Isnin, 26 Mac 2012

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search

09 di Ceruk Tok Kun - Google Blog Search


Sungguhka: Siri 1 - Siapa Anwar Sebenarnya…….?

Posted: 28 Feb 2012 08:01 AM PST

Untuk aku menjawab soalan ini munkin agak sukar. Akan tetapi untuk mendapatkan jawapannya tidak sesukar itu. Jangkaan aku ramai dah tahu jawapnnya. Kali ini saja aku nak mengingatkan kembali SIAPA ANWAR SEBENARNYA…….? 
Anwar dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. 
Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur. 
29 Mac 1982 menyertai UMNO dan bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar, dan Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya. 
Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa Anwar Ibrahim berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur. 
Dalam Pilihan raya umum 1982, Anwar mendapat 18,849 undi di kawasan parlimen Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum 1978, kawasan ini dikatakan sebagai sebuah kubu PAS. 
Aku rasa terlajak la pula cerita ni. Aku nak rewind sikit cerita ni….. 
"Haram bagi aku duduk di Malaysia kalau Nuar jadi Perdana Menteri.", sergah Pak Mat (bukan nama sebenar) mempunyai pertalian kekeluargaan yang amat rapat terutama dengan Pak Ibrahim. Tersentap kami dibuatnya. 
"Dah la tak kira tutuh depan belakang, pi sokong Yahudi pulak…….!!!!!!! Cukup kurang ajaq punya manusia. Ni la muka setan bertopengkan manusia……. Dasar bapa borek anak rintik…….". Begitu marah Pak Mat ni. "Mak Yan selalu dok menangis air mata darah tengok perangai Pak Brahim. Benda yang sama berlaku kat Wan Zizah". 
"Sabar Pak Mat……. yang berlalu biarkan berlalu…….", aku mencelah. "Mana boleh!!!. Dah lama terbuku dalam hati ni tapi tak dak sapa pun teringin nak ambik tau. Pak Mat nak cerita kat hangpa ni kot-kot hangpa dapat tulis sikit dalam komputer tu…….", ujar Pak Mat lagi. "Blog ka Pak Mat….?" , ujar aku. 
"Tak kira la apa pun……. janji spesis anak haram ni nyah di bumi Malaysia. Bukan apa Pak Mat tak mau benda yang sama barlaku kat Kamal Antartuk tu berlaku di Malaysia". Herdik Pak Mat. 
Aku tergamam mendengar penjelasan Pak Mat……. Anak Haram…….? Bapa Borek Anak Rintik…….? Air mata berdarah…….? Sulaiman Palestin…….? Tok Kailan…….? Mat Sabu.......? Posmen.......? DNA…….? Hospital Sungai Bakap…….? Amanat bebas Anwar.......?

di negeri pulau pinang - Google Blog Search

di negeri pulau pinang - Google Blog Search


Jobs Jawatan Kosong Lembaga Muzium <b>Negeri Pulau Pinang</b> <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2012 12:08 PM PST

You are reading an article about Jawatan Kosong Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang from the website Jawatan Kosong 2012

Jawatan Kosong Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
Reviewed by jawatankosong2012 on
Rating: 4.5

Related Tags :


Pulau Pinang Jawatan Kosong

Jawatan Kosong Terkini di Malaysia. Dapatkan iklan ... tnb,jpa,jpj, kerani dan semua negeri seperti Johor, Sabah, Pulau Pinang ... lembaga fresh graduate permohonan maxis am ...

09 di kepala batas - Google Blog Search

09 di kepala batas - Google Blog Search


AGEN DSAI....: Ceramah Terbaru!!! Anwar Ibrahim <b>Di Kepala Batas</b> <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 05:56 AM PDT

09 di Bayan lepas - Google Blog Search

09 di Bayan lepas - Google Blog Search


PENAGA DAILY: BN makin PANAS <b>di Bayan Lepas</b> Pulau Pinang <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2012 08:00 AM PST

As salam dan Salam Sejahtera.... Sekarang  ini kita masih lagi dalam "Mode" menyambut MauIidul Rasul dimana-mana.....ALHAMDULILLAH....  
Pada 10 Feb 2012 (Jumaat), admin berkesempatan menyertai satu lagi program Ceramah Khas Maulidul Rasul. Bertempat diperkarangan Dewan JKKK Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas Solat Isyak.


Macam biasa, gambar & cerita berbicara, silakan..:


dari kiri : Cikgu Hasnah, Ust Rosidi dan Tn Hj Rahim.
Ust kita ni terlalu sibuk waktu siangnya, malam baru dapat buka paper kut.. 
"Twit" je Ustaz....kikiki!!!
Ciku Hasnah :
komen pasal HUTANG negara yg dah sampai 450 billion...
sampai MATI tak habis bayar...biar cicit kita bayar je yang tolong bayarkan cikgu oiii....kikki!!!
Bantuan Pelajar darjah 1 & 4, juga tingkatan 1 & 4 insaALLAH dapat Mac ini..TQ CMLGE.
Pejabat Penyelaras Kadun  di Dewan JKKK Bayan Lepas buka tiap Isnini & Rabu...
ada problem mai jumpa Cikgu...sebelah dewan aje tu....
Antara Tetamu yg hadir... "Org Muda Geng Kita"...
Kiri sekali : Ust Fauzi Md Yusuf malu-malu bila ana nak ambil gambar dia...kikiki!!
Ana suka "usik" Ust Fauzi ni....maaf Ustaz Fauzi ye...
Bro Zulkefli Lazim (yang with out kopiah tu)..Pengerusi majlis...
Pengarah Pilihanraya PAS PP : dapat pembesar suara aje siap hang pa..kikiki!!!
PRU dah dekat betul..Media yg sokong kerajaan makin MENIPU, sebar maklumat palsu..
sampai malu dgn wartawan luar negara bila minta kita komen...aduhhhhh.
DHA bukan ahli PAS lagi, apa dia cakap pasal PAS no poin...lupakan dia, 
....kesiannnn dia meroyan hari2..
Dalam PAS ada "LAW" (peguam, mestilah cakap pasal law)..
*Ikhwan Muslimin pun pernah pecat BIG BOSS mereka, 
komen dari ahli Ikhwan Muslimin :
"Mungkin DIA lebih ALIM dan WARAK dari kita, 
tapi ada "LOW" yg wajib JAMAAH patuhi".
**Intipati Mualidul Rasul : 
 1. Era Nabi saw diputerakan : Jangan sombong macam Abrahah, nak lawan ALLAH, 
askar udara (burung) VS askar darat (gajah), jadi daun dimakan ulat akhirnya!!
Warning pada kerajaan yg engkar & sombong kat Malaysia...
Atuk Nabi saw cakap, Kaabah ALLAH swt yg punya..biar ALLAH yg jaga...
2. Era Nabi saw dakwah 13 tahun diMakkah, titik berat kebajikan anak yatim dan org miskin.
3. Era terakhir, Nabi wafat : hanya ingat..Ummati...Ummati...Ummati dan As'solah ...As'solah...As'solah
90% pengudi Cina sokong PR...CM LGE tak sentuh duit ZAKAT pun
19 feb, CM LGE debat dgn Big Boss MCA..
RM 1.08 Trilion duit rakyat TIRIS di takbir Pusat...
Kebangkitan Mahaiswa Malaysia : Adam Adli anak Penaga, Penang
bangkit lawan AUKU dan kezaliman penguasa..
Rakyat dah sedar...kita ajen perubahan..
TGHHA rasmi Laman Ilmu Penaga, nak ikut Dataran Ilmu di Kelantan & Terengganu.
Minta Petugas "PACAR" siap sedia..
(panjang Tuan Peguam/Ust kita berbicara malam ni)...kikiki!!
Ust Fauzi : insaALLAH Bayan Lepas ni PAS yg tanding PRU13..
Negara Berkebajikan, plan dan gagasan bawa rakyat kearah yg lebih baik.
rakan kita dari umno guna DHA untuk tabur fitnah pada PAS.
Jaga2 dgn sifat2 Fasik dari sebelah sana...
Projek umno banyak kenyangkan KRONI aje, rakyat makan kuah...
TAK payah masuk PAS, tapi PANGKAH Pakatan Rakyat buat mulakan perubahan hidup.
(Ceramah pendek, senang admin tulis)..kikiki!!!
Hello...Hello..Ust Badrulamin dah sampai belum??..kikiki!!!
Tadi tak cukup clear wajahnya...ni baru cantik..
Handsome lagi Ust ni...kikiki!!
Sedikit Sumbangan dari Yang Prihatin kepada Tabung Pilihanraya PAS Bayan Lepas..
TQ Shiekh...Syukran Jazilan...
Abg Zul... Lu memang Mantop....ALLAHHUAKBAR.
Malam ni Ana banyak program, so Ana cakap sikit je (2jam boleh tak??..kikiki!!)
Kongsi Semangat Perjuangan Tetamu yg datang...
Masalah kita paling BESAR/BERAT..: Tak Ikut Nasihat NABI saw.
Pemimpin tak Amanah..negara sampai bila tak kaya..
tak perlu Hutang sampai RM450 Billion = Sifat Boros Penguasa Pusat.
RM 1 Trillion dibawa keluar dari Malaysia secara HARAM 
PR dapat bayar hutang & dapat pula agih lebihan Baget kepada Rakyat.
RM700 juta subsidi air diSelangor, kerajaan PR bayar pada PBA negeri (air percuma)
Masa BN perintah jual pasir dapat 3 juta setahun....
TAPI bila PR jaga, dapat 20 juta setahun..
Rakyat derita...pemimpin sebelah sana berPOYA2 dgn duit rakyat..
Hapuskan TOL : buat lebuhraya 6 billion, KINI dah kutip balik 24 billion = untung 18 billion,
Tapi lanjut lagi kontrak kutip tol sampai 2038...cicit pun ikut bayar..
Hati dah tertutup pada kebenaran
Ahli umno akar umbi bukan musuh kita...yg kita lawan, pemimpin umno Kurapsi..
so SEBAR maklumat dalam Media Baru, 
susun kerja parti semua peringkat..
hati-hati dgn penipuan dalam PRU... 
KDN, JPN dikesan tipu beri IC pada pendatang baru tiba sampai 1juta
Yang SPR pula luluskan daftar undi...
Jika tak TELUS juga...jangan sampai BERSIH3.0 diadakan..
Banduan, Siapa yang undikan?? IC siapa pegang??
KUATIR, walaupun Rakyat dah Sedar & Bangkit, Penipuan dlm PRU masih ujud...
(kata nak cakap sikit Ust?? penat juga ana catatkan)..kikiki!!!
Masa Untuk Bergambar bersama pemimpin




Maaf panjang sikit...nak buat macamana, dah Penceramah rajin, admin "mode" rajin juga..kikiki!!!


**Dari Surah Ar-Rum : ayat 57 yang bermaksud : " Maka pada hari itu tidak berguna lagi bagi orang-orang yang zalim, sebarang alasan yang mereka kemukakan untuk membebaskan diri, dan mereka pula tidak diberi peluang untuk memohon keredhaan ALLAH."


wallahhualam..terima kasih... As'salam. 

09 di tasek gelugor - Google Blog Search

09 di tasek gelugor - Google Blog Search


MMI: Toyol Mengamuk <b>Di Tasek Gelugor</b> ?

Posted: 20 Feb 2012 08:46 PM PST

Fuiyoo betul ke ni apa yang MMI dengar Toyol mengganas di Tasek Gelugor ? Hmm ni bukan main-main punya cerita ni,Orang Melayu pantang dengan benda-benda mistik macam ni mulalah perasaan seram bercampur takut akan menyelubungi seluruh masyarakat terutamanya yang berada dikawasan yang dikaitkan dengan berita tersebut.
Apatah lagi bagi mereka-mereka yang suka keluar malam berborak dan minum-minum ni,Masa nak balik tu yang menyeramkan hehehe.
Semalam Tasek Gelugor digemparkan dengan berita kononnya Toyol telah memecah masuk ke rumah Ketua Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap Ketua Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang.Fullamak lagi hebat Toyol ni bukan calang-calang ni pandai pula pilih rumah mana nak pecah masuk.Kalaulah benar,Toyol ni memang puaka betul sebab pandai cari berita untuk glamour.Mestilah bro,masuk rumah orang biasa mana nak glamour hehehe.
Namun kejadian ini telah pun mendapat maklum balas oleh pihak Polis DiRaja Malaysia yang telah mengesahkan bahawa ianya merupakan perbuatan orang-orang yang tidak bertanggungjawab.Diulang sekali lagi ORANG-ORANG bukan toyol haaa..
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias meminta orang ramai tidak membuat andaian mengatakan kes kecurian yang dialami Ketua Puteri Umno Pulau Pinang, Nur Hafizah Othman, di rumahnya di Pokok Tampang di sini, dua hari lalu angkara makhluk halus.
Zulkifli berkata, sejak kejadian itu diketahui umum banyak desas-desus didengari termasuk yang sengaja disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga membuatkan keharmonian penduduk kampung itu terjejas.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian kita mendapati, kes ini adalah kecurian biasa dan dilakukan oleh pencuri yang sememangnya menjadikan kegiatan ini jalan mudah memperoleh wang.
"Ia tidak sama sekali melibatkan makhluk halus atau lebih tepat disebut toyol atau orang minyak," katanya.
Dua hari lalu, rumah didiami Nur Hafizah bersama keluarganya di Pokok Tampang dimasuki pencuri mengakibatkan kerugian kira-kira RM4,000 apabila komputer riba, kamera digital, sejumlah wang tunai dan beberapa dokumen penting hilang.
Kejadian itu disedarinya sewaktu bangun untuk menunaikan solat subuh apabila mendapati biliknya berselerak dan mempunyai kesan dipecah masuk.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan apabila Nur Hafizah yang ketika kejadian tidur diruang tamu rumah, ibu bapa dan empat adik-beradiknya yang tidur di dalam bilik masing-masing tidak diapa-apakan.
Nur Hafizah memaklumkan mereka sekeluarga tidak menyedari masa sebenar rumah dimasuki pencuri, tetapi tidak menolak kemungkinan ia dilakukan di antara jam 3 hingga 6 pagi.
Zulkifli turut meminta orang ramai memberi masa kepada pihaknya menyelesaikan kes itu, kerana hasil siasatan membuktikan ia dilakukan oleh pencuri.
Usaha menjejaki suspek yang sudah dikenal pasti sedang giat dilaksanakan.
Fuh nasib baik tak berlaku apa-apa kepada pada Nur Hafizah kalau tidak tak tahulah.Bimbang betul MMI mendengar kejadian seperti ini berlaku bukan apa perompak dan pencuri zaman sekarang ni boleh bertindak sehingga tahap membunuh apa pun kita bersyukur semuanya selamat.Kepada Nur Hafizah dan keluarga diharapkan selepas ni berhati-hatilah.
Kepada pihak Polis burulah mereka-mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini.Mereka-mereka seperti ini perlu ditangkap kerana menyusahkan masyarakat.

