Isnin, 3 Disember 2012

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


BN <b>Jelutong</b> Salur RM300,000 Bantu Usahawan Dan - UMNO Online

Posted: 25 Nov 2012 11:33 PM PST

Kategori Dari Bahagian

BN Jelutong Salur RM300,000 Bantu Usahawan Dan Nelayan Kecil

GEORGE TOWN, 26 Nov – Barisan Nasional (BN) Jelutong memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi membantu 21 usahawan baharu dan nelayan kecil di kawasan Parlimen  itu, kata Ketua UMNO Bahagian Jelutong Abdul Razak Abdul Rahman.

Beliau berkata program kerjasama dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Negeri (Tekun), Lembaga Kemajuan Ikan Negeri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu  mula dilaksanakan sejak 2008 bagi mengenal pasti golongan sasar yang berkelayakan.

"Ia meliputi pemberian mesin dan bantuan mengubah suai premis niaga khusus kepada  usahawan dan skim bantuan membaiki rumah untuk nelayan kecil," katanya selepas menyerahkan bantuan fasa terakhir program itu di sini hari ini.

Katanya setakat ini kesemua peruntukan telah habis dibelanjakan dan pihaknya akan  mengemukakan permohonan baharu kepada kerajaan pusat untuk meneruskan bantuan seumpama itu pada masa akan datang.

Sementara itu, seorang pengusaha rempah ratus, Mahani Mohamad Ibrahim, 52 yang  menerima tajaan mesin pengadun dan bantuan memperbesarkan kilang miliknya berkata bantuan  bernilai RM25,950 itu dijangka dapat meningkatkan 20 peratus pengeluaran produk.

"Sejak memulakan perniagaan pada 2009, produk saya hanya dipasarkan di dalam Pulau  Pinang selain Kedah dan Perak. Jadi selepas terima bantuan saya cadang nak luaskan lagi  pasaran sedia ada," kata anak jati Kampung Dodol, Jelutong.

Seorang nelayan, Abdul Jamil Abdul Aziz, 59 yang menerima skim bantuan  membaiki rumah berkata suara hatinya serta keinginannya untuk mendapat kediaman yang lebih  sempurna seolah-olah didengar kerajaan pusat.

Beliau yang begitu terharu menerima bantuan bernilai RM10,000 berkata keselamatan  beliau sekeluarga lebih terjamin apabila bumbung bocor dan tingkap yang telah reput diganti.

"Dulu atap rumah tidak rosak begitu teruk tetapi baru-baru ini semakin banyak  bahagian yang telah tiris, pak cik tampung guna pelekat. Kalau hujan lebat memang becak satu rumah," katanya.

Berita Bertarikh Pada 26 November 2012 3:33 PM

Tiada ulasan:

Catat Komen