Isnin, 6 Februari 2012

09 di Butterworth - Google Blog Search

09 di Butterworth - Google Blog Search


25 kedai musnah dalam kebakaran <b>di</b> Pulau Pinang | Broadcast.my

Posted: 26 Jan 2012 12:05 PM PST

25 kedai musnah dalam kebakaran di Pulau Pinang

27/01/2012 2:57am

BUTTERWORTH 27 Jan. – Sebanyak 25 buah kedai musnah dalam satu kebakaran di Jeti Butterworth, di sini, malam semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.39 malam itu dipercayai bermula dari sebuah bengkel berhampiran.

Bagaimanapun, menurut Pengarah Bomba Pulau Pinang, Azmi Tamat, tiada kematian mahupun kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. – UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • jeti butterworth
  • kebakaran di jeti prai
  • butterworth jety 25 kedai
  • P pinang kebakaran

Short URL: http://broadcast.my/?p=40646

Full content generated by Get Full RSS.

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


notakanan: <b>Batu Uban</b> dan sejarah Melayu Pulau Pinang

Posted: 08 Jan 2012 09:48 AM PST

Selamatkan Sejarah Batu Uban




Artikel ini dipetik dari Utusan Online dan ditulis oleh DR. A MURAD MERICAN
Beliau ialah Profesor di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, Perak.
Kampung Batu Uban bukan sama dengan Kampung Buah Pala, atau Kampung Baru di Kuala Lumpur. Batu Uban adalah penempatan Melayu yang terawal di Pulau Pinang. Malah ia juga adalah pekan dan pelabuhan terawal di pulau itu.
Saya telah perhatikan perkembangan di Batu Uban tanpa kudrat menentukan dan merobahnya. Tidak guna kita merintih apa yang telah berlaku. Ini bukan nostalgia.
Seharusnya, Kampung Batu Uban dijadikan kampung istimewa di Pulau Pinang. Di situlah masjid yang terawal dibina. Di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak 1730an lagi, dan ia berlaku sehingga tahun 1740an.
Batu Uban adalah pusat aktiviti wilayah Gelugor dan kawasan sekitarnya. Ramai keturunan peneroka awal Batu Uban menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi kawasan Tanjung - pekan Melayu di Lebuh Acheh dan Armenian khususnya.
Ini mula berlaku pada lewat 1700. Batu Uban mempunyai jalinan dengan pelabuhan Batu Bara, yang kini sebuah daerah di pesisir pantai timur Sumatera - di wilayah Sumatera Utara, lebih kurang tiga jam perjalanan ke arah selatan dari Medan. Malah, saya dimaklumkan satu masa dulu Batu Uban dikenali sebagai Batu Bara.
Batu Uban adalah sebuah pusat metropolitan yang menghubungkan Pulau Pinang/Kedah dengan Sumatera, India dan Hadhramaut. Malah, Batu Uban bukan hanya membuka ruangnya kepada Selat Melaka, tetapi juga kepada Lautan Hindi. Jalinan Batu Uban dengan Selat Melaka dan Lautan Hindi jelas dilihat dengan kedatangan orang Minangkabau dan Melayu yang berlayar dari Batu Bara, kaum-kaum dari India, dan Arab sama ada terus dari Hadhramaut, melalui India, atau melalui Aceh. Di situlah juga mula terbentuknya identiti Jawi Pekan di Pulau Pinang, mendahului lain-lain tempat di Nusantara.
Batu Uban pada satu masa dulu bukan kampung, tetapi sebuah pekan dengan segala rencam dan ragamnya. Apakah ini sukar sangat untuk kita faham? Ini bukan soal menolak pembangunan. Ini soal kegagalan pihak berkewajipan dan pihak berkuasa mengiktiraf, melindungi dan mewartakan sesuatu kawasan itu.
Mengapa kelulusan diberi kepada pemaju? Apakah warisan dan sejarah perlu tewas oleh kaum-kaum kapitalis? Siapakah yang membenarkan itu? Apakah pihak-pihak warisan dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang buta sejarah? Mengapa dibenar kawasan sekecil itu diroboh lalu mengubah wajah asal? Apakah tidak ada alternatif lain? Mengapakah kita terlalu taksub dengan konsep dan falsafah pembangunan yang kolot? Apakah pembangunan semestinya menghapuskan sejarah dan warisan?
