Empayar Pemuda: PENDUDUK <b>PERMATANG PAUH</b> MENGAMUK <b>...</b> Posted: 21 Mar 2012 05:11 PM PDT Nama je Permatang Pauh tu kubu kuat Anwar Ibrahim, tapi dia boleh biarkan rakyat di Permatang Pauh hidup dalam kesempitan dan kesusahan...Apa punya pakatan ni..Tiap-tiap hari tipu sana tipu sini nak pengaruh rakyat suruh bagi undi pada pakatan tapi kebajikan rakyat dibiarkan begitu saja.. Cuba bayangkan Presiden parti PKR tinggal disitu, Ketua Pembangkang selaku penasihat PKR tinggal disitu, Pesuruhjaya PAS Negeri selaku Adun tinggal disitu dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang juga selaku ADUN pun tinggal disitu...itu pun masih tak mampu nak menjaga kebajikan rakyat di situ..nampak sangat tak buat kerja yang diamanahkan... EP harap UMNO Permatang Pauh dapat membantu meringankan beban keluarga ini dan pastikan anaknya yang berhenti belajar itu kembali ke sekolah..Kalau tunggu Anwar nak bantu keluarga tu...rasanya tahun depan kot baru dia sempat nak menjengok keluarha tersebut sebab sibuk dok tabur fitnah... Akibat kesempitan hidup dan simpati dengan kesusahan ibu yang terpaksa bekerja menyara keluarga menggantikan ayah yang terlantar sakit, Nor Ain Ahmad Nasir, 17, mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Namun, dia tetap berharap dapat menyambung semula persekolahan kerana bercita-cita menjadi doktor. "Kalau boleh mahu sambung sekolah tapi saya kasihan pada emak dan hidup kami sekeluarga susah, jadi saya buat keputusan berhenti sekolah," katanya ketika ditemui di Taman Seri Pauh di sini kelmarin. Dalam nada sebak, Nor Ain yang merupakan anak sulung daripada lima beradik berkata, kadangkala dia bekerja di gerai makan tempat ibunya, Azrina Jali, 36, bekerja bagi membantu menampung perbelanjaan harian keluarga. "Saya kerja angkat pinggan atau ambil pesanan di gerai. Bayarannya tak menentu, kadang-kadang dibayar RM10 atau RM15," katanya. Selain bekerja di gerai makan, Nor Ain, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pauh di sini juga menjaga adiknya, Nur Syuhadah, 8, yang menghidap sindrom down serta mengambil adik bongsunya, Puteri Zhullaikha, 6, pulang dari tadika. Dua lagi adiknya, Natasha Nabiha, 13, dan Nur Fatin Adilah, 12, masih belajar di SMK Seri Pauh dan Sekolah Kebangsaan Seri Pauh. Bapa mereka, Ahmad Nasir Abdul Rahim, 43, disahkan menghidap sakit jantung yang kronik sejak enam tahun lepas. - KOSMO |