09 di Batu Ferringhi - Google Blog Search |
PESTA SEKS 14 REMAJA KANTOI <b>DI BATU FERINGGI</b> <b>...</b> Posted: 03 Jan 2012 12:33 AM PST ![]() PESTA SEKS 14 REMAJA KANTOI DI BATU FERINGGI | Lepas satu, satu kes tangkapan khalwat di Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari ada saja kes yang timbul. Kalau 2-3 hari lepas panas dengan kes buat maksiat dengan membawa anak, kali ini kes remaja berpesta seks di Feringgi pulak. Ianya berlaku di sebuah hotel bajet di sini, menjadi sarang maksiat malam tahun baru berikutan penangkapan beberapa pasangan remaja di situ. Ketua Operasi dan Penguatkuasaan Jaipp Tanjong, Muadz Md Nazan berkata, pihaknya menahan 14 remaja berusia lingkungan 16 hingga 20 tahun di hotel berkenaan. Menurutnya, serbuan dilakukan sekitar jam 2 pagi mendapati tujuh pasangan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 iaitu berkhalwat.
Hotel bajet berkenaan boleh disewa dengan harga RM60 hingga RM100 semalam membuatkan mereka mampu untuk membayarnya dengan harga yang murah. Bukan itu sahaja, dipercayai sebelum ini beberapa serbuan juga dilakukan di tempat berkenaan. Muadz berkata, kebanyakan yang ditahan datang dari luar Pulau Pinang.
Operasi maksiat yang bermula jam 12 tengah malam itu kemudiannya berakhir pada jam 7 pagi dengan 11 penguat kuasa di bahagian Tanjong. Semua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi dan kemudiannya diikat jamin oleh waris. Dalam tempoh seminggu semuanya perlu hadir ke pejabat Jaipp bersama ibu bapa bagi menjalani siasatan lanjut. Jika disabit kesalahan, kesemua mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail berkata, penguat kuasa Jaipp berjaya menahan 36 pesalah mengikut Seksyen 27 dan Seksyen 29 akibat kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Katanya, ia adalah tangkapan terbesar bagi tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
|
You are subscribed to email updates from di Batu Ferringhi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |