Khamis, 15 Mac 2012

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Jawatan Kosong di Lembaga Muzium <b>Negeri Pulau Pinang</b> |

Posted: 11 Mar 2012 08:57 AM PDT

Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang memperlawa individu-individu yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:- 1. Juruteknik Awam (J17) 2. Pekerja Awam (R1) KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2012

Artikel / berita lain berkaitan:

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search

09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search


Enchanted Life Begins: Bersiar-siar dengan bot <b>di Batu Ferringhi</b> <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2011 08:19 AM PDT

Lepas balik majlis 'sambut menantu' adik kat Kulim terus straight ke Penang. Sib baik hujan dah berhenti so senang sikit nak jalan2 kat Penang. Sampai pulau terus ke Pantai Batu Ferringhi. Malas nak shopping2 sebab rasanya tak ada apapun nak beli.

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


SharpShooter: Bertemu @SitiAishahSI dan @simtzetzin <b>di Bayan Baru</b>

Posted: 13 Mar 2012 03:51 AM PDT

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


UtaraNews: Tol Jambatan Kedua P.Pinang dijangka RM7.

Posted: 10 Mar 2012 07:00 PM PST

Pemandu kenderaan hanya perlu membayar RM7 untuk menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang dijangka siap pada September tahun depan, sehingga tahun 2038.

Pengarah Urusan syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata walaupun jambatan kedua yang bernilai RM4.5 bilion itu dua kali lebih panjang berbanding yang pertama, kadar tol yang dikenakan masih lagi sama.

Rancangan asal ialah RM9.40 untuk jambatan kedua memandangkan yang pertama sepatut dinaikkan kepada RM9.

"Memandangkan sekarang ini jambatan Pulau Pinang pertama memang sah pada kadar RM7, jadi, kami akan ikut kadar itu," kata beliau kepada pemberita selepas menyaksikan pemasangan jeti akhir Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung pada Sabtu.

Laporan terdahulu menyatakan yang kerajaan persekutuan telah melanjutkan tempoh konsesi untuk Jambatan Pulau Pinang sehingga 31 Dis, 2038 sebagai pertukaran kepada pembekuan ke atas kenaikan tol.

Ismail berkata Jambatan Kedua Pulau Pinang itu telah lebih 73 peratus siap dan tiada semakan semula ke atas kos pembinaannya iaitu RM4.5 bilion.

Terdapat sejumlah 292 x 2 jeti diperlukan untuk membina bagi jarak menghampiri jambatan, Pemasangan jeti akhir hari ini ialah utara P291, jeti akhir untuk jarak hampiri jambatan itu.

Ini merupakan kerja-kerja di bawah kontrak untuk Pakej Satu dengan nilai RM2.2 bilion oleh CHEC Construction (M) Sdn Bhd.

Ismail berkata dengan baki kontrak bernilai RM170 juta untuk diserahkan, kerja-kerja oleh CHEC terus berjalan lancar dengan pembinaan ikon jambatan "Cable Stayed Bridge" di jarak pengemudian utama.

Untuk Pakej Dua dengan nilai kontrak RM1.55 bilion yang pada masa ini dilaksanakan oleh UEM Builders Bhd, pelancaran Girder 1 dan 2 telahpun bermula dan seharusnya tiba di P268 menjelang akhir bulan ini.

Ismail berkata pelancaran galang kotak bersegmen (SBG) dijangka berterusan dan sampai ke utara P292 pada akhir Jun dan selatan seminggu kemudian.

Beliau berkata pemasangan SBG dari Batu Maung ke P24 jarak pengemudian utama dijangka siap pada 14 Oktober.

"CHEC kemudiannya akan terus membina lapis tebal dek konkrit di P24 dan penutupan akhir kabel kekal pada jarak pertengahan, antara tiang P26 dan P27 pada akhir Mac tahun depan," tambah beliau.

Dengan struktur marin sepanjang 16.9km, Jambatan Kedua Pulau Pinang disifatkan sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan juga terpanjang di dunia yang menggabungkan galas getah redaman tinggi (HDRB) dalam pembinaannya. BERNAMA


09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Penang <b>Tanjung Bungah</b> Goreng Pisang » ammibear.com

Posted: 30 Nov 2011 07:01 PM PST

Kalau korang jalan-jalan kat Penang Balik Pulau, dan jika masa tu korang ada di Tanjung Bungah, Ammi nak mengesyorkan atau kata lain menyarankan pada korang untuk luangkan masa sedikit pergi jalan-jalan cari makan…

cari makan yang Ammi maksudkan tu adalah jenis makanan kuih tradisional orang melayu yang mana pada Ammi ia telah di ubahsuai sedikit bagi menambah baikkan kesedapan kuih tradisi orang Malaysia ni…

tak susah pun.. sebab ia bukan kedai atau restoran-restoran mewah.. cuma lori bergerak.. di tepi jalan sahaja….

Nama yang diberi oleh tuan punya lori adalah:

PENANG TANJUNG BUNGAH GORENG PISANG

Status :

HALAL

Klik :

HOTEL DI PENANG

Lori putih tu yang Ammi maksudkan.. bukan yang jual air tu.. hehe..

P/S : pakcik~~ sorry yer Ammi tak tolong promote gerai pak cik… mohon ampun… hehe

Kuih yang cantik, bersih dan sangat menyelerakan…

harga Jenih kuih goreng yang dijual memang ada sedikit mahal… tapi bagi Ammi ianya sangat berbaloi sebab kuih yang esklusif memang la mahal sikitkan.. yang penting kualiti dan kesedapan kuih tu…

masa ni Ammi tak beli semua,, hanya beli kuih yang dicadangkan oleh orang istimewa.. jadi Ammi hanya beli Goreng Pisang dan Kuih Bakul..

OO MY GOD!!! memang sedap… terutamanya Kuih Bakul.. bila gigit jer kuih tu akan mengalir cream like Kaya dalam kuih tu… dap dap dap…

Harga utuk Kuih Bakul tu SATU RM1.50Goreng Pisang pulak RM1.30.. rasa kedua-dua kuih tu memang terbaik..

ini adalah Landmark yang korang akan jumpa di Tanjung Bungah… kalau nampak jer sila meliarkan mata anda untuk mencari Lori Bergerak ni yer…

Semoga korang jumpa… dan selamat mencuba… (n_n)

Related Posts with Thumbnails

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


Guan Eng marah LYNAS , tapi loji panel solar diluluskan <b>di Batu</b> <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2012 05:30 PM PDT


Ini sikap hakiki pemimpin DAP P.Pinang  yang  memang talam dua muka . Pembinaan loji kilang Lynas di Gebeng dibantah dengar keras oleh DAP dan penyokong tegarnya   hingga diadakan  satu demontrasi .

Malah Guan Eng sendiri cakap selagi kerajaan Pakatan Rakyat memerintah P.Pinang , kita tak benarkan kilang Lynas yang boleh membahayakan anak cucu kita . Tapi rupanya dalam senyap kerajaan DAP telah meluluskan kilang panel solar dari Jerman di Batu Kawan .

Kilang panel solar ini juga mengeluarkan sisa buangan merbahaya dan adakah kerajaan DAP buat bodoh dalam hal ini ?

Di mana puak-puak DAP   yang kononnya mahu jaga alam sekitar tu ? GPB cabar  juak-juak ini buat kempen Hijau 3.0 di Batu Kawan !

Sila tunjukkan konsistensi anda , kilang Lynas dan kilang pembuatan solar panel Robert Bosch berkait secara langsung . Kedua-dua kilang ini menghasilkan sisa2 buangan yang dikatakan boleh memberi kesan pada kesihatan, dan alam sekitar. Jadi lancarkan saja Bersih 3.0 atau dunia akan nampak anda sebagai manusia yang jelas hipokrit !!!!


Ramai yang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang, namun mereka tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa 100,000 penduduk di Batu Kawan apabila sebuah kilang yang mengeluarkan toksik dibina di negeri ini.


Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too berkata, mereka menuntut penjelasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai pembinaan kilang berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dari Jerman.


"Kita tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar. Ia juga akan mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul.


"Sehingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan Kerajaan Negeri kepada umum mengenai projek yang akan dijalankan itu," katanya kepada media semalam.


Menurutnya, orang ramai yang menyokong Guan Eng kerana membantah pembinaan loji Lynas sebenarnya tidak sedar bahawa sebuah kilang yang mengeluarkan toksik akan berada di Batu Kawan.


Sehubungan itu, mereka menuntut Guan Eng memaklumkan lokasi tepat serta mengemukakan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) kilang berkenaan.


"Kita mahu penjelasan tentang kaedah yang digunakan untuk mengendalikan bahan berbahaya seperti toksik yang dikeluarkan oleh loji itu kelak.


"Guan Eng juga perlu maklumkan langkah pencegahan jika berlaku kecemasan atau kemalangan sekiranya loji itu dibina bersebelahan taman perumahan," katanya.


Difahamkan, loji pengeluaran panel solar berkenaan akan dibina di Batu Kawan dengan pelaburan RM2.2 bilion.


Syarikat dari luar negara itu dikatakan sudah memulakan proses pembelian tanah seluas 32 hektar di kawasan berkenaan.


Rich berkata, Guan Eng dilihat tidak mengambil kira pandangan umum khususnya penduduk di situ terlebih dahulu sebelum meluluskan pembinaannya.


"Pembinaan loji ini boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada bakal penduduk yang hanya menunggu rumah mereka siap untuk diduduki.


"Loji ini memerlukan kawasan luas untuk mengawal sembilan jenis gas beracun yang dihasilkannya," katanya.

Barisan Nasional lawmaker Datuk Abdul Rahman Dahlan demands that the Penang-led DAP government to come clean on the approved Batu Kawan solar panel plant as similar project in China was declared an environmental disaster.


The MP for Kota Belud told The Mole: "Isn't it hypocritical for (Penang Chief Minister) Lim Guan Eng to protest against Lynas when this project (the solar panel manufacturing plant) have had a notorious record for its hazardous risks on both the environment and humans."


"This is an extreme example of double standard practised by the DAP. Lim can wear green t-shirt and hold protest in Penang over issues in other states but when it happens in his own backyard, he does not even give a damn," Abdul Rahman said.


He was commenting on a blog post in Stop The Lies which pointed that the solar panel manufacturing plant, which Germany's Robert Bosch GmbH plans to build in Batu Kawan, will be similar to a plant in China which was forced to close down due to health risks it posed to the local population.


The post stated the reason for the closing was due to – effluent from a large solar cell manufacturer in Zhejiang Province had wiped out a local fishing industry and the manufacturing of Photovoltaics would pollute the environment and affect human health.


Thus, Abdul Rahman who is also the Sabah BN secretary urged people of Penang and non-governmental organisations to not only seek explanation from the state government, but also to look into the issue thoroughly and raise awareness as well.


"People and environmentalists have condemned and put Lynas project under huge scrutiny even after it has been approved by the relevant authorities. They should take this project in Batu Kawan seriously," he added.


Abdul Rahman said he would bring up this issue in Parliament to seek Lim's response.


Penang state executive councillor Phee Boon Poh earlier this week said the solar panel manufacturing plant project in Batu Kawan would proceed and insisted it was safe as several bodies including the International Energy Agency and Department of Environment had vetted the project before the Penang Government gave its go-ahead.


However MCA central committee member Datuk Ti Lian Ker yesterday said he found the justification baffling as the same agencies were the ones that assessed the Lynas rare earth refinery plant to be environmentally friendly and that led to the Pahang Government's approval for the project to be set up in the State.themole.

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


Calipso Crew: Ustaz Kazim <b>di</b> Perumahan Kastam, Bukit <b>Gelugor</b>

Posted: 07 Mar 2012 10:51 AM PST

Salam semua. Pada 5 Mac yang lalu, kami berkesempatan merakamkan kehadiran Ustaz Mohd Kazim Elias sebagai penceramah jemputan di Perumahan Kastam, Bukit Gelugor, P.Pinang. Kehadiran muslimin dan muslimat dianggarkan lebih 1,000 orang. Ada di celah pasu, di tepi parit dan di pelbagai cerok sekitar kawasan Perumahan Kastam ini demi mendengar serta melihat sendiri secara "live" Ustaz Kazim. Bertemakan "Muafakat Membawa Berkat" ternyata berjaya mengekalkan punggung mereka selama lebih 3 jam. Ceramah anjuran AJK Surau Perumahan Kastam (aku lupa nama surau ni) ternyata sangat berjaya dan diharapkan agar diteruskan majlis-majlis ilmu sebegini. Khas buat semua peminat Ustaz Kazim dan muslimin serta muslimat, Calipso Crew ingin beberapa gambar pada hari tersebut. Selamat menonton dan komen kalau rajin...hehehe:

















09 di seberang jaya - Google Blog Search

09 di seberang jaya - Google Blog Search


Anak Seberang: (Pics) Pusat Urut <b>Di Seberang Perai</b> Selatan <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2012 08:31 PM PST

PUSAT URUT YANG TERLETAK BERSEBELAHAN RESTORAN NASI KANDAR NASMIR SIMPANG AMPAT. UNTUK APA PUSAT URUT INI DI BENARKAN OPERASI PUN TAK TAU. BUKANNYA RAMAI SANGAT ORANG SIMPANG AMPAT YANG SAKIT SAKIT URAT. TAK KAN KEJANG URAT PUN NAK PI MASSAGE. 
MENGAPA KERAJAAN NEGERI MEMBENARKAN ?MENGAPA PENGUATKUASA MPSP TAK AMBIL TINDAKAN SEKIRANYA TIADA LESEN. TANG GERAI MELAYU CEPAT SAHAJA AMBIL TINDAKAN.
PUSAT MASSAGE DI JALAN BUKIT PANCHOR, NIBONG TEBAL. DI KHABARKAN PERNAH DI SERBU OLEH PIHAK POLIS KERANA MELANGGARI SYARAT. 
TUKANG URUT TERDIRI DARIPADA WARGA THAI YANG KATA MEREKA MENAWARKAN PAKEJ TAMBAHAN. URUT ISI LEBIH SEKALI
JV PUN TAWARKAN PUSAT URUT. MENGAPAKAH DAHULU TIDAK PERLU SEMUA INI DAN SEKARANG PULA MEREKA BERIA IA MEMBENARKAN OPERASI RUMAH URUT.
PAS BANGGA DENGAN BANTUAN TAMBAHAN GUAN ENG BANTU SEKOLAH AGAMA DAN GURU KAFA. 
DOSA RUMAH URUT NI SIAPA NAK TANGGUNG?
MENGAPA IANYA DIBENARKAN OPERASI DI ZAMAN PAS DAN PKR BERSATU DENGAN DAP?

09 di bagan ajam - Google Blog Search

09 di bagan ajam - Google Blog Search


Lim Guan Eng : UMNO-BN bantah pembangunan rakyat PP <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2012 02:13 AM PDT

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memilih untuk menjadi telus dan bertanggungjawab dengan mendapat input dan rundingan awam berhubung cadangan pembinaan 4 projek infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memacu pembangunan ekonomi di negeri ini terutama di Seberang Perai Utara (SPU).

Tiada rundingan awam dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini ketika membina Jambatan Pulau Pinang kedua. Dan lagi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dikritik lebih teruk kerana telus dan bertanggungjawab daripada kerajaan negeri BN sebelumnya yang tidak pernah membuat input dan rundingan awal ke atas Jambatan Pulau Pinang kedua.