Dalam hal ini, dan bukan saja dalam konteks Batu Uban, kita mesti mengkaji semula konsep dan falsafah pembangunan. Malah istilah 'pembangunan' itu kurang tepat kerana ia menumpu kepada aspek fizikal dan pertumbuhan ekonomi, walaupun dalam retoriknya kita mengeluarkan istilah seperti 'mapan' dan 'tambah nilai.' Apa ertinya jika atas nama pembangunan, identiti kita dihapuskan?
Konsep dan falsafah pembangunan kini memihak kepada apa yang boleh diukur dan dilihat. Kita tidak melihat sejarah dan warisan seperti mana yang sepatutnya kerana kayu pengukuran kita berlandaskan kepada kepentingan-kepentingan jangka pendek. Jika kita isytiharkan kita ingin maju seperti lain-lain negara, lihat saja bagaimana mereka kekalkan sejarah dan warisan.
Tidak perlu pergi jauh. Lihat sekitar negara Asia Tenggara, atau India, atau Jepun. Apakah maksud 'Chennai,' 'Mumbai' dan 'Kolkata' dalam kamus dan kesedaran sejarah di India? Kita akur bahawa Pulau Pinang mempunyai densiti penduduk yang tinggi, dan tanah amat berharga. Akan tetapi, apakah harga itu sama dengan nilai sejarah?
Dengan robohnya Batu Uban, walaupun mungkin tinggal sebuah masjid, telaga dan tanah perkuburan hampir 300 tahun itu, maka akan robohlah sejarah penempatan Melayu di Pulau Pinang. Pihak-pihak berwajib, dan empunya tanah sepatutnya memikirkan bagaimana memperkasakan sejarah dan warisan Melayu di tempat itu, bukan sebaliknya.
Papan tanda di hadapan masjid Batu Uban kini memang tidak mencukupi. Dan jika dikatakan bahawa penduduk-penduduk di kawasan itu tidak berminat tinggal di situ, apakah mereka diberi pandangan, bimbingan dan nasihat yang sewajarnya. Apa yang perlu dilakukan adalah sebuah kawasan/laman peringatan, bersama dengan papan tanda yang lebih jelas di tengah-tengah kawasan perkampungan itu bagi memperingati para peneroka Melayu awal pulau itu, dan jalinan Batu Uban dengan rantau kepulauan Melayu dan Lautan Hindi.
Juga, mereka yang berwajib, termasuk yang empunya tanah, memperbaiki kampung itu sebagai kampung awal tradisi sambil mengwajahkan jaringan dengan rantau yang lebih luas. Batu Uban bukan kampung kolot. Di situlah pada awal lagi bertapaknya Islam di Pulau Pinang.
Seharusnya usaha dilakukan mengekalkan nama Batu Uban sebagai sebahagian daripada nama Gelugor, juga dikatakan berasal dari Batu Bara. Dengan lenyapnya Batu Uban, maka akan lenyaplah juga sejarah dan identiti warisan sebelum kedatangan Inggeris.
Saya harap jangkaan saya salah. Masih ada ruang dan masa untuk menyelamatkan Batu Uban. Tidak perlu bersedih dan merintih. Tidak ada belang yang dapat ditinggalkan seperti apabila matinya harimau. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah secara kolektif, pihak-pihak yang berwajib dan berkuasa memberhentikan projek tapak pembinaan kini dan apa-apa lagi yang telah diluluskan untuk kawasan itu pada masa depan.
Pada asalnya, mengapa projek-projek pembinaan telah diluluskan sejak sekian lama? Ini hanya menunjukkan kealpaan tentang sejarah; sikap dan kesedaran yang menolak memori kolektif sesebuah tempat. Hal ini tidak pula kelihatan di kawasan-kawasan di Georgetown, khususnya di tapak warisan UNESCO.
Sekali lagi, saya nyatakan pihak yang memiliki tanah di Batu Uban hendaklah tidak buta sejarah. Pada masa sama, sejarah tidak kenal undang-undang. Tahun-tahun yang penting berkaitan dengan Batu Uban adalah 1734 dan 1749. Apakah kita mahu detik-detik itu lenyap dari lipatan sejarah Pulau Pinang dan Kedah akibat dari kedaifan dan kebebalan sejarah kita sendiri?
Full content generated by Get Full RSS.

