Khamis, 8 November 2012

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Anwar tak berani bertanding <b>di</b> luar <b>Permatang Pauh</b>-UMNO <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2012 02:07 AM PST

Di sebalik cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding di Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau pula ditempelak Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan. Kata Ahmad, Anwar yang memilih Permatang Pauh sejak ketika berada dalam Umno seharusnya bertanding di luar kawasan tersebut.

 "Kenapa pula hendak bertanding di Marang? Kita ada akar umbi di Pekan sejak zaman Tun Razak lagi. Kenapa dia tak nak bertanding di luar Permatang Pauh?" soal Ahmad. Pada pilihan raya kecil 2008, Anwar bertanding semula di Permatang Pauh dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Anwar sebelum ini mencabar Najib, yang juga Presiden Umno, bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden Pas itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan yang disandang

Najib sejak tahun 1979. Abdul Hadi sebelum ini menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di Parlimen Pekan sekiranya diarah berbuat demikian oleh parti. Najib bagaimanapun membalas bahawa beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.

Beranikah Najib bertanding <b>di Permatang Pauh</b>, debat pun takut <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2012 01:59 AM PST

(Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 8 Nov: Pemimpin Umno dinasihati tidak cuba menentukan kerusi Parlimen mana bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Datuk Seri Najib Razak sendiri takut menyahut cabaran debat, apatah lagi bertanding di kerusi Parlimen lain.

Sebagai Perdana Menteri, Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad, berkata Najib yang sepatutnya berani bertanding mana-mana kerusi sebagai bukti dasar dan 'transformasi' yang beliau canang, diterima ramai.

"Pemimpin Umno patut malu atas keengganan Najib berdebat  isu negara. Perbahasan Bajet 2013 di Parlimen pun Najib gagal hadir.

"Ia contoh Najib lemah, tidak fokus dan tidak punya keupayaan memimpin di saat ekonomi tidak stabil dan hutang negara mencecah ratusan bilion ringgit," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Saifuddin berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang mencadangkan  Ketua Umum KEADILAN itu bertanding di Parlimen Pekan.

Setiusaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor itu turut menyifatkan cabaran itu bertujuan mengalih pandangan umum terhadap skandal penyelewengan pemimpin Umno yang didedah Pakatan Rakyat.

"Umno bankrap isu untuk dimainkan, terlalu banyak isu dasar yang diabai pemerintah sekarang dan terus menjerumuskan Malaysia ke arah kehancuran," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39171

Tiada ulasan:

Catat Komen