09 di balik pulau - Google Blog Search |
Ada Apa <b>di Balik Pulau</b> ??.. | MyMekar.com Posted: 17 Dec 2012 06:35 PM PST Tajuk bikin gempak ! Selepas lama menyepikan diri dari dunia blogging, kini daku kembali lagi. Bukan merajuk ker apa, tapi macam ketandusan idea bagi merancakkan suasana blog daku ini. Takpa, entri daku hari ini simple jerk. Jalan-jalan ke Pulau Pinang. hehe. Daku berada di sana sekitar 2 minggu lps. Sebut sahaja DURIAN Balik Pulau, Pulau Pinang, sesiapa yang sudah merasainya pasti bersetuju bahawa kualiti raja buah dari dusun di situ adalah yang terbaik. Ia turut dikenali sebagai durian bukit kerana kebanyakan dusun duriannya terletak di kawasan tanah tinggi. Itu juga salah satu faktor menjadikan buah durian Balik Pulau lebih istimewa berbanding kawasan lain di Pulau Mutiara.
Sebenarnya tujuan utama daku ke sini bukan untuk membeli buah durian krn minggu sebelumnya mr suami dah pun berjaya memborong durian di sini bersama rakan-rakannya. Nasib baik la daku bukan hantu durian. Kalau tak, pasti kempunan nak pekena derian. Petang tu kami cuma nak bersiar-siar hirup udara ptg. Mr suami yg gigih benar memandu melalui jln bengkang-bengkok semata2 nak tunjuk pada daku lokasi sebenar Durian Balik Pulau. Pemandangan hijau cukup mempesona apabila melihat satu demi satu kawasan dusun buah-buahan terutamanya dusun durian. Ini pengalaman pertama daku ke sini manakala mr suami entah berapa kali beliau ke sini memandangakan beliau warga Penang yg 'hantu durian'
Kenapa durian sini menjadi sebutan?? .. Kata orang, keunikkan rasa durian dari Balik Pulau mungkin kerana dusunnya di kawasan berbukit dan belum tercemar (kiranya fresh dr ladang laa). Oleh itu, bagi penggemar buah durian, apalagi yg ditunggu-tunggu. Ayuh ber"pesta" durian ke Pulau Pinang. kata mekar : Durian byk2 tu daku dah berjaya membuat crepe durian yg menjadi fenomena sejak kebelakangan ini. Nanti ada kerajinan daku tempek cara2 nak buat crepe durian pula. Update 23 December 2012 : Cara-cara membuat Durian Crepe |
You are subscribed to email updates from di balik pulau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen