Jumaat, 23 Mac 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN: SIRI 2 : ANWAR IBRAHIM <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2012 08:31 PM PST


SIAPAKAH ANWAR SEBENARNYA? - YAHYA ISMAIL.





Anak kelahiran Ceruk Tok Kun di Seberang Perai bukan dilahirkan dari kalangan ulama. Bapanya , Datuk Ibrahim, pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan di era Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik, Ibrahim, bapa Anwar, pernah menjadi attendent hospital. Barangkali mengenangkan jawatannya sebagai attendent maka Tengku melantik bapa Anwar sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan.
Boleh dikatakan keluarga Anwar menyokong UMNO. Emak Anwar sendiri seorang pemimpin Wanita UMNO yang terkenal di Seberang Prai. Menurut sumber Tok Wan nya, sebelah bapanya dikatakan dari keturunan India dan dikatakan memeluk agama Islam. Tok Wan Anwar dikatakan berkahwin dengan wanita keturunan Cina yang dibela oleh keluarga Islam. Barangkali Anwar dan suku sakatnya boleh menerangkan lebih lanjut lagi siapakah gerangan keturunannya itu.
Janganlah hairan bin terkejut kalau Anwar petah berucap. Bukankah orang keturunan India bijak bercakap walaupun Anwar tidak mempunyai lenggukan kepala seperti kebanyakan orang India? Melihat dari keturunan bapanya, bermakna Anwar adalah generasi kedua dari kerunan India campur Cina.


ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) di bawah Anwar menjadi sebuah NGO yang berpengaruh dan mempunyai pengikut ramai. Semangat Melayu dan Islam yang tercetus selepas 13 Mei menjadikan Islam sebagai suatu kekuatan politik dan budaya yang kuat di kalangan generasi muda pada waktu itu.
Kalau kebanyak pemimpin PAS hanya berlegar disekeliling serban mereka dan memperalatkan Islam untuk menyebar pengaruh politiknya, Anwar pula menyebarkan perjuangan Islam keperingkat antarabangsa. Melalui ABIM Anwar mendapat perhatian dan sokongan berbagai pemimpin Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Indonesia. Melalui berbagai jaringan kerjasama, beliau dengan berbagai pemimpin negara-negara Barat, khasnya Amerika, Anwar di anggap oleh para pemimpin sebagai pemimpin Islam yang liberal.
Walau pun beliau hanya memimpin ABIM sebuah NGO Islam, namun penghormatan dan sanjungan yang diperolehinya dari berbagai ketua-ketua kerajaan asing lebih menyerlah dari Perdana Menteri sendiri !
Anwar sedar dia tidak boleh menjdadikan nasionalisme Melayu sebagai produk politiknya, untuk mendapat sokongan dan kerjasama dari ketua-ketua kerajaan asing. Tapi bila dia memperlihatkan ketokohannya sebagai pemimpin Islam Liberal maka dengan sendirinya dia mendapat perhatian dari ketua-ketua kerajaan asing. Khasnya dari kalangan Barat, oleh kerana Barat lebih senang berbicara kepentingan politik mereka dengan para pemimpin Islam Liberak dan bukan fudementalis yang dianggap Barat super kolot dan berbau militan.
 METHODOLOGI PENYEBARAN IDEALOGI.


Untuk merealisasikan cita-cita Islam Liberal, Anwar sejak memimpin ABIM sudah membuat jalinan kerjasama dengan berbagai golongan masyarakat di Indonesia, bukan saja di kalangan gerakan mahasiswa Islam seperti HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) tetapi juga dengan tokoh-tokoh Islam terkemuka dari kalangan parti-parti politik Indinesia dan Muhammadiah yang pada suatu masa dahulu dipimpin oleh Amin Rais.
Jalinan kerjasa tersebut diteruskan hingga kini. Oleh kerana itu, janganlah terkejut beruk kalau Anwar mempunyai para penyokong yang kuat di kalangan masyarakat Indonesia. Kebebasan media yang super bebas di Indonesia sekarang di eksplotasikan Anwar untuk meraih sokongan mural terhadap perjuangannya. Dengan kata lain, Anwar menjadikan Indonesia, sebagai pengkalan politiknya memandangkan pengaruh politik Indonesia, dengan penduduk-pendidiknya lebih dari 250 juta penganut Islam.
Memanglah di Indonesia terdapat golongan politikus dan budayawan Islam liberal yang pro-barat, dan kebanyakan dari mereka terdiri dari sahabat-sahabat Anuwar. Mereka mempunyai agenda politik Islam Liberal yang disenangi Barat. Jadi janganlah hairal kalau ada pertautan jiwa antar Anwar dengan golongan ini yang cuba mendapat tempat dalam politik nasional Indonesia dan juga Malaysia.
Seperti Anwar golongan Islam Liberal di Indonesia juga berkiblat ke Amerika. Besar kemunkun Amerika membantu golongan ini dengan harapangolongan Islam Liberal dapat menguasai kepimpinan negara Indonesia. Bayangkan sebagai MP Permatang juga merangkap penasihat PKR Anwar mempunyai pejabat di Washington DC, Siapa yang membiayai perbelanjaan dan penyewaan pejabat itu ? Anwar sensiri keluar belanja ?  Apakah kepentingan Anwar untuk membuka pejabatnya di Washington DC itu ?


Tidak ada parti politik di Malaysia yang mempunyai pejabat di sana. Apakah kerajaan amerika yang membiayainya ? Apakah Anwar juga mempunyai pelobi-pelobi yang diupah untuk mempengaruhi kerajaan Amerika dan beberapa senator yang berpengaruh untuk menyokong perjuangannya ?


Di Malaysia, juga di Indonesia, Anwar menggunakan keahliannya sebagai pemidato ala Sukarno dengan memutarbelitkan berbagai isu untuk meraih sokongan terhadap perjuangannya. Dia tahu bagaimana hendak mempengaruhi para pendengarnya. Bercakap dikalangan mahasiswa dia akan memperlihatkan idealisme generasi muda yang resah gelisah, inginkan pembaharuan dan berfikiran bebas.
Depan lebai-lebai pondok, ustaz-ustaz dan ulama-ulama berjiwa kerdil, Anwar dianggap sebagai seorang pejuang Islam nombor wahid yang mengatasi kemampuan intelek mereka. Di khalayak bukan Melayu, dia akan menyuarakan hak dan kebebasan mereka sebagai warganegara dan berjanji akan memperjuangkan nasib mereka. Boleh dikatakan anwar akan menabur janji anika ragam dan anika warna menurut siapa yang menjadi penontonnya. Karismanya sebagai pemidato yang super habat lebih kuat pengaruhnya dari penjual ubat kuat di Lorong Haji Taib. Tidak ada pemidato yang lebih handal dan berpengaruh dari Anwar. Itu perlu kita akui....


Dia membina imej sebagai pejuang Islam kerana pengaruh PAS menjadi semakin kuat selepas peristiwa berdarah 13 Mei, 1969. Selepas 13 Mei, timbul kesedaran di kalangan orang Melayu untuk bersatupadu mempertahankan kuasa politik Melayu dan hak hidup orang Melayu sebagai peribumi yang sah. Walau pun penyertaan PAS dalam kabinet Barisan Nasional pada tahun 1974 dianggap sebagai 'kahwin mut'ah' namun ia perlu wujud dan kena pada masanya.
Anwar melihat perkembangan politik pasca 13 Mei sebagai politik mempertahankan kuasa dan hak orang Melayu dan Islam. Beberapa orang pemimpin ABIM bersama Anwar sudah mengorak langkah menyertai PAS sebagai suatu strategi memperkukuhkan kedudukan politik PAS dan ada juga yang menyertai UMNO. Dia meletakkan orang-orangnya dalam PAS dan UMNO dengan harapan mereka menjadi pemimpin-pemimpin yang bakal mengambilalih kepimpinan PAS dan UMNO pada suatu waktu itu.
MASUK 'UNIVERSITI KEMUNTING'.
Rupa-rupanya setelah keluar dari "Universiti Kemunting" bintang Anwar menjadi semakin terang. Siapa sangka seorang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam dengan senyuman bangganya menyertai UMNO, parti politik yang menjadi musuh politiknya di masa lalu. Dengan sekelip mata dia di'sintuklimau' sebagai menteri dalam kabinet Mahathir. Pemimpin yang dikatakan terlibat dalam kemasukan Anwar dalam UMNO ialah Tengku Razaleigh Hamzah.
Dalam satu temuramah saya dengan Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri saya bertanya, " Mengapakah Datuk Seri membawa masuk Anwar dalam UMNO dan menjadikandia seorang menteri penuh ?' Dengan tenang Dr Mahathir menjawab, " Kalau saya tak ambek dia masuk UMNO dia akan masuk PAS. Dia tu pejuang Islam,. Kalau dia masuk PAs teruklah UMNO."
Rupa-rupanya Mahathir juga menganggap Anwar sebagai pejuang Islam yang berpengaruh. mengikut perhitungan politik Mahathir, Anwar boleh memainkan KEpenting dalam UMNO memandangkan dia seorang pemimpin muda yang ada karisma, bijak berpidato dan mempunyai ribuan pengikut dalam dan luar negara. Dilihat dari latarbelakang politik, baik Mahathir mahu pun Anwar, pernah menentang UMNO dan berceramah di atas pentas PAS pada suatu ketika dulu. Jadi tidak hairanlah mengapa Mahathir mempunyai soft spot terhadap Anwar.......
Ada orang berkata Anwar hendak "ABIM" kan UMNO. Banyak rakan-rakan Anwar dalam ABIM diberi kedudukan dalam parti, kerajaan dan berbagai badan berkanun. Memandangkan Anwar seorang pejuang Islam yang kini mendapat kedudukan tinggi dan menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri maka banyak pihak mentafsirkan Anwar hendak melakukan reformasi dalam UMNO dengan melauskan jaringan ABIM di berbagai peringkat dalam parti.
Kononnya dia akan berusaha supaya UMNO dan PAS akan bergabung tenaga sebagai parti politik Melayu Islam yang super hebat dan super kuat di tanahair. Perlu diingat sahabat-sahabat Anwar dalam ABIM juga menyusur masuk kedalam kepimpinan PAS. Menurut beberapa pemimpin UMNO veteran mereka yang tidak sehaluan dengan ciitarasa politiknya akan disingkir dari kepimpinan UMNO. Dengan kata lain, Anwar akan memilih mereka yang sehaluan dengan nya untuk menerajui parti.
Ini bermakna mereka yang menari mengikut rentak tengo Anwar akan mengusai UMNO kelak kalau ditakdirkan Allah SWT , dia menjadi Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO.
KEKUATAN MELAYU : UMNO + PAS.



Kekuatan UMNO dan PAS ialah sokongan mutlak dari orang Melayu. Untuk menjadi bakal Perdana Menteri seorang tokoh mesti mendapat dukungan dari masyarakat Melayu. Tanpa sokongan Melayu hanya mimpi yang berlabuh di Sri Perdana dan Putrajaya. 
Sejak merdeka hingga ke hari ini, malah 50 tahun akan datang, politik Malaysia masih berteraskan perkauman. Orang Melayu sebagai peri bumi tidak akan merelakan kuasa plitik tanah air berpindah kepada kaum-kaum lain. Bukan Melayu boleh berkongsi kuasa dengan orang Melayu selagi kedudukan dan kuasa politik Melayu tidak tergugat.
Politik akomodosi dengan bukan Melayu sejak merdeka hingga sekarang mestilah berdasarkan hasrat keramat Perlembagaan Negra. Setiap warganegara, tidak kira bangsa, agama, adat dan kebudayaan , mesti patuh dan terima segala aspek Perlembagaan Negara tersebut. Seperti kata peribahasa Melayu "di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung" masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek.......


nantikan siri 3....

09 di Butterworth - Google Blog Search

09 di Butterworth - Google Blog Search


Chelsea interim manager <b>Di</b> Matteo claims he has not asked for the <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2012 04:11 AM PDT

Chelsea interim boss Roberto Di Matteo claims he has not asked for the job on a permanent basis.

Di Matteo has been in charge for three games since the sacking of Andre Villas-Boas, including the spectacular 4-1 win over Napoli last week which sent Chelsea through to the last eight of the Champions League.

If results carry on in this fashion it may not be long until the Italian becomes one of the front-runners for the manager's seat. However, Di Matteo has refused to reveal if he is interested in taking the job on full-time.

"That has not crossed my mind for one second," he told RTE Sport. "I have so many things to do you can't even imagine. I am focusing just to get the team ready to the best of my ability for Sunday. We have set ourselves the target for the season and there doesn't need to be any other discussions."

The former Chelsea midfielder's main aim is to rejuvenate the club's season, but he is also hoping to bring his promising managerial career back to life.

Di Matteo had built himself quite a reputation with spells at MK Dons and West Bromwich Albion, before he was sacked after the Baggies experienced a poor run of results.

"I don't come from the moon - I know how football works," the 41-year-old said. "I thought I had a very successful time at West Brom. I got them promoted again and we were never in the bottom three for the whole season. I had a good time at West Brom and a very enjoyable time as well. The players were very, very good for me for the time I was there and some are still in touch with me."

Di Matteo is believed to be on the radar of clubs from England and Europe, who may step up their interest if he is overlooked for the job at Stamford Bridge.

"I haven't got the time to think about this. When the time is right, I will think about what the future will hold," he said. "At the minute, it's Leicester City, Sunday at 2.05. I'm a pretty positive person in general. I hope we can win the next game and that's what I'm focusing on."

The potentially tricky FA Cup quarterfinal against Leicester sees Di Matteo come up against former Middlesbrough defender Nigel Pearson, evoking memories of the 1997 FA Cup final between Chelsea and Boro, when Di Matteo scored after just 42 seconds. It was the fastest Wembley FA Cup final goal of all time until Louis Saha netted for Everton after 25 seconds in 2009, ironically against Chelsea.

The Italian has said he and Pearson have reminisced about that quick-fire goal, saying: "We had a nice chat about that. He's a nice person, I like him very much. He's very good manager and honest. A man with integrity.

"My father keeps a collection in Italy. He's  made a room where he keep all the medals and shirts."

How do you stay up to date with football when on the move? With http://m.goal.com – your best source for mobile coverage of the beautiful game.

Follow GOAL.COM USA on

09 di Batu uban - Google Blog Search

09 di Batu uban - Google Blog Search


notakanan: <b>Batu Uban</b> dan sejarah Melayu Pulau Pinang

Posted: 08 Jan 2012 09:48 AM PST

Selamatkan Sejarah Batu Uban




Artikel ini dipetik dari Utusan Online dan ditulis oleh DR. A MURAD MERICAN
Beliau ialah Profesor di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, Perak.
Kampung Batu Uban bukan sama dengan Kampung Buah Pala, atau Kampung Baru di Kuala Lumpur. Batu Uban adalah penempatan Melayu yang terawal di Pulau Pinang. Malah ia juga adalah pekan dan pelabuhan terawal di pulau itu.
Saya telah perhatikan perkembangan di Batu Uban tanpa kudrat menentukan dan merobahnya. Tidak guna kita merintih apa yang telah berlaku. Ini bukan nostalgia.
Seharusnya, Kampung Batu Uban dijadikan kampung istimewa di Pulau Pinang. Di situlah masjid yang terawal dibina. Di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak 1730an lagi, dan ia berlaku sehingga tahun 1740an.
Batu Uban adalah pusat aktiviti wilayah Gelugor dan kawasan sekitarnya. Ramai keturunan peneroka awal Batu Uban menyumbang kepada perkembangan budaya dan ekonomi kawasan Tanjung - pekan Melayu di Lebuh Acheh dan Armenian khususnya.
Ini mula berlaku pada lewat 1700. Batu Uban mempunyai jalinan dengan pelabuhan Batu Bara, yang kini sebuah daerah di pesisir pantai timur Sumatera - di wilayah Sumatera Utara, lebih kurang tiga jam perjalanan ke arah selatan dari Medan. Malah, saya dimaklumkan satu masa dulu Batu Uban dikenali sebagai Batu Bara.
Batu Uban adalah sebuah pusat metropolitan yang menghubungkan Pulau Pinang/Kedah dengan Sumatera, India dan Hadhramaut. Malah, Batu Uban bukan hanya membuka ruangnya kepada Selat Melaka, tetapi juga kepada Lautan Hindi. Jalinan Batu Uban dengan Selat Melaka dan Lautan Hindi jelas dilihat dengan kedatangan orang Minangkabau dan Melayu yang berlayar dari Batu Bara, kaum-kaum dari India, dan Arab sama ada terus dari Hadhramaut, melalui India, atau melalui Aceh. Di situlah juga mula terbentuknya identiti Jawi Pekan di Pulau Pinang, mendahului lain-lain tempat di Nusantara.
Batu Uban pada satu masa dulu bukan kampung, tetapi sebuah pekan dengan segala rencam dan ragamnya. Apakah ini sukar sangat untuk kita faham? Ini bukan soal menolak pembangunan. Ini soal kegagalan pihak berkewajipan dan pihak berkuasa mengiktiraf, melindungi dan mewartakan sesuatu kawasan itu.
Mengapa kelulusan diberi kepada pemaju? Apakah warisan dan sejarah perlu tewas oleh kaum-kaum kapitalis? Siapakah yang membenarkan itu? Apakah pihak-pihak warisan dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang buta sejarah? Mengapa dibenar kawasan sekecil itu diroboh lalu mengubah wajah asal? Apakah tidak ada alternatif lain? Mengapakah kita terlalu taksub dengan konsep dan falsafah pembangunan yang kolot? Apakah pembangunan semestinya menghapuskan sejarah dan warisan?
Dalam hal ini, dan bukan saja dalam konteks Batu Uban, kita mesti mengkaji semula konsep dan falsafah pembangunan. Malah istilah 'pembangunan' itu kurang tepat kerana ia menumpu kepada aspek fizikal dan pertumbuhan ekonomi, walaupun dalam retoriknya kita mengeluarkan istilah seperti 'mapan' dan 'tambah nilai.' Apa ertinya jika atas nama pembangunan, identiti kita dihapuskan?
Konsep dan falsafah pembangunan kini memihak kepada apa yang boleh diukur dan dilihat. Kita tidak melihat sejarah dan warisan seperti mana yang sepatutnya kerana kayu pengukuran kita berlandaskan kepada kepentingan-kepentingan jangka pendek. Jika kita isytiharkan kita ingin maju seperti lain-lain negara, lihat saja bagaimana mereka kekalkan sejarah dan warisan.
Tidak perlu pergi jauh. Lihat sekitar negara Asia Tenggara, atau India, atau Jepun. Apakah maksud 'Chennai,' 'Mumbai' dan 'Kolkata' dalam kamus dan kesedaran sejarah di India? Kita akur bahawa Pulau Pinang mempunyai densiti penduduk yang tinggi, dan tanah amat berharga. Akan tetapi, apakah harga itu sama dengan nilai sejarah?
Dengan robohnya Batu Uban, walaupun mungkin tinggal sebuah masjid, telaga dan tanah perkuburan hampir 300 tahun itu, maka akan robohlah sejarah penempatan Melayu di Pulau Pinang. Pihak-pihak berwajib, dan empunya tanah sepatutnya memikirkan bagaimana memperkasakan sejarah dan warisan Melayu di tempat itu, bukan sebaliknya.
Papan tanda di hadapan masjid Batu Uban kini memang tidak mencukupi. Dan jika dikatakan bahawa penduduk-penduduk di kawasan itu tidak berminat tinggal di situ, apakah mereka diberi pandangan, bimbingan dan nasihat yang sewajarnya. Apa yang perlu dilakukan adalah sebuah kawasan/laman peringatan, bersama dengan papan tanda yang lebih jelas di tengah-tengah kawasan perkampungan itu bagi memperingati para peneroka Melayu awal pulau itu, dan jalinan Batu Uban dengan rantau kepulauan Melayu dan Lautan Hindi.
Juga, mereka yang berwajib, termasuk yang empunya tanah, memperbaiki kampung itu sebagai kampung awal tradisi sambil mengwajahkan jaringan dengan rantau yang lebih luas. Batu Uban bukan kampung kolot. Di situlah pada awal lagi bertapaknya Islam di Pulau Pinang.
Seharusnya usaha dilakukan mengekalkan nama Batu Uban sebagai sebahagian daripada nama Gelugor, juga dikatakan berasal dari Batu Bara. Dengan lenyapnya Batu Uban, maka akan lenyaplah juga sejarah dan identiti warisan sebelum kedatangan Inggeris.
Saya harap jangkaan saya salah. Masih ada ruang dan masa untuk menyelamatkan Batu Uban. Tidak perlu bersedih dan merintih. Tidak ada belang yang dapat ditinggalkan seperti apabila matinya harimau. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah secara kolektif, pihak-pihak yang berwajib dan berkuasa memberhentikan projek tapak pembinaan kini dan apa-apa lagi yang telah diluluskan untuk kawasan itu pada masa depan.
Pada asalnya, mengapa projek-projek pembinaan telah diluluskan sejak sekian lama? Ini hanya menunjukkan kealpaan tentang sejarah; sikap dan kesedaran yang menolak memori kolektif sesebuah tempat. Hal ini tidak pula kelihatan di kawasan-kawasan di Georgetown, khususnya di tapak warisan UNESCO.
Sekali lagi, saya nyatakan pihak yang memiliki tanah di Batu Uban hendaklah tidak buta sejarah. Pada masa sama, sejarah tidak kenal undang-undang. Tahun-tahun yang penting berkaitan dengan Batu Uban adalah 1734 dan 1749. Apakah kita mahu detik-detik itu lenyap dari lipatan sejarah Pulau Pinang dan Kedah akibat dari kedaifan dan kebebalan sejarah kita sendiri?

<b>Batu Uban</b> - Kegagalan Orang Melayu Mempertahankan Maruah <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 06:15 PM PST

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Lawatan Rasmi Yang DiPertua <b>Negeri Pulau Pinang</b> Ke Kem PLKN <b>...</b>

Posted: 29 Feb 2012 09:05 PM PST

Lawatan Rasmi Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang Ke Kem PLKN Sri Mutiara Balik Pulau, Pulau Pinang.

Tarikh: 28 Februari 2012

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Hj. Abdul Rahman Hj Abbas telah mengadakan lawatan ke Kem PLKN Sri Mutiara, Balik Pulau, Pulau Pinang. Lawatan turut disertai oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, YBhg Dato' Dr Tiki Lafe.

Sekitar Kuliyah @ Masjid <b>Negeri Pulau Pinang</b> 17|03|12 : UAI

Posted: 17 Mar 2012 06:30 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sekitar Kuliyah @ Masjid Negeri Pulau Pinang 17|03|12. Alhamdulillah penuh masjid. Berikut gambar-gambar sekitar kuliyah UAI di Masjid Negeri Pulau Pinang. Tahniah warga Pulau Mutiara.

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


Pengawal Keselamatan <b>Di Batu Maung</b> - Tradenedo Classified <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2012 06:10 PM PDT

Search for  in 



09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


Pilihan Anda!: Rusuhan <b>di Bayan Lepas</b> - 16 kenderaan rosak dan <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2012 07:53 AM PDT

|

BAYAN LEPAS: Sebanyak 16 buah kenderaan rosak dan cermin bangunan dipecahkan dalam satu kejadian merusuh di sebuah syarikat elektronik di Kampung Jawa, Bayan Baru di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata, dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, suspek terdiri daripada 15 lelaki tempatan bersenjatakan parang dan tukul besi bertindak menyerang syarikat elektronik itu.

Bagaimanapun, beliau berkata kesemua pekerja syarikat itu tidak mengalami sebarang kecederaan memandangkan ketika kejadian mereka berada di dalam bangunan.


"Suspek yang memakai topeng itu datang menaiki tiga buah kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan bertindak memecahkan sebahagian cermin bangunan dan merosakkan kenderaan pekerja termasuk pengurus syarikat yang diletakkan di sekeliling bangunan.

"Pemeriksaan ke seluruh kawasan bangunan itu tidak menemui sebarang objek tajam yang dipercayai digunakan suspek sebagai senjata utama," katanya kepada pemberita.

Lai berkata kesemua suspek berjaya melarikan diri selepas bertindak memecah sebahagian harta benda syarikat dan para pekerja.

Beliau berkata polis akan menyiasat secara terperinci punca kejadian sama ada ia melibatkan individu, perniagaan, cemburu mahupun tukar milik dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh. - Bernama
Share/Bookmark

Posted by Desperado on 10:53 PM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

09 di jelutong - Google Blog Search

09 di jelutong - Google Blog Search


MatKilau Penang: JOM PAKAT PI BUAT GEMPAK <b>DI JELUTONG</b>.

Posted: 17 Mar 2012 03:19 AM PDT


CERAMAH "BONGKAR"

Pendedahan oleh UMMI HAFILDA !!!

17 March 2012 (Sabtu)

9.00 malam

JALAN MASJID JELUTONG,PULAU PINANG

MKP Ayat Sempoi ;Apa tunggu lagi kita Pakat pi dengaq apa yang Anwar dok pembohong kat rakyat,dedahan sempoi dari Umi Hafilda.JanganTak Mai.

- Posted using BlogPress from my iPad

PISAU.NET: Ceramah Hot Umi Hafilda Malam Ni <b>Di Jelutong</b>

Posted: 17 Mar 2012 03:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ceramah Hot Umi Hafilda Malam Ni Di Jelutong. Filed Under ( berita pisau ) by pisau on 17.3.12. CERAMAH "BONGKAR". Pendedahan oleh UMMI HAFILDA !!! 17 March 2012 (Sabtu). 9.00 malam. JALAN MASJID JELUTONG,PULAU ...

Nota Kecil: Fitnah Ummi Hafilda <b>di Jelutong</b> nampak tak logik...

Posted: 17 Mar 2012 10:02 PM PDT

UMMI Hafilda dalam ceramah di Jelutong semalam mendakwa, beliau pernah menulis surat kepada PM Tun Dr Mahathir menjelaskan mengenai amalan kaki liwat Anwar Ibrahim waktu jadi TPM.

Anwar didakwa marah. Ummi kata, lebih 50 polis UTK lengkap dengan senjata berat M-16 diarahkan untuk mengepung rumah tempat persembunyian beliau.

Ummi mengaku dilayan bak penjenayah Botak Chin sedangkan beliau tidak pernah melakukan jenayah dan hanya seorang perempuan muda berusia 28 tahun.

Namun, UTK tak dapat masuk rumah itu berkat Ummi membaca Surah Yaa Sin pada malam tersebut?

50 UTK yang kononnya dikerah untuk tangkap Ummi pada malam itu menggambarkan bahawa kes Ummi 'berat'.

Takkan disebabkan tak dapat tangkap Ummi pada malam itu, UTK terus balik?

Mengapa UTK tak tunggu sampai keesokan hari dan hari-hari seterusnya sehingga menunggu Ummi keluar rumah lalu selesaikan misi 'berat' itu?

Nampak macam tak logik cerita Ummi ini.

Nampak macam ceramah fitnah sahaja.

09 di Batu kawan - Google Blog Search

09 di Batu kawan - Google Blog Search


PISAU.NET: Kilang Solar <b>Di Batu Kawan</b>,Pencemaran Cadmium <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 01:00 AM PDT

Ramai yang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang, namun mereka tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa 100,000 penduduk di Batu Kawan apabila sebuah kilang yang mengeluarkan toksik dibina di negeri ini.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too berkata, mereka menuntut penjelasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai pembinaan kilang berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dari Jerman.

"Kita tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar. Ia juga akan mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul.

"Sehingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan Kerajaan Negeri kepada umum mengenai projek yang akan dijalankan itu," katanya kepada media semalam.

Menurutnya, orang ramai yang menyokong Guan Eng kerana membantah pembinaan loji Lynas sebenarnya tidak sedar bahawa sebuah kilang yang mengeluarkan toksik akan berada di Batu Kawan.Sehubungan itu, mereka menuntut Guan Eng memaklumkan lokasi tepat serta mengemukakan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) kilang berkenaan.

"Kita mahu penjelasan tentang kaedah yang digunakan untuk mengendalikan bahan berbahaya seperti toksik yang dikeluarkan oleh loji itu kelak.

"Guan Eng juga perlu maklumkan langkah pencegahan jika berlaku kecemasan atau kemalangan sekiranya loji itu dibina bersebelahan taman perumahan," katanya.

Difahamkan, loji pengeluaran panel solar berkenaan akan dibina di Batu Kawan dengan pelaburan RM2.2 bilion.Syarikat dari luar negara itu dikatakan sudah memulakan proses pembelian tanah seluas 32 hektar di kawasan berkenaan.

Rich berkata, Guan Eng dilihat tidak mengambil kira pandangan umum khususnya penduduk di situ terlebih dahulu sebelum meluluskan pembinaannya.

"Pembinaan loji ini boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada bakal penduduk yang hanya menunggu rumah mereka siap untuk diduduki.

"Loji ini memerlukan kawasan luas untuk mengawal sembilan jenis gas beracun yang dihasilkannya," katanya.

sumber:Mypenangonline

Pisau kata " proses penghasilan panel solar memang banyak guna bahan kimia,salah satunya cadmium yang boleh menyerap masuk kedalam darah hingga menyebabkan kanser"

Related Posts : Pulau Pinang

Orang Penang nak ke perkara ini berlaku <b>di Batu Kawan</b> <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2012 05:10 PM PDT

Gambar di bawah ini  menunjukkan bukti apa yang sebenarnya berlaku di  Wilayah  Hangzhou, Zhenjiang's.

Habis ikan-ikan di sungai dan laut mati akibat daripada pencemaran kilang Solar .

Rakyat P.Pinang terutamanya perlu beri perhatian pembinaan kilang solar ini di Batu Kawan yang diluluskan Guan Eng dan kerajaan DAP.

 Apakah kita nak lihat peristiwa di negara China ini berlaku di  Batu Kawan, Bukit Tambun, Kuala Juru yang mana memang terkenal dengan aktiviti nelayan , memancing dan perniagaan seafood ..


09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Empayar Pemuda: PENDUDUK <b>PERMATANG PAUH</b> MENGAMUK <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 05:11 PM PDT

Nama je Permatang Pauh tu kubu kuat Anwar Ibrahim, tapi dia boleh biarkan rakyat di Permatang Pauh hidup dalam kesempitan dan kesusahan...Apa punya pakatan ni..Tiap-tiap hari tipu sana tipu sini nak pengaruh rakyat suruh bagi undi pada pakatan tapi kebajikan rakyat dibiarkan begitu saja..
Cuba bayangkan Presiden parti PKR tinggal disitu, Ketua Pembangkang selaku penasihat PKR tinggal disitu, Pesuruhjaya PAS Negeri selaku Adun tinggal disitu dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang juga selaku ADUN pun tinggal disitu...itu pun masih tak mampu nak menjaga kebajikan rakyat di situ..nampak sangat tak buat kerja yang diamanahkan...
EP harap UMNO Permatang Pauh dapat membantu meringankan beban keluarga ini dan pastikan anaknya yang berhenti belajar itu kembali ke sekolah..Kalau tunggu Anwar nak bantu keluarga tu...rasanya tahun depan kot baru dia sempat nak menjengok keluarha tersebut sebab sibuk dok tabur fitnah...

Akibat kesempitan hidup dan simpati dengan kesusahan ibu yang terpaksa bekerja menyara keluarga menggantikan ayah yang terlantar sakit, Nor Ain Ahmad Nasir, 17, mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. 
Namun, dia tetap berharap dapat menyambung semula persekolahan kerana bercita-cita menjadi doktor. 
"Kalau boleh mahu sambung sekolah tapi saya kasihan pada emak dan hidup kami sekeluarga susah, jadi saya buat keputusan berhenti sekolah," katanya ketika ditemui di Taman Seri Pauh di sini kelmarin. 
Dalam nada sebak, Nor Ain yang merupakan anak sulung daripada lima beradik berkata, kadangkala dia bekerja di gerai makan tempat ibunya, Azrina Jali, 36, bekerja bagi membantu menampung perbelanjaan harian keluarga.
"Saya kerja angkat pinggan atau ambil pesanan di gerai. Bayarannya tak menentu, kadang-kadang dibayar RM10 atau RM15," katanya. 
Selain bekerja di gerai makan, Nor Ain, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pauh di sini juga menjaga adiknya, Nur Syuhadah, 8, yang menghidap sindrom down serta mengambil adik bongsunya, Puteri Zhullaikha, 6, pulang dari tadika. 
Dua lagi adiknya, Natasha Nabiha, 13, dan Nur Fatin Adilah, 12, masih belajar di SMK Seri Pauh dan Sekolah Kebangsaan Seri Pauh. 
Bapa mereka, Ahmad Nasir Abdul Rahim, 43, disahkan menghidap sakit jantung yang kronik sejak enam tahun lepas. - KOSMO

09 di tanjung bungah - Google Blog Search

09 di tanjung bungah - Google Blog Search


Mayat Remaja Ditemui <b>Di</b> Laut <b>Tanjung Bungah</b>

Posted: 18 Mar 2012 01:48 AM PDT

GEORGETOWN – Mayat remaja yang dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Tanjung Bungah semalam ditemui orang awam pagi tadi.

Bapa mangsa, Ajib Roshidi Basir, 46, berkata, setelah pasukan mencari dan menyelamat menghentikan operasi pada pukul 7.30 malam kerana cuaca gelap, beberapa orang awam membantunya meneruskan pencarian di sekitar lokasi kejadian.

"Kira-kira pukul 5.20 pagi tadi, salah seorang dari orang awam yang lalu di situ ternampak anak saya terapung tidak jauh dari tempat dia dipercayai lemas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mayat Afiq Ridha Ajib Roshidi, 19, kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas.

Allahyarham Afiq dikatakan keluar memancing bersama empat lagi rakannya sebelum mandi di pantai pada pukul 11.30 pagi semalam. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dia buat dah: Mayat remaja ditemui <b>di</b> laut <b>Tanjung Bungah</b>

Posted: 18 Mar 2012 07:39 AM PDT

Kosmo! Online - Terkini:



GEORGETOWN - Mayat remaja yang dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Tanjung Bungah semalam ditemui orang awam pagi tadi.
Bapa mangsa, Ajib Roshidi Basir, 46, berkata, setelah pasukan mencari dan menyelamat menghentikan operasi pada pukul 7.30 malam kerana cuaca gelap, beberapa orang awam membantunya meneruskan pencarian di sekitar lokasi kejadian.
"Kira-kira pukul 5.20 pagi tadi, salah seorang dari orang awam yang lalu di situ ternampak anak saya terapung tidak jauh dari tempat dia dipercayai lemas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mayat Afiq Ridha Ajib Roshidi, 19, kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas.
Allahyarham Afiq dikatakan keluar memancing bersama empat lagi rakannya sebelum mandi di pantai pada pukul 11.30 pagi semalam. - BERNAMA

'via Blog this'

09 di Bukit jambul - Google Blog Search

09 di Bukit jambul - Google Blog Search


LYSSA with BEN ASHAARI <b>di Bukit Jambul</b> , Penang !! | ! LYSSA <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2011 05:09 AM PDT

Gadis Kidal Berceloteh...

