09 di Bukit mertajam - Google Blog Search |
DIALOG RAKYAT: Lelaki maut ditembak <b>di Bukit Mertajam</b> Posted: 21 Dec 2012 03:53 PM PST Seorang lelaki mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh suspek bermotosikal ketika sedang minum bersama rakan di sebuah kedai makan di Jalan Kampung Baru di Bukit Mertajam awal hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, Khor Chun Hau, 41, terkena tiga das tembakan dan mati dalam perjalanan ke hospital. Mangsa sedang minum bersama empat rakan, apabila dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang kemudian melepaskan tembakan dan mengenai bahu kiri, dada kiri dan belakang mangsa, katanya kepada pemberita. Menurutnya kedua-dua suspek memakai topi keledar bertutup separa dan menutup sebahagian muka mereka dengan kain. |
You are subscribed to email updates from di Bukit mertajam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen