Sabtu, 10 November 2012

09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Addin: Beranikah Najib Bertanding <b>Di Permatang Pauh</b>, Ajak Debat <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2012 04:04 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Nov: Pemimpin Umno dinasihati tidak cuba menentukan kerusi Parlimen mana bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Datuk Seri Najib Razak sendiri takut menyahut cabaran debat, apatah lagi bertanding di kerusi Parlimen lain.Sebagai Perdana Menteri, Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Saifuddin Shafi Muhammad, berkata Najib yang sepatutnya berani bertanding mana-mana kerusi sebagai bukti dasar dan 'transformasi' yang beliau canang, diterima ramai.
"Pemimpin Umno patut malu atas keengganan Najib berdebat  isu negara. Perbahasan Bajet 2013 di Parlimen pun Najib gagal hadir."Ia contoh Najib lemah, tidak fokus dan tidak punya keupayaan memimpin di saat ekonomi tidak stabil dan hutang negara mencecah ratusan bilion ringgit," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Saifuddin berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang mencadangkan  Ketua Umum KEADILAN itu bertanding di Parlimen Pekan.Setiusaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor itu turut menyifatkan cabaran itu bertujuan mengalih pandangan umum terhadap skandal penyelewengan pemimpin Umno yang didedah Pakatan Rakyat.
"Umno bankrap isu untuk dimainkan, terlalu banyak isu dasar yang diabai pemerintah sekarang dan terus menjerumuskan Malaysia ke arah kehancuran," katanya. ~kd

Tiada ulasan:

Catat Komen