Peacee ^_^v
Tokk . Tokk . Tokk . Heyy , you guys ! Ahaa~ Kisah ini , sambungan dari ENTRI INI !
Tadi , petang kan Lyssa ada kata nak sambung kan ? Cerita mengenai ENTRI INI lah kan ~

Okeyy , macam mana Lyssa boleh "terjumpa"  dan "berjumpa" dengan BEN ASHAARI , blogger otai kita nehh ? Nak tahu ke . Jom lah baca sampai mata jadi juling . JOM !!
Orait . Sebenarnya , kami nak jumpa 'ber-dating' sama - sama neyyh , dah lama dah . Memang dah rancang time BEN ASHAARI belum datang penang lagi . haha . Pastu , baru hari ni comfirm balik , jadi or tak nak jumpa kan ? Memang eksaited terlebih lah aku neyy kan . Mana tak nye . 1st time nih nak jumpa blogger hebakk . huhu ~ Lyssa mana pernah jumpa before ni . Even pergi event ape2 ek , gathering ke , tak pernah pun ! SUMPAH ! Teringin . Tapi , nak buat macam mana kan . haha . Dah dok penang . Kalau dok KL lain lah . haha .
Okeyy. Tak pe lah . Lyssa bertolak dari rumah dalam pukul 1.45 macam tuh . Drive kereta sendiri pergi Bukit Jambul yang berjambul - jambul tuh ler ~ Memang penat lah nak kena redah hutan balik pulau tu , semata - mata nak jumpa blogger otai kita nih . haha~ Puihh~
Serius , penat , nasib Cik Nynna my besties nak temankan . Kalau takkk ? Errr ~
Lyssa sampai kul 2 lebih macam tuh . Sampai - sampai , terus cari parking . Arghh ! Tidakkk . Tak de parking .!!!  Dalam kepala otak Lyssa ,
" Aduhh , abiss lah . Macam mana ni , tak de parking . Macam mana nak jumpa BEN ASHAARI?"
Dalam dok pikir tuh , last - last ada jugakk . Fuhhh . Nasebb baik . haha . Okeyy . Lepas tuh , sampai lah Lyssa dalam BJ tuh , tanya BEN dekat mana . Dia on the way ~ Lega dengar . haha . Then , dia tanya tunggu kat mana ? Lyssa tak tahu lah pulak nak tunggu dekat mana . Ishkk . Ape lah . Setiap minggu g BJ pun tak tahu pulak mana nak tunggu yer . haha .
Lyssa cakap , Lyssa ada dekat area kedai Gurdian , dok tengok tudung . Dari jauh , dah nampak BEN otw ke kedai tu . Alamakk . Err . Terketaqq lutut dah . haha . Nampak pulak , ada sorang budak sekolah nih tegur BEN . Ishk . Ishk . Pemess betul BEN . haha~
Nampak pulak BEN bawak keluar handphone dia . Cehh . Nak call Lyssa lah tuh . Dia tak perasan Lyssa dah ada kat depan dia dahh . Haaaaa~ Tokojoitttt ! hehe~ Tiba - Tiba BEN kata :
"Ishk ! Tension ~ Tension ~"
Yang aku ni dok rasa bersalah cakap dalam hati :
"Tension sebab aku ker ? Errr . Apa salah aku ? Tolongggggggg ! "
Hee . Bukanlah . Bukan sebab Lyssa ~ Tension sebab , BEN takk bawak duit . hehe . Kalau korang tengok muka BEN time tuh . Serius . Kelakar lah . Aiyoo . Ingat ke tension pasal ape lah . haha . Aduhh . Macam - macam . Buat macam Lyssa nih , tak de duit nak belanje . kehkeh ~
Tapi tak pe , sampai je Food Court , order je lah . Ingat BEN nak makan , baru nak belanja . aduhhh ~ "Errr . Nak minum je ker" . Melepas aku nak belanja blogger otai ^^ hehe .
HEHE . Lepak - lepak kat situ je lah . Sembang sampai 2 jam  . Err . Sembang pasal apa lah tuh . haha . Macam - macam . Err . Dalam pukul 4.20 macam tuh , masing - masing belah .
p/s : Serius ! Kenangan manis betul , bila dapat bertemu dengan BEN ASHAARI ! Btw , thanks to BEN ASHAARI sebab sudi jugak jumpa Lyssa . You are the best lah :)

JOM baca Entry Daripada Ben Ashaari !! KLIK SINI RAMAI-RAMAI !


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Lyssa ! Like Kalau Suka ! ♥

Lagi Ceramah Ustaz Don <b>di</b> Pulau Pinang | Dunia CMRatu

Posted: 15 Mar 2012 06:44 PM PDT

Dah orangnya kelahiran Pulau Pinang mesti la rajin buat ceramah di Pulau Pinang. Terbaru pada 18 Mac 2012 bertempat di Perkarangan Surau Raudhotul Ulum, Tmn Bukit Jambul, Pulau Pinang jam 8 Malam. Tak jauh dari rumah saya. Insyallah pergi ke ceramah kali ni. Pasti ramai yang hadir seperti ceramah sebelum ini di PISA. Ceramah ustaz don semakin menjadi perhatian orang ramai. Ustaz muda yang mempunyai cara penyampaian bersahaja dan menarik. 
Map Surau Raudhotul Ulum, Tmn. Bukit Jambul, Pulau Pinang. (klik utk paparan lebih jelas)
Pada 17hb Mac 2012 pula ada ceramah ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri. Pasti ramai yang hadir. Saya mungkin agak sukar untuk turut serta mendengar ceramah UAI kali ni kerana ada kelas PJJ PPG UPSI 17 dan 18 Mac ni.