09 di Batu maung - Google Blog Search

09 di Batu maung - Google Blog Search


Warehouse Assistant Diperlukan <b>Di Batu Maung</b> - Tradenedo <b>...</b>

Posted: 22 Mar 2012 08:21 PM PDT

Search for  in 



09 di permatang pauh - Google Blog Search

09 di permatang pauh - Google Blog Search


Ahmad Shabery terkejut dihalang <b>di Permatang Pauh</b> | WARTA <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 11:10 PM PDT


BUKIT MERTAJAM – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Ahmad Shabery, yang juga bapa angkat kepada Umno bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.

"Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gelombang Biru itu di sini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainol Abidin Osman dan Pengerusi Gelombang Biru Parlimen Permatang Pauh Datuk Abd Jalil Abd Majid.

Ahmad Shabery berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster.

"Hari ini kita dapat lihat warna sebenar mereka yang selalu membuat tuduhan terhadap BN dan parti komponennya, perkara ini perlu didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery menyifatkan kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Cawangan Strategi Urat Saraf menaja 2,000 siri ceramah Datuk Dr Hasan Ali sebagai pembohongan besar.

"Saya katakan bahawa Mahfuz bohong… bohong… bohong… tipu… tipu… tipu… (kementerian) tidak pernah menaja dan mengeluarkan peruntukan sehingga RM30 juta untuk siri ceramah Hasan Ali," katanya.

Mahfuz dalam kenyataannya mendakwa Hasan, yang dipecat daripada Pas pada Januari lepas, ditugaskan untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Pada majlis hari ini, Umno Permatang Pauh turut memberikan sumbangan 10 buah kerusi roda kepada Hospital Seberang Jaya serta menyampaikan sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang kepada 20 pelajar cemerlang yang kini sedang menuntut di
Institut Pengajian Tinggi (IPT).

09 di balik pulau - Google Blog Search

09 di balik pulau - Google Blog Search


Palmyra Residences, <b>Balik Pulau</b>: For those who have moved in...

Posted: 19 Mar 2012 12:56 AM PDT

Can you share with us
1) Whom did you engage to clean your just renovated house? Seems like a lot of agencies do not cover Balik Pulau
2) Any child-friendly eateries around Palmyra?
3) Where do you buy your groceries (hopefully Sunshine of Tesco comes soon)
4) If you are working in Bayan Lepas, which road do you use and why (Batu Maung or Relau)
5) Do you think it is a generally safe area especially at night?
6) Any park around for jogging/ strolling with the kids?

09 di Gelugor - Google Blog Search

09 di Gelugor - Google Blog Search


Fast 2 Feed <b>di Gelugor</b> Pulau Pinang ~ Donate For Ummah

Posted: 21 Aug 2011 06:03 PM PDT


Lokasi: Dewan JKKK, Sungai Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh: 20 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: 80 Keluarga fakir miskin

Alhamdulillah, program Fast 2 Feed di Gelugor Pulau Pinang selesai dengan jayanya. Program F2F kali ini juga telah mendapat tajaan dari Pusat Urus Zakat Pulau Pinang yang telah memberikan bantuan makanan kering untuk setiap wakil keluarga fakir dan miskin. Pihak JKKK Sungai Gelugor juga telah memberi sumbangan dalam bentuk duit raya kepada semua yang diraikan.





Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan yang telah menyumbang bagi program Fast 2 Feed di Gelugor ini. Moga diberkati olehNya selalu. InsyaAllah program F2F seterusnya akan ke Simpang Empat, Perlis dengan meraikan 50 buah keluarga fakir dan miskin.

Muhammad bin Kamarulazizi