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang mengakui bahawa ia telah gagal untuk meyakinkan beberapa NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tentang kepentingan 4 projek infrastruktur yang dicadangkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memacu pembangunan ekonomi di SPU khususnya dan Pulau Pinang secara amnya.

Projek yang menjadi persoalan kini adalah pembinaan bawah laut sepanjang 6.5 km dari Persiaran Gurney-Bagan Ajam (berhampiran Butterworth), 15km jalan yang menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang,jalan pintasan sejauh 5km dari Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan jalan pintasan sejauh 5 km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Baru Air Itam.

UMNO-BN bantah projek pembangunan rakyat Pulau Pinang

CAP bukanlah satu- satunya organisasi yang menentang 4 projek infrastruktur tersebut. Bahkan BN dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menentang pembinaan terowong bawah laut dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam, pada 17 November 2011.

Walau bagaimana pun maklum balas awam daripada rakyat Pulau Pinang terutamanya di Persiaran Gurney dan SPU menunjukkan bahawa majoriti besar orang Melayu, India dan Cina menyokong dan mahu projek infrastruktur ini diteruskan.

EXCO Negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk melaksanakan projek- projek ini melalui tender terbuka secara kompetitif pada 19 Oktober 2011 selepas rundingan awal dijalankan dari 29 April 2011.

Oleh itu, adalah tidak benar untuk CAP mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan rundingan awam.

 

Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada 28 April 2011 antara Beijing Urban Construction Group (BUCG) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah dari segi undang- undang kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dengan jelas menyatakan bahawa projek- projek ini mesti dijalankan melalui tender terbuka secara kompetitif.

Majlis menandatangani MOU yang disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri China Wen Jiabao merupakan penanda aras yang positif tentang minat negara China dalam melaksanakan projek- projek di Pulau Pinang.

 

Berikutan majlis menandatangani MOU tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meminta mengadakan input awam bermula pada 29 April 2011.

Wakil CAP tidak bantah sewaktu dalam rundingan dengan Kerajaan Negeri

Dua sesi rundingan telah diadakan oleh saya secara langsung dengan NGO pada 16 Oktober 2011 dan 19 November 2011.

Dalam kedua- dua sesi ini, CAP telah diwakili oleh Rudhrapathy Vijaya (Ravi). Saya tidak ingat Mr Ravi ada menyuarakan bantahan berhubung 4 projek infrastruktur pada akhir sesi tersebut.

Kerajaan Negeri PR kini menjalankan latihan pra-kelayakan melalui tender terbuka secara kompetitif untuk 4 projek infrastruktur dengan menyenarai pendek syarikat yang layak dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kepakaran teknikal, berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi dalam menyiapkan projek- projek infrastruktur.

Tiada wang akan dibayar kerana 4 projek tersebut akan dibiayai oleh pertukaran tanah dari tanah yang akan ditambak oleh Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TP).

Semasa sesi rundingan pada 19 November 2011 dengan NGO, saya telah menerangkan rasionalnya untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur bawah tanah dengan meminta Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TP) untuk menyerahkan seberapa banyak tanah yang ditambak kepada Kerajaan Negeri.

Melalui 2 perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan BN sebelum ini pada 1990 dan 1999, TP telah memberikan hak untuk menambak 980 ekar tanah.

Lebih 200 ekar telah pun ditebus guna oleh TP di mana projek Straits Quay dilaksanakan sekarang. TP mempunyai hak untuk menebus baki 700 ekar tersebut.

Untuk Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau menghalang TP daripada menebusguna tanah memerlukan sejumlah bayaran wang pampasan yang besar kepada TP.

Satu-satunya jalan untuk Kerajaan Negeri PR adalah memohon projek-projek infrastruktur bawah tanah dan jalan raya sebagai pematuhan kepada kemahuan TP untuk menyerahkan seberapa tanah yang mungkin untuk ditebus guna kepada Kerajaan Negeri.

CAP juga perlu ingat bahawa TP kini dimiliki oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Sime Darby Bhd.

Kuasa pengangkutan awam dalam tangan Kerajaan Persekutuan

Malangnya Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pengangkutan awam kerana ia merupakan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Banyak yang kita mahu lakukan pembaharuan untuk pengangkutan awam tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dapat membuat apa- apa tindakan kerana ia terletak sepenuhnya di bahawa Kerajaan Persekutuan.

Semua perkhidmatan bas, teksi dan tram atau TLRT adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Malah apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu menyediakan perkhidmatan bas CAT yang akan melalui seluruh kawasan warisan George Town secara percuma yang akan dibayar oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan menolak inisiatif ini pada mulanya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk membayar RM720,000 setahun untuk menyediakan perkhidmatan bas CAT secara percuma di mana sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

Hanya selepas rayuan oleh Kerajaan Negeri secara langsung kepada Menteri yang bertanggungjawab selama hampir setahun, barulah kelulusan untuk perkhidmatan bas CAT percuma yang akan dibayar oleh Kerajaan Negeri diberikan.

Saranan CAP telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat

Presiden CAP, SM Mohamed Idris telah berkata bahawa rundingan awam melibatkan penyertaan rakyat di peringkat awal proses membuat keputusan, menyediakan maklumat yang secukupnya mengenai projek- projek dan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada perwakilan dan pandangan yang dibuat oleh individu dan organisasi- organisasi masyarakat sivil.

Saya dengan rasa rendah diri ingin mengingatkan veteran Presiden CAP bahawa proses yang beliau telah gariskan telah diikut ketika memutuskan sama ada 4 projek infrastruktur ini diteruskan atau tidak.

Hanya selepas pertimbangan yang sewajarnya, barulah Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang membuat keputusan meluluskan 4 projek infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Batu Feringgi, dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney dan kawasan- kawasan padat penduduk iaitu di Paya Terubong dan Relau.

Untuk terowong bawah laut, bukan sahaja ia memudahkan perhubungan antara pulau di Persiaran Gurney ke tanah besar di Bagan Ajam, ia juga akan merangsang pertumbuhan ekonomi di SPU.

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang mahu membawa pertumbuhan pembangunan di SPU bagi menghapuskan pembohongan liar bahawa orang Melayu dan penyokong BN di SPU yang dikuasai oleh BN diabaikan atau dipinggirkan.

Pakatan Rakyat prihatin alam sekitar, dengar pandangan NGO

Kerajaan Negeri PR sangat prihatin terhadap kesan alam sekitar di kawasan pembinaan terowong bawah laut. Kebimbangan alam sekitar ini akan dirunding semasa pusingan kedua rundingan awam apabila reka bentuk dan laluan dipilih pada akhir 2012.

Walau pun NGO seperti CAP amat membantah projek- projek infrastruktur ini, Kerajaan Negeri masih akan menjemput mereka untuk melibatkan diri dalam rundingan awam selepas reka bentuk dan laluan dipilih.

Sekiranya Kerajaan Negeri tidak berpuas hati, Kerajaan Negeri masih boleh menolak dan enggan meneruskan projek- projek infrastruktur tersebut.

Mengikut jadual untuk pembinaan projek- projek di bawah pelaksanaan pra- Q, tarikh terawal untuk memulakan kerja ke atas terowong akan dilakukan pada akhir 2015. Ini adalah untuk membenarkan semua kajian teknikal, reka bentuk dan alam sekitar dijalankan antara 2012 dan 2015.

Jika kerajaan tidak berpuas hati, EXCO akan menolak untuk menandatangani perjanjian pembinaan yang muktamad di mana ia merupakan keperluan akhir yang dijadualkan pada pertengahan 2015. – Roketkini.com

Penulis adalah Ketua Menteri Pulau Pinang

sumber: Roketkini.com