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Jawatan Kosong di Kerajaan <b>Negeri Pulau Pinang</b>

Posted: 06 Feb 2012 06:38 AM PST

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK

Negeri Pulau Pinang mula dijajah oleh lnggeris yang diketuai oleh Captain Francis Light pada tahun 1786. Bahagian Pulau Pinang yang mula-mula dibangunkan ialah di Kawasan Tanjung di George Town yang dikenali dengan nama Tanjung Penaigre. Pekan untuk perniagaan yang mula-mula dimajukan oleh Captain Light terletak di antara Lebuh Light, Lebuhraya Beach di pinggir pantai, Lebuhraya Malabar (dikenali sebagai Lebuh Chulia kemudiannya) dan Lebuh Pitt. Di dalam kawasan ini rangkaian jalan-jalan dibina secara bersegi-segi menurut sistem blok perumahan dengan jalan-jalan kecil melintang di antara satu sama lain. Rangkaian jalan-jalan yang telah dibina masih kekal hingga ke hari ini.

Permohonan adalah dipelawa daripada Waraganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

1. Pengarah MSN

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan:20 Februari 2012

Full content generated by Get Full RSS.

Prestasi Kerajaan DAP <b>Negeri Pulau Pinang</b> - dinturtle

Posted: 14 Jan 2012 01:38 AM PST

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA BAGI AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BAGI TAHUN 2010
PEJABAT TANAH DAN GALIAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI TENGAH, PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH BARAT DAYA
– Pengurusan Lesen Pendudukan Sementara
Pengauditan yang dijalankan mulai pada bulan Ogos hingga November 2010 mendapati keseluruhannya pengurusan LPS perlu dipertingkatkan kerana terdapat beberapa kelemahan
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
– Pengurusan Perumahan Kos Rendah
Kelewatan memberi kelulusan oleh Pejabat bagi 141,497 pemohon rumah KR dan 4,146 pemohon bagi rumah PPR setakat 31 Disember 2010.
JABATAN KERJA RAYA NEGERI PULAU PINANG
– Penyenggaraan Jalan Negeri
• Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM14.32 juta bagi projek penyenggaraan jalan Negeri dengan sejumlah RM13.94 juta atau 97.34% telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.
• JKR juga telah menerima pemberian daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM130.96 juta berdasarkan Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
• Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM120.78 juta telah diagihkan kepada JKR Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan kerja penyenggaraan jalan Negeri.
MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG
– Kemudahan Peralatan Sukan
Peralatan yang sedia ada tidak diselenggara dengan baik dan rekod aset juga tidak dikemas kini. Malahan peralatan menembak dan perahu layar optimist yang dibeli bernilai RM92,015 tidak dapat dikesan.
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
– Projek Landskap Di Bawah Pakej Rancangan Ekonomi (PRE)
• Kerja dilaksanakan tidak mengikut spesifikasi kontrak.
• Kerja penyenggaraan tidak dilaksanakan dengan sempurna.
JABATAN PERHUTANAN PULAU PINANG
– Pengurusan Hutan Paya Laut Dan Kepentingannya Kepada Alam Sekitar
 Lokasi penanaman yang tidak sesuai.
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI, JABATAN KERJA RAYA, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM DAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI PULAU PINANG
– Pengurusan Emolumen Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang
Bayaran emolumen di 5 Jabatan yang dipilih bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010 terlebih dibayar berjumlah RM109,170 melibatkan 37 orang penjawat awam.
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
– Usaha Tarbiah Sdn. Bhd.
Pada keseluruhannya, prestasi UTSB kurang memuaskan. Kedudukan kewangan UTSB adalah tidak kukuh kerana pada tahun 2009, UTSB telah mencatatkan kerugian berjumlah RM322,640 berbanding kerugian berjumlah RM229,646 pada tahun 2008.
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
– PDC Events & Advertising Sdn. Bhd.
 Bayaran sewaan tapak pengiklanan terkurang diterima
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
– PDC Consultancy Sdn. Bhd.
Pemantauan projek dan kutipan yuran profesional yang tertunggak berjumlah RM13.83 juta untuk 110 projek yang telah dilaksanakan bagi tempoh tahun 2008 hingga bulan September 2010.
Komen saya - What's so great about Penang Govt ? lebih kurang jer ......
Full content generated by Get Full RSS.

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


MPP Online: MENGERIKAN !!! Video Pontianak mengilai <b>di Tasek</b> <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2011 10:30 PM PST


Memang real beb!!! Mungkin inilah video penampakan Pontianak yang paling jelas serta clear di dalam negara. Bukan senang woo nak ambik video clear gila macam ni.. Salute pada tukang rakam.

Yang paling best , pontianak di Tasek Gelugor tu bukan saja pandai mengilai, tapi beliau pandai jugak berucap pasal politik..

Siap boleh berbahasa cina dan tamil lagi beb..

Tak percaya? Korang tengok sendiri je lah video penampakan Pontianak tu kat bawah ni.. Ngeri betul beb!!

Full content generated by Get Full RSS.

PRU13: Pemuda UMNO <b>Tasek Gelugor</b> perlu <b>...</b> - Utusan Online

Posted: 27 Jan 2012 07:41 AM PST

PRU13: Pemuda UMNO Tasek Gelugor perlu mantapkan strategi

PRU13: Pemuda UMNO Tasek Gelugor perlu mantapkan strategi

27/01/2012 8:05pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengingatkan anggota Pemuda Umno Tasek Gelugor agar membuat persiapan rapi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

Justeru, beliau berharap program Pemantapan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, yang diadakan tiga hari di sini, akan mampu membangkitkan semula semangat juang peserta.

"Saya difahamkan seramai 120 anggota Pemuda menyertai program ini, yang bertujuan memberi motivasi serta semangat, selain diselitkan dengan beberapa slot mengandungi strategi untuk mempertahankan kawasan Parlimen Tasek Gelugor," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

MMI: Berita Dari <b>Tasek Gelugor</b> - Pekan Darat Bergegar!

Posted: 14 Jan 2012 09:06 PM PST


Malam tadi bertempat di Pekan Darat Tasek Gelugor hampir 1500 orang ramai hadir ke dewan UMNO Pekan Darat bagi sama-sama mengikuti intipati Pentas Pemuda Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Rata-rata orang ramai yang hadir adalah untuk menyaksikan penceramah utama yang dibawakan khas untuk Pentas Pemuda ini iaitu YB Datuk Hj Muhamad Bin Hj Aziz Ahli Parlimen Sri Gading Johor.Kehadiran beliau bagi menjawab dan menangkis tohmahan pembangkang dilihat cukup dinantikan oleh masyarakat Tasek Gelugor.




Rakyat dilihat semakin sedar akan keprihatinan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional menerajui negara dan kehadiran serta sokongan masyarakat dari pelbagai peringkat umur membuktikan bahawa mereka mahukan perubahan dan perubahan itu adalah memastikan Pulau Pinang kembali ke pangkuan Barisan Nasional.

Program ini telah membuatkan juak-juak pembangkang panas telinga dengan hujah-hujah yang disampaikan oleh barisan penceramah yang mengambil tempat.Sekalung tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang telah berjaya dengan jayanya menganjurkan satu program yang MMI lihat sebagai pemangkin kepada proses untuk kita tamatkan riwayat pembangkang dibumi Tasek Gelugor.

Pentas dimulakan dengan Pengerusi Majlis Sdr Nashrul Hisham yang turut merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor mengambil tempat.Gelanggang dibuka dengan begitu baik oleh beliau dan disusuli dengan ucapan oleh Sdr Hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor sebagai pembuka bicara.




Seterusnya YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor naik ke pentas untuk memberikan ucapan serta mengalu-alukan kedatangan sahabat beliau YB Hj Muhamad Bin Hj Aziz Ahli Parlimen Sri Gading ke Tasek Gelugor.Tidak ketinggalan juga YB Tan Sri turut menyentuh berkenaan senario politik negara semasa dan kesannya kepada ekonomi negara.
Ketika ini orang ramai dibawah khemah dilihat sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengikuti ceramah seterusnya yang akan disampaikan oleh penceramah utama program yang akhirnya pentas utama diserahkan kepada YB Hj Mohamad Hj Aziz sebagai penceramah utama.
Sdr hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang ditemui sejurus berakhirnya program semalam melahirkan rasa terima kasih beliau kepada semua yang terlibat menjayakan Pentas Pemuda dan ini bukan kali terakhir.Beliau turut berkata "malam ini membuktikan bahawa rakyat semakin muak dengan sikap pembangkang yang hanya berkiblatkan pembohongan dan fitnah.Percayalah kita barisan pemuda akan pastikan pembangkang tiada tempat di bumi Tasek Gelugor ini."

Hampir kesemua yang hadir berpuas hati dengan ceramah dan penjelasan yang diberikan oleh YB Hj Muhamad Bin Hj Aziz hinggakan ada yang meminta supaya program sebegini diteruskan oleh pemuda dari masa ke semasa.


Yang pastinya Pekan Darat semalam bergegar dengan laungan Hidup UMNO ! Hidup Melayu ! ...

"Pembangkang tiada tempat dibumi Tasek Gelugor"

Paling menarik MMI dimaklumkan banyak pihak yang turut bergegar malam tadi....He3...

MMI.

Full content generated by Get Full RSS.

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


BEN ASHAARI: Bersama Lyssa Faizureen <b>di Bukit Jambul</b>

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Arghh .. Tekanan jiwa aku weh .. nanti citee .. bersama dia , kawan dia .. Nina ..

Nanti aku cerita nape eh ..

Published with Blogger-droid v1.7.4
Full content generated by Get Full RSS.

Desa Tegak: Pagi <b>di Bukit Jambul</b>

Posted: 01 Feb 2012 02:07 AM PST


     Meskipun Bukit Jambul terletak di wilayah karangasem tp jaraknya kurang lebih 3km dari desa Tegak,maka tidak mengherankan apabila banyak warga desa tegak yang sering mengunjungi tempat ini khususnya di pagi atau sore hari. selain udaranya yang sejuk,bukit jambul juga memiliki panorama alam yang sangat memikat. di sebelah timur kita bisa menyaksikan deretan perbukitan yang hijau,sedangkan disebelah selatan kita bisa melihat persawahan,perkebunan penduduk,dan sebagian pemandangan Bali selatan. terdapat juga dua buah rumah makan yang sering disinggahi oleh wisatawan mancanegara yang akan berkunjung ke pura Besakih. Full content generated by Get Full RSS.

LYSSA with BEN ASHAARI <b>di Bukit Jambul</b> <b>...</b> - ! LYSSA FAIZUREEN !

Posted: 24 Oct 2011 05:09 AM PDT

Gadis Kidal Berceloteh...

Peacee ^_^v
Tokk . Tokk . Tokk . Heyy , you guys ! Ahaa~ Kisah ini , sambungan dari ENTRI INI !
Tadi , petang kan Lyssa ada kata nak sambung kan ? Cerita mengenai ENTRI INI lah kan ~

Okeyy , macam mana Lyssa boleh "terjumpa"  dan "berjumpa" dengan BEN ASHAARI , blogger otai kita nehh ? Nak tahu ke . Jom lah baca sampai mata jadi juling . JOM !!
Orait . Sebenarnya , kami nak jumpa 'ber-dating' sama - sama neyyh , dah lama dah . Memang dah rancang time BEN ASHAARI belum datang penang lagi . haha . Pastu , baru hari ni comfirm balik , jadi or tak nak jumpa kan ? Memang eksaited terlebih lah aku neyy kan . Mana tak nye . 1st time nih nak jumpa blogger hebakk . huhu ~ Lyssa mana pernah jumpa before ni . Even pergi event ape2 ek , gathering ke , tak pernah pun ! SUMPAH ! Teringin . Tapi , nak buat macam mana kan . haha . Dah dok penang . Kalau dok KL lain lah . haha .
Okeyy. Tak pe lah . Lyssa bertolak dari rumah dalam pukul 1.45 macam tuh . Drive kereta sendiri pergi Bukit Jambul yang berjambul - jambul tuh ler ~ Memang penat lah nak kena redah hutan balik pulau tu , semata - mata nak jumpa blogger otai kita nih . haha~ Puihh~
Serius , penat , nasib Cik Nynna my besties nak temankan . Kalau takkk ? Errr ~
Lyssa sampai kul 2 lebih macam tuh . Sampai - sampai , terus cari parking . Arghh ! Tidakkk . Tak de parking .!!!  Dalam kepala otak Lyssa ,
" Aduhh , abiss lah . Macam mana ni , tak de parking . Macam mana nak jumpa BEN ASHAARI?"
Dalam dok pikir tuh , last - last ada jugakk . Fuhhh . Nasebb baik . haha . Okeyy . Lepas tuh , sampai lah Lyssa dalam BJ tuh , tanya BEN dekat mana . Dia on the way ~ Lega dengar . haha . Then , dia tanya tunggu kat mana ? Lyssa tak tahu lah pulak nak tunggu dekat mana . Ishkk . Ape lah . Setiap minggu g BJ pun tak tahu pulak mana nak tunggu yer . haha .
Lyssa cakap , Lyssa ada dekat area kedai Gurdian , dok tengok tudung . Dari jauh , dah nampak BEN otw ke kedai tu . Alamakk . Err . Terketaqq lutut dah . haha . Nampak pulak , ada sorang budak sekolah nih tegur BEN . Ishk . Ishk . Pemess betul BEN . haha~
Nampak pulak BEN bawak keluar handphone dia . Cehh . Nak call Lyssa lah tuh . Dia tak perasan Lyssa dah ada kat depan dia dahh . Haaaaa~ Tokojoitttt ! hehe~ Tiba - Tiba BEN kata :
"Ishk ! Tension ~ Tension ~"
Yang aku ni dok rasa bersalah cakap dalam hati :
"Tension sebab aku ker ? Errr . Apa salah aku ? Tolongggggggg ! "
Hee . Bukanlah . Bukan sebab Lyssa ~ Tension sebab , BEN takk bawak duit . hehe . Kalau korang tengok muka BEN time tuh . Serius . Kelakar lah . Aiyoo . Ingat ke tension pasal ape lah . haha . Aduhh . Macam - macam . Buat macam Lyssa nih , tak de duit nak belanje . kehkeh ~
Tapi tak pe , sampai je Food Court , order je lah . Ingat BEN nak makan , baru nak belanja . aduhhh ~ "Errr . Nak minum je ker" . Melepas aku nak belanja blogger otai ^^ hehe .
HEHE . Lepak - lepak kat situ je lah . Sembang sampai 2 jam  . Err . Sembang pasal apa lah tuh . haha . Macam - macam . Err . Dalam pukul 4.20 macam tuh , masing - masing belah .
p/s : Serius ! Kenangan manis betul , bila dapat bertemu dengan BEN ASHAARI ! Btw , thanks to BEN ASHAARI sebab sudi jugak jumpa Lyssa . You are the best lah :)

JOM baca Entry Daripada Ben Ashaari !! KLIK SINI RAMAI-RAMAI !


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Lyssa ! Like Kalau Suka ! ♥

Full content generated by Get Full RSS.

09 di nibong tebal - Google Blog Search

09 di nibong tebal - Google Blog Search


50000 Membanjiri Ceramah Hadi Awang <b>Di Nibong Tebal</b> (Pics)

Posted: 05 Feb 2012 05:35 PM PST

Untuk berlaku adil, dari maklumat yang tersangat boleh dipercayai, hanya sekitar 300 ke 400 orang saja hadir ke ceramah petang yang dihadiri oleh Presiden PAS di DUN Sungai Acheh, Nibong Tebal semalam. Itupun selepas publisiti meluas dimana kehadiran banner bertebaran di seluruh kawasan parlimen Nibong Tebal.

Standard seorang presiden Parti hanya seramai itu saja hadir. A.S tumpang simpati sangat-sangat.
 Lebih menyedihkan, muka-muka orang luar terutamanya dari Parit Buntar yang mendominasi kehadiran ke majlis itu semalam. Muka tempatan boleh dikatakan 'jarang-jarang' kerana di Sungai Acheh adalah kubu kuat UMNO.

Kenapa PAS perlu kelam kabut? Buat pi la program banyak mana dan besar mana sekalipun, PAS tetap dipandang sebelah mata di DUN Sungai Acheh oleh pimpinan pakatan dimana kerusi itu tetap hak milik PKR.

Begitu juga semasa PRU2008 yang lalu di DUN Sungai Bakap, puak PAS buat persiapan awal kononnya yakin calon kerusi itu bakal disandang oleh mereka tapi selepas campur tangan Anwar, PAS merelakan diri mereka terus jadi hampas dengan terpaksa merelakan ditandingi oleh PKR.


Full content generated by Get Full RSS.