yg pastinya tidak mahu ketinggalan adalah Ketua Bahagian Umno Tasek Gelugor sendiri yakni YB Ustaz Shahabuddin. Beliau merupakn penyandang Dun Permatang Berangan. Namun dari segi populariti beliau sedikit terkebelakang. Mungkin disebabkan latar belakang beliau yg lebih cenderung dalam bidang agama berbanding politik.

11. Kelemahan beliau yg kurang turun padang tidak disenangi masyarakat terutama orang kampung. Namun perlu diingat, ustaz pasti akan menggunakan kedudukan dan pengaruh beliau sebagai Ketua Bahagian untuk dipilih sebagai calon.

12. Kesimpulanya, ketiga-tiga calon memiliki peluang yg sama rata. Golongan berpendidikan dan masyarakat urban lebih cenderung memilih Tan Sri Nor kerana pembangunan yg beliau bawa membuka lebih byk peluang mencari makan. Orang-orang kampung lebih menyenangi sikap ramah dan prihatin DS Shariff. Manakala kelompok yg pernah di'kepak' oleh DS Shariff dan pada masa yg sama tidak dpt cari makan dgn kepimpinan TS Nor mungkin lebih menggemari Ustaz, atau mungkin terus lompat menyokong pembangkang.

Apapun, setiap keputusan terletak di tangan Pengerusi BN. Kita hanya mampu membuat pelbagai telahan dan spekulasi. Insya Allah, jika ada kelapangan, kita akan bercakap berkenaan pemilihan calon di peringkat DUN.